Mengapa Manusia Tersedu?

Gejala biasa dihadapi manusia, ada kaitan dengan saluran pernafasan

Sedu menyebabkan individu rasa tidak selesa dan merimaskan. Ia adalah keadaan biasa dirasai sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa dan pelbagai cara digunakan untuk menghapuskannya.Ada orang berpendapat, sedu berlaku disebabkan angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.

Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.

Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu.

Persamaan dengan mamalia

Kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lalu menjelaskan sedu tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.

Pengkaji yang diketuai Christian Straus yang bertugas di Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris menjelaskan tersedu membantu mamalia* belajar menyusu kerana siri pergerakan ketika menyusu seperti tersedu membantu mengelak susu memasuki paru-paru.

Beliau percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi atau pengudaraan insang merentasi dunia mamalia moden termasuk manusia.

Wujud banyak persamaan antara sedu dengan pengudaraan insang dalam kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembun.

Mengapa tersedu?

Walaupun sehingga kini sebab kepada kejadian sedu ini masih belum diketahui, jika sedu dihadapi terlalu lama, lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup.

Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, penyakit metabolik yang merosakkan saraf, tahap gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat.

Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.

Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dulu kala, leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas. Malah, teori sedu yang diterbitkan dalam jurnal BioEssays menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Punca sedu?

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang atau teruja
  • Merokok
  • Mengambil alkohol berlebihan

Kaedah menghilangkan sedu?

  • Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu
  • Bernafas dalam plastik udara
  • Tenangkan jiwa dan minda

 

Credit: majalahsains.com

Percutian Terbaik Untuk Relaks Di Sekitar Melaka Dan Johor!

Untuk menjadi lebih produktif dan gembira, kamu perlu menetapkan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk bercuti atau berehat. Tak perlu peruntukan bajet sehingga ribuan ringgit, lokasi yang Cosmo cadangkan ini hanyalah disekitar negeri-negeri selatan tanah air.
Adventure Waterpark at Desaru Coast

Terletak di Desaru, Johor, perjalanan mengambil masa lebih kurang lima jam memandu dari Kuala Lumpur. Desaru Coast Adventure Waterpark baru sahaja menyambut ulangtahun pertama sejak pelancarannya pada tahun lalu.

Sesuai untuk percutian bersama keluarga dan si kecil, ia tampil dengan lima zon bertema iaitu Kids Ahoy, Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef dan Tidal Wave Beach. Berkeluasan sehingga 25 ekar dan mampu menampung kapasiti sehingga 12,000 pengunjung, menjadikan Desaru Coast Adventure Waterpark antara taman tema air terbesar di dunia!

Sempena meraikan ulangtahun pertamanya, kamu boleh menikmati diskaun pembelian tiket dengan harga hanya RM258 untuk empat keping tiket sehingga 20 Julai ini.

 

Hard Rock Hotel, Desaru Coast

Bercuti bak bintang rock! Hard Rock Hotel Desaru Coast adalah rangkaian Hard Rock Hotel terbaru di Malaysia. Terletak bersebelahan dengan Desaru Coast Adventure Waterpark, ia memiliki 365 unit bilik dan suite yang setiap satu dilengkapli dengan katil Signature Sleep Lika a Rock yang sangat selesa serta pilihan playlist lagu The Sound Of Your Stay.

Cosmo sukakan rekaan dalaman dan luarannya yang moden, stylish, bilik air yang luas dan servis yang bagus! Yang penting, gel mandian dan syampu perapi daripada Rock Spa sangat wangi. Love them!

 

Rosa Hotel & Resort, Melaka

One of the most relaxing hotels we have ever been! Tampil dengan rekaan contemporary industrial, Rosa Hotel menjanjikan penginapan yang sangat selesa.

Cosmo sukakan hiasan dalaman dengan sentuhan Eropah yang moden dan InstagrammableCosmo yakin kamu pasti jatuh cinta dengan setiap sudut dan ruang hotel ini.

It feels like home, definitely. Hiasan bilik yang minimal dan aturan perabot yang kemas membuatkan bilik kelihatan sangat luas. Rasanya untuk kamu yang kerap travel ke Melaka, Cosmo sarankan 100% untuk kamu menginap disini. Hilang rasa penat lelah kamu.

Credit: cosmopolitan.my

Lebam, kita semua pernah alaminya!

Lebam
Sekurang-kurangnya kita pernah alami sekali lebam sebelum ini, anda juga mungkin mengalami lebam sekarang ini juga. Kesan lebam selalunya berwarna hitam, biru, hijau, kuning atau coklat kelihatan di atas permukaan kulit akibat pendarahan dalaman.

