Doktor Ini Rela Gaji Dipotong, Bedah Pesakit Miskin Secara Percuma

Doktor Rela Gaji Dipotong
Sumber: CNN

Tugas sebagai seorag doktor atau pekerja perubatan bukanlah suatu tugas yang mudah. Bagi seseorang yang bergelar doktor, mereka terpaksa berkorban segalanya hanya untuk menjalankan khidmat yang dipertanggungjawab kepada mereka di hospital.

Setiap doktor, ada kepakaran masing-masing untuk disumbangkan kepada masyarakat sejagat. Seperti Dr Olawale Sulaiman, seorang profesor pembedahan saraf dan tulang belakang yang mana tidak ramai berupaya mengimbangi masa untuk melakukan pembedahan dua benua seperti beliau.

Beliau juga merupakan pengerusi di jabatan pembedahan neuro serta pusat tulang belakang di Institut Neurosains Ocshner di New Orleans, Amerika Syarikat.

Tidak melupakan negara kelahiran tercinta, Nigeria walaupun kini menetap di Louisiana, tetap membahagikan masa menyediakan perkhidmatan kesihatan di sana dan ada kalanya menyediakan perkhidmatan itu secara percuma.

“Saya seorang daripada 10 orang anak dalam keluarga berpoligami. Saya dan adik beradik mengongsi satu bilik dan terpaksa tidur di lantai.”

Doktor Rela Gaji Dipotong
Sumber: Mediacorp

Dengan biasiswa yang diterima untuk mempelajari bidang perubatan di Bulgaria pada usia 19 tahun, merasa tanggungjawab untuk menyumbang semula kepada negara kelahirannya dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Pada 2010, Dr Olawale Sulaiman menubuhkan RNZ Global, sebuah syarikat pembangunan kesihatan bersama isterinya, Patricia.

RNZ Global menyediakan khidmat perubatan termasuk pembedahan saraf dan tulang belakang, serta kursus-kursus kesihatan seperti bantuan CPR di Nigeria dan Amerika Syarikat.

Menurut beliau, tidak teragak-agak mengorbankan masa cutinya untuk melakukan misi perubatan, di samping menjalankan sesi pendidikan dan latihan. Beliau banyak menderma ubat-ubatan, perkakas serta menyediakan latihan mengenai teknik-teknik pembedahan untuk rakyat Nigeria.

Malah, Dr Olawale Sulaiman mendedahkan beliau berunding dengan majikannya di Amerika Syarikat supaya gajinya dipotong sebanyak 25 peratus, semata-mata untuk meluangkan lebih banyak masa di Nigeria demi mengejar impian dan minatnya.

RNZ Global sudahpun merawat lebih 500 pesakit, selain menyediakan perubatan kepada sehingga 5,000 orang di Amerika Syarikat dan Nigeria.

Dr Olawale Sulaiman berharap dapat menubuhkan sekurang-kurangnya lagi empat pusat neurosains di Nigeria dalam masa beberapa tahun akan datang.

“Saya percaya kebahagiaan tidak datang dari apa yang anda terima, sebaliknya ia datang dari hasil sumbangan anda,” katanya.

“Akan sentiasa ada ruang untuk anda membuat sumbangan; anda tidak perlu menjadi seorang hartawan untuk melakukannya.”

Sumber: Mediacorp

Pelancong Berpeluang Tukar Sampah Dengan Syiling Emas Di Pulau Ini

Tukar Sampah Dengan Syiling Emas
Sumber: Utusan

Pihak berkuasa Kabupaten Raja Ampat mewujudkan inisiatif program menawarkan syiling emas sebagai pertukaran untuk sampah sarap yang dikumpul bagi mengekalkan kebersihan pulau itu.

Memetik laporan agensi berita Antara, bersempena Festival Bahari (Maritime Commemoration) dari 19 hingga 22 Oktober ini, para penduduk dan pelancong boleh menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas!

Tukar Sampah Dengan Syiling Emas
Sumber: Travel Tom Tom

Menurut Pengurus Lembaga Pelancong Raja Ampat, Ranny Iriani Tumundo, program pertukaran sampah dengan syiling emas itu akan diadakan di Pantai Raja Ampat bagi mendidik masyarakat setempat dan pelancong kepentingan memulihara alam sekitar.

