Karya Berusia 44,000 Tahun Lalu Ditemui di Indonesia

karya berusia 44,000 tahun lalu ditemui di indonesia

Ok move on dengan seni pisang pita pelekat tu. Terbaru, para sejarawan telah menemui sebuah lukisan seperti adegan sedang memburu di Indonesia.

Lukisan tersebut telah ditemui di dalam sebuah gua sekiat pulau di Sulawesi dua tahun lalu. Dilaporkan, lukisan tersebut selebar 4.5 meter itu mempunyai gambaran haiwan liar yang diburu oleh pemburu separuh manusia dengan menggunakan tombak dan tali.

Untuk menegtahui usia karya tersebut, pasukan pengkaji dari Universiti Griffith Australia telah menggunakan teknologi. Dikatakan lukisan gua batu kapur itu sekurang-kurangnya dilukis pada 43,900 tahun lalu ketika zaman Paleolitik.

Wow, adakah ini buktik bahawa sejarah manusia bermula di Kepulauan Melayu? Haaa yang tu kena tanya orang yang kaji sejarah

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Sky Mirror tidak lagi perlu dikenalkan kerana anda mesti sudah tahu akan tempat yang viral ini dengan gambar-gambar ‘awesome’ dikongsikan oleh ramai orang di media sosial.

Akan tetapi, ada yang ramai orang tidak tahu anda boleh melihat keindahan fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru terang atau dikenali sebagai ‘blue tears’. Dengar nama sahaja sudah buat anda terbayang keajaiban cahaya semula jadi itu bukan?

Pengunjung dapat melihat kecantikan ‘blue tears’ dengan menaiki bot laju di Jeti Sky Mirror yang menyusuri perairan Sungai Selangor. Kiranya selepas anda ke Sky Mirror, bolehlah anda saksikan kilauan biru terang pula. Memang terbaik!

Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25 seorang. Jika anda berminat untuk kunjungi tempat ini dan untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Pusat Perlancongan Ditutup Disebabkan Oleh Manusia!

Setiap kali korang pergi melancong, korang mesti nak pergi ke tempat-tempat yang menarik betul tak? Lagi-lagi kalau korang melancong ke luar negara, sudah pasti korang akan pergi ke tempat menarik dan popular untuk korang bergambar dan sebagainya.

Walaupun tindakan ini sedikit sebanyak membantu ekonomi di kawasan tersebut, namun terdapat beberapa pusat pelancongan terkenal yang terpaksa ditutup ataupun terdapat undang-undang baru yang terpaksa dilaksanakan kerana terlampau banyak pelancong ataupun perkara-perkara teruk yang dibuat oleh pelancong bila mereka berada disana. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa pusat perlancongan terkenal yang terpaksa ditutup disebabkan oleh perangai pelancong!

MAYA BAY

Pulau yang popular disebabkan oleh filem yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio terpaksa ditutup disebabkan terlampau banyak pelancong yang datang ke sini dan telah merosakkan pantai pulau yang cantik ini. Pertama kali ia ditutup adalah pada Jun 2018 dan dikatakan akan dibuka kembali dalam beberapa bulan.

Namun pada May 2019, kerajaan Thailand telah menyatakan yang mereka terpaksa menutup pulau ini lebih lama sehingga tahun 2021. Sebelum Maya Bay ini ditutup, ia telah menarik lebih 5,000 orang pelancong setiap hari dan pelancong yang datang disini dikatakan telah membuang sampah merata-rata dan menyebabkan pantai pulau ini menjadi kotor!

SPANISH STEPS

Kawasan tarikkan pelancong yang terletak di Rome ini mula menjadi terkenal sejak tahun 1953 apabila ia telah muncul dalam sebuah filem yang dilakonkan oleh pelakon lagenda, Audrey Hepburn. Semenjak dari hari itu, pelancong telah berpusu-pusu untuk datang ke tangga ini untuk menangkap gambar dan sebagainya.

Namun pelancong yang datang sini pun boleh tahan pengotor juga kerana disebabkan oleh mereka, Spanish Steps yang mempunyai sebanyak 135 anak tangga ini telah menjadi kotor dan dipenuhi oleh tumpahan red whine dan juga gula-gula getah yang dilekat oleh pelancong. Pada tahun 2016, kerajaan Itali terpaksa membelanjakan USD1.68 million untuk membersihkan dan membaiki kembali tangga ini. Kerajaan Itali juga telah mengeluarkan satu undang-undang baharu yang mana sesiapa sahaja yang duduk di tangga ini akan didenda sebanyak USD280 sehingga USD448 seorang!