Kesan & Warna Lebam

Apakah Penyebab Lebam?

Tetapi apa yang sebenarnya boleh menyebabkan lebam?
Mengapa lebam terbentuk?
Mengapa sesetengah orang  lebih mudah mengalami lebam berbanding orang lain?
Lebam ditakrifkan di dalam istilah perubatan sebagai contusions yang bermaksud luka atau calar. Kebiasaanya lebam disebabkan oleh kebocoran salur darah yang telah pecah akibat berlakunya sentuhan fizikal. Inilah yang menyebabkan kemunculan lebam, kebiruan dan kehitaman. Kita sebenarnya boleh menganggarkan hayat lebam berdasarkan warna lebam.  Lebam yang baru terjadi selalunya berwarna merah, kerana darah segar yang bocor dari salur darah. Warna merah sebenarnya berasal daripada hemoglobin, yang merupakan bahan dalam sel darah merah berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan. Kemudian selepas satu atau dua hari, kesan lebam akan berubah menjadi biru gelap, ini kerana bengkak pada kawasan lebam telah menyebabkan bekalan oksigen terputus.  Seterusnya menyebabkan perubahan warna hemoglobin dari merah kepada biru. Kemudian sekitar hari ke enam , warna kesan lebam berubah menjadi hijau apabila hemoglobin sudah rosak dan kawasan lebam mulai sembuh. Sekitar hari lapan warna kesan lebam kemungkinan akan menjadi kuning dan coklat. Ini adalah peringkat terakhir lebam dan penyerapan semula darah oleh tubuh badan.

 

Salur Darah
Hemoglobin di dalam Sel Darah Merah

 

Proses Penyembuhan Lebam
Sebenarnya ada beberapa teknik yang membantu proses penyembuhan lebam. Apa yang anda perlu ingat adalah: R.I.C.E

R : Rest (Rehat)
Rehat dan elakkan aktiviti atau sentuhan fizikal pada kawasan lebam jika boleh.

I : Ice (Ais)
Rawat kawasan lebam dengan ais selama 10 hingga 20 minit beberapa kali sehari selama dua hari pertama. Ini akan mengurangkan aliran darah dan jumlah kebocoran ke tisu sekitarnya.

C : Compress (Mampat)
Memampatkan kawasan lebam dengan menggunakan kain pembalut luka (bandage), kerana ini akan memadatkan tisu dan mencegah saluran darah daripada bocor.

E : Elevate (Tinggikan)
Tinggikan anggota tubuh kawasan lebam, ini boleh melegakan kesakitan dan melancarkan aliran cecair dari kawasan lebam.

Teknik Rawatan Lebam (Elevate)
Teknik Rawatan Lebam (Ice)

 

 

 

 

 

 

 

Kebiasaannya lebam mengambil masa kira-kira dua minggu untuk sembuh sepenuhnya. Tetapi jika lebam masih tidak pulih lagi selepas tempoh ini, ia mungkin petanda sesuatu yang lebih serius, dalam hal ini anda dinasihatkan untuk mendapat nasihat dari ahli perubatan diiktiraf.

Mengapa Segelintir Orang Cenderung Mengalami Lebam?
Kenapa?
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu cenderung untuk mengalami/mendapat luka lebam. Antaranya ialah mempunyai kulit yang lebih nipis dan tisu di bawahnya menjadi lebih rapuh. Kesan pengambilan ubat mencairkan darah yang menyebabkan lebih banyak pendarahan ke dalam tisu kulit sekiranya berlaku kebocoran salur darah akibat kecederaan. Masalah kesihatan seperti Hemofilia (masalah darah tidak membeku secara normal) juga meningkatkan risiko mengalami lebam. Kekurangan Vitamin C dan Zat Besi juga menyumbang kepada masalah lebam. Pengambilan makanan suplemen seperti minyak ikan juga didapati menipiskan sel darah seterusnya meningkat risiko lebam. Semakin seseorang itu berusia, saluran darah menjadi lebih rapuh dan lebam lebih mudah terjadi. Maka, golongan berusia cenderung untuk mengalami lebam berbanding golongan muda. Golongan ahli sukan tegar / ekstrem juga sering dikaitkan dengan lebam berulang akibat koyakan mikroskopik pada salur darah.