Kepulauan Raja Ampat terdiri daripada empat pulau utama iaitu Pulau Waigeo, Pulau Misool, Pulau Salawati dan Pulau Batanta. Kepulauan Raja Ampat, yang terletak di bahagian barat wilayah Papua Barat, terkenal dalam kalangan penyelam kerana keindahan batu karang, panorama kepulauan yang memukau.

Diiktiraf sebagai syurga laut tercantik di dunia bagi peminat rekreasi selam skuba kerana memiliki kepelbagaian hidupan laut yang sangat tinggi. Daerah ini memiliki sekitar 550 jenis karang, 700 kerang, 500 siput, 150 sotong dan lebih 1000 jenis ikan karang tropika.

Sumber: Bernama

Bakat Luar Biasa Gubah Tayar Terpakai Jadi Sumber Pendapatan Pesara Tentera Ini

Hiasan Tayar Terpakai 5

Siapa sangka tayar terpakai yang selalunya dijadikan bahan bakar (sebenarnya tidak elok kerana menyebabkan pencemaran) atau pasu bunga boleh dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan kepada pesara tentera ini.

Dengan menggunakan bakat dan sedikit kreativiti, Zazali Ibrahim dari Senawang, Negeri Sembilan ini mampu mengubah atau mengolah tayar terpakai menjadi hiasan mengikut permintaan pelanggan antaranya berbentuk angsa, burung merak, bangau atau pun abstrak selain daripada kerusi pelamin, kerusi santai serta set meja kopi.

Kemahiran pertukangan yang diperoleh daripada latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) semasa berada di bangku sekolah pada mulanya dimulakan sebagai hobi namun seiring peningkatan usia hobi itu dilihat mampu membantu beliau dalam menjana pendapatan sampingan.

Pada awalnya, kebanyakan hiasan yang dihasilkan hanyalah sekadar untuk menghiasai halaman rumahnya dan dijadikan perabot kegunaannya sendiri, namun kerana keunikan hasil air tangannya telah menarik perhatian jiran tetangganya dan juga penggemar barangan unik tersebut.

Hiasan Tayar Terpakai 2
Hiasan Tayar Terpakai 3

Proses penghasilan kreativiti ini tidaklah sukar sekiranya peralatan yang sesuai digunakan untuk memotong material tayar yang ‘liat’ selain daripada pemilihan cat dengan warna terang untuk menambah seri dalam penghasilan produk ini.

Projek terkini beliau adalah untuk menghasilkan hiasan berbetuk dinosaur setinggi lebih dua meter yang diberi nama sebagai Dinosaur Taman Desa Anggerik.

Hiasan Tayar Terpakai
Hiasan Tayar Terpakai 1

Sumber: Harian Metro

Buaya katak makin pupus

Buaya katak merupakan reptilia terbesar yang paling berbahaya kepada manusia. Boleh dijumpai di beberapa kawasan Asia Tenggara dan utara Australasia, buaya katak juga dikenali sebagai buaya ikan masin, buaya tembaga dan buaya muara.

Tekstur dan rasa daging buaya katak ini dikatakan hampir sama dengan daging ayam menjadikan ramai peminat makanan eksotik menggemarinya. Kerana dibayar dengan harga yang tinggi, Jabatan Hutan Sarawak berhasrat untuk mengeksport daging buaya katak ini ke luar negara.

Namun hasrat ini dibantah sekerasnya oleh badan NGO pencinta haiwan yang menentang pemburuan buaya seperti Sahabat Alam Malaysia. Tampil menjelaskan perkara tersebut, pihak Jabatan Hutan Sarawak memberitahu pemburuan buaya tidak dilakukan sewenangnya.

Eksport Buaya
Sumber: Share It

Sebaliknya pihak mereka turut melihat kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membenarkan pemburuan sekiranya populasi mereka semakin meningkat sehingga membahayakan manusia.

Turut mempersoalkan bantahan yang diutarakan oleh pihak NGO, Jabatan Hutan Sarawak menyatakan bahawa pembunuhan buaya bukan hanya dilaksanakan di Sarawak tetapi juga di negeri lain dan tetap mempertahankan bahawa tindakan mengeksport daging haiwan tersebut tidak akan menjejaskan populasi buaya disana.

