Produk Halal dari New Zealand

Permintaan produk dan perkhidmatan halal semakin meningkat di seluruh dunia. Kajian menunjukkan industri halal global semakin meningkat antara $3 trilion (RM12.55 trilion) dan $4 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang, dan disokong dengan permintaan tinggi dari kedua-dua pengguna umat Islam dan bukan Islam.

halal New Zealand
Sumber: About Islam

Peningkatan penganut agama Islam di seluruh dunia, tahap peningkatan pendapatan dan tahap kesedaran tentang makanan halal merupakan tonggak utama terhadap pertumbuhan industri halal ini. Asia ialah penyumbang utama ke arah pasaran halal antarabangsa memandangkan dua pertiga penduduk Muslim dunia berada di rantau ini.

Perkembangan industri halal ini menjadi pemacu bukan sahaja untuk Muslim, tetapi mereka yang bukan beragama Islam juga mencari makanan berstatus halal kerana percaya dengan produk yang dijamin bersih dan berkualiti tinggi.

halal New Zealand
Sumber: Bron Marshall

Melihat pada itu, tidak hairanlah syarikat industri makanan berebut peluang untuk membangunkan produk makanan halal dan menginginkan produk mereka menjadi produk makanan halal terbaik dunia. Negara New Zealand juga tidak terkecuali merebut peluang seperti itu.

Sejak beberapa tahun, syarikat New Zealand telah menjadi rakan kongsi Malaysia yang ingin memperluaskan penawaran halal mereka kepada pengguna di seluruh dunia. Selain itu, status Malaysia sebagai peneraju dunia dalam ekonomi halal memberikan syarikat makanan New Zealand pilihan yang jelas untuk menjadi rakan kongsi.

Sebagai rakan kongsi, Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) bekerjasama rapat dengan JAKIM untuk memastikan produk makanan yang datang dari New Zealand ke Malaysia dilengkapi dengan sijil halal yang disahkan JAKIM. Ini juga membantu mengubah pemikiran tradisional tentang status halal yang hanya menjadi simbol agama Islam sahaja.

Di New Zealand pula, New Zealand Trade and Enterprise juga membantu syarikat tempatan mematuhi konsep halal dalam penghasilan produk mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu menembusi pasaran Malaysia dahulu untuk mendapatkan status halal.

Sehingga kini, lebih daripada 90 peratus daripada daging lembu dan kambing telah mematuhi piawaian halal Malaysia. Syarikat seperti ANZCO FoodAngel Bay Beef and Lamb dan juga SHOTT Beverages yang berpangkalan di Wellington sudah menyaksikan jualan mereka meningkat setelah mendapat status halal.

halal New Zealand
Sumber: C4 Coffee

Ternyata ia membawa keuntungan kepada syarikat produk makanan dan minuman New Zealand apabila menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi produk halal. Begitu juga dengan negara-negara luar Asia Tenggara yang mengambil langkah ke arah pematuhan halal.

Contohnya, sebagai persediaan untuk Piala Dunia Rugby pada tahun 2019 dan Sukan Olimpik 2020, Jepun mengambil peluang memperbanyakan produk makanan halal untuk meningkatkan pasaran mereka di peringkat dunia.

Natijahnya, perkara ini merupakan berita baik kepada pengguna Muslim berdasarkan peningkatan permintaan makanan halal di seluruh dunia. Semoga industri halal terus meningkat di seluruh dunia agar pengguna seluruh dunia mendapat jaminan kebersihan makanan dan berkualiti.

Sumber: New Straits Times

Kenali Satu-Satunya Kucing Bijak Yang Memiliki Kertas Kajian Saintifik Sendiri

Tahukah anda ada kucing yang memiliki kertas saintifiknya sendiri? Jom kenali satu-satunya kucing bijak yang ‘menulis’ kertas kajian.

Chester merupakan baka kucing jenis siam yang diberikan pengiktirafan dalam menulis kertas kajian saintifik bersama pemiliknya, Profesor Michigan Jack Hetherington.

Sejarah ini bermula apabila Hetherington secara tidak sengaja telah menggunakan perkataan we (kami) dan our (kami) yang sepatutnya ditulis sebagai I (saya) dalam kertas kajiannya.