KOMODO ISLAND

Komodo Island yang terletak di Indonesia ini sememangnya satu tempat yang sangat unik. Pulau ini dipenuhi oleh biawak komodo yang sangat besar dan ganas namun ini tidak membantu pulau ini daripada dirosakkan oleh pelancong yang datang ke sini. Ada kes yang mana pelancong datang ke pulau ini telah bertindak menyeludup beberapa biawak komodo keluar dari pulau ini untuk dijual di pasaran gelap!

Pada mulanya kerajaan Indonesia bercadang untuk menutup untuk menutup terus pulau ini daripada pelancong selama setahun namun mereka mengambil keputusan untuk membuka kembali kepada pelancong namun pelancong harus membayar untuk masuk ke pulau ini. Bagi penduduk Indonesia akan dikenakan IDR5,000 manakala pelancong luar akan dikenakan IDR150,000!

BIG MAJOR CAY ISLAND

Kalau di Komodo Island penuh dengan biawak komodo, di Big Major Cay Island pula penuh dengan khinzir-khinzir liar yang pandai berenang di pantai-pantai. Namun semenjak beberapa tahun, khinzir-khinzir disini dilaporkan telah mati dalam jumlah yang sangat banyak. Ini semua disebabkan oleh pelancong yang gemar melemparkan makanan kepada khinzir ini dan apabila mereka memakan makanan tersebut, pasir-pasir pantai yang melekat pada makanan tersebut turut akan dimakan oleh khinzir dan ini menyebabkan mereka mati kerana terlalu banyak pasir dalam usus.

Tidak cukup dengan itu, ada juga pelancong yang cuba memberikan khinzir-khinzir ini arak dan juga cuba menaiki khinzir-khinzir ini. Disebabkan oleh perangai pelancong yang tidak senonoh ini, pemilik-pemilik khinzir ini terpaksa berkerjasama dengan kerajaan Bahamas untuk mengurangkan pelancong yang boleh datang ke pulau ini setiap tahun.

Fakta! French Fries Bukan Dari Perancis

Untuk jawab persoalan yang mungkin korang tak pernah terfikir ni, jawapannya TIDAK! makanan ringan yang kita dok selalu makan ni sebenarnya tidak pernah pun diciptakan ataupun berasal dari Perancis. Ada beberapa ahli sejarah yang berpendapat dan mengatakan yang French fries yang kita dok makan selama ini bukannya datang dari negara Perancis tetapi ianya hasil ciptaan dari negara Belgium. Ya, ianya hasil ciptaan warga negara Belgium.

French fries ataupun kentang goreng ini adalah sejenis masakan yang diciptakan oleh penduduk di Belgium, dan ianya merupakan masakan yang diciptakan pada lewat abad ke-1600. Penduduk Belgium selalunya akan menghiris kepingan ikan yang mereka tangkap dengan nipis, goreng dan memakannya sebagai makanan ringan. Tetapi apabila tiba musim sejuk, para penduduk tidak dapat menangkap ikan kerana faktor sejuk dan sungai menjadi beku, maka mereka mengantikan ikan dengan kentang. Mengunakan konsep yang sama, mereka akan hiris kepingan kentang tersebut dan goreng. Maka dari situlah permulaan hasil ciptaan resepi kentang goreng.

ASAL USUL NAMA FRENCH FRIES?

Macam mana pula boleh kaitkan dengan Perancis? Ini yang jawapan yang membuatkan sejarah French fries menjadi lebih menarik. Ketika perang dunia pertama (World War 1), tentera Amerika Syarikat yang ditugaskan di Belgium telah menemui makanan orang Belgium ini, dan bahasa rasmi komunikasi pengantara yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat ketika itu adalah bahasa Perancis. Tentera-tentera tersebut memberikan nickname untuk kentang goreng tersebut sebagai “French fries”. Nama gelaran untuk Kentang goreng tersebut melekat sebagai “French fries” sehingga hari ini dan kita semua telah menyebut nama negara yang tidak menciptakan french fries.

