Paus Humpback

May be an image of outdoors

Subhanallah wabihamdihi..

Keluarga bahagia, ayah, ibu dan anak paus Humpback.

Jika kita perhatikan betul betul, paus besar ini sangat berlemah lembut dan penyayang. Maka tidak hairanlah jika paus ini dinobatkan sebagai haiwan yang paling jinak dan tidak membahayakan.

Walaupun Saiznya besar, Tuhan meletakkan sifat lemah lembut dan mesra kepada paus ini.

Maka tidak hairanlah jika paus Humpback ini Sentiasa muncul tatkala ada bot bot nelayan atau kapal kapal. Sifat ingin tahu mereka yang tinggi, membolehkan manusia menyentuhnya atau berenang bersamanya.

Duit

No photo description available.

Jika kita di beri wang tunai 1 billion USD dalam note 100 USD. Kita memerlukan sebuah bilik besar untuk menyimpannya

(agak agaknya, Kalaulah kita memang dapat duit nie.. Apakah yang akan kita lakukan?)

Akan tetapi, Jika 1 billion USD ini kita tukar kepada emas mungkin kita tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpannya.

Saya selitkan sedikit falsafah tentang duit.

Duit tidak boleh di bawa mati, tetapi tiada duit rasa macam nak mati,

Duit tidak boleh beri kasih sayang, tetapi tiada duit kasih sayang boleh melayang.

Duit tidak boleh beli tidur, tetapi tiada duit, tidur pun tidak lena.

Duit tidak boleh beli Kesihatan, tetapi Kadang Kadang perlu duit untuk sihat.

Duit tidak boleh beli ilmu dan kebijaksanaan,

Akan tetapi Kadang Kadang perlu ada duit untuk menuntut ilmu.

Orang bodoh nampak Bijaksana bila ada duit, akan tetapi Kadang Kadang orang Bijaksana jadi bodoh kerana tiada duit.

Duit bukanlah segala-galanya, akan tetapi segala galanya memerlukan duit.

Perkuburan Terbesar Di Dunia

May be an image of outdoors

Subhanallah wabihamdihi..

Inilah perkuburan yang terbesar di dunia di mana ada 5 juta jenazah dikebumikan di sini malah ada yang telah berusia 1400 tahun.

Perkuburan ini di gelar Wadi as Salaam, di Najaf, Iraq.

(sekarang nie jadi tempat suci puak Shi’ah).

Seluas 9.17 km per segi, perkuburan ini menyimpan jasad jasad yang mulia di kalangan para sahabat Rasulullah SAW.

Sedikit kontrovesi, sesetengah para pengkaji sejarah Islam, menyatakan bahawa di sinilah tertanamnya jasad Saidina Ali menantu dan juga sepupu Rasulullah SAW. Namun begitu tiada siapa pun yang tahu dengan pasti di mana jasad Saidina Ali di kebumikan. Ia masih menjadi misteri sehingga sekarang.

Perkuburan ini juga menyimpan sebuah kisah sedih di mana, kepala Saidina Husain bin AbiTalib dikebumikan setelah dipenggal.

Manakala badannya tidak dapat dipastikan dengan sahih di mana ia dikebumikan.

Sebab itulah perkuburan ini menjadi sebuah tempat yang suci bagi Puak Syiah.

Apa yang lebih menarik, jika ada yang ingin dikebumikan di sini, maka mereka memerlukan kebenaran dari Ulama Syiah dan perlu membayar 5 juta dinar Iraq.

Penjara Lima Bintang

No photo description available.

Dikenali dengan penjara lima bintang, penjara yang terletak di bandar Leoben, Austria ini dikatakan penjara paling cantik di dunia.

Uniknya, penjara ini juga digunakan bagi menempatkan kompleks dan pejabat kehakiman selain sebagai tempat hukuman banduan.

Mengapa penjara-penjara mewah sebegini dibina? Penjara-penjara mewah ini dibina bukan untuk menggalakkan jenayah, tetapi untuk memberi motivasi kepada penghuninya.

Penjara yang mewah ini pastinya akan disukai oleh golongan gelandangan yang lebih rela untuk tinggal di sini berbanding di kaki lima.

“Better mewahkan rumah kebajikan kalau itu tujuan penjara Leoben Justice Centre ini di bina”

®

Nur Ain

Tembok Besar India(The Great Wall of India)

May be an image of monument and outdoors

Inilah tembok kedua terpanjang di dunia selepas tembok China. Ia dinamakan Khumbalgarh di Raja Stan, India. Ia di bina pada masa pemerintahan Rana Khumba.

