Pernah tak sakit kepala sampai nampak benda macam zig zag? Keadaan tu sebenarnya merupakan migrain yang dikenali sebagai Migraine with Aura. Aura tu la yang nampak macam zig zag dan adakalanya akan menyebabkan seseorang tu buta sekejap, biasanya aura ni akan bertahan 10 hingga 30 minit.
Ritual Menyeramkan di Tana Taroja, Indonesia
Di selatan Sulawesi atau lebih tepat lagi di Tana Toraja, Indonesia terdapat satu ritual yang menyeramkan dilakukan oleh penduduk di sana.Ritual menanam bayi dalam pokok yang besar, jika berlaku sebarang kematian bayi,maka dicari satu pokok besar dan ditebuk lubang. Bayi tersebut akan dibaluti dengan kain dan akan dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk tadi.Lubang tersebut akan ditutup dengan menggunakan daun kelapa sawit. Masyarakat sekitar percaya, pokok tersebut akan menyerap bayi tu. Hanya bayi yang belum tumbuh gigi akan ditanam dengan cara sebegini. Disamping itu mereka beranggapan bahawa roh bayi tersebut akan dibawa oleh angin. Setiap pokok besar yang dipilih akan digunakan untuk mayat bayi jika terdapat sebarang lagi kematian dan ada pokok yang mampu memuatkan 20 mayat bayi.
Kredit- John Mohamed
Kisah Lelaki Yang Solat Selama 60 Tahun Tetapi Tidak Diterima Allah
Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah.
Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Merupakan tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf, kewajipan untuk menunaikan solat banyak terdapat dalam dalil Al-Quran dan Al-Hadith.
Sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah telah merobohkan tiang agama kerana seumpama tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna.
Tahukah anda, ada seorang individu yang solat selama 60 tahun namun tidak pernah diterima Allah.
Dalam perkongsian Dr Ahmad Sanusi, Rasullullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapatnya seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun tetapi solatnya tidak diterima Allah.
Dalam satu sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku’nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.”
(HR Ibn Abi Syaibah)
Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Malah baginda Rasulullah secara spesifik telah mengingatkan umat manusia mengenai perbuatan rukuk dan sujud yang sering diabaikan sebahagian manusia.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Seburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri di dalam solat. Sahabat lalu bertanya: Bagaimana seseorang itu mencuri di dalam solatnya? Rasulullah lalu menjelaskan: (pencuri solat ini ialah) mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merekanya.”
(HR Ahmad)
Oleh itu, berusahalah kita menunaikan solat dengan sempurna agar ibadah yang dilakukan tidak sia-sia di sisi Tuhan.
Video ‘Tak Buat Apa-Apa Selama 2 Jam’ Ini Berjaya Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Sebulan
Video ‘tak buat apa-apa selama dua jam’ ini berjaya raih tiga juta tontonan.
Menjadi seorang YouTuber harus ada sifat kreatif supaya mampu menarik orang ramai untuk menonton setiap video yang dimuat naik.
Seorang YouTuber Indonesia yang menamakan saluran YouTubenya dengan nama Sobat Miskin Official berjaya menarik orang ramai untuk menonton video berdurasi dua jam 20 minit hanya dengan tidak berbuat apa-apa.
Video ‘2 Jam Nggak Ngapa-Ngapain‘ yang dimuat naik 10 Julai lalu pada awalnya menjadi tular di Indonesia kemudiannya tersebar di Malaysia. Baru satu minggu dimuat naik, jumlah tontonan yang diraih lelaki ini sudah pun mencapai 600,000.
Di ruangan deskripsi, lelaki tersebut memberitahu tujuan beliau memuat naik video tersebut adalah kerana didesak subscibernya yang mahukan beliau mendidik anak muda.
Dengan berat hati akhirnya terhasillah video ‘tak buat apa-apa selama dua jam’ ini. Beliau menyerahkan kepada penonton sama ada mendapat manfaat atau pun tidak daripada menonton video tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata daripada penonton melahirkan rasa geli hati dengan cara lelaki ini menghasilkan video.
Setakat ini, video tersebut sudah pun berjaya meraih tontonan sebanyak 3.07 juta totonan dengan jumlah suka sebanyak 79,000 dan tidak suka sebanyak 6,700.
Beliau yang kini mempunyai 37,600 subscriber banyak menghasilkan kandungan video-video yang menarik dan unik antaranya makan mi segera berkuahkan air gas jenama Fanta dan makan sabun #tutorhidupsehat.
Terdahulu, seorang YouTuber Indonesia dan rakannya mungkin berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun jika didapati bersalah selepas melakukan prank plastik daging korban berisi sampah kepada penduduk kampung.