KENTANG CICAH AISKRIM!

Selain daripada cili sos, sos thousand island atau mayonis, kalau di Malaysia pula (atau negara-negara asia mungkin), kebanyakkan kita akan memakan French fries dengan cara yang paling unik sekali, iaitu cicah French fries dengan aiskrim sundae Mcdonald. Ya, mungkin juga ada yang merasakan pelik dan ada yang tak pernah try, tapi untuk pengemar aiskrim dan French fries, ini adalah antara cara yang paling terbaik dan mantul untuk kita makan dua benda favourite ini. Kalau tak pernah try, silalah cuba. Tak kisah la aiskrim daripada mana sekali pun atau French fries daripada masakan restoran mana sekali pun. Kalau nak gambarkan rasa dia, ianya seperti makan aiskrim dengan roti oblong. Rasa dia pergh! Nikmat tak terhingga lah.

Jika korang ke negara Belgium, rakyat disana akan memakan French fries dengan kerang yang dimasak atau dengan telur goreng. Kalau kat United Kingdom pula, french fries dikenali sebagai pasangan ideal dalam masakan fish and chips. Kalau kat negara tengah timur pula, kentang goreng digulung dalam roti pita dan ayam.

Teknik Servis Aircond Sendiri Dengan Menggunakan Remote Sahaja

Bila aircond meragam, tak sejuk seperti biasa, di tambahkan cuaca di negara kita saat ini di landa musim panas. perhh.. memang tambah panas. Mula la kita sibuk mencari pakar dalam bidang penyelengaraan aircond. Yang tak syoknya duit kita pun sama terbang. perhh tambah-tambah panas cuacanya.

Tahukah anda ? anda boleh menjimatkan duit anda daripada membayar kos penyelengaraan aircond.

Apa yang ramai tak tahu, kita sendiri boleh membersihkannya dengan menggunakan remote control aircond saja. Cara-caranya seperti berikut:

Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut .

Teknik bersihkan aircond.

  • Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
  • Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
  • Kemudian barulah matikan aircond.

Mengapa tetapkan kepada mode ‘fan’?

Tujuan kita tetapkan ke mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup.

Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)

Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang GERD

Kamu pernah rasa pedih di bahagian tekak atau lebih spesifik, saluran esofagus seakan-akan hendak muntah dan sangat perit seperti ada sesuatu di tekak? Atau kamu berasa pedih ulu hati? Hmm, kamu mungkin mempunyai gastroesophageal reflux disease (GERD).
Segala Kamu Perlu Tahu Perihal GERD
Foto: 123rf

Siapa suka makanan pedas, berlemak, berasid dan berangin, angkat tangan? Rata-rata rakyat Malaysia memang gemar makanan seperti ini. Tahukah kamu ia memberi kesan tidak baik kepada tubuh lebih-lebih lagi apabila kamu baru saja selesai makan. Tidak ramai yang menyedari bahawa mereka menghidap penyakit penyakit refluks gastroesofagus sehinggalah badan beri tindak balas yang kurang senang setiap kali lepas makan atau beberapa jam selepas makan.

Akan tetapi, penyakit ini boleh dicegah. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah refluks asid perut ke dalam esofagus melalui spinkter esofagus yang lebih rendah (LES), yang boleh merosakkan lapisan esofagus dan membawa kepada pelbagai penyakit termasuk kanser tekak.

Apa Itu GERD?

Ia terjadi apabila injap otot pada hujung esofagus tidak ditutup dengan betul. Esofagus adalah tiub yang membawa makanan dari mulut ke perut. Ini membolehkan kandungan perut kembali semula, atau refluks, ke kerongkong dan membuatkan penghidap merasa pedih. Kamu mungkin merasakan pembakaran di dada atau tekak yang dinamakan sebagai pedih ulu hati. Kadangkala, kamu boleh merasakan bendalir perut di bahagian belakang mulut. Jika kamu mempunyai simptom ini lebih daripada dua kali seminggu, kamu mungkin mempunyai GERD. Kamu juga boleh mempunyai GERD tanpa pedih ulu hati. Gejala kamu boleh termasuk batuk kering, asma atau masalah menelan.

