Wajah Haiwan-Haiwan Kecil di Bawah Mikroskop

Kita selalu tengok muka ataupun wajah haiwan-haiwan yang bersaiz besar sahaja kan contohnya seperti kucing, anjing dan lain-lain.

Haiwan-haiwan yang bersaiz kecil pula seperti berudu, jentik-jentik dan lain-lain kita hanya mampu tengok badannya sahaja.

Wajah atau muka mereka tak dapat kita tengok kerana terlalu kecil. Mata kasar kita tak mampu untuk lihat wajah mereka.

Namun, dengan adanya teknologi elektron mikroskop maka dapatlah kita lihat wajah haiwan-haiwan kecil ini.

Anda boleh tengok di bawah. Ada yang pelik, ada juga yang scary.

1.) Wajah Cacing tanah

2.) Wajah Jentik-jentik

3.) Wajah Berudu

4.) Ulat renga (yang dibawa dari lalat)

5.) Lintah

No photo description available.
No photo description available.May be a close-upMay be an image of textNo photo description available.

Burung Kenyalang

May be an image of tree and nature

Rasa gembira bila melihat begitu banyak burung kenyalang yang menjadi kebanggaan Sarawak hidup damai di ulu lijan julau Sarawak. Ini kerana burung kenyalang memerlukan pokok yang besar dan tinggi. Semoga Sarawak terus melestarikan hutan supaya kemandirian margasatwa dan flora terpelihara.

Gambar dari fb Sumbang Rani.

Rawatan Tradisional

May be an image of text

Berdasarkan pendapat kebanyakan perubatan tradisional, meletakkan ais pada titik badan tertentu seperti di belakang leher selama 10-15 minit boleh membantu meningkatkan kecergasan, memulihkan mood dan perasaan, menyembuhkan sakit kepala dan migrain dan membantu dalam peningkatan sistem ketahanan tubuh badan, mengatur sistem pencernaan dan membantu tidur lena.

Boleh cuba ??

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor

May be an image of outdoors and text

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada di stesen Angkasa Antarabangsa dari 10-21 Oktober 2007. Antara eksperimen yang dijalankan ialah kajian ciri-ciri dan pembesaran barah hati dan sel leukemia, penghabluran pelbagai jenis protein dan mikroorganisma angkasa.

Beliau juga menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas. Waktu solat dan puasa mengikut waktu tempat pelancaran kapsul iaitu di Baikonur, Kazakhstan. Hari Raya Aidilfitri dirayakan dengan bekalan kuih biskut dan sate bersama angkasawan lain pada 13 Oktober 2007.

Aduh.. Photoshope ke ni?

May be an image of 2 people

Ini bukanlah photoshope tetapi ia adalah foto yang sebenar..

Dalam pertandingan Danish Handball, penjaga gol Althea Reinhardt menjadi viral sejak September 2021 yang lalu.

Ia kerana fotonya yang memaparkan hentaman bola pada mukanya.

Menunjukkan betapa lajunya bola yang di baling dari pihak lawan itu, Momentum hentaman itu seolah olah bola tersebut bakal menghancurkan mukanya.

Tapi jangan risau, Althea tidak mengalami kecederaan yang serius. Akan tetapi dia menangis juga beberapa ketika menahan kesakitan pada mukanya?.

Kemudian dia meneruskan perlawanannya..

Ini bukanlah photoshope tetapi ia adalah foto yang sebenar..

Dalam pertandingan Danish Handball, penjaga gol Althea Reinhardt menjadi viral sejak September 2021 yang lalu.

Ia kerana fotonya yang memaparkan hentaman bola pada mukanya.

Menunjukkan betapa lajunya bola yang di baling dari pihak lawan itu, Momentum hentaman itu seolah olah bola tersebut bakal menghancurkan mukanya.

Tapi jangan risau, Althea tidak mengalami kecederaan yang serius. Akan tetapi dia menangis juga beberapa ketika menahan kesakitan pada mukanya?.

Kemudian dia meneruskan perlawanannya..

?