Jadi, Bagaimana Mengelak Lebam?
Hmm..Sentiasa berhati-hati!
Memakai alatan keselamatan seperti Shin guard dan helmet ketika menyertai sukan atau aktiviti yang melibatkan aktiviti fizikal. Pastikan lantai bebas daripada sebarang elemen yang boleh menyumbang kepada kemalangan dan kecederaan. Cuba elakkan dari melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan risiko ke atas diri sendiri. Jangan cuba mencari masalah!

 

Credit: majalahsains.com

Ilmu Mahal Buat Racun Organik Buatan Sendiri Cuma Menggunakan Cili dan Bawang Putih

Pening kepala dibuatnya jika tanaman kita di serang seranga seperti Lalat putih, ulat bulu dan Mealy bug. Mahu gunakan Racun Kimia mahal, lagi satu asbab tak suka guna racun kimia sebab akan mencemarkan alam sekitar dan merosakkan ekosistem semula jadi alam.

Untuk kendalikan racun kimia itu sendiri sudah perlu berhati-hati. Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita? Bukankah bahaya?

Tahu tak bahawa racun organik wujud dalam pasaran ? Kita boleh beli racun organik sendiri atau jika inginkan cabaran, boleh buat sendiri. Mudah sahaja.

Jadi Admin majalah ilmu pun mencari resipi buat racun organik di rumah. Akhirnya jumpa satu untuk saya kongsikan resipi membuat racun organik.

Jom admin Majalah Ilmu kongsikan Cara kaedah yang betul membuat racun organik.

Bahan A:

  • Bawang putih – 1 labu
  • Cili padi – 6 biji
  • Air – 500 mL (satu botol minuman biasa)
  • Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

Bahan B:

  • Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  • Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh

Alat:

  • Penapis
  • Penyembur – 1.5 L

Cara buat:

  • Kisar semua bahan A dalam pengisar (blender).
  • Seterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  • Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama

Cara guna:

  • Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
  • Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  • Goncang sehingga semua bahan sebati
  • Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  • Jika pokok tiada masalah serangga, sembur seminggu sekali sebagai kawalan.

Nota kaki: penggunaan bahan racun kimia memberi kesan sampingan terhadap badan manusia. Dengan penggunaan bahan2 organik dapat membantu manusia daripada bahaya.

 

Credit: majalahilmu.com

Hikmah Disebalik Peristiwa Gerhana Ciptaan NYA

Hikmah Disebalik Peristiwa Gerhana Ciptaan NYA

Dalam kitab النفحات المكية في الفوائد الفقهية menyebutkan bahawa alam yg wujudnya matahari bulan ini adalah satu nikmat dari Allah.

1-Apabila berlakunya gerhana, ia sebagai satu surat dari Allah bahawa nikmat tersebut akan berakhir jika tidak disertai dengan syukur.

2-Gerhana matahari berlaku 2x pada zaman baginda Nabi. Salah satunya bertepatan dengan hari kematian anak baginda Saidina Ibrahim. Apa saranan Nabi:
فافزعوا إلى الصلاة
((Bersegeralah untuk solat))

Bersegeralah bina hubungan dengan Allah semula..bertaubatlah..itulah makna tersiratnya

3- APAKAH HIKMAH BERLAKUNYA GERHANA MATAHARI

  • Berkata Ibnul Imad: “Menakutkan hamba-hamba kerana cahaya matahari ditahan. Untuk semua kembali taat kepada Allah. Ini kerana apabila nikmat ini disekat, maka tidak akan tumbuh tanaman, tidak akan kering buah-buahan dan terhasil proses penuaian.
  • Juga dikatakan .Sebabnya kerana tajalli (menampakkan keagungan) Allah ke atas sesuatu melainkan akan tunduk seperti bukit yang tunduk (dalam kisah Nabi Musa minta untuk melihat Allah)
  • Dalam kitab حكمة التشريع والفلسفة oleh Syeikh Ali Ahmad Al-Jurjawi Rahimahullah : Apabila pergerakan bulan matahari ini tersekat, maka akan berlakulah mudarat atau akan hancurlah manusia atau akan cacatlah sistem kehidupan manusia.

APA YANG PERLU KITA BUAT

  • Perbanyakkan doa dan merintih kepada Allah terhadap ujian yang menimpa khususnya keatas kaum muslimin
  • Tunduk dan takutlah kepada Allah
  • Panjangkan solat sehingga hilang peristiwa gerhana

KENAPA PERLU MERINTIH dan SOLAT

Ia sebagai salah satu langkah tawasul kepada Allah agar memelihara kita dari terkena sesuatu yang tidak disukai dan menolak segala kemudaratan.