 

Cegah Derita Kamu

Sesiapa saja termasuk bayi dan kanak-kanak boleh menghidap penyakit ini. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Dalam sesetengah kes, kamu mungkin memerlukan ubat atau pembedahan. Akan tetapi, ramai orang boleh perbaiki gejala mereka dengan mengamalkan beberapa cara. Berikut adalah petua yang kamu boleh cuba untuk mencegah GERD.

1) Kurangkan berat badan.

Obesiti adalah punca utama GERD. Lemak tambahan di perut memberi tekanan pada perut sekali gus mendorong asid gastrik mengalir atau naik semula ke dalam esofagus. Kamu disarankan untuk mengurangkan berat badan jika mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ia boleh mengganggu sistem penghadaman kamu. Tapi, jika kamu mempunyai berat badan yang normal, ia bermaksud berat badan bukanlah punca kamu menghidap GERD.

2) Elakkan makanan yang menyebabkan refluks.

Jika kamu berisiko untuk menghidap GERD, elakkan makanan berlemak dan pedas. Antara makanan lain yang kamu perlu ketepikan adalah pudina, coklat, bawang, buah mangga, kopi atau sebarang minuman berkafein, minuman berkarbonat dan makanan berasid seperti tomato dan buah-buahan sitrus.

3) Makan dengan kuantiti yang lebih kecil dan lebih kerap.

Sekiranya kamu ambil makanan dengan kuantiti yang banyak dan mengisi perut kamu terlalu banyak, ia akan memberi tekanan di dalam sistem penghadaman dan berisiko mendapat refluks. Selain itu, kamu perlu makan dengan lebih kerap untuk memastikan asid tidak terbentuk di perut apabila membiarkan perut kosong untuk tempoh yang lama.

4) Jangan baring sebaik saja lepas makan.

Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam. Graviti biasanya membantu mencegah asid refluks daripada berkembang. Apabila kamu makan dan kemudian berbaring untuk tidur, kamu membuatkan graviti tidak seimbang. Akibatnya, LES kamu akan tertekan dan asid akan mengalir ke dalam esofagus lantas menyebabkan refluks. Ubah tabiat buruk kamu dan elakkan ini daripada berlaku!

5) Tinggikan kepala kamu semasa tidur.

Ini bertujuan untuk mengelakkan asid naik ke esofagus. Dengan meninggikan kepala katil dari enam hingga lapan inci, ia boleh membantu graviti asid gastrik kekal di dalam perut. Kamu juga boleh menggunakan sokongan seperti bantal yang diletakkan secara menegak bagi memastikan badan kamu juga terangkat sedikit. Jangan gunakan bantal tambahan hanya di kepala kerana ia hanya menaikkan kepala dan tidak membantu mencegah GERD. Keseluruhan bahagian atas badan kamu perlu mendapatkan sokongan.

6) Berhenti merokok.

Beberapa kajian mendapati nikotin boleh melegakan otot-otot LES juga boleh mengganggu keupayaan air liur untuk membersihkan asid daripada esofagus. Tambahan pula, rokok sememangnya memudaratkan kesihatan. Bagi memastikan kesihatan kamu berada dalam keadaan yang terbaik, sila berhenti merokok.

7) Kurangkan atau berhenti ambil alkohol.

Seperti merokok, alkohol juga boleh menyebabkan LES kamu berehat. Ia juga boleh menyebabkan otot esofagus menjadi kejang. Oleh itu, sama juga seperti rokok, adalah lebih baik untuk berhenti minum minuman beralkohol.

5 Helah Kesihatan Kamu Perlu Cuba Dan Amalkan

Trik ini akan membantu kamu jadi lebih sihat! Semakin jaranglah temu janji kamu dengan doktor selepas ini…

5 Helah Kesihatan Kamu Perlu Cuba Dan Amalkan

Foto: Depositphotos

1. Lebih Mantap Selepas Bersenam

Minum susu soklat sebaik selesai bersenam. Kadar karbo ke protein akan menghidratkan semula tubuhmu dan membantu membina semula otot, jadi tidaklah kamu rasa lenguh semacam esok harinya. Satu gelas dalam tempoh sejam selepas bersenam sudah memadai.