Dulu dan Kini

Imej Sebelum Dan Selepas Menunjukkan perbezaan Bandar Terkenal Berubah Dari ke Masa.

Dunia telah berkembang dengan begitu pesat sepanjang 100 tahun yang lalu sehingga sukar untuk membayangkan betapa banyak perkara telah berubah pada masa itu.

Kebanyakan bandar paling terkenal di dunia seperti Hong Kong tidak mempunyai persamaan dari mereka yang terdahulu, dan bandar seperti Dubai tidak wujud sama sekali sehinggalah sekarang ia berkembang maju.

May be an image of text that says "2000 Now ব boredpanda.com"
Dubai, Emiriah Arab Bersatu
May be an image of sky and text
Seoul, Korea Selatan
May be an image of ocean and text that says "1970 Now"
Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
May be an image of outdoors
Tokyo, Jepun

Kredit : Bored Panda

Mumia Berusia 2500 Tahun

May be an image of 1 person, crocodile and indoor

Saintis terkejut bila buat ujian imbasan mumia buaya berusia 2500 tahun ini

Saintis terkejut bila buat ujian imbasan mumia buaya berusia 2500 tahun ini. Masyarakat Mesir purba sememangnya dikenali dengan amalan mengawet manusia yang juga dikenali sebagai mumia.

Namun selain daripada manusia, mereka turut mengamalkan amalan mengawet haiwan peliharaan seperti kucing, monyet dan burung.

Menurut kepercayaan, perbuatan memumiakan haiwan ini membolehkan haiwan-haiwan tersebut mengikuti mereka sehingga ke kehidupan selepas m.ati. Salah satu haiwan yang pernah diawet dan dianggap sebagai haiwan mumia paling luar biasa dalam sejarah mumia adalah buaya!.

Penemuan buaya mumia oleh para saintis dan kakitangan Muzium Antik Kebangsaan Belanda dari era tamadun Mesir purba sepanjang tiga meter ini benar-benar mengejutkan dan mengagumkan mereka pada masa yang sama.

Sebelum ini pada tahun 1996, buaya mumia tersebut pernah diimbas dengan pengimbas CT.

Setelah ujian imbasan dijalankan, didapati balutan mumia tersebut sebenarnya mengandungi dua ekor buaya yang diawet secara bersama.

Imbasan CT dengan teknologi moden tiga dimensi terkini yang dijalankan ke atas buaya mumia tersebut kemudiannya mendapat keputusan yang jauh lebih mengagumkan.

Rupa-rupanya, terdapat 47 ekor anak buaya bersama-sama dua ekor buaya dewasa di dalam balutan yang sama. Penemuan anak buaya ini memberikan peluang kepada para pengkaji untuk mendalami kaedah memumiakan buaya.

Hasil ujian imbasan tersebut turut menemui beberapa tangkal yang disusun di dalam balutan kain itu. Perkara ini meningkatkan kefahaman pengkaji mengenai usia, ciri-ciri fizikal serta keseluruhan proses awetan.

Menurut kenyataan daripada kurator muzium bahawa mereka tidak rasa akan ada penemuan baru. Lagi pun, buaya ini sudah menjalani ujian imbasan.

Ianya adalah satu kejutan besar bahawa terdapat begitu banyak anak buaya di dalam balutan mumia tersebut yang dikesan melalui penggunaan teknologi imbasan 3D canggih.

Para pengkaji Mesir yang bekerja di muzium berkenaan mendakwa buaya-buaya tersebut dijadikan sebagai mumia bagi mengagungkan Tuhan Sungai Nil, Sobek.

Kuil Kom Ombo merupakan pusat terbesar peny.embahan Sobek sewaktu zaman Roman dan Ptolemaic. Menurut sumber, masyarakat Mesir purba akan memelihara buaya di dalam kuil dan kolam.

Malah, mereka turut menghiasi haiwan ini dengan permata dan barangan kemas sebagai tanda penyembahan dan keagungan kepada Sobek.