Kita menzahirkan segala kehinaan dan tunduk diri kepada Allah dan menambahkan keyakinan bahawa Allah jualah yang berkehendak apa yang DIA mahu.

Wallahualam.
Suntingan dari kitab النفحات المكية dan حكمة التشريع

Credit: Abu Abbas Sidqi

Hebatnya Bangsa Melayu Dahulu Setiap Bahagian Rekaan Baju Melayu Punya Maksud Tersendiri

Apa kurangnya kehebatan seni rekaan pakaian yang ada kepada masyarakat melayu. Yang kononya nampak kolot dan kelihatan biasa-biasa sahaja.

Biarpun dibanjiri dengan rekaan baru yang telah banyak diubah suai, namun hakikatnya masih ramai yang berpegang teguh dengan rekaan baju Melayu tradisional.

Lebih segak serta menyerlahkan ciri-ciri jejaka Melayu.

Namun dalam pada kita bangga dengan baju Melayu tradisional ini, pasti ramai yang tidak tahu baju ini sebenarnya mempunyai maksud tersersendiri. Malah anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada baju mempunyai maksud tersiratnya sendiri.

Ini antara maksud di setiap rekaan baju Melayu:

  • Lima Butang Baju Melayu Melambangkan Rukun Islam

Lima butang ini melambangkan kesemua rukun islam termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

  • Tiga Saku Baju

Kebanyakkan baju Melayu mempunyai tiga saku di hadapan, Ketiga-tiga ini melambangkan akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.

  • Sampin

Melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah.

Memakai sampin dibawah lutut bermaksud anda telah berkahwin manakala di atasnya bermaksud anda masih bujang.

Jika anda sudah berkahwin tetapi masih memakai sampin di atas lutut, maka mungkin anda sedang mencari isteri kedua.

  • Baju Melayu Butang Satu

Melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Anda boleh lihat rekaan ini dalam baju Melayu teluk belanga.

  • Asal Usul Baju Melayu

Rekaan ini bermula daripada 700 tahun yang lalu apabila Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua mahukan satu pakaian diraja.

Baju Melayu kemudian dikatakan banyak dipengaruhi daripada pakaian arab iaitu jubah manakala seluar pula membawa pengaruh daripada Turki.

Secara ringkasnya baju melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan sehingga kini menjadi kebanggaan kaum Melayu di Malaysia. Jadi jika kita sendiri tidak memartabatkan baju Melayu, siapa lagi?

Credit: @azimsedangtidur

Allah Meletakkan Pelbagai Rahsia Pada Penciptaan Ruas Jari.

Allah meletakkan pelbagai rahsia pada penciptaan ruas jari. Antaranya…

Yang Pertama:

Untuk meredakan pening atau sakit kepala, anda hanya perlu memicit semua ruas hujung jari, 10 saat setiap satu.

Nombor dua:

Kalau anda terbatuk-batuk, anda hanya perlu memicit jari hantu, sampai betul-betul hilang rasa batuk.

Yang ketiga:

Jika anda rasa tegang leher, picit sahaja keliling ruas ibu jari. Kaedah yang sama jika anda menghadapi masalah berdengkur waktu malam (yang keempat).

Yang keempat:

Jika anda terasa macam nak dapat serangan jantung, lekas-lekas picit jari kelingking dari atas ke bawah begini, picit kuat-kuat, insya Allah dengan cara itu sempat kita memanggil doktor untuk menyelamatkan anda dari menghidapi strok.

Credit: Syed Alwi (Syed Alwi Nordin)

Ekologi Pulau

Pemandangan ke arah Teluk Keke dari Jeti milik Taman Laut Pulau Perhentian

 

Ekologi pulau ialah perkaitan orginisma dengan persekitaran fisikal dan biologikal kepulauan. Pulau yang terasing daripada tanah besar adalah kawasan yang indah dengan spesies yang unik yang dikelilingi oleh air sebagai penghalangan utama untuk penghijrahan dan kolonisasi.

Bagi binatang yang boleh berhanyut, terbang and berenang, penghijirah ke pulau tidak menjadi masalah untuk meluaskan taburan mereka.

