Kesucian Halal Restoran ‘Pork Free’: Adakah Benar-Benar Menurut Piawaian Islam?

Mencari makanan halal sudah menjadi kewajiban setiap yang bergelar Muslim. Merupakan satu isu yang sensitif dalam kalangan masyarakat Muslim, masih ramai yang tertipu dengan papan tanda serve no porkpork free dan no lard. Sejauh mana kesucian halal restoran kedua-duanyanya?

Apa yang membezakan halal dan no pork? 

HALAL – Premis bebas daripada menyediakan masakan berasaskan khinzir, arak dan haiwan darat yang tidak disembelih. Malah peralatan yang digunakan juga bebas daripada najis.

NO PORK – Premis hanya memaklumkan premis tidak menjual makanan berasaskan daging khinzir. Tidak boleh dianggap sebagai premis yang menjual makanan halal.

Seorang wanita mualaf, Allyssia Affandi yang pernah bekerja di restoran Cina sebelum memasuki Islam menceritakan pengalamannya berdasarkan bekerja di premis yang meletakkan papan tanda serve no pork.

kesucian Halal restoran Dan Pork Free

Kata beliau, walaupun papan tanda berkenaan tidak menghidangkan daging khinzir, namun hakikatnya di belakang tabir peralatan memasak yang digunakan masih lagi ‘bersentuhan’ dengan daging berkenaan sama ada daripada pisau, kuali atau pun minyak masak.

Tambah beliau, makanan yang menggunakan daging khinzir terasa berbeza dengan makanan yang tidak dicampurkan dengannya.

Kebanyakan daripada kita merasa yakin dengan adanya tanda berkenaan tanpa perlu berfikir lanjut mengenai kesucian halal restoran tersebut. Tambah lagi bila adanya Muslim lain yang turut makan di premis berkenaan, lagilah bertambah yakin.

Hakikatnya, yang dikatakan halal dengan papan tanda serve no porkpork free dan no lard itu bukanlah yang benar-benar halal menurut piawaian Islam.

Sebelum ini, lebih 120 jenama penapis air diragui status halalnya. Baru-baru ini, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mahyeddin Mohd Salleh memberitahu kajian daripada pihaknya mendapai lebih 120 jenama penapis air berada di pasaran Malaysia.

Dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding penapis berjenama, jenama-jenama ini menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran dan membekalkan kalsium pada air.

Kebanyakan daripadanya adalah jenama yang diimport dari luar negara terutamanya Taiwan dan China kebanyakan karbon aktif adalah daripada tulang haiwan yang dihasilkan China dan diragui status sembelihannya serta keberangkalian untuk tulang yang diambil daripada sumber haram atau syubhah juga adalah tinggi .

Sumber: The StarSinar Harian

Isu Transgender Tunai Umrah, Ini Hukum Yang Wajib Mereka Patuhi

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah impian semua orang yang bergelar Muslim tidak kira umur, bangsa mahu pun jantina. Tular baru-baru ini mengenai isu transgender yang menunaikan umrah iaitu seorang usahawan kosmetik yang merupakan seorang transgender bersama dua orang lagi rakannya menunaikan umrah.

Yang menjadi isu apabila, beliau dan rakan-rakan dilihat menunaikan umrah dengan menggunakan telekung seperti jemaah wanita tulen yang lain.

Hukum Transgender Tunai Umrah 2
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Haji Umrah Dot Me

Yang menimbulkan kemarahan orang ramai ialah apabila individu berkenaan sebelum berlepas berpakaian seperti jemaah lelaki, namun lain yang jadi sesudah tiba di sana.

Apabila ini menjadi isu, pastinya orang ramai akan menyalahkan agensi umrah yang terlibat kerana dikatakan tidak peka terhadap isu-isu sebegini, namun ini respon mereka.

Hukum Transgender Tunai Umrah

Seorang individu yang dikenali sebagai @akhifairuz_ telah merujuk kepada Mufti Wilayah berkenaan dengan perkara ini. Akhi Fairuz Al-Jengkawi@akhifairuz_Bila nampak sahaja org share pasal beliau, saya terus rujuk PA Datuk Mufti Wilayah. Katanya, mutawwif yang bakal bawa beliau ada call minta pendapat. Di pihak mufti jelas, boleh ibadah, dengan syarat berpakaian lelaki dan ibadat cara lelaki. Tup tup dia post gambar bertelukung.