Jack H. Hetherington bukanlah satu nama asing dalam bidang fizik. Merupakan seorang profesor di Universiti Michigan State, kesalahan perkataan tersebut dalam kertas kajian bertajuk “Two-, Three-, and Four-Atom Exchange Effects in bcc 3He” yang disiapkan pada awal tahun 1975 itu disedari apabila beliau memberikannya kepada rakan sekerja beliau untuk bacaan.

Kenali Satu-Satunya Kucing Bijak Yang Memiliki Kertas Kajian Saintifik Sendiri

Menurut rakannya, kertas kajian yang menggunakan kata ganti nama jamak itu hanya akan diterbitkan pihak Physical Review Letters sekiranya kertas kajian tersebut dikarang lebih daripada seorang pengarang.

Sedar dengan kesalahan yang membawa kepada makna kertas tersebut ditulis lebih daripada seorang penulis dan terlalu malas untuk menaip semula kertas tersebut menggunakan mesin taip menyebabkan Hetherington menambah Chester sebagai penulis bersama kajian tersebut.

Sedar sekiranya meletakkan nama Chester, kertas kajiannya akan menimbulkan persoalan terutamanya kepada rakan-rakannya yang mengenali kucing peliharaannya itu, Hetherington mendaftarkan nama F.D.C Willard yang merujuk kepada maknan Felis Domesticus Chester, dan menambah nama ayah Chester iaitu Willard di belakang singkatan tersebut.

Kenali Satu-Satunya Kucing Bijak Yang Memiliki Kertas Kajian Saintifik Sendiri 2

Dan akhirnya, kertas kajian Hetherington berjaya diterbitkan dalam Isu ke-35 oleh pihak Physical Review Letters dengan tapak kaki Chester sebagai tanda tangan F.D.C Willard.

Untuk pengetahuan anda, Felis domesticus merupakan nama saintifik yang merujuk kepada kucing domestik.

Sumber: F.D.C WilliardInfo Kini

Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja Yang Tidak Sama Seperti Kita Fikirkan

Tanggal 1 Mei telah dikhaskan sebagai Hari Buruh atau Hari Pekerja diseantero dunia. Namun tahukah anda tentang sejarah atau asal usul Hari Buruh ini?

Acapkali kita menyambut hari bersejarah ini, namun fahamkah kita disebalik tertubuhnya hari khas ini selain daripada pemahaman yang mengaitkan Hari Pekerja adalah hari bagi semua yang bergelar pekerja berehat dan bercuti.

Sebenarnya Hari Pekerja bukan sepertimana yang kita semua fikirkan. Ia bukan sekadar cuti umum dalam kalendar cuti sesebuah negara, apatah lagi bagi negara yang mempunyai cuti umum terbanyak di dunia seperti Malaysia.

Pada asalnya, ia sepatutnya digelar Hari Buruh yang merujuk kepada perkataan ‘Buruh’ atau ‘Labour’ dalam bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan pekerjaan yang menggunakan kudrat dan tenaga manusia secara manual.

Maka, Hari Buruh ini bukanlah untuk individu yang melakukan kerja pentadbiran, pengkeranian, perguruan atau apa sahaja yang tidak menggunakan kudrat tulang empat kerat.

Sejarah Hari Buruh

Hari Buruh diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.

Perkembangan ekonomi Barat yang bergantung harap kepada pemodal kapitalis (pemilik kilang) menjadikan kerajaan lemah kerana membiarkan pasaran mengatur dirinya sendiri menerusi amalan ‘laissez faire’ yang menghalang campur tangan aktif kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran.

Akibatnya, pemodal menguasai ekonomi dan mengambil kesempatan ke atas pasaran buruh dengan mengeksploitasi mereka supaya bekerja lebih masa dengan kadar upah yang rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan.

Ketika itu, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti. Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.

Disebabkan itu, para buruh terutamanya pekerja kilang bangkit mendesak supaya hak pekerja dijaga bermula dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut menuntut hak, iaitu lapan jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali, di samping turut dibayar upah yang setimpal.