Sobek yang turut digambarkan sebagai t.uhan berkepala buaya dihiaskan dengan mahkota Atef sekali gus menghubungkan Sobek dengan Amon-Ra, dewa terbesar dalam masyarakat Mesir.

Selain memumiakan buaya dan anaknya, masyarakat Mesir zaman dahulu turut memakamkan t.elur buaya bersama-sama dengan b.angkai dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan Sobek dalam kehidupan seterusnya.

Kereta Pertama di Kathmandu, Nepal

May be an image of outdoors

Inilah kereta pertama yang di bawa ke Kathmandu, Nepal. Kereta Mercedes yang dibuat pada tahun 1938 ini merupakan hadiah dari Adolf Hitler kepada Raja Truibhuvan.

Oleh kerana pada masa itu tiada jalan yang boleh di lalui oleh kenderan, maka mereka mengangkatnya beramai ramai mendaki kawasan tanah tinggi dan pergunungan.

(memang gigih betul dia orang nie kan?, Adolf Hitler ini pun satu juga, kenapa lah bagi hadiah kereta bagi la benda lain? naya betul)

Penghantaran Stok Kereta pada Musim Sejuk

May be an image of outdoors

Beginilah keadaan kereta terpakai Honda dan Toyota yang sampai ke port Rusia baru-baru ni.

Kereta-kereta ni diselaputi ais setebal 10cm yang terbentuk kerana kombinasi percikan air laut dan angin. Angin yang bertiup kencang menyebabkan percikan air laut beku dengan cepat sehingga membentuk ais yang tebal pada kereta.

Sebenarnya benda ni biasa je berlaku kalau kereta dihantar pada musim sejuk, tapi kali ini ais yang meliputi ianya agak tebal kerana angin bertiup juga lebih kuat dari biasa. Walau bagaimanapun, pembekuan ais pada kereta ni dikatakan tak menjejaskan fungsi elektronik kereta tu sendiri.

Menariknya, permintaan kereta terpakai Jepun juga agak tinggi di Rusia walaupun kedudukan pemanduan kereta adalah berbeza di sana.

Dendam Si Monyet

May be an image of outdoors

20 Disember 2021 yang lalu telah berlaku satu peristiwa yang memeranjatkan manusia di hampir sebahagian dunia.

Sebuah kisah pembalasan dendam 18 ekor monyet dengan membunuh 250 ekor anjing.

Kisahnya bermula begini…

Pada suatu hari, sekumpulan anjing telah mengepung Seekor anak monyet. Kerana ia masih kecil, ia tidak mampu untuk melepaskan dirinya dan dia berada dalam ketakutan apabila di kelilingi oleh sekumpulan anjing yang garang dan lebih besar darinya. Akhirnya, anak monyet yang ketakutan itu di bunuh dengan sadis dan kejam oleh sekumpulan anjing yang garang.

Walaupun bantuan dari monyet monyet lain dalam perjalananan untuk menyelamatkan anak monyet itu. Namun monyet monyet tersebut sudah terlewat dan anak monyet sudah pun mati dengan sangat tragis.

Maka bermulalah kemarahan monyet monyet dewasa ini Memburu kesemua anjing yang berada di kampung Lavool India.

Modus operandinya adalah dengan menangkap anjing kemudian di bawa ke tempat yang tinggi lalu melemparkannya. Jika anjing masih belum mati maka proses yang sama akan berulang sehinggalah anjing anjing itu benar benar mati.

Kemarahan dan tindakan agresif monyet ini membuatkan orang kampung terutama kanak kanak ketakutan. Ada peristiwa penduduk kampung cedera di serang monyet kerana melindungi Seekor anjing peliharaannya.

Walaupun penduduk kampung mengadu kepada Forest department mereka Cuba Memburu monyet monyet tersebut namun usaha mereka gagal sama sekali. Tidak Seekor monyet pun yang dapat di bunuh atau di tangkap.

Akhirnya penduduk kampung mengalah dan 250 ekor anjing di kampung itu mati kesemua sekali tiada satu pun yang selamat walaupun anak anjing yang kecil.

(Pergh.. Dah macam planet of the Ape dah

nie?)