Mata air yang indah ini mempunyai bentuk dan warna yang luar biasa dan merupakan salah satu sumber sungai terpanjang di Dalmatia – Cetina Croatia. Dikenali sebagai “mata bumi” terbentuk semulajadi dan pelbagai warna biru dan pirus jika dilihat dari atas, mata air kecil ini dibentuk oleh lubang yang menembusi kedalaman yang tidak diketahui isi Bumi, diterokai oleh penyelam yang berjaya mencapai kedalaman 115 meter.
Pokok Kaktus Gergasi
Subhanallah wabihamdihi..
Jika anda ingin melihat pokok kaktus saiz gergasi. Maka Mexico, adalah tempat yang anda harus pergi.
Pokok kaktus yang terbesar di dunia di gelar Pachycereus Pringei atau kaktus gajah. Ia mencecah ketinggian 19 meter. Jika anda mahu menanamnya, maka pilihlah kaktus Saguaro (Carnegiea gigantae). Lihatlah pembesarannya selepas sepuluh tahun
Paepalanthus Wildflowers
Subhanallah wabihamdihi..
Paepalanthus wildflowers, adalah pokok yang unik di mana ia akan bercahaya setiap kali waktu senja.
Sebenarnya, cahaya dari matahari yang hampir terbenam itu, telah menembusi pokok ini. Membuatkan pokok ini seperti bercahaya.
Walau bagaimana pun, ia tetap memberikan keindahan saat matahari berlabuh. Cahaya dari pokok ini seolah olah seperti percikkan bunga api yang menghias pandangan..
Tapak Garam Terluas di Dunia
Salar De Uyuni adalah tapak garam terluas di dunia, dengan keluasan melebihi 10,000 km persegi. Terletak di Bolivia, kawasan ini dikatakan “cermin” terbesar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya.
Kawasan ni juga dikatakan tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu sebab seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit.
Burung Paling Laju di Dunia
Subhanallah wabihamdihi..
Adakah anda ingin mengetahui burung apa yang paling laju sekali di dunia.
Burung Peregrine Falcon, merupakan burung yang boleh mencapai kelajuan sehingga
300 km/jam di saat ia menjunam.
Kelajuannya diperolehi dari tubuhnya yang aerodinamik dan mampu merentas tiupan angin menjadikan ia seperti peluru yang di tembak.
Bentuk fizikal Inilah juga mengilhamkan pembinaan pesawat B2 Bomber yang bukan sahaja anti radar, malah ia boleh mencapai kelajuan 1010 km/jam.
Hotel ais di Sweden
Subhanallah wabihamdihi..
Hotel ais di Sweden. Semuanya tentang ais.
Jika anda berkesempatan melancong di Sweden, Icehotel adalah suatu yang harus anda pergi (a must-visit Swedish Landmark.
Ia di bina pada tahun 1989, dan hanya beroperasi di pertengahan bulan Disember hingga pertengan bulan April setiap tahun.
Sejak di buka lebih 50,000 pengunjung datang ke hotel ini. Walau bagaimana pun, anda perlu memakai stokin, sarung tangan, serta baju sejuk tebal untuk tidur di hotel ini.
Salji turun di padang Pasir Sahara
Subhanallah wabihamdihi..
Salji turun di padang Pasir Sahara, suatu yang sukar dijangka oleh akal kita.
Akan tetapi, Inilah yang berlaku. Dan sebenarnya ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana kejadian ini berlaku pada tahun 2018, 2019, 2021.
Kali terakhir salji turun di Sahara adalah pada tahun 1979. Dan kemudiannya semua orang terkejut apabila salji turun pada tahun 2016. Dan jika dilihat dari patternnya, mungkin di gurun Sahara akan menerima salji setiap tahun.
Pesawat hilang 80 tahun ditemui di India
NEW DELHI – Sebuah pesawat yang dilaporkan hilang hampir 80 tahun lalu selepas terhempas ketika Perang Dunia Kedua telah ditemui dekat kawasan pergunungan Himalaya yang terpencil di India, lapor laman berita Wion News semalam.
Pesawat itu dikatakan terhempas pada minggu pertama tahun 1945.
Penemuan serpihan pesawat itu dibuat oleh sebuah pasukan pencari di sebuah puncak gunung bersalji pada bulan lalu.
Menurut laporan agensi berita AFP, pesawat pengangkut C-46 itu dikatakan membawa 13 penumpang dari bandar Kunming di selatan China. Ia tiba-tiba hilang ketika ribut yang berlaku di kawasan pergunungan di negeri Arunachal Pradesh, India.
Tiga pemandu arah yang terlibat dengan operasi pencarian dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami hipotermia iaitu suhu badan yang menurun pada peringkat awal projek itu dijalankan pada September tahun lalu.
Seorang pengembara dari Amerika Syarikat (AS), Clayton Kuhles dilaporkan mengetuai misi itu setelah mendapat kebenaran daripada anak kepada salah seorang anak kapal yang terlibat dalam kejadian itu bernama Bill Scherer.
“Pesawat itu sudah tidak pernah didengari sebelum ini. Ia hilang begitu saja,” jelas Kuhles ketika bercakap mengenai kejadian itu.
“Apa yang boleh saya katakan adalah saya sangat gembira hanya kerana dapat mengetahui keberadaannya. Saya membesar tanpa bapa,” Scherer memberitahu agensi berita AFP menerusi emel.
“Saya fikir akan perasaan ibu saya yang menerima telegram mengenai kematian suaminya dan ditinggalkan dengan seorang bayi lelaki berusia 13 bulan, iaitu saya sendiri,” jelas beliau. – Agensi
Majlis Perkahwinan Tanpa Pengantin Lelaki
Di negara Syria, terdapat seorang gadis kurang upaya yang megalami masalah Down Syndrome sering bertanya kepada ayahnya tentang perkahwinan.
Dia juga beberapa kali telah bertanya kepada ayahnya tentang bilakah dia akan berkahwin dan sering menyatakan hasrat untuk mahu berkahwin.
Si ayah berasa sangat kasihan akan anak gadisnya itu.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan untuk anak gadisnya itu.
Namun, majlis itu bukanlah majlis perkahwinan sebenar. Ia cuma sekadar olok-olok serta majlis resepsi biasa sahaja.
Hal ini demikian kerana si ayah mahu anak gadisnya itu turut berpeluang merasakan seperti dirinya berkahwin seperti yang dia selalu tanyakan.
Walaupun majlis perkahwinan olok-olok namun, semua dirancang dengan baik. Ramai hadirin dijemput, kek kahwin pun ada serta sangat meriah, tidak ubah seperti majlis perkahwinan yang sebenar.
Kejadian ini telah viral di seluruh dunia dengan nama “Majlis Perkahwinan Tanpa Pengantin Lelaki”.
Sungguh kasih sayang seorang ayah pada anak memang tiada penghujungnya.
Harimau Champawat
Inilah Harimau Champawat, lagenda yang digeruni pada tahun 1907.
Ia membunuh dan makan seramai 436 orang di sekitar Nepal dan pedalaman India. Ia juga memegang rekod Guinness Book World Record
Membunuh paling banyak manusia.
Bagi membunuh harimau ini, satu pemburuan besar besaran di lakukan dan akhirnya ia di tembak mati..Subhanallah wabihamdihi..
Inilah Harimau Champawat, lagenda yang digeruni pada tahun 1907.
Bagi membunuh harimau ini, satu pemburuan besar besaran di lakukan dan akhirnya ia di tembak mati.. Kepala Champawat di awet dan di paparkan di Muzium.