Sumber: Berita Harian Online

Elak Membazir, Ayah Bina Rumah Mainan Daripada Mi Segera

Mi Segera Rumah Mainan
Sumber: China Daily

Jika sebelum ini kita melihat video membaiki kerosakan pada objek tertentu dengan hanya menggunakan mi segera, ini pula kisah mengenai seorang bakal ayah menggunakan mi segera untuk membina rumah mainan.

Zhang dari Jilin, China menggunakan 2,000 bungkus mi segera untuk membangunkan rumah ini buat anaknya yang belum lahir. Kita mendengarnya seakan membazir, tetapi Zhang memperoleh bungkusan mi segera yang banyak itu dari sebuah kilang milik rakannya.

Menurutnya, dia mengambil mi segera dari kilang tersebut untuk mengelak daripada dibuang. Zhang berkata dia penggemar mi segera, tetapi menghabiskan 2,000 bungkus adalah keterlaluan, justeru dia menggunakannya sebagai bahan mendirikan rumah tersebut.

Mi Segera Rumah Mainan
Sumber: The Sun
Mi Segera Rumah Mainan
Sumber: The Sun

Kabin rumah ini sepanjang satu meter kali dua meter dan memiliki luas empat meter persegi yang cukup untuk keluasan orang dewasa, serta menjadi mainan anaknya yang belum lahir.

Proses untuk membangunkan rumah ini memakan masa selama empat hari dan Zhang berasa puas dengan hasil karyanya daripada mi segera. Bagi mencantumkan mi segera sebanyak 2,000 itu, Zhang memerlukan sekurang-kurangnya 20 tin gam untuk betul-betul terbentuk seperti sebuah rumah mainan.

Namun, Zhang tidak dapat pastikan berapa lama rumah mainan daripada mi segera itu mampu bertahan memandangkan makanan mudah rosak dan boleh menyebabkan bakteria.

Sumber: The Sun

Usia 88 Tahun Bukan Penghalang Moyang 38 Cicit Ini Genggam Segulung Ijazah

Tok Wan Terima Ijazah 2

Meskipun sudah bergelar moyang, warga emas berusia 88 tahun ini tetap gigih menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang bergelar pelajar atau penuntut universiti tentang pendidikan tanpa mengira usia.

Wan Zainun Wan Abd Manan yang berasal dari Kuala Terengganu atau lebih mesra disapa sebagai Tok Wan ini berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Dewan Merdeka, PWTC, Ahad lalu (22 September).

Tok Wan Terima Ijazah 1

Beliau yang turut menerima Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan pesara guru besar di SK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada tahun 1987 mengakui proses pembelajaran masa kini bukannya mudah, terutamanya daripada segi teknologi.

Namun dengan bantuan dan sokongan daripada kaum keluarga (tujuh anak, 29 cucu) terutamanya menantu yang sanggup mengambil dan menghantarnya ke kampus untuk mencari buku dan maklumat di internet.

Tok Wan Terima Ijazah
Tok Wan Terima Ijazah 2

Tok Wan yang mula menyambung pengajian bermula 2014 mengakui semua halangan yang beliau hadapi merupakan pemangkin semangat untuk berjaya menamatkan pengajian.

Memang gemar belajar, Tok Wan merasakan bahawa dengan mendalami ilmu beliau akan merasa diri lebih sihat kerana otak sentiasa berfikir, tambahan pula beliau yang memang menjadikan buku sebagai teman karib disebabkan tugasnya sebagai seorang pendidik.

Tok Wan Terima Ijazah 3

Berharap agar kejayaan yang dikecapi menjadi pemangkin semangat untuk cucu dan cicitnya bagi menimba ilmu, Tok Wan memberitahu jika diberikan kesihatan beliau mahu untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai anak muda yang masih sihat dan bertenaga, tidak tercabarkan melihat usaha dan kejayaan Tok Wan demi mencapai segulung ijazah?

Sumber:  Sinar Harian

Kenapa Ekonomi Melayu Masih Mundur Walaupun Banyak Inisiatif Dilaksanakan? Ini Jawapannya

Ekonomi Melayu Mundur 2

Kaum bumiputera atau kaum Melayu dikatakan masih lagi mundur terutamanya dalam aspek ekonomi walaupun pelbagai inisiatif, dasar, polisi dan agensi diwujudkan bagi membantu golongan ini.