Menurut laporan daripada Harian Metro, agensi yang menguruskan urusan umrah beliau sudah merujuk kes berkenaan kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan seterusnya.

Kumpulan umrah khas keluarga ushawan kosmetik berkenaan itu disertai oleh sembilan orang; tujuh dewasa dan dua kanak-kanak pada awalnya sudah diberitahu oleh pihak agensi supaya tidak mempublisitikan percutian mereka agar tidak menimbulkan ketidakselesaan segelintir masyarakat Muslim.

Mereka pada awalnya bersetuju untuk mematuhi serta menghormati pandangan umum namun sebaliknya yang terjadi sesudah di sana berada di luar jangkaan pihak agensi.

Hukum Transgender Tunai Umrah 3

Cakna dengan isu transgender dan hukum ibadah yang dilakukan mereka, seorang ustaz, Syed Shahridzan tampil memberikan penjelasan mengenai apakah hukumnya golongan transgender ini dalam menunaikan ibadah umrah.

1. Hukumnya HARUS dan mereka layak mengerjakan ibadah umrah selagi bergelar Muslim, namun agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang perlu mereka patuhi.

2. Syarat WAJIB: Golongan ini wajib mengerjakan umrah berdasarkan HUKUM ASAL JANTINA.

3. WAJIB pakai kain bengkung tidak berjahit supaya ‘payudara tiruan’ tidak kelihatan ketika memakai ihram.

4. WAJIB berihram seperti lelaki dan WAJIB berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram. TAK BOLEH berpakaian seperti wanita walaupun dengan bertudung mahu pun bertelekung.

5.  WAJIB mengerjakan ibadah di ruangan solat lelaki, malah WAJIB menggunakan tandas lelaki. Pihak agensi WAJIB memastikan bilik penginapan mereka tidak bercampur dengan wanita tulen.

Menurut Ustaz Syed Shahridzan lagi, pihak agensi memainkan peranan penting dalam menitikberatkan syarat-syarat berkenaan supaya tidak dikira sebagai bersubahat dengan perkara mungkar yang dilakukan mereka sama seperti di tanah air.

Sumber: Syed ShahridzanHarian Metro

Selepas 50 Tahun Memohon, Masjid Pertama Di Slovenia Akhirnya Dibuka

Selepas 50 tahun melakukan permohonan dan melalui pelbagai halangan dan masalah kewangan, akhirnya masjid pertama di Slovenia telah dibuka secara rasmi semalam.

Ditentang oleh parti pembangkang sayap kanan, masjid ini pernah diletakkan dengan darah serta kepala babi di tapaknya sebagai ‘ugutan’ untuk pihak terlibat menghentikan cubaan pembinaan.

Masjid Pertama Slovenia 3

Ketua masyarakat Islam, Mufti Nedzad Grabus memberitahu pembukaan masjid berkenaan merupakan titik perubahan dalam kehidupan masyarakat di sana.

Masyarakat Muslim Slovenia telah mengisi permohonan bagi membina masjid dari akhir tahun 1960-an semasa Slovenia masih menjadi sebahagian daripada Komunis Yugoslavia.

Selepas 50 tahun Masjid Pertama Slovenia 5

Slovenia atau nama rasminya Republik Slovenija merupakan bekas negara Yugoslavia yang terakhir mendapatkan masjid menjadikan Ljubljana sebagai ibu kota berbanding daerah luar bandar.

Meskipun wilayah negara ini tidak terlalu luas, ianya tetap memiliki hampir semua ciri yang ada pada landskap negara-negara Eropah termasuklah Alps, karstic Dinaric Alps, dataran rendah dan bukit-bukit Pannonian dan Danubian hingga ke pantai Mediterranean.

Pembangunan masjid di negara yang majoritinya beragama Katolik ini kemudiannya dimulai pada tahun 2013 dengan bajet sebesar 34 juta Euro ini mendapat bantuan kewangan 28 juta Euro hasil sumbangan pemerintah Qatar.

Masjid Pertama Slovenia

Berada di tengah ibu kota Ljubljana, masjid yang boleh menampung lebih 1,400 orang jemaah juga menjalankan fungsi sebagai pusat budaya serta pusat pendidikan dengan kemudahan perpustakaan, padang permainan, kediaman ahli agama, restoran serta menara setinggi 40 meter.