Kemuncak kepada perjuangan buruh dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886. Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.

Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh. Inilah sejarah perjuangan para buruh dalam memperjuangkan hak mereka dan kita hari ini sebagai pekerja.

Sejarah Hari Pekerja

Kini, Hari Buruh dipanggil Hari Pekerja sempena mengambil kira bahawa mereka yang bekerja ‘makan gaji’ itu juga adalah buruh kerana sifat umum seseorang buruh pada masa dahulu ialah menerima upah daripada hasil pekerjaannya.

Ia diwujudkan untuk mengenang perjuangan menuntut hak dan kesaksamaan satu kelompok yang bernama pekerja.

Hari Buruh pertama di Tanah Melayu

Hari Buruh buat pertama kali disambut di Tanah Melayu pada tahun 1921 oleh golongan anarkis di Ipoh, Perak. Perhimpunan May Day itu dihadiri oleh para pekerja dan pelajar di Ipoh.

Pada 1 Mei 1919, Goh Tun-ban, seorang anarkis di Tanah Melayu telah menerbitkan rencana khas dalam akhbar tentang gerakan buruh seluruh dunia, khas bagi menyambut May Day. British pada ketika itu risau dengan gerakan idealogi ini dan menangkap Goh Tun-ban untuk dipenjarakan. Namun, gerakan ini masih meluas dan tersebar ke seluruh negeri.

Sejarah Hari Pekerja

Sumber: Sinar HarianOrang Perak

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat

Wanita ini kongsi pengalaman sebagai pengawal mutu dan kualiti ganja di Amerika Syarikat.

Menjelang 2020, semakin banyak negara menghalalkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan. Beberapa minggu ini di Facebook, tular mengenai perkongsian pengalaman seorang wanita, Hannah Fawwazah Nasaruddin yang berkongsikan pengalamannya sebagai pengawal mutu dan kualiti ganja di Amerika Syarikat.

Baca wanita ini kongsi pengalamannya seperti di bawah:

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat
Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin

Sebelum masuk bekerja, akan ada proses semak latar belakang melalui FBI dan polis negeri.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat 1
Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin

Bergelar pekerja bukan tiket untuk sewenangnya menggunakan produk ganja di dalam bangunan.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat 2
Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin

Peralihan penggunaan ubatan untuk depresi kepada penggunaan ganja.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat 3
Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin

Di Malaysia, ganja atau kanabis tersenarai dalam Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana melarang seseorang individu mengimport, menanam, memiliki, memindah atau menggunakan bahan berkenaan.

Sehinggakan ada aktivis yang meminta agar ganja dikeluarkan daripada senarai berkenaan bagi membolehkan kajian saintifik dilakukan sebagai bukti tumbuhan berkenaan selamat digunakan dalam lapangan perubatan.

Ganja Pertama Dibenarkan di Singapura

Presiden Malaysia Society Awareness, Intan Mustika Putri Mokhtar pada April tahun lalu berkata ganja boleh merawat penyakit, melindungi saraf dan menjana sel otak namun kaedah ini ditolak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan barisan doktor di Malaysia kerana tidak melihat kajian yang dilakukan oleh negara luar dengan teliti contohnya Israel.

Selepas Belanda mengumumkan perintah berkurung di sana, ramai daripada rakyat telah melakukan pembelian panik ganja.

Di Sebalik ‘Tarian Keranda’, Ini Tradisi Pengebumian Penuh Gaya Di Ghana

Ada apa di sebalik tarian keranda yang tular di media sosial?

Belakangan ini, tular di laman media sosial berkenaan dengan meme enam orang lelaki yang bersut kemas menari sambil membawa keranda.

Cukup menghiburkan orang ramai, ada apa di sebalik ‘tarian keranda’ ini?

The Dancing Coffin

Digelar sebagai kumpulan The Dancing Coffin, kumpulan ini dibayar untuk ‘menghantar’ si mati dengan cara penuh bergaya.

Di Sebalik ‘Tarian Keranda’, Ini Tradisi Pengebumian Penuh Gaya Di Ghana

Di Ghana, tarian keranda ini bukanlah sesuatu yang suka-suka tetapi merupakan satu cara penghormatan kepada masyarakat di Afrika Barat.