Pernahkah anda terfikir mengenainya atau masih lagi tertanya-tanya sehingga sekarang? Kali ini kami ada sediakan jawapan untuk anda daripada Muhammad Irsyad.

Menurut data Jabatan Statistik Malaysia, selama 10 tahun berturut (2007 hingga 2016) kadar pendapatan isi rumah kasar penegah bagi kaum Melayu adalah yang paling rendah diikuti India dan Cina. Data ini menjadi titik pandang bagaimana kaum majoriti di Malaysia ini menduduki tangga paling rendah dalam aspek pendapatan.

Ekonomi Melayu Mundur 1
Contoh perbandingan pendapatan isi rumah antara kaum dari 1970-2004 (Dr. Mansor Md Isa, Universiti Malaya, 2007)

Ramai yang berkata, data pendapatan kekayaan mengikut kaum adalah bersifat perkauman, namun ianya adalah sangat perlu kerana dalam jangka waktu panjang, pendapatan kaum ini mampu menimbulkan ketegangan kaum akibat ketidakseimbangan yang berlaku.

Dalam pengajian polisi, diskriminasi positif bertujuan untuk mengimbangi semula jarak dan ketidaksamaan dalam kalangan etnik dan bangsa bagi tujuan membantu golongan tertentu yang sebelum ini didiskriminasikan.

Di Malaysia, polisi khusus membantu Melayu wujud disebabkan dasar pecah perintah penjajah yang meleyakkan kaum Melayu di perkampungan dan terlibat dengan sektor kurang produktif; kerja teruk ‘bagai nak mati’ hasilnya cuma sedikit berbanding dengan kaum Cina yang diletakkan di kawasan bandar yang terlibat dengan sektor perkhidmatan berproduktif tinggi.

Ekonomi Melayu Mundur

Usahawan Melayu tidak mampu bersaing adalah disebabkan rantaian ekonomi yang tertutup kerana sepenuhnya dikuasai oleh kaum Cina. Ini diakui sendiri oleh Dr Mohamed Khalid (2012) dalam bukunya yang bertajuk Color of Inequality dengan memberikan contoh mudah polisi kerajaan yang memperuntukkan hanya usahawan Melayu diberikan tender mencetak buku latihan sekolah rendah.

Tetapi disebabkan kekurangan kapasiti dan kapital seperti mesin, dakwat, bahan asas, percetakan dan lain-lain tender ini akhirnya di sub-kontrakkan kepada usahawan bukan Melayu. Inilah yang dimaksudkan dengan rantaian ekonomi tertutup tadi.

Akibat daripada rantaian tertutup ini, usahawan dan peniaga Melayu akan ditekan dengan harga yang lebih tinggi daripada pembekal termasuklah dari segi terma kredit sehinggalah berlakunya kempen #BMF (Buy Muslim First) baru-baru ini secara besar-besaran.

Namun masih ada persoalan beliau yang masih belum terjawab dan meminta anda untuk menjawab, iaitu:

Apakah agenda-agenda nasional baik daripada segi ekonomi, politik dan sosial mampu mengintegrasikan semua kaum ke dalam kerangka nasional?

Sumber: Muhammad Irsyad

‘Topeng Besi’ Untuk Perempuan Kuat Membawang

No photo description available.

Tahukah anda, pada suatu ketika dahulu mereka yang ditangkap bergosip akan dikenakan hukuman?Pada zaman Pertengahan, wanita yang ditangkap akan dikenakan hukuman memakai topeng muka besi yang dipanggil Scold’s Bridle.Istilah Scold’s Bridle diambil daripada perkataan:

1. Scold’s – perbuatan menghina yang dilihat sebagai menjengkelkan dan mengganggu (kebiasaannya menunjukkan kepada wanita)

2. Bridle – penutup kepala atau topeng yang dipakaikan kepada kuda semasa penunggang mahu kuasa yang lebih dominan.

May be a black-and-white image of one or more people

Scold’s Bridle berbentuk seperti topeng muka yang mana di bahagian mulutnya ada besi kecil yang perlu mereka masukkan ke dalam mulut dengan tujuan menghalang pemakainya daripada bercakap.Dan pemakainya ialah daripada wanita yang kuat membawang.