Rumah Dipercayai Milik Pengamal Ilmu Hitam Diselongkar, Lihat Apa Yang Ditemui
Rumah dipercayai milik pengamal ilmu hitam diselongkar.
Biarpun zaman sudah moden, sesetengah masyarakat masih lagi mempercayai dan mengamalkan ilmu hitam atau sihir untuk mencapai kepentingan peribadi.
Ilmu hitam yang mempunyai kaitan rapat dengan jin dan makhluk halus ini merupakan sesuatu yang dilarang dalam agama Islam kerana membawa kepada perbuatan syirik.
Bukan setakat agama Islam, malah Kristian, Yahudi, Buddha dan Hindu turut melarang penganut mereka mengamalkannya kerana mempunyai kaitan dengan Satanisme.
Seorang perawat Islam, Herman Sudil telah berkongsikan beberapa keping gambar rumah dipercayai milik seorang pengamal ilmu hitam di negara Arab Algeria telah diselongkar oleh penduduk tempatan.
Turut digelar sebagai ‘kilang sihir’, antara barangan yang ditemui di dalam rumah tersebut semasa diselongkar ialah kepingan-kepingan gambar dengan simbol dan ayat yang ditulis dengan perkataan (dipercayai sebagai mantera), anak patung, barangan tajam seperti pisau penetas kain, jarum, mangga dan bangkai haiwan.
Bangkai haiwan
Gambar berserta mantera
Anak patung
Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, sihir membawa makna ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahu pun tulisan atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya sehingga boleh menyebabkan kematian, kesakitan, perpecahan kekeluargaan, perbalahan suami isteri dan sebagainya.
Antara bahan atau alatan yang seing digunakan oleh pengamal sihir atau ilmu hitam bagi menyihir mangsanya ialah:
- Bahan yang bukan berasal daripada diri mangsa atau orang yang hendak menyihir mangsa.
- Bahan yang berasal daripada diri mangsa atau orang yang hendak menyihir bangsa.
Bahan-bahan dalam upacara sihir kebanyakannya bersifat:
- kotor dan busuk – darah, najis, bangkai
- berbisa dan beracun – air lipan bara, bisa kala jengking,
- tajam dan melukakan – kaca, kelongsong telur ayam, pisau, paku,
- gatal dan miang – miang buluh, miang tebu
- simpulan – kain, benang, rambut
Misteri Di Sebalik Tarian Tradisional ‘Berhantu’ Ulek Mayang
Sebut sahaja tarian Ulek Mayang, ramai yang mula seram sejuk. Apa misteri di sebalik tarian dan lagu ini? Merupakan antara lagu rakyat yang popular didendangkan, lagu ini seakan mempunyai ‘semangatnya’ yang tersendiri.
Berasal dari Terengganu, Malaysia, Ulek Mayang merupakan tarian penyembahan yang mana biasanya diiringi dengan orkestra Melayu seperti gong, gendang, biola dan akordian dengan kepercayaan boleh menyembuhkan penyakit.
Perkataan ‘ulek’ itu sendiri membawa makna menyeru dengan memujuk supaya kembali semula (merujuk kepada makhluk halus). Biasanya dilakukan pada waktu malam apabila tiba musim puja pantai, lirik Ulek Mayang sebenarnya mempunyai unsur-unsur mantera yang menyeru semangat.
Banyak versi lagenda tarian Ulek Mayang, antaranya berasal daripada upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri bunian yang jatuh cinta kepadanya.
Percubaan bomoh untuk membawa pulang roh nelayan itu kemudiannya menyebabkan puteri tersebut menyeru lima orang lagi saudaranya untuk ‘bertarung’ dengan bomoh tersebut.
Pertarungan antara keduanya telah menyebabkan gegaran pada bumi dan menggolak laut berlanjutan sehinggalah munculnya puteri ketujuh dan puteri sulung.
“Ku tahu asal usulmu. Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat.” – Puteri ke-7
Terhutang budi dengan puteri sulung, bomoh dan rakan-rakan nelayannya menyampaikan sembahan berbentuk nasi berwarna kuning kepada sang puteri. Tradisi menghargai bantuan semangat-semangat laut ini kemudiannya diamalkan sehinggalah kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Seiring dengan zaman, lagu Ulek Mayang turut mengalami pembaharuan atau pun intrepretasi kontemporari. Antara versi yang popular ialah versi rock nyanyian daripada Ratu Rock Malaysia, Ella dan versi instrumental oleh kumpulan metal Malaysia, Cromok.
China Dilihat Mula Menentang Video Mukbang Di Media Sosial Atas Sebab Ini
Mukbang dilihat sebagai satu gaya siaran paling banyak dihasilkan ketika ini di media sosial terutama di saluran YouTube. Trend ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.
Trend ini menjadi ikutan banyak negara kerana seseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan hanya makan depan kamera sahaja.