Pada awalnya, amalan ini tidak menjadi tradisi namun hari demi hari, trend ini semakin diterima dan dijadikan tradisi untuk proses pengebumian sejak beberapa tahun lepas.

Menjadikan upacara pengebumian sesuatu yang meriah, tarian keranda ini dimulakan dengan tujuan ‘meghantar’ si mati bertemu Tuhan dalam keadaan riang dan gembira.

Bukan sekadar menari, kadangkala The Dancing Coffin akan melambung-lambungkan keranda berisi si mati tersebut kerana termasuk dalam koreografi mereka.

Menurut pemiik perniagaan pallbearing (pembawa keranda), Benjamin Aido, pemergian si mati sepatutnya diiringi dengan kegembiraan, bukannya kesedihan dan ratapan.

Sering bereksperimen dalam menghasilkan warna baju seragam si pembawa keranda, kumpulan ini juga akan ‘menari’ mengikut kepada permintaan keluarga termasuklah dalam pemilihan warna pakaian.

Telah mengurangkan kadar pengangguran di Ghana, sejak tular di laman media sosial, perkhidmatan ini dikatakan semakin banyak ditempah kerana keunikan dan konsep pengebumiannya yang unik.

Boleh menjangkau masa satu ke tiga hari, kesemuanya bergantung kepada permintaan keluarga si mati.

Tidak pernah miss the beat, tarian kumpulan The Dancing Coffin ini menjadi hiburan kepada masyarakat dunia yang sedang gusar dengan penularan COVID-19 yang kini sudah mencecah 1.34 juta kes positif dengan kadar kematian seramai 74,782 orang.

Merupakan satu bentuk penghormatan terakhir, tarian ini dilakukan selepas daripada selesainya upacara di gereja dan semasa proses ‘penghantaran’ si mati untuk dikebumikan.

Sumber: Metro UK

Tawar Tanggung Semua Kos Guaman Remaja Hina Polis, Kenali Individu Bergelar Jutawan Ini

Kenali individu yang tawar tanggung semua kes guaman remaja hina polis.

Akhir Mac 2020 lalu, seorang remaja perempuan telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan selepas didapati bersalah menghina polis.

Didakwa atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu, tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20 tahun telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain, beliau didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sekiranya gagal, hukuman penjara tertuduh ditambah kepada dua bulan.

Tidak lagi daripada melakukan kesilapan, seorang lelaki yang juga bergelar jutawan sanggup datang dari Besut ke Alor Star telah menawarkan diri untuk menanggung segala kos yang diperlukan Nursahira supaya beliau dapat dibebaskan.

Tawar Tanggung Semua Kos Guaman Remaja Hina Polis, Kenali Individu Bergelar Jutawan Ini 1
Sumber: FB Muhammad Azlan

Tular di media sosial, permohonan Muhammad Azlan Al-Amin bagaimanapun ditolak untuk penggantungan hukuman sementara menunggu proses rayuan berkenaan.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga tertuduh, Muhammad Azlan bersama peguam yang mewakili Nursahira, Dato Naran Singh memberitahu akan segera membuat permohonan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh terdekat ini.

Tidak menafikan kesalahan yang dilakukan Nursahira, Muhammad Azlan percaya sebagai manusia biasa, sesiapa pun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Namun pada peringkat awal, mungkin hukuman berbentuk didikan perlu diterapkan bagi memanusiakan manusia agar menjadi seorang insan.

Merasakan tertuduh sebagai terlalu mentah, beliau meminta masyarakat agar memberi tertuduh ruang untuk berubah menjadi lebih baik.

Menambah kepada emosi sedih, soalan tertuduh yang kelihatan polos pada ibunya membuatkan Muhammad Azlan menitiskan air mata:

“Mak,saya boleh balik ke lepas ni?”

Mahu berjuang tanpa putus asa demi anak bangsa dalam mencari erti hidup, beliau memberitahu manusia perlu hidup dengan kasih sayang, jangan membenci dan saling menghormati antara satu sama lain.