Ada di antara topeng ini akan diletakkan paku di kawasan mulut yang boleh menyebabkan paku mencucuk ke lidah sekiranya pemakainya cuba untuk bercakap.Sekiranya seorang suami mengetahui isterinya terlibat dalam aktiviti membawang tersebut, mereka sendiri akan memakaikannya di muka isteri sebagai pengajaran.

May be an image of one or more people

Ada juga yang akan memasang loceng, membawa isteri mereka keluar mengelilingi kawasan kediaman dan menggalakkan orang ramai untuk mengeji serta meludah pada isterinya.Menjelang akhir abad ke-16, tradisi hukuman ini semakin kurang popular sehinggalah ianya dihapuskan secara sepenuhnya menjelang penjajahan kolonis Amerika.

Sekiranya hukuman membawang ini tetap diteruskan sehingga ke hari ini, agak-agaknya ada tak istilah membawang ya?

Kredit: Muji ODISI

Tip memudahkan anak kecil ‘nap’ ketika waktu siang

Tip memudahkan anak kecil 'nap' ketika waktu siang
Menidurkan anak anda bukanlah satu perkara yang sukar melalui penggunaan kaedah dan teknik yang betul. – Gambar hiasan

KANAK-kanak diketahui sebagai kelompok umur yang begitu aktif terutamanya jika mereka telah mula pandai berjalan dan mula meneroka apa yang terdapat di sekelilingnya.Keaktifan kanak-kanak kecil ini memberikan sedikit kesukaran kepada ibu atau bapa untuk menidurkan mereka sebentar atau ‘napping’. Untuk pengetahuan ibu bapa, ‘napping’ bayi anda sebenarnya tidaklah begitu sukar.

Ia akan menjadi mudah jika digabungkan antara rutin harian kanak-kanak yang tepat bersama-sama dengan kekerapan komunikasi. Jadi, apakah caranya untuk memudahkan anak anda ‘nap’ atau tidur sebentar?

Pastikan rutin harian yang konsisten setiap hari

Rutin harian memainkan peranan yang penting untuk perkembangan kanak-kanak. Ini kerana ia akan memberikan rasa selamat dan emosi yang stabil kepada mereka.Sekiranya anda boleh menidurkan anak anda pada waktu yang sama setiap hari, waktu tidur mereka akan menjadi lebih mudah memandangkan jam tubuh (body clock) mereka akan membuatkan mereka terlelap pada waktu yang boleh dijangkakan.Cara yang disarankan adalah, tidurkan dan bangunkan mereka semula pada waktu yang tetap setiap hari. Bagi kanak-kanak yang ‘nap’ dua kali sehari, mereka memerlukan 3 hingga 4 jam waktu tidur.Manakala bagi mereka yang nap sekali dalam sehari, tidurkan mereka sekitar 4 hingga 6 jam.

Habiskan tenaga anak anda sebelum mereka tidur

Memandangkan kanak-kanak sentiasa memiliki tenaga yang banyak, galakkan mereka untuk menggunakan tenaga yang ada sebelum mereka mula tidur. Ini akan membantu mereka untuk tidur dengan lebih relaks dan nyenyak pada waktu nap mereka.Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Bawa mereka pergi bermain di taman permainan, kelas-kelas untuk kanak-kanak atau boleh sahaja bermain di laman rumah pada waktu pagi. Percayalah, setelah mereka berasa letih, mereka akan lebih mudah tidur dan anda tidak perlu pening kepala untuk menidurkan anak anda.

Gunakan tempat atau ruangan tidur yang sama

Sekiranya anak anda tidur di biliknya sendiri pada malam hari, gunakan bilik yang sama untuk mereka tidur pada waktu siang. Ini membantu konsistensi mereka untuk tidur dengan lebih selesa.Elakkan daripada menidurkan mereka di hadapan televisyen atau di atas sofa kerana ia akan menyebabkan anak anda mendapat kualiti tidur yang buruk.