Sumber: Novinite.com

Balik ‘On Time’ Dikira Berdosa? Ini Realiti Hitam Budaya Kerja Di Malaysia

Menurut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, ada tiga perkara larangan mengenai tempoh waktu masa bekerja pekerja di Malaysia, iaitu:

  1. Bekerja lebih dari lima jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang dari 30 minit,
  2. bekerja lebih dari lapan jam sehari; lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari,
  3. dan bekerja lebih dari 48 jam seminggu.

Sekiranya bekerja lebih dari masa yang ditetapkan, maka pekerja berhak dibayar elaun lebih masa iaitu over-time.

Walaupun Malaysia bukanlah boleh diletakkan dalam kategori pekerja workholic seperti di negara Jepun atau Korea Selatan, di Malaysia tetap ada budaya hitam mengenai masa bekerja pekerja.

Antara yang paling ketara adalah budaya balik kerja on-time yang selalu dipandang serong sesetengah pihak. Bagi mereka, individu yang balik on-time adalah pekerja yang tidak bagus.

Seorang twitfemes@InjangNation turut meluahkan perkara yang sama melalui ciapannya yang sehingga kini telah menerima lebih 10,700 ulang ciap dan 9,500 tanda suka.

Budaya Hitam Kerja Di Malaysia Balik On Time 2

Menurut Injang, ada juga yang merasakan cuti sakit atau MC adalah sesuatu yang ‘berdosa’. Malah ada juga yang tanpa timbang rasa tidak menerima alasan keluarga untuk pekerja bercuti.

Budaya Hitam Kerja Di Malaysia Balik On Time 1

Tak kisahlah anda di posisi pekerja atau majikan, budaya kerja Malaysia perlu diubah agar suasana pekerjaan di negara kita lebih sihat dan maju.

Jika anda merasakan hak anda sebagai pekerja ditindas, anda bolehlah membuat laporan di Aduan Buruh – Jabatan Tenaga Kerja.

Sebelum itu, ketahui dahulu hak anda sebagai pekerja menurut undang-undang Akta Kerja 1955.

Rakyat Malaysia Lebih Memilih Belajar Di UK, Melancong Ke Jepun – Kajian

Ramai yang menganggap bahawa belajar di luar negara lebih berprestij berbanding di dalam negara. Malah kecenderungan pelajar negara ini memilih melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat ijazah sarjana muda atau lebih tinggi semakin menjadi trend masa kini.

Buktinya, sebuah kaji selidik pemikir Singapura, Institut ISEAS -Yusof Ishak menjalankan kaji selidik Negara Asia Tenggara 2020 mendapati 31.3% responden memilih United Kingdom (UK) sebagai destinasi pilihan sementara 21.5% memilih Amerika Syarikat (AS).

Kebanyakan universiti di dalam senarai 10 universiti yang diiktiraf terbaik dunia didominasi oleh dua negara iaitu AS dan UK. Ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia memilik UK untuk melanjutkan pelajaran. Manakal Jepun dan Australia berada di tempat ketiga dengan 14.1%.

Rakyat Malaysia Memilih Belajar Uk, Melancong Ke Jepun
Sumber: University of Nottingham Blogs

Bagaimanapun negara serantau menunjukkan AS pilihan popular untuk melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi, diikuti UK sebanyak 23.3% dan Australia 13.8%.

Sementara Jepun merupakan destinasi pelancongan popular, menurut 23.3 responden rakyat Malaysia. Di tempat kedua New Zealand dengan 16% diikuti Kesatuan Eropah (tidak termasuk UK) pada 14.1%.

Jepun juga menjadi destinasi pilihan popular negara serantau apabila lebih satu daripada empat responden rakyat Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Myanmar memilih negara matahari terbit itu.

Sumber: Malay Mail

Selain Miskin, Ini Enam Faktor Berlakunya Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia

Sejak isu perkahwinan bawah umur hangat diperkatakan, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berusaha menangani isu ini dengan menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan yang membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

Kerajaan telah mengenal pasti enam faktor berlakunya perkahwinan bawah umur di Malaysia sejak dahulu lagi. Menurut Dr Wan Azizah, enam faktor itu ialah:

1. Pendapatan rendah dan kemiskinan
2. Kekurangan atau ketiadaan akses kepada Pendidikan Kesihatan Reproduktif (SRH) dan kemahiran keibubapaan
3. Kekurangan akses kepada pendidikan dan kehadiran ke sekolah rendah.
4. Kelonggaran undang-undang yang memperuntukkan permohonan berkahwin di bawah 18 tahun.
5. Stigma masyarakat bahawa perkahwinan pilihan terbaik menyelesaikan masalah.
6. Kekurangan penyelarasan data perkahwinan dan penceraian bawah umur.

enam faktor berlakunya perkahwinan bawah umur Malaysia
Sumber: Awani

Susulan itu, kerajaan dengan kerjasama beberapa pihak akan membangunkan pelan yang mengandungi tujuh objektif, 17 strategi dan 58 program serta tindakan bagi menangani punca tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang.

