Pokok Acacia

May be an image of tree and outdoors
May be an image of 3 people and outdoors

Sebuah pokok acacia yang hidup teasing di gurun Sahara 150 km dari Nigeria.

Pokok yang berusia 300 tahun menjadi mercu tanda serta panduan arah sesiapa yang merentas gurun Sahara.

Tetapi malangnya pada tahun 1973, Pokok ini telah di langgar oleh seorang pemandu mabuk hingga tumbang menyembah bumi.

Bahagian yang tertinggal dari Pokok ini di bawa ke Muzum Negara Nigeria.

Si Ikan Lumba-lumba – Baiji

May be an image of 7 people and outdoors

Inilah foto terakhir Seekor ikan lumba lumba air tawar di Sungai Yantze atau Baiji yang berjaya di rakam oleh Chinese Marine Biologist.

Mereka menangkapnya di Sungai Yantze untuk mengetahui tahap kesihatannya. Ini kerana ia hanya tinggal Seekor sahaja lagi yang masih hidup di Sungai itu.

(mesti dia rase sunyikan.. ?)

Oleh kerana kerakusan manusia dalam menjarah alam sekitar yang sebelumnya sangat sempurna sebagaimana dicipta oleh Tuhan.

Pada tahun 1950, terdapat 1000 ekor Baiji di Sungai Yantze. Ikan lumba lumba ini amat cerdik dan bijak sering menemankan para nelayan. Ia juga adalah hidupan sungai yang suka bersosial dan mudah mendekati manusia.

Kemudian pada 1994 Baiji berkurang sehingga di bawah 100 ekor. Dan kini hanya Seekor seperti di dalam gambar. Dan selepas ia dilepaskan semula sehingga kini tiada lagi Baiji di lihat di sepanjang sungai Yantze..

Para saintis mengumumkan bahawa Baiji atau Ikan Lumba lumba Sungai Yantze telah pupus sepenuhnya.

Dengan foto terakhir ini, sekurang kurangnya dapatlah generasi akan datang mengetahui bahawa pada satu ketika dulu ada ikan lumba lumba yang hidup di Sungai Yantze.. ?

Seludup Emas

May be an image of 2 people and beard

Baru baru ini kecoh di media sosial perihal seorang pemuda di tahan di Airport Kochi India. Dia di tangkap kerana melakukan kesalahan menyeludup emas seberat 1.5 kg dari Dubai di dalam rambut palsunya.

(memang steady broader nie?)

Tahukah anda bahawa pada tahun lepas, Rakyat India telah menyeludup emas yang nilainya 11 billion USD dan dikatakan seberat hampir Seribu tonne. ?

Ini adalah satu hal yang menarik kan?

Akan tetapi kenapa Negara India menghalang emas dari luar dari masuk ke negaranya?

Maka saya barulah tahu sebenarnya.. India merupakan sebuah negara yang paling banyak menggunakan (consumer) emas di dunia. Bukan sahaja sebagai simpanan malah perhiasan. Jika tatkala nilai emas naik di India. Kenaikkan harga boleh menjadi tinggi berkali ganda berbanding dengan negara lain.

Sebab itulah rakyat berusaha dengan pelbagai cara untuk menyeludup emas dari negara lain.

Kita di akhir zaman ini pernah diingatkan oleh ulama dulu dulu, bahawa suatu hari nanti akan ada berlaku di mana duit kertas sudah tidak mempunyai nilai. Maka pada masa itulah, emas digunakan sebagai alat pertukaran dagangan.

Kepala raksasa laut ditemui di Nevada

May be an image of 4 people and people standing
May be an image of 1 person

GURUN BLACK ROCK, NEVADA – Satu fosil kepala raksasa laut gergasi menyamai saiz seorang lelaki dewasa ditemui di salah satu tempat paling kering di Bumi, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kepala dinosaur prasejarah bernama Cymbospondylus youngorum itu ditemui dengan muncung panjang dan gigi runcing di gurun Black Rock di Nevada, Amerika Syarikat.

Haiwan yang hidup 244 juta tahun dahulu dengan berat 40 tan itu mempunyai ukuran panjang lebih 18 meter (60 kaki) dari hidung hingga ke ekor.

“Walaupun ikan paus kini merupakan makhluk terbesar di Bumi, ia bukanlah gergasi lautan pertama yang melayari lautan.

“Ikan paus mengambil 90 peratus masa selama 55 juta tahun kewujudannya untuk berevolusi menjadi gergasi lautan seperti yang kita kenali hari ini,” kata Profesor Martin Sander yang merupakan penulis tentang raksasa dalam jurnal Science.

Penemuan juga mengenal pasti bahawa ekosistem marin prasejarah boleh menyokong raksasa gergasi seperti Cymbospondylus. – AGENSI

Mapimí Silent Zone

May be an image of road

Terdapat kawasan padang pasir di Mexico dimana jam dan isyarat radio berhenti berfungsi dan jarum kompas berpusing tak tentu arah apabila diletak pada tanah. Kawasan itu dikenali Mapimí Silent Zone (zona del silencio).

Gangguan itu dipercayai dicetuskan oleh deposit mineral magnetik bawah tanah dan serpihan meteorit. Beberapa penduduk mendakwa kawasan yang terletak disempadan 3 negeri itu (Chihuahua, Durango dan Coahuila) sering dihujani ‘bebola api’ dan dipercayai dilawati objek terbang tidak dikenali.

Pakar berpendapat meteor gergasi dengan kandungan besi yang tinggi boleh membentuk sifat magnetik seakan medan elektromagnetik sama kuat seperti di Kutub Utara.