Amalkan rutin pre-nap

‘Pre-nap’ bertindak sebagai satu transisi atau pertukaran antara waktu aktif dan waktu nap anak anda. Rutin yang menenangkan ini akan memudahkan anda menidurkan anak anda tanpa perlu usaha yang lebih.Anda hanya perlu mulakan dengan mengingatkan anak anda bahawa waktu tidur telah tiba. Kemudian, bawa mereka ke bilik tidur dan kurangkan pencahayaan bilik seperti menutup lampu dan menggunakan langsir tingkap.Peluk anak anda dan baca buku cerita pada mereka. Anda boleh juga menyanyikan sesuatu dengan suara yang perlahan.Semua ini akan memberikan ketenangan kepada anak anda dan mereka akan terlelap dengan lebih mudah.Sekarang anda tahu, menidurkan anak anda bukanlah satu perkara yang sukar melalui penggunaan kaedah dan teknik yang betul.Kaedah ini bukan sahaja berkesan terhadap anak anda, tetapi mungkin juga boleh melelapkan anda bersama-sama anak anda. Alamatnya, tidak siaplah makanan tengahari di rumah sekiranya anda turut menyertai nap anak anda.

Kredit: Hello Doktor* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.

10 fakta tentang Bhutan, ‘misteri’ di Himalaya

10 fakta tentang Bhutan, 'misteri' di Himalaya
Bhutan merupakan sebuah negara kecil di Himalaya, diselubungi misteri dan keajaiban. – Foto Unsplash

TERLETAK antara China dan India, Bhutan merupakan sebuah negara kecil di Himalaya, diselubungi misteri dan keajaiban. Banyak sebenarnya yang tidak diketahui tentang Bhutan, malah menjadi punca mengapa tidak ramai yang mahu melancong ke negara itu.Berikut adalah 10 fakta paling menakjubkan tentang Bhutan yang mungkin akan mencetuskan rasa ingin tahu si pengembara.

Bhutan dikelilingi kehijauan.Bhutan dikelilingi kehijauan.

1. Bhutan mengharamkan rokok. Produk tembakau tidak boleh dijual atau dihasilkan di sini. Merokok di khalayak ramai diharamkan dan boleh dikenakan hukuman berat.

2. Bhutan merupakan negara terakhir di dunia yang memperkenalkan televisyen. Televisyen dan internet mula diperkenalkan pada tahun 1990. Sebelum itu, ia diharamkan. Hanya terdapat dua saluran TV, yang beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 6 petang.

3. Satu-satunya lapangan terbang, Lapangan Terbang Paro, terletak di kawasan lembah yang dalam, dikelilingi puncak-puncak gunung. Hanya lapan jururterbang yang dibenarkan mendaratkan pesawat di lapangan terbang ini. Penerbangan pula hanya dibenarkan pada waktu siang dan ketika cuaca baik.

4. Haiwan tidak dibenarkan disembelih di Bhutan. Bekalan daging dan ikan diperolehi dari India.

5. Rakyat Bhutan tidak menyambut hari lahir. Malah tiada undang-undang mewajibkan mereka merekodkan tarikh lahir. Justeru, rakyat negara itu mengambil kira pertambahan usia pada 1 Januari, setiap tahun.

6. Namun, hari kelahiran raja mereka, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, diraikan sebagai hari cuti umum, pada 21 Februari setiap tahun.

Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck.Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck.

7. Bhutan merupakan salah sebuah negara paling hijau di dunia. Lebih 70 peratus negara itu diliputi oleh hutan. Perlembagaan mereka menghendaki sekurang-kurangnya 60 peratus daripada tanah kekal sebagai hutan untuk generasi akan datang. Ketika banyak negara lain bekerja keras untuk mengurangkan pelepasan karbon, Bhutan sudah pun mencapai tahap neutral karbon dan juga negatif karbon.

8. Mengikut adat Bhutan, seseorang perlu menolak apabila ditawarkan makanan pada kali pertama dengan menutup mulut dan menyebut ‘meshu’. Jika ditawarkan kali kedua, barulah boleh diterima makanan tersebut.

9. Harta, sama ada tanah, rumah, atau haiwan, secara amnya diserahkan kepada anak perempuan sulung dan bukannya anak lelaki sulung. Apabila satu pasangan berkahwin, si suami perlu berpindah ke rumah isterinya.

10. Bhutan sengaja tidak mahu mempromosikan pelancongan antarabangsa secara besar-besaran untuk melindungi budaya dan alam semula jadi mereka. Ini dilaksanakan dengan menetapkan bayaran minimum untuk ditanggung oleh pelancong antarabangsa. Ini menjadikan Bhutan destinasi pelancongan yang agak mahal, sekaligus menjelaskan mengapa negara itu tidak menerima ramai pelancong luar negara.