Semoga dengan usaha menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak, isu perkahwinan bawah umur dapat ditangani dengan lebih bijak dan rasional tanpa terpengaruh dengan emosi serta prejudis.

Sumber: MalaysiaGazette

Papan Tanda Di Korea Selatan Sudah Mula Sokong Penggunaan Bahasa Melayu

Selain negara jiran, Korea Selatan turut menjadi destinasi percutian paling digemari pelancong Malaysia. Bukan hanya kerana pengaruh muzik K-Pop tetapi keindahan negara itu sendiri yang membuatkan ramai pelancong tertarik untuk ke Korea.

Walaupun belakangan ini kecoh apabila ramai juga rakyat Malaysia terkandas di imigresen atas beberapa faktor yang tidak dapat dipastikan, ia tetap tidak menjadi halangan kepada yang lain untuk ke negara itu.

Jika ke sana, pastilah perlu mengetahui perkara asas dalam bahasa Korea untuk memudahkan komunikasi – walaupun mereka juga pandai berbahasa Inggeris. Namun, kita tidak perlu gusar lagi kerana Korea Selatan telah menyokong penggunaan bahasa Melayu.

Ini dapat dilihat melalui beberapa papan tanda di negara itu mempunyai tulisan yang menggunakan bahasa Melayu. Disebabkan ramai rakyat Malaysia berkunjung ke sana, maka tulisan bahasa Melayu turut disenarai pada papan tanda di sana.

Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan
Sumber: FB

Perkara ini dikongsi seorang pengguna Facebook iaitu Zakaria Azizi di Group Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants). Katanya, kebanjiran pelancong Nusantara ke Korea Selatan sejak belakangan ini membuatkan kerajaan sana berbesar hati memasukkan bahasa Melayu pada papan tanda di kawasan tumpuan pelancongan.

Untuk makluman, bahasa Melayu merupakan bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan sebanyak 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuklah pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera. Bahasa Melayu berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia – bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.

Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan
Sumber: FB

Hal ini menunjukkan penerimaan bahasa Melayu masih meluas walaupun bukan dari negara asal bahasa tersebut. Usaha yang dilakukan kerajaan Korea harus dipuji walaupun penggunaan tatabahasanya kurang tepat namun penyampaiannya masih boleh difahami.

Sumber: Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants)Iluminasi

Genius Pada Usia Tiga Tahun, Kanak-Kanak Malaysia Ini Dilamar Jadi Ahli Mensa UK

Mencari pelajar pintar atau genius bukan perkara mudah. Kajian Barat menunjukkan sekurang-kurangnya ada seorang kanak-kanak berbakat dan pintar bagi setiap 10,000 kanak-kanak.

Di negara ini, dengan kira-kira 3.5 juta kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 15 tahun, secara teorinya dianggarkan ada kira-kira 350,000 kanak-kanak berbakat dan pintar di negara ini.

Terbaru, menjadi perhatian media apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Malaysia kini menjadi anggota termuda dalam persatuan IQ tinggi iaitu Mensa UK.

Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, yang menetap di United Kingdom bersama kedua orang tuanya diterima masuk ke Mensa UK setelah mendapat markah 142 dalam ujian Stanford Binet, penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ.

Kanak-Kanak Genius Malaysia Jadi Ahli Mensa UK
Sumber: Metro UK

Menurut laporan Metro UK, nilai tersebut meletakkannya dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk.

Ibu bapanya, Nur Anira Asyikin dan Mohd Hilmy Naim, kedua-duanya mempunyai latar belakang kejuruteraan tidak pernah menyangka anak mereka sebijak itu. Mereka mula mengesan kelebihan Haryz ketiga kanak-kanak itu boleh membaca buku-buku ceritanya sebelum tidur seawal 2 tahun.

Mereka turut dimaklumkan oleh guru tadika bahawa Haryz lebih cepat belajar berbanding kanak-kanak lain dan bercadang untuk meletakkan kanak-kanak itu di kelas lebih berumur ketika sesi pembelajaran bahasa Inggeris.