Empangan Hidroelektrik Terbesar Three Gorges Dam di China

THREE GORGES – CHINA Empangan The Three Gorges di China ini adalah projek yang terbesar di dunia.Dijangkakakn mempunyai isipadu sebanyak 39,300,000,000 meter padu.Pembinaan empangan ini mempunyai impak yang besar kepada Sandouping,di mana menyebabkan beberapa buah kampung harus dipindahkan dan juga perubahan kepada pemandangannya.Kerana ketinggian Empangan The Three Gorges ini membuatkan seolah-olah bukit disekitarnya nampak lebih rendah.

Empangan ini bukan sahaja antara yang terbesar, malah dianggap antara yang paling berfungsi,cantiik dan mempunyai nilai estetika di dunia.

Empangan ini dibina daripada bahan konkrit, panjangnya kira-kira 2,335 metre (7,661 ft), dan tingginya 185 metre (607 ft). Empangan ini lebarnya 115 metre (377.3 ft) pada hilirnya dan 40 metre (131.2 ft) di bahagian atasnya. Projek ini menggunakan 28,000,000 m³ (36,600,000 ela padu) konkrit, 463,000 tan keluli, dan menggerakkan 134,000,000 m³ (175,000,000 ela padu) tanah. Takungannya berkepanjangan 600 kilometre (373 Batu|mi) dan mampu menampung 39.3 km padu (9.43 batu padu) air.

Seperti mana empangan-empangan lain, tercetusnya perdebatan mengenai baik dan buruknya membina Empangan Tiga Gaung. Walaupun terdapat faedah ekonomi seperti kawalan banjir dan kuasa hidroelektrik, namun timbulnya juga kebimbangan terhadap masa hadapan 1.13 juta orang yang bakal dipaksa berpindah oleh kenaikan takat air, kehilangan banyak tapak-tapak arkeologi dan budaya yang bernilai, serta kesan terhadap alam sekitar

Kawasan Paling Panas di Dunia

May be an image of sky and text that says "unifi#StaySafe 46% 20:55 neetah-adventures.com 70.7 Celsius degrees and belongs to the Lut desert. The previous record happened in 1992 and belonged to Libya with 56 degrees. Beforethe the UNESCO world heritage committee session ld in Istanbul, all of the 19 world heritage sites located in Iran were historically Û which Contact us on WhatsApp! alongside Persian Qanat was chosen as the"

Hendak tahu di mana kawasan yang paling panas di dunia.

Ia adalah di Dast-E-Lut, Di tengah tengah gurun di Iran. Ia mencapai suhu sehingga 80.8 °C.

Sehinggakan amat sukar melihat hidupan berada di sini.

Adakah manusia dapat bertahan pada suhu 80 °C?

Jawapannya ya dengan izin Tuhan.

Namun secara saintifik mengatakan bahawa manusia tidak dapat bertahan lama di kawasan yang mempunyai suhu 80°C. Kerana manusia akan mengalami heat stroke dan kehilangan air dari badan?

Matahari Terbit

May be an image of sky and text

Subhanallah wabihamdihi..

Beginilah suasana matahari terbit yang di ambil dari Stesen angkasa lepas..

Sangat menakjubkan?

Dari Pencipta, Yang Maha Agung dan hanya Allah Yang Maha Esa

May be an image of 2 people, road and cloud
#Japan

Zoo Manusia: Perangai Musibat Orang Barat

May be an image of person, child, standing, outdoors and text that says "© News Dog Media"

Perangai orang di barat ataupun yang berkulit putih sangatlah musibat terutama ketika zaman kolonisasi dulu.

Mereka menganggap orang yang tidak satu kaum dengan mereka sebagai tidak bermaruah dan layak diperlakukan seperti haiwan.

Mereka sangat rasis dan tidak sedikit pun menghormati bangsa lain. Antara yang menjadi mangsa mereka adalah orang kulit hitam serta orang Asia.

Ketika zaman kolonisasi dulu, mereka telah wujudkan zoo manusia. Ya, sama macam zoo sekarang cuma bezanya yang dipertontonkan dalam zoo tersebut adalah manusia.

Manusia-manusia yang ditayangkan dalam zoo ini kebanyakannya adalah orang kulit hitam serta orang Asia.

Mereka akan diperlakukan sama seperti haiwan. Makanan mereka akan dibaling dari luar lalu mereka akan kutip makanan itu dan makan.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Kemudian, musibat orang putih juga akan melaga-lagakan orang kulit hitam di dalam kurungan dan memaksa mereka bergaduh sehingga mati.

Pertunjukan berkala juga turut diadakan di zoo manusia ini. Pertunjukan ini akan melibatkan tarian kebudayaan bangsa kulit hitam serta asia.

Apabila tarian ini ditarikan, orang putih akan ketawa dan menghina tarian tersebut dan mengganggap tarian itu sebagai pelik dan hanya dilakukan oleh orang bodoh.

Zoo manusia ini banyak terdapat di Amerika serta di seluruh Eropah pada abad ke 19 dan 20.

May be an image of 7 people, people standing and text that says "© News Dog Media"

Antara yang popular adalah zoo di Brussel, Belgium. Di zoo ini telah diadakan pertunjukan Senegal pada tahun 1958. Orang kulit hitam dari negara Senegal dikurung di zoo ini dan dipaksa membuat tarian. Mereka turut didera dan diseksa.

Zoo di Coney Island, New York juga popular dengan gambar viral kanak-kanak perempuan Filipina yang diikat pada kayu dan dipertontonkan pada umum pada tahun 1906.

Anda boleh tengok gambar-gambar di bawah. Begitulah haramjagahnya orang putih memalukan serta memijak maruah bangsa lain.

Anehnya, masih ada orang kita yang percaya kata mereka. Pelik kan? Mereka cakap apa semua percaya.