Bagaimanapun, trend ini bakal dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping pada minggu lalu menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
Menjadi perhatian kerajaan China, berikutan perang ekonomi dengan Amerika Syarikat serta banjir dikhuatiri akan mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan makanan. Kata Xi Jinping, COVID-19 telah ‘memberi amaran’ mengenai pembaziran makanan dan meminta rakyatnya perlu ‘ada kesedaran tentang krisis bekalan makanan’.
Selepas kempen diumumkan, beberapa platform media mula memaparkan amaran supaya makan dengan sihat supaya mengurangkan pembaziran pada video mukbang di platform mereka.
Mereka yang mencari kata kunci seperti ‘eating show’ atau ‘eating livestream’ akan dipaparkan dengan notis amaran. Bukan itu sahaja, video mukbang juga mula ‘diturunkan’ oleh platform bagi mengurangkan tontonan dan ada juga laporan pengguna membuang sendiri video yang dimuat naik.
Lebih menarik lagi, selepas kempen itu diumumkan, beberapa pempengaruh media sosial mula menghasilkan kandungan video mukbang tanpa makanan.
Kebiasannya, apabila sesuatu perkara berlaku di China seperti di atas akan dilihat sebagai pentanda awal pengharaman akan menyusul.
Sumber: BBC
Mendobi Sambil Beriktikaf, Netizen Puji Usaha JAWI Sediakan Dobi Di Masjid
Perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan.
Institusi masjid adalah antara institusi yang penting dalam membangunkan masyarakat madani.
Peranan masjid termasuklah sebagai agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan mereka bukan saja terhad kepada ibadah khusus semata-mata, namun juga pelbagai aspek yang lain seperti ekonomi dan sosial.
Impaknya masjid yang benar-benar berfungsi akan mewujudkan pelbagai faedah dan manfaat kepada masyarakat di sekitarnya seperti dalam aspek pembentukan kerohanian, keilmuan, ekonomi dan juga sebagai pusat rujukan dan khidmat kepada masyarakat.
Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri mengumumkan berita baik buat semua masyarakat mengenai inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam menyediakan perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan.
Menurut Dr Zulkifli, kewujudan perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan menarik orang ramai hadir ke masjid. Inisiatif Dobi An Nazhif itu dibangun dengan kerjasama syarikat, CLE Coin Sdn Bhd (CLE Coin) dalam usaha memperkasa peranan dan potensi masjid.
Di samping itu, turut dilancarkan aplikasi Nak Dobi iaitu pengguna boleh mendapatkan servis dobi terus ke rumah bersesuaian dengan situasi semasa serta bagi industri di Malaysia memilih keusahawanan digital sebagai platform perniagaan dalam norma baharu.
Inisiatif dari JAWI ini disambut baik dalam kalangan netizen yang turut teruja untuk mencuba perkhidmatan dobi yang disediakan di masjid berkenaan.
“Terbaikk secara tak langsung mendekatkan umat dengan masjid.”
“Diharap inisiatif ini akan merancakkan lagi peranan institusi masjid, sebagai tempat bukan sahaja untuk solat tapi untuk bermuamalat dan sebagainya. Diharap masjid-masjid lain akan turut ikut inisiatif ini.”
“AJK masjid lain mungkin boleh buat idea sama atau idea lain untuk jadikan masjid sebagai community center.”
“Alhamdulillah, idea bernas. Dalam tempoh mendobi tu boleh juga iktikaf/ buat amalan, tidaklah sia-sia main telefon. InshaAllah nanti saya datang.”
“Alhamdulillah satu bentuk keusahawanan sosial institusi masjid seiring dengan objektif pengimarahan masjid”
Lagu ‘Ba Ba Black Sheep’ Kritik Ketidakadilan Sistem Kelas Masyarakat
Siapa sangka lagu kanak-kanak Ba Ba Black Sheep yang boleh dikatakan dekat dengan jiwa kita rupanya ada sejarah hitam.
Sering jadi halwa telinga sejak dari kecil, pernah anda terfikir mencari sejarah di sebalik lagu lejen ini?
Lagu Ba Ba Black Sheep sebenarnya dihasilkan sebagai protes kepada sistem cukai bulu kambing yang dikenakan Raja Edward bagi membiayai perang menentang pemberontakan di Wales.
El #PalestineWillBeFree ?? ??@ErenaTakeuchiLagu ini menyentuh sistem kelas pada zaman itu dimana bagaimana harta negara dibahagikan. Master merujuk pada Edward I, dame merujuk kepada tuan tanah, dan ‘little boy who lives down the lane’ merujuk kepada harta rakyat yang dibahagi semuanya.11:53 AM · Nov 7, 201926545
Menyentuh sistem kelas pada zaman tersebut, lirik
one for the master, and one for the dame and one for the little boy who lives down the lane
mengkritik harta rakyat yang dibahagikan kepada semua kelas; master (Raja Edward I), deme (tuan tanah) dan little boy who lives down the lane (harta rakyat).
