Ayam Dong Tao, baka ayam dari Vietnam yang mempunyai ciri saiz besar dan kaki yang juga lebih besar daripada ayam jenis lain, biasanya digunakan sebagai ayam hiasan dengan harga yang cukup tinggi.
Terperangkap di dalam Banjir
Gambar pemandangan di bawah ini bukanlah miniatur pulau tetapi menunjukkan sekumpulan lembu dan kereta yang terperangkap dalam kejadian banjir di Jeram Perdas, Rantau Panjang, Kelantan pada tahun 2009 dan meraih pingat emas bagi Anugerah Kewartawanan Foto, Kategori Fotografi Berita dalam Anugerah Media Asia Ke-9. Gambar itu juga memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Foto Antarabangsa China, mengalahkan peserta dari China dan Filipina.
Image : Fathil Asri/The New Straits Times Press.
Hongya Gate
Tidak semua di Chongqing, China tinggi dan berkilat. Ini adalah Hongyadong, juga dinamakan Hongya Gate sebelum ini, yang merupakan salah satu pintu tertua di Chongqing pada masa lalu.
Tasik Loktak
Tasik Loktak ialah tasik air tawar semulajadi terbesar di India. Keluasan permukaan berbeza dari 250 km persegi hingga 500 km persegi semasa musim hujan.
Ia juga merupakan rumah kepada pulau terapung unik yang dipanggil ‘Phumdis’.
Lelaki yahudi di pintu pagar di masjid kilbirnie Welington New Zealand
Setiap hari jumaat seorang lelaki yahudi berdiri di pintu pagar di masjid kilbirnie Welington New Zealand.
Lelaki ini bernama rick Shahar dari komuniti yahudi di kota Walington. Dia tidak di bayar dan tiada sesiapa yang menyuruh dia menjaga di pintu masjid untuk menjaga kaum muslimin yang bersolat jumaat, dan setelah selesai solat jumaat dia pun lalu menghilang pergi… sebagai minoriti dia memiliki kekhuatiran yang sama dengan kaum muslim, sejak peristiwa pembunuhan dalam tragedi masjid di Criscurch pada 15 mac 2019 yang lalu.
Sejak dari itu dia mula menjaga masjid di setiap solat jumaat. DIA DATANG INGIN MENUNJUKKAN RASA CINTANYA PADA UMAT MUSLIM, DAN SEBALIKNYA DIA MENDAPAT RASA CINTA DARI UMAT MUSLIM DI SITU
credit:
Muslim Ahad|®Fizzananni Fizza
Kesan hyper inflasi ke atas negara Zimbabwe
Lihatlah kesan hyper inflasi ke atas negara Zimbabwe hanya beza setahun (2007 – 2008).
(Mak aih!, Sampai trilion note duit dia. Cuba bayangkan Kalaulah kita note duit RM 1 Trilion.Macam macam boleh kita beli atau terus bayar cash hutang negara bagi habis)
Gagah Sang Helang
Jika anda ingin melihat bagaimana Seekor helang berjalan di atas tanah.
Inilah ia yang seperti askar berjalan
Rumah Paling Mahal di China
Inilah rumah yang paling mahal di China. Mempunyai laman rumah seluas 72000 sq ft.
Rumah agamnya tersergam di sebuah pulau persendirian di sebuah tasik di China. Mempunyai 32 bilik tidur dan 32 bilik air.Harganya adalah 150 juta dollars.
Badak Air
Mungkin selama ini anda menyangka termasuk saya sendiri bahawa gemuknya seekor badak air adalah lemaknya. Memandangkan sifatnya yang suka berendam di dalam air dalam jangka masa yang lama.
Ketahuilah, sebenarnya gemuknya badak air kerana ia mempunyai lapisan lapisan otot yang pejal seperti foto di bawah.
Maksudnya, badak air ini seumpama sebuah kereta kebal. Dan sebab itulah Buaya sangat takut dengan badak air ini.. Gigi gigi tajam Buaya tidak mampu mencederakannya.