SUMBER: DAVID GEIER, MD, PENGARAH UNIVERSITI PERUBATAN SOUTH CAROLINA SPORTS MEDICINE

2. Tambah Tenaga Dalam 30 Saat

Bila masuk jam 3 petang saja mulalah kamu rasa ‘bleugh’. Jika kamu tak sempat nak power nap, cuba ini: Baring dengan kaki ke atas (atau kaki disandar ke dinding untuk sokongan) selama setengah minit. Ia akan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak, menjadikan kamu lebih peka.

SUMBER: HOLLY PHILIPS, MD

3. Gelabah Nak Jumpa Doktor?

Jika kamu rasa gementar mengenai temu janji dengan pakar, bawa bersama minyak lavender. Kajian menunjukkan menghidu minyak ini akan buat kamu lebih tenang dan menyingkirkan rasa gelabah. Mudah, kan?

SUMBER: KONSULTAN AROMATERAPI, JOIE POWER, PHD

4. Hapuskan Risiko Dijangkiti Selesema

Kamu mungkin rajin bersihkan alatan yang kamu selalu sentuh, seperti telefon bimbitmu. Tapi bagaimana pula dengan si dia? Curi-curi ambil dan lap menggunakan tisu basah antibakteria supaya kamu berdua sama-sama sihat.

5. Hirup Udara Segar

Meluangkan waktu di luar rumah terbukti dapat membangkitkan semangat. Jadi bila kamu mahu rasa lebih tenang kala berdepan sebarang tekanan, keluar berjalan seketika. Sebaiknya, pilih lokasi yang banyak tumbuhan seperti di taman. Pasti lega…

Kebaikan Cuka Epal Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Selalunya apabila bercakap tentang cuka epal, ramai beranggapan ia bahan untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang sedar tentang khasiatnya terutama dari segi kesihatan dan kecantikan.

Kebaikan Cuka Epal Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Foto: Depositphotos

Cuka epal dibuat daripada proses penapaian apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukar gula kepada asid asetik. Cuka ini kaya dengan mineral seperti kalium, klorida, kalsium, natrium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, Vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Untuk mengawal diabetes jenis 2

Kajian menunjukkan bahan aktif di dalam cuka epal, asid asetik boleh mengurangkan penghadaman kanji dan seimbangkan gula dalam darah. Hasilnya, ia dapat mengawal diabetes jenis 2.

Bagaimana: Campurkan satu sudu cuka epal di dalam air dan minum sebelum makan.

Utuk penjagaan wajah

Jika kamu mempunyai masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak, cuka epal boleh membantu. Pakar menjelaskan bahawa kulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka epal sebagai penyegar, ia membantu seimbangkan tahap minyak kulit.

Bagaimana: Campurkan beberapa titis cuka epal di dalam air sebelum gunakan pada kulit wajah dengan kapas. Amalkan tiga hingga empat kali seminggu. Jika kamu mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran tersebut.

10 Ramalan Dijangka Berlaku 10 Tahun Akan Datang

Kita digembar-gemburkan dengan pelbagai revolusi yang akan dikecapi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Sama ada kereta terbang, dron menghantar makanan, dron menabur baja dalam sektor pertanian serta banyak lagi isu lain yang mengagumi diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Kesemua isu ini adalah kerana teknologi yang semakin canggih di mana ia tidak memerlukan tenaga kerja manusia lagi dalam menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik.

Namun teknologi ini tidak akan terhenti begitu sahaja kerana ia akan terus menjadi canggih pada tahun berikutnya sehingga merasakan yang kewujudan teknologi itu seperti tidak masuk akal pun sebenarnya.

Berikut antara 10 ramalan teknologi canggih yang diwujudkan pada 2030.

10. Penghasilan mesin membaca otak

Mesin yang boleh membaca minda atau otak kedengaran seperti sesuatu yang mustahil dan fantasi, tetapi jika ahli sains memenuhi jadual yang dirancang, kita bakal melihat mesin telepati pertama akan diumumkan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ia adalah tarikh akhir yang ditetapkan sekumpulan saintis Jepun pada 2010 apabila mereka mula mengumumkan rancangan untuk melancarkan mesin yang boleh membaca minda dan mengubah pemikiran anda menjadi mesej teks.

Sejak itu, saintis telah membuat beberapa penemuan luar biasa.

Satu pasukan saintis Jepun telah membangunkan teknologi yang dapat memecahkan aktiviti otak untuk mencipta imej kasar dari pemikiran orang.