Lagu Ba Ba Black Sheep ini turut digunakan oleh golongan anti-peghambaan di England pada kurun ke-18 dan di Amerika Syarikat semasa era sebelum Perang Saudara.
Pada asalnya, lagu Ba Ba Black Sheep tidak memiliki melodi namun pada tahun 1740, lagu ini menerima melodinya berdasarkan lagu rakyat Perancis, Ah! Vous dirai-je, maman dan muzik diolah oleh Mozart pada 1781.
El #PalestineWillBeFree ?? ??@ErenaTakeuchiPada asalnya ia tidak mempunyai melodi, dan melodi ditambah pada tahun 1740 berdasarkan lagu rakyat Perancis, Ah! Vous dirai-je, maman dan muziknya kemudian diolah oleh Mozart pada 1781. Selain Baa Baa Black Sheep, lagu ABC dan Twinkle2 Little Star juga berdasarkan melodi ini.11:53 AM · Nov 7, 2019363101
Daripada penghasilan lagu ini dapat kita lihat kreativiti masyarakat pada zaman dahulu dalam menyampaikan suatu pendapat atau kritikan kepada situasi-situasi yang mereka alami.
Biarpun sudah dua setengah abad dihasilkan, lirik lagu kanak-kanak ini tidak banyak yang berubah. Biarpun kini dikenali sebagai nursery rhymes, lagu Ba Ba Black Sheep ini banyak digunakan dalam sastera dan budaya popular sebagai kiasan.
Lirik penuh lagu Ba Ba Black Sheep sebelum di ubah:
Bah, Bah, a black Sheep,
Have you any wool?
Yes old mate i have
Three bags full,
Two for my master,
One for my dame,
None for the little boy
That cries in the lane
Lelaki Ini Beri Mas Kahwin Dalam Bentuk Google AdSense Hasil Menulis Blog
Beri Mas Kahwin Dalam Bentuk Google AdSense
Sebut sahaja Indonesia, ada sahaja kisah unik yang tular dalam kalangan rakyatnya sehingga menjadi liputan media. Mungkin bagi kita terasa pelik tapi jika itulah budaya mereka, siapalah kita untuk menafikan?
Sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Jawa Timur, Indonesia tular apabila memberikan hantaran kahwin dalam bentuk Google AdSense.
Menurut laporan, Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 2 Ogos lalu menyaksikan Candra Bi menyerahkan mas kahwin Google AdSense bernilai AS$100 (~RM418) kepada isterinya, Mufida.
Pasangan itu telah disatukan dalam satu majlis di Dusun Ngetrep, Desa Sekaran, Kecamatan Kayen Kidul di Kabupaten Kendiri.
Menurut Chandra, dia mendapatkan Google AdSense itu menerusi aktiviti menulis blog yang menjadi sebahagian aktiviti kegemarannya.
Jika anda belum tahu, Google AdSense ini adalah program pengiklanan yang dijayakan oleh Google dan hosting tanpa had. Jadi, lelaki tersebut memperoleh wang itu dengan hasil Google AdSense melalui aktiviti menulis di blog.
Ia menjadi pendapatan utama akhbar dalam talian pada masa kini seperti Harian Metro, Berita Haria, Sinar Harian dan semua media di alam maya ini menggunakan program pengiklanan ini dan hasilnya dibayar dalam matawang USD.
Bercerita lanjut tentang pasangan ini, Candra juga berhasrat untuk mengajak isterinya terlibat dalam dunia blog.
“Ini nazar saya untuk mengajar ilmu blogging kepadanya. Ia bukan mudah kerana memerlukan masa untuk menjadi seperti saya,” ujar Candra yang meletakkan sasaran untuk memastikan isterinya yang juga seorang guru menjadi seorang blogger dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Katanya, pekerjaan sebagai blogger dan niat untuk menurunkan ilmu kepada isterinya turut mendapat persetujuan keluarga mentuanya.
“Saya berharap mas kahwin dan nazar saya ini dapat memberi manfaat kepada isteri saya dan kemudiannya ilmu tersebut diturunkan kepada murid-muridnya,” tambahnya lagi yang kini sedang berjinak-jinak menjadi seorang YouTuber.
Bukan sahaja di blog, iklan di YouTube juga juga dibayar oleh Google menerusi program ini juga. Patutlah ramai golongan muda dan selebriti yang membuat saluran YouTube sendiri kerana ini juga alternatif lain untuk mereka menjana pendapatan.
Mungkin cara pasangan ini bakal menjadi trend pada masa akan datang?
Sumber: Suara