Mungkin kes Nursahira ini boleh dijadikan sebagai pengajaran buat semua agar tidak terlalu lantang bersuara tanpa memikirkan kesannya.

Jika Muhammad Azlan sanggup tawar tanggung semua kos guaman tertuduh, apa pula sumbangan kita pada anak bangsa?

Stok Pusat Darah Negara Semakin Menurun, Ini Langkah Yang Perlu Anda Patuhi Untuk Menderma

Stok Pusat Darah Negara tak cuti.

Dalam pada kita sedang mematuhi arahan kerajaan untuk Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam 18 Mac lalu, stok darah di Pusat Darah Negara semakin menurun.

Panduan Derma Darah semasa COVID-19
Sumber: Facebook Pusat Darah

Memohon jasa baik masyarakat untuk tampil menderma dengan kadar SEGERA, berikut merupakan panduan yang perlu anda patuhi untuk mendera darah semasa pandemik COVID-19 ini.

  1. Penderma yang disahkan mengalami jangkitan COVID-19 TIDAK DIBENARKAN menderma sehingga 28 hari selepas sembuh sepenuhnya.
  2. Penderma tidak mempunyai gejala tetapi mempunyai sejarah kontak rapat dengan pesakit yang positif COVID-19 atau PUI COVID-19 TIDAK DIBENARKAN menderma darah selama 28 hari dari tarikh kontak.
  3. Penderma yang tidak bergejala namun mempunyai sejarah perjalanan ke China, Korea, Jepun, Itali dan Iran TIDAK DIBENARKAN menderma 28 hari selepas tiba dari negara terlibat.
Stok Pusat Darah Negara COVID-19

Lokasi yang boleh anda menderma:

Stok Pusat Darah Negara COVID-19

Terdahulu, kerajaan kini sudah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu yang menekankan pada nam perkara yang ditekankan dalam Perintah Kawalan Kerajaan adalah larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara, sekatan menyeluruh semua perjalanan, sekatan kemasukan semua pelancong, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) dan penutupan semua premis kerajaan dan swasta.

Rakyat Malaysia Pencemar Plastik Terbesar Di Rantau Asia

Laporan Tabung Alam Sedunia (WWF), menyaksikan rakyat Malaysia dinobatkan sebagai pencemar plastik terbesar di rantau Asia.

Agak memalukan, namun itulah hakikat yang perlu ditelan.

Data WWF menunjukkan Indonesia, China, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia telah menyumbang 60% daripada 8 juta tan plastik yang memasuki lautan dunia saban tahun.

Thailand Larang Penggunaan Beg Plastik

Daripada enam buah negara berkenaan, Malaysia menduduki tangga pertama dengan pembungkusan plastik per kapita tahunan adalah 16.8kg setiap orang, diikuti dengan Thailand pada 15.5kg.

Umum sedia maklum, plastik merupakan bahan yang menjadi punca pencemaran terbesar di dunia. Hampir semua barang kegunaan harian diperbuat daripada plastik yang kebanyakkannya hanya digunakan sekali sahaja.

Dek kerana harganya yang murah dan ketahanannya yang tinggi, ramai yang memilih bahan ini tanpa memikirkan kesannya kepada persekitaran.

Hampir setiap tahun, berbilion-bilion kilogram plastik dijumpai di lautan. Itu baru sahaja di lautan, bagaimana pula dengan pencemaran plastik yang berlaku di daratan?

Pencemaran plastik bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada persekitaran, tetapi juga kepada haiwan terutamanya hidupan liar marin yang seringkali dilaporkan mati akibat daripada tertelan plastik dan terperangkap di dalam plastik.

Thailand Larang Penggunaan Beg Plastik 1

Memerlukan kos pemulihan yang agak besar, masyarakat hari ini perlu disedarkan mengenai keburukan plastik dalam kehidupan mereka. Bertukarlah kepada yang lebih efektif dan mesra alam sebagai contoh kertas dan plastik yang boleh dikitar semula.

Susulan dengan data ini juga, kerajaan Malaysia beberapa tahun ini telah melakukan pelbagai insentif bagi mengurangkan pengguanaan plastik dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menggantikan plastik kepada beg kitar semula selain daripada mengenakan caj 20 sen kepada pengguna yang mahu mendapatkan plastik ketika membeli.

