Jentik Hati

May be an illustration of 1 person, headscarf and text that says "Mulakan kerana Allah Walau Susah, Walau Payah Walau Selalu Tergelincir Kita Mula Semula Hari Ini Sekarang Ini"

Kawah Lonar, India

Tahukah Anda

Kawah Lonar dalam daerah Buldhana, Maharashtra, India terbentuk akibat hentaman asteroid/meteorit pada bumi lebih kurang 50,000 tahun dahulu pada kelajuan 9,000km/j.

Dua kaedah penentuan umur tasik digunakan,

1) analisis thermo luminescence mendedahkan umur tasik 52,000 (± 6,000) tahun.

2) Petarikhan Argon mendedahkan kawah terbentuk 570,000 (± 47,000) tahun dahulu.

Air tasik bersifat masin dan tawar, satu-satunya di dunia.

Lidah manusia di bawah mikroskop elektron.

May be an image of food

Pernah bayangkan berapa banyak satelit dan space junk di atas sana?

1000?

10,000?

100,000?

Lebih tau! Menurut pemerhati orbit terkemuka Jonathan McDowell, seorang ahli astronomi di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian, pada penghujung tahun 2021 terdapat kira-kira 5,000 satelit aktif di orbit.

Tu yang aktif, tak kira lagi yang tak aktif-rosak la, serpihan la, badan roket la.

Menurut Pejabat Program Serpihan Orbit NASA, terdapat kira-kira 500,000 atau lebih serpihan orbit yang lebih kecil (antara satu hingga 10 sentimeter diameter) dan kira-kira 21,000 lebih besar (lebih besar daripada 10 sentimeter) berputar mengelilingi Bumi sekarang!

Boleh bayangkan betapa sesaknya kat atas sana?

Korang boleh tengok secara ‘real time’ semua benda kat angkasa di laman web ni http://stuffin.space/ macam min buat untuk tengok RazakSat. Nak tahu nama dot tu, cuma perlu klik saja pada dot.

Masuk je website tu, nanti dia tunjukkan macam dalam gambar di bawah. Titik berkod warna mewakili satelit (merah), serpihan (kelabu), dan badan roket yang dibuang (biru).

Punyalaaa banyak.

**Stuff In Space, laman web yang direka oleh pengaturcara muda James Yoder, yang menjejaki laluan ratusan ribu objek orbit dalam ‘real time’.

**teringat cerita Gravity oleh Sandra Bullock; George Clooney, kapal angkasa diorang berlanggar dengan debris.

Baca lanjut di sini

https://www.popsci.com/now-you-can-see-all-space-junk…/

Kesan Letusan Gunung Berapi Yasur dan Hunga-Tunga

May be an image of map, sky and text that says "SO2 CAMS 12:00 Windy.com Thursday 20 Friday 21"

Tahukah Anda

Keadaan terkini sebaran gas Sulfur Dioksida yang dikesan melalui CAMS daripada pelepasan gunung berapi Yasur dan Hunga-Tunga telah meliputi Melanesia dan Polinesia dan kini dah sampai Australia dibawa angin.

Ia sangat berbahaya kepada kesihatan. Sulfur dioksida merengsakan saluran pernafasan dan meningkatkan risiko jangkitan saluran. Ia menyebabkan batuk, rembesan lendir dan memburukkan keadaan seperti asma dan bronkitis kronik.

Malaysia memang negara bertuah.

Alhamdulillah.

**ditandakan dengan warna merah dan oren.

Jalan ke Neraka

May be an image of outdoors and text that says "GALERI GALERLINA INA SINIDAPURKAMI Jalan ini dikenali sebagai 'The road to hell' (Jalan Ke Neraka) terletak di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico"

Tahukah Anda

Jalan ini dikenali sebagai jalan ke Neraka, semakin ke bawah, semakin gelap.

Dah di bawah, penat nak naik atas semula? Don’t worry gais, ada elevator.

Husband Storage Pods

May be an image of 4 people, indoor and text that says "致穿搭 KN"

Sesuai untuk suami yang malas nak temankan wife pergi shopping. Boleh masuk duduk main game dalam ni, free je sekarang ni, cuma takda aircond la. Panas berpeluh la dalam tu.

Pods ni ada kat shopping mall terpilih di China.

Operation Beluga: Muzik Klasik untuk Beluga

Anda

Operation Beluga: Muzik Klasik untuk Beluga

Pada tahun 1984, lebih kurang 3,000 ekor paus beluga terperangkap dalam kolam kecil di perairan yang dilitupi ais di Semenanjung Chukchi, Rusia. Angin kencang memenuhi laluan lurus perairan dengan ketulan ais hanyut setebal 12 kaki (4 meter).

Soviet Union (USSR) memanggil kapal pemecah ais, Moskva untuk mengosongkan laluan supaya beluga boleh melepaskan diri.

Pada mulanya paus beluga tidak mahu keluar dari perairan sempit itu, kemudian anak kapal teringat bahawa paus beluga bertindak balas dengan baik terhadap muzik. Oleh itu, mereka menghidupkan pembesar suara dan mendapati bahawa muzik klasik seolah-olah menarik ikan paus.

Akhirnya, sekitar 2000 beluga berjaya diselamatkan, cuma sekitar 500 ekor beluga ditangkap oleh penduduk tempatan, tidak pasti samada diburu atau mati disitu. Operasi ini digelar ‘Operasi Beluga’.

Baca lanjut di sini: https://www.zmescience.com/…/operation-beluga-whale…/

Letusan Gunung Berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’Apai

Letusan gunung berapi di Tonga akibatkan 'kerosakan besar'

Tahukah Anda

Bunyi guruh dari letusan Hunga Tonga-Hunga Ha’Apai terdengar sehingga 10,000 km jauh ke Alaska.

Pokok yang digelar “The President”

May be an image of nature and tree

Tahukah Anda

Pokok yang digelar “The President” ini berusia 3200 tahun setinggi 247′ dan 27′ diameter.

Nat Geo Magazine mengambil 126 keping gambar dan mencantum kembali untuk memastikan keseluruhan gambar pokok dapat diambil.

Pssss.. Manusia ye dalam bulatan tu.