 

Peta Voris (2000) Pleistosen Pentas Sunda menyambung Tanah Besar Asia dengan Kepuluan Sumatera, Jawa, Borneo dan Pahlawan, Sungai Sunda Kuno menyambung Sungai Pahang dan Rompin dengan Sarawak, Thailand dan Vietnam

Kajian sarjana barat yang diketui oleh Profesor Robert J. Whittaker telah membuktikan bahawa selepas letupan Krakatua pada tahun 1883, kolonisasi 124 spesies tumbuhan daratan hingga tahun 1992 sebahagiannya telah disebar oleh spesies kelawar pemakan buah dan burung. Burung dan kelawar boleh terbang lebih kurang 100 km ke Pulau Krakatua dari Pulau Jawa.

 

Teori Biogeografi Pulau (sumber: MacArthur & Wilson 1967; http://www.islandbiogeography.org/)

 

Teori hanyutan secara berakit telah juga di katakan boleh membawa haiwan daripada tanah besar ke pulau. Perkara ini dapat disaksikan semasa bencana Tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Seorang pemuda, Rizal Sahputra Abdul Hamid, yang terselamat selepas hanyut kira-kira 100 batu nautika dari Banda Aceh di Lautan Hindi, untuk selama sembilan hari ketika peristiwa tsunami.

 

Pemandangan dari salah sebuah chalet di Pasir Panjang, Pulau Redang.

Binatang besar seperti gajah diketahui boleh berenang dari pantai ke arah pulau berdekatan. Pada 29 Mei 1990, tentera Singapura telah menyaksikan tiga ekor gajah berenang merentasi Selat Johor yang seluas 1.5 km dan mendarat di Pulau Tekong. Pada 7 Jun 1990, dua ekor gajah jantan setinggi 2.3 m telah ditangkap dan gajah jantan ketiga berjaya pada keesokan hari. Semua gajah yang di tangkap itu dilepaskan semula di Taman Negeri Endau Rompin di daerah Segamat-Kluang, Johor.

 

Pemandangan dari jeti museum ke arah perkampungan lama Vietnam, Pulau Bidong

 

Binatang serdahana besar pula boleh berenang merentasi lautan dan menjadikan pulau sebagai pengantara loncatan. Pada 5 September 2019, babi hutan berjaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera ke Melaka. Jarak 66 km diantara Pulau Rupat (Sumatra) dan Pulau Besar (Melaka) tidak menjadi penghalang migrasi babi hutan tersebut. Babi hutan juga telah dijumpai di Pulau Sibu, Johor yang terletak kira-kira 6 km daripada bandar Mersing.

 

Pemandangan kearah lautan luas dari jeti kampong, Pulau Sibu.

 

Dalam Zaman Ais Maxima kira-kira 10,000 tahun yang lalu, telah berlaku perubahan cuaca seluruh dunia. Suhu dunia telah turun sebanyak 5 oC yang menyebabkan kawasan gunung ganang termasuk Gunung Kinabalu diselaputi salji dan ais. Keadaan ini menyebabkan kitaran air terputus dan paras air laut merosot hingga ke 120 m dibawah laut sekarang ini. Dasar laut bernama Pentas Sunda telah menjadi jambatan tanah yang menghubungkan Asia dengan pulau-pulau Sumatera, Jawa, Borneo dan Palawan. Sungai Pahang dan Sungai Rompin telah mengalir ke arah Sungai Sunda Kunodan berhubungan dengan sungai-sungai di Sarawak, Thailand serta Vietnam.

Haiwan yang berusaha dan berjaya berhijrah ke pulau akan menjadi populasi peneraju. Dalam teori Biogeografi Pulau, MacArthur dan Wilson (1967) mengatakan bahawa kepelbagaian spesies adalan fungsi migrasi dan kepupusan. Saiz pulau dan jarak daripada tanah besar juga menjadi parameter penentu spesies dan kelimpahannya. Pulau yang kecil akan mempunyai nic yang kecil untuk spesies dan jumlah populasi yang rendah. Populasi pulau yang rendah akan menyebabkan hanyutan gen dengan kepelbagaian gen yang rendah atau dikenali sebagai founder effect. Populasi yang telah beradapatasi di pulau akan menjadi unik kerana tiada persiangan untuk nic dan sumber untuk jangka masa yang panjang. Spesies yang beradaptasi akan menjadi endemik dalam habitat pulau tersebut. Penspesian alopatrik boleh didapati di Pulau Galapagos dan Pulau Borneo.

 

Credit: majalahsains.com

Tidur Terganggu? Makanan Ini Boleh Membantu, Termasuk Popcorn!

Masalah sukar tidur boleh mengganggu kesihatan kamu. Selain membuatkan tubuh dan minda letih sentiasa, ia juga menjadikan kamu tidak produktif. Hmm, percaya tak kalau Cosmo kata makanan dan minuman yang tepat boleh membantu kamu lena di waktu malam? Ini antaranya…

Tidur Terganggu? Makanan Ini Boleh Membantu, Termasuk Popcorn!