Malah penggunaan straw serta cawan plastik juga ditukarkan kepada straw besi, straw kertas serta straw serai dalam usaha menggantikan plastik dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Akhir Januari lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada ketika itu, Yeo Bee Yin telah menghantar pulang 10 kontena seberat 450 tan metrik sisa sampah pulang ke negara asal selepas Malaysia menjadi mangsa buli negara maju yang menjadikan kita sebagai tong sampah mereka.

Datang Daripada Keluarga Miskin, Pelajar Ini Tak Malu Guna Daun Pisang Sebagai Ganti Buku Nota

Dengan tekad yang kuat mahu menuntut ilmu, seorang pelajar yang datang daripada keluarga miskin sanggup menggunakan daun pisang untuk mencatat ilmu yang dipelajarinya.

Datang daripada keluarga yang miskin, pelajar  lelaki Lianga National Comprehensive School di Filipina ini tidak menjadikan alasan kesusahan keluarganya sebagai penghalang meneruskan pendidikan.

Datang Daripada Keluarga Miskin, Pelajar Ini Tak Malu Guna Daun Pisang Sebagai Ganti Buku Nota
Sumber: Arcilyn Azarcon

Kisah Erlande Monter yang dikongsikan sejak empat bulan lalu oleh gurunya, Arcilyn Azarcon menyentuh hati ramai pihak yang mengagumi kekentalan jiwanya.

Menurut Azarcon, semasa beliau menyuruh anak muridnya menyalin nota yang ditulis di papan putih, beliau perasan Monter menyalinnya di daun pisang dan tidak malu mengenainya.

Tak Mampu Beli Buku Nota, Pelajar Guna Daun Pisang Catat Nota 1
Sumber: Arcilyn Azarcon

Bercita-cita mahu menjadi seorang askar, sama seperti kanak-kanak lain ‘buku nota’ Monter tidak terlepas daripada diselitkan dengan lukisan doodle.

Datang Daripada Keluarga Miskin, Pelajar Ini Tak Malu Guna Daun Pisang Sebagai Ganti Buku Nota
Sumber: Arcilyn Azarcon

Manakala, sebuah sekolah di India yang dibina untuk kanak-kanak miskin telah mengajar murid-muridnya untuk mahir menulis dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.

Percaya ianya tidak hanya sekadar bergantung kepada bakat semata, mereka menyediakan latihan kepada pelajar-pelajarnya setiap 15 minit dalam 45 minit masa pembelajaran.

Pegawai Polis Ini Guna Gaji Bulanan Untuk Bina Masjid

Memikul tanggungjawab sebagai seorang anggota polis bukanlah suatu tugas yang mudah. Selain berperanan menjaga keselamatan negara dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan, pegawai polis juga perlu sentiasa dilihat sebagai penjawat awam yang berintegriti tinggi agar tidak dipertikai masyarakat biasa.

Seperti seorang pegawai polis di Nigeria ini, beliau memberi contoh baik dengan membelanjakan gaji yang diperolehnya setiap bulan untuk membina sebuah masjid.

Memetik laporan Life of Arabs, pegawai polis itu telah berjanji untuk menggunakan harta yang dimilikinya untuk membantu Muslim. Dia turut menyediakan tempat mengambil wuduk di masjid itu bagi memudahkan orang Muslim menunaikan solat.

“Saya akan menghabiskan harta saya untuk membina Islam dan Muslim, InsyaAllah,” katanya.

Pegawai Polis Beri Gaji Bina Masjid

Ramai orang mengimpikan untuk membina sebuah rumah, membeli kereta mewah dan mahu menjalani kehidupan yang baik, namun masih ada insan lain yang hanya mampu mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Kebaikan dan sikap pemurahnya itu akan dihargai selepas kematiannya. Ini adalah salah satu perbuatan yang akan memberi manfaat kepada jiwa walaupun selepas beliau meninggal dunia.

Kisah ini juga sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa polis memiliki sikap yang tidak baik.

Sumber: Life Of Arabs