Sementara itu, ahli sains di Universiti Carnegie Mellon telah mencipta mesin yang dapat melihat isyarat otak dan menggunakannya untuk membaca pemikiran dalam fikiran anda. Mereka mendakwa ia mampu mencapai ketepatan 87%.

9. Pengeluaran kereta pandu sendiri secara besar-besaran bermula 2021

Kereta tanpa pemandu telah berada di pasaran, tetapi ia sukar untuk ditemui di mana-mana.

Ini kerana ia hanya digunakan oleh mereka yang kaya dan dilimpahi wang yang banyak dan semua ini akan berubah pada 2021.

Tahun ini syarikat China merancang untuk melancarkan kereta tanpa pemandu untuk memenuhi jalan-jalan di Beijing dan Shanghai.

Dan jika kita menggunakan kejayaan kereta elektrik China sebagai bukti, maka kita boleh melihat teknologi ini digunapakai di China lebih pantas dari di Barat.

8. Pesawat komersial kuasa solar – 2022

Pada tahun 2022, “Aviation Aircraft” merancang untuk melancarkan pesawat komersial berkuasakan elektrik sepenuhnya pertama di dunia sekaligus menjadikan ini bukan satu idea sains fiksyen.

Pesawat Aviation telah diumumkan dan sepasukan juruterbang telah mengelilingi dunia menaiki pesawat elektrik.

Tetapi pada tahun 2022, kita akan mula melihat kapal terbang elektrik dengan panel solar menjadi pilihan untuk setiap penerbangan yang dinaiki.

7. Krisis ekonomi global – 2023

Kini kita berada di tengah-tengah perkembangan ekonomi terpanjang dalam sejarah Amerika, namun ia tidak akan kekal selama-lamanya.

Lambat-laun, ia pasti akan berlaku kemelesetan dan jika ramalan Majlis Dasar Perniagaan Global adalah benar, hari-hari yang paling sukar adalah pada tahun 2023.

Mereka telah meramalkan bahawa kita akan mula melihat pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dan ia tidak akan kembali naik sehinggalah selepas 2023.

Ketika ini berlaku, hutang negara yang semakin meningkat akan berhadapan dengan risiko yang lebih besar dan risiko yang lebih besar untuk ekonomi global.

Kemudian, kita akan mula melihat negara-negara dengan pasaran baru muncul tidak membayar hutang mereka.

Walaubagaimanapun, kemelesetan ini bukan sahaja menjadi perlahan secara global, tetapi juga satu penstrukturan semula.

6. Misi manusia pertama ke planet Marikh – 2024

Tahun 2024 adalah tahun yang kita mungkin berjaya menghantar manusia ke planet Marikh. Ia tahun di mana program Space X oleh Elon Musk merancang untuk menghantar roket pertamanya ke Marikh.

Dan sudah tentu jika Elon Musk tidak berjaya mencapai matlamat ini, pastinya ia akan direalisasikan oleh orang lain.

Semua ini hanya bergantung kepada jarak. Pada tahun 2024, orbit Bumi dan Marikh akan diselaraskan dengan cara yang membolehkan pelayaran antara planet berlaku dengan paling mudah.

Misi yang paling berani yang telah diumumkan oleh NASA untuk tahun 2024 adalah misi yang dikendalikan manusia untuk ke bulan.

5. Saintis berupaya membetulkan otak manusia – 2025

Pada tahun 2013, kerajaan Amerika Syarikat mengumukan Inisiatif “Brain” iaitu satu rancangan untuk memahami aktiviti di dalam otak manusia menjelang 2025.

Apabila projek itu memasuki tahun terakhir, saintis yang terlibat sudah berada jauh di hadapan daripada tahap analisis dan akan melakukan sentuhan terakhir terhadap aplikasi mengenai minda manusia.

4. Doktor terbalikkan penuaan jantung manusia – 2026

Penyakit kardiovaskular masih menjadi antara punca utama kematian di seluruh dunia. Tak kiralah betapa banyak perkara malang yang kita berjaya elak, kita tetap tidak dapat mengelak daripada jantung kita daripada penuaan.

Namun, ramalan menyatakan yang ia boleh dilakukan menjelang tahun 2026. Ini adalah tahun di mana “Harvard Stem Cell Institute” menjangkakan akan menyiapkan ujian klinikal ke atas penyelidikan dalam menterbalikkan penuaan hati manusia.