“Dari situ kami rasa dia berkebolehan dan kami menghantar e-mel kepada seorang psikologi kanak-kanak pintar di Britain iaitu Lyn Kendall untuk dinilai,” kata ibunya.

Beliau dan suami, yang masing-masing berasal dari Johor dan Terengganu mula menetap di UK sejak 2015.

Kanak-Kanak Genius Malaysia Jadi Ahli Mensa UK
Sumber: Metro UK

Pastinya keluarga mereka sangat gembira dengan perkhabaran ini dan berharap menjadi langkah pertama dalam perjalannya ke arah mencapai kejayaan lain yang luar biasa.

Mensa mengesahkan bahawa Haryz menjadi ahli termuda dalam kumpulannya sebaik sahaja semua dokumen keahliannya diproses – paling muda ialah Adam Kirby berumur 2 tahun 4 bulan dengan skor 141.

Sumber: Sinar HarianMetro UK

Adakah anda takut untuk ‘terbang’?

Semua orang mempunyai ketakutan mereka yang tersendiri. Contohnya, ada individu yang mengelak untuk ‘terbang’ hanya kerana perasaan takut ‘terperangkap’ di ruangan udara.

Jika anda takut kepada ketinggian, menurut juruterbang perasaan takut inilah yang perlu dibuang sebelum memasuki ke dalam ruangan pesawat.

Jangan pernah menganalisis riak muka dan ekspresi daripada pramugari kerana ianya adalah sesuatu yang mustahil dan sia-sia. Apabila berada dalam keadaan takut dan cemas, anda boleh menjadi salah dalam mentafsir.

Individu yang berada dalam keadaan cemas selalunya ‘berhalusinasi’ dan berkemungkinan besar salah mengintrepretasikan situasi dalam pesawat.

Contohnya riak muka dan kelakuan pramugari yang berulang alik di kawasan tempat duduk serta berbisik antara satu sama lain.

Jangan Lakukan Perkara Ini Dalam Pesawat

Tahukah anda, jika kakitangan kabin menyedari tentang kecelakaan yang akan berlaku, pastinya akan ada pengumuman di dalam pesawat dan penumpang akan disuruh untuk bersedia untuk memakai topeng udara.

Jadi selepas ini, jika anda sering merasa takut untuk ‘terbang’ apa kata tenangkan diri sebelum masuk ke dalam ‘perut pesawat’ dan sentiasa berdoa semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi.

Sumber: Mirror UK

‘Belajar Tidak Buat Kamu Muslim’ – Pemuda Sikh Bangga Bapa Celik Jawi

Keindahan sistem tulisan setiap kaum termasuk Jawi perlu diraikan dengan lebih adil untuk dihayati bersama demi pembentukan negara bangsa.

Jika Bengkel Penulisan Kaligrafi Tahun Baru Cina anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai diadakan untuk memupuk semangat perpaduan, tulisan Jawi juga wajar memperoleh mandat yang sama.

Dalam pada isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular terus memuncak, seorang pemuda Sikh, Baljit Singh membuktikan bapanya mahir membaca dan menulis Jawi sejak muda.

Baljit memuat naik sebuah gambar keratan akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan yang tidak diketahui tarikh terbitan memaparkan bapanya, Bulbir Sigh sedang membaca akhbar bertulisan Jawi.

Menurut Baljit, bapanya adalah seorang penulis beberapa akhbar tempatan menceburi bidang penulisan sejak usia 12 tahun lagi. Beliau mengagumi kewibawaan bapanya yang bukan sahaja mahir membaca malah menulis dalam Jawi.

Belajar Jawi Tak Buat Jadi Muslim
Sumber: FB Baljit Sigh

“Pembelajaran jawi sebenarnya tidak akan buat kamu jadi Muslim atau belajar bahasa Inggeris menjadikan kamu Kristian.

“Mari kita semua jangan terlalu risau tentang ini dan maju dalam kehidupan harmoni. Jom belajar benda baru!” catatnya di laman Facebook yang memperoleh lebih 2 ribu perkongsian dan 5 ribu tanda suka.

Pendapat kami, hak dan kedudukan tulisan Jawi sepatutnya dihormati dan diraikan bersama, bukannya dijadikan bahan permainan politik pihak berkepentingan.

Sumber: Baljit Singh