Foto: Depositphotos

Popcorn

Ya, mengunyah popcorn tiga jam sebelum tidur dapat membantu kamu lelap dengan lebih cepat. Pilih popcorn dengan taburan keju parmesan. Seperti produk tenusu lain, parmesan mengandungi triprofan yang akan mencetus pengeluaran melatonin, manakala kandungan karbohidrat di dalam popcorn pula akan membantu otak menyerap triptofan dengan lebih baik.

Badam

Kacang badam yang kaya akan magnesium boleh membantu kamu tidur. Magnesium sangat diperlukan untuk sesi tidur yang berkualiti. Menurut Journal of Orthomolecular Medicine, tubuh yang kekurangan magnesium akan lebih sukar untuk lena.

Produk Tenusu

Susu panas memang terkenal untuk membantu kamu rasa mengantuk dan terlelap. Keju dan yogurt juga memberi efek yang sama. Kandungan triptofan dalam produk tenusu akan mencetus melatonin dalam tubuh – hormon yang mengawal kitaran tidur. Selain itu, kalsium di dalamnya juga membantu pergerakan otot ketika tidur.

Teh Kamomil

Menghirup secawan teh kamomil dapat mengurangkan ketegangan tubuh sehingga membuatkan kamu mudah lena. Menurut kajian, teh kamomil dapat meningkatkan glisin, bahan kimia yang membuatkan saraf dan otot menjadi relaks. Bukan itu saja, ia juga berfungsi sebagai penenang ringan untuk tubuh. Tidak seperti teh lain, kamomil secara semula jadinya bebas kafein, sebab itulah ia baik diminum sebelum tidur.

Madu

Mengambil satu sudu makan madu boleh memberikan efek relaks pada tubuh. Menurut pakar nutrisi, Lindsey Duncan, gula semula jadi yang ditemui dalam madu memudahkan tripofan masuk ke dalam otak sehingga kamu akan lebih cepat tertidur. Mencampurkan madu dengan teh kamomil juga akan membuat tidur kamu jadi lebih nyenyak. Apa tunggu lagi? Cubalah!

 

Credit: cosmopolitan.my

Jangan Stress! Begini Caranya Untuk Kekal Fokus

Otak merupakan organ paling sukar untuk dikawal lebih-lebih lagi jika kamu mahu relaks dan kekal fokus. Ini kerana minda kamu sentiasa ‘bekerja’ tidak kira secara sedar atau separa sedar. Mungkin pemikiran kamu tengah serabut memikirkan hal kerja dan tugasan penting yang perlu disiapkan, tapi masih sukar untuk kekal fokus. Tip meditasi ini boleh bantu minda kamu kekal cerdas!
Foto: Depositphotos

Cuba: Relaxing Breathing Technique

Selalunya masuk saja pukul empat petang, pasti otak kamu sudah tepu dan tidak terdaya untuk berfikir lagi. Ini kerana minda kamu sudah letih bekerja. Peruntukkan tiga minit untuk kamu ‘restart’ minda. Bancuh teh atau kopi panas dan duduk di atas kerusi kamu. Dada menegak, tangan di sisi dan pejamkan matamu. Tarik nafas perlahan-lahan selama lima kiraan, tahan nafas selama tiga saat kemudian hembuskan dengan perlahan selama 10 kiraan. Ulang untuk tiga minit. Kamu boleh lakukan teknik ini setiap kali kamu berasa letih, lesu dan mengantuk. Mengapa? Penyebab utama kamu letih dan mengantuk adalah kerana oksigen kurang dalam otak dan dengan belajar untuk mengawal pernafasan, ia berikan isyarat kepada otak kamu untuk bertenang dan menjadi lebih produktif.

Cuba: Take Power Nap

Tidur di pejabat tidak bermaksud kamu pekerja malas dan tidak produktif (berbeza jika kamu tidur berjam-jam dan tidak lakukan kerja, okey). Power nap sebenarnya adalah penyelesaian terbaik untuk recharge tubuh dan minda. Tapi ingat! Tempohnyap hanyalah di antara 10 ke 15 minit (tidak lebih daripada itu). Dan janganlah pula kamu ambil power nap setiap satu jam. Itu umpama sengaja mencari alasan untuk bermalas-malasan di tempat kerja.

 

Credit: cosmopolitan.my