Panjangnya tembok ini adalah 36 km.

Sedikit berbeza dengan tembok China, Khumbalgarh dipengaruhi dengan sentuhan seni arkitek India. Dan menempat 360 buah kuil yang di bina di belakang tembok.

Kecederaan Ngeri Akibat Bermain Mercun

May be an image of x-ray

Imej Radiograf yang dapat kita lihat ini menunjukkan kecederaan pada tulang tapak tangan akibat bermain mercun.

Bergantung kepada tahap kekuatan letupan mercun itu bukan sahaja boleh menghancurkan daging dan kulit. Tetapi ia juga boleh mematahkan tulang tulang jari.

Manakala proses untuk menyatukan semula tulang tulang yang patah memerlukan pembedahan yang sangat lama dan amat rumit sekali.

Lakaran Wajah pada Masa Hadapan

May be an image of 2 people and beard

Pada tahun 1998, sebuah majalah 442, telah menjangkakan wajah David Becham pada tahun 2020.. namun lihat wajah sebenar bintang bolasepak ini.. dengan jelas manusia tidak dapat menjangkakan masa depan.. ia adalah milik Sang Pencipta.

Kasih Ibu dan Anak Kembali Bertaut

May be an image of person, child and standing

1 Januari yang lalu, seorang lelaki telah ditemukan semula dengan ibu kandungnya setelah berpisah selama 33 tahun.

Begini kisahnya..

Pada tahun 1989, Li Jing Wei yang pada ketika itu berusia 4 tahun telah diculik dan dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Dia di bawa lari dari tempat tinggalnya di Yunnan sejauh 1800 km ke Bandar Hennan. Lalu dijual kepada sepasang suami Isteri yang tidak mempunyai anak.

Namun begitu, dia sangat bernasib baik kerana tidak dijual kepada orang orang yang tidak bertanggungjawab dan memaksa kanak kanak untuk melakukan kerja.

Akan tetapi keinginannya untuk bertemu dengan ibu kandungnya tidak pernah padam. Malah keluarga angkatnya juga turut membantu mencari.

Li Jeng Wei, cuba melukis peta berpandukan Ingatannya semasa dia berumur 4 tahun. Lakaran peta yang dilukisnya itu dimuat turunkan dalam pelbagai rangkaian internet.

Akhirnya seorang polis dapat mengecam kedudukan rumah ibu bapa Li Jeng Wei. Setelah ujian DNA dilakukan, maka terbuktilah bahawa Li Jeng Wei adalah anak kandungnya yang terpisah selama 33 tahun. Oleh kerana bapanya sudah meninggal dunia, dia hanya dapat berjumpa dengan ibunya sahaja.

Mereka ditemukan 1 Januari 2022 yang lalu, dan semua yang ada di lokasi menitiskan airmata. Kasihnya seorang ibu yang kehilangan anaknya, dan rindu anak kepada ibunya. Tuhan menemukan mereka kembali.

(ada maklumat menyatakan bahawa yang menculik Li Jeng Wei adalah jirannya sendiri.. Tapi saya tidak dapat pastikan kebenarannya).

May be an illustration of 1 person
May be an image of 2 people

Nasi Goreng USA

May be an image of fried rice

Nasi goreng USA singkatan kepada ‘nasi goreng udang, sotong dan ayam’. Penggunaan “USA” adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong dan ayam. Walaupun penggunaan istilah “USA”, makanan ini tidak mempunyai asal usul dari USA.

Walau bagaimanapun, ramai tukang masak yang menyalah tafsir “USA” itu sehingga memperkenalkan nasi goreng tersendiri iaitu ‘nasi goreng bersama sedikit lauk samada ayam atau daging bersama telur goreng’. Tak lupa ada kalanya diselitkan sayur yang hampir kecut seperti, lobak merah, bunga kubis naik kulat serta baby corn bersama bulu-bulu/rambut dan juga sekeping timun tebal sebagai hiasan.

Burj Khalifa, Dubai

May be an image of skyscraper

Subhanallah wabihamdihi..

Pemandangan dari atas yang memaparkan kemegahan banggunan Burj Khalifa, Dubai.

Ia juga melambangkan kekayaan dan kemewahan Bandar Dubai.

Malah, ia juga petanda akhir zaman bagi orang orang yang beriman. Walau sebagaimana megah pun banggunan itu, ia tetap hancur tatkala sangkakala ditiupkan.