3. Negara membangun mengatasi ekonomi Amerika Syarikat – 2027

Ketika ini, dunia sedang melalui perubahan luar biasa.

Terdapat negara-negara membangun yang berkembang pada kadar yang mengejutkan sehinggakan kita bakal melihat perubahan besar dalam keseimbangan kuasa global.

Menurut Goldman Sachs iaitu syarikat pelaburan bank multinasional dan perkhidmatan kewangan Amerika Syarikat, perkara ini tidak dapat dielakkan dan ia berlaku di antara 2026 dan 2027.

Menjelang tahun 2026, mereka meramalkan bahawa China akan mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia.

2. Saintis mula menghidupkan semula spesis pupus – 2028

“Jurassic Park” mungkin tidak akan kekal sebagai sains fiksyen selama-lamanya. Menjelang tahun 2028, para saintis percaya bahawa mereka akan mempunyai keupayaan untuk menghidupkan semula spesis haiwan yang telah pupus.

Menurut kajian in, kita mungkin perlu menunggu lebih lama selepas tahun 2028 untuk menghidupkan kembali dinosaur seperti “velociraptors” dan “tyrannosaurus rexes”, tetapi dengan kecanggihan dalam kejuruteraan pengklonan dan genetik, kita mungkin berjaya menghidupkan kembali haiwan seperti burung dodo.

1. Krisis populasi global – 2029

Menjelang akhir tahun 2029, populasi manusia dijangka akan mencecah 8.5 bilion orang dan apabila ini berlaku, kita akan mempunyai masalah baru.

Para saintis percaya bahawa penghujung tahun 2020 akan menjadi penanda kepada perubahan baru dalam keutamaan manusia.

Pada masa itu, kita akan memerlukan 50% lebih banyak makanan dan tenaga daripada yang kita lakukan hari ini, serta 30% lebih banyak air tawar.

Dan apabila sumber paling penting ini semakin berkurangan, ia akan membawa manusia ke tahap krisis kemanusiaan.

Kehabisan makanan dan air akan menjadi masalah yang sangat nyata dan pada tahun 2029, barulah manusia akan mula menyedari betapa besar masalah yang dihadapi.

Menurut Penasihat Saintifik United Kingdom iaitu John Beddington, jika masalah ini tidak ditangani, dekad seterusnya akan membawa kepada sebuah konflik global era baru di mana negara-negara akan mula berperang untuk mendapatkan tanah dan air.

Malaysia Negara Ke-16 Paling Aman Di Dunia

Jika anda bertanya kepada pelancong mengapa mereka memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan, jawapannya adalah kerana keunikan yang ada dengan kehidupan pelbagai bangsa.

Malah dengan bangsa yang pelbagai itu mampu membuatkan masyarakat hidup dengan aman sekaligus mencatatkan Malaysia negara ke-16 paling aman di dunia.

Bagi senarai Asia Tenggara pula, Malaysia adalah negara ke-3 paling aman selepas Jepun dan Singapura.

Ia berdasarkan laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019 sekaligus ia mampu menarik perhatian pelabur dan pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

Laporan itu juga menunjukkan kedudukan yang baik berbanding tangga ke-26 pada 2018, ia suatu pencapaian yang boleh dibanggakan!

Dengan capaian tersebut, ia juga mampu menarik kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa dan RM100 juta resit pelancongan pada tahun ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Sasaran itu dinyatakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agar menjadikan VM2020 sebagai misi nasional dengan bercerita dan berkongsi mengenai kecantikan, keamanan dan keindahan negara ini.

Malah, pelbagai destinasi pelancongan yang boleh dikunjungi sama ada di sebelah utara yang terkenal dengan syurga makanan di Pulau Pinang, di belah timur dengan seni dan budaya tersendiri di Kelantan dan Terengganu serta di sebelah barat yang terkenal dengan keindahan alam dan semulajadi.

Begitu juga di Sabah dan Sarawak mempunyai keunikan yang mampu menggamit hati pelancong, namun kerajaan kini sedang mempergiat aktiviti kawalan daripada dicerobohi anasir luar yang sebelum ini sering berlaku pencerobohan dan penculikan di sana.