Planet Zuhrah

May be an image of outdoors

Tahukah Anda

Zuhrah adalah satu-satunya planet dalam Sistem Suria yang berputar mengikut arah jam.

Semua planet dalam Sistem Suria mengorbit Matahari mengikut arah lawan jam seperti yang dilihat dari atas kutub utara Bumi.

Kebanyakan planet juga berputar pada paksinya mengikut arah lawan jam, tetapi Zuhrah berputar mengikut arah jam dalam putaran mundur sekali setiap 243 hari Bumi—putaran paling perlahan bagi mana-mana planet.

Psss.. Zuhrah planet paling cerah di langit malam, kadang-kadang kita panggil dia bintang kejora atau bintang timur.

“Sinaran mata mu bak kejora, di tengah malam menyuluh kedamaian hati” – Search.

Acrophobia- ketakutan yang ektrim pada ketinggian.

Orang kita panggil gayat.

Gambar sebenar alam semesta yang memukau.

Berikut ialah beberapa imej nebula yang cantik dari angkasa lepas, termasuk: Carina Nebula, Andromeda Galaxy (Inframerah), Heart Nebula dan Butterfly Nebula.

Kredit: NASA, Hubble Space Telescope.

Nebula:

Satu kumpulan awan debu dan gas gergasi di angkasa lepas. Ia boleh terhasil dari letupan bintang yang sudah mati atau tempat terhasilnya bintang baru.

Tahukah Anda

May be an image of 1 person and indoor

Pembunuh bersiri pertama Portugis, Diogo Alves yang membunuh 70 orang mangsa telah digantung sampai mati pada 19 Februari 1841.

Kepalanya dipotong dan diawet, diletakkan dalam ‘balang kaca khas’ untuk kajian saintifik di Fakulti Perubatan Universiti Lisbon.

Kepala ini telah berusia hampir 181 tahun dan jadi tarikan pelancong.

Ada sesiapa jatuhkan lipstik dalam laut?

Pandai ikan ni pakai lipstik?

Ikan kelawar bibir merah (Ogcocephalus darwini) ialah ikan laut dalam yang biasanya ditemui berhampiran Kepulauan Galapagos,

Tengok nama pun kita boleh bayang bentuknya macam mana. Ia mempunyai badan yang boleh membesar sehingga kira-kira 25cm.

Tahukah Anda

Gambar kat bawah adalah Cymothoa exigua, atau kutu pemakan lidah. Ia isopod parasit dari keluarga Cymothoidae.

Kutu ni masuk dalam ikan melalui insang. Si Betina melekat pada lidah, manakala jantan melekat pada insang di bawah dan di belakang betina.

Saiz kutu betina adalah 8–29 mm panjang dan 4–14 mm lebar.

Ia adalah satu-satunya organisma yang diketahui menghisap darah dan makan lidah ikan, bila lidah ikan musnah, kutu ni ganti, jadi lidah ikan. Sebarang makanan yang ikan makan, dia akan dapat.

Random

May be a cartoon of text that says "Appreciate what you have. Nobody @successpictures knows when the last goodbye is. @ttesspic @successpictures"

Rumah paling sunyi di tengah laut di Iceland

May be an image of nature and the Carrick-a-Rede Rope Bridge

Sekitar 300 tahun lalu, ada lima keluarga pernah menetap di pulau ini dan mereka bertahan dengan menternak lembu, memburu dan menangkap ikan.

Orang terakhir yang hidup diketahui telah meninggalkan pulau ni pada tahun 1930-an.

Ada yang nak try duduk sini? Tak ada elektrik dan air bersih.

Cuba Bayangkan

No photo description available.

Bayangkan ketika berenang di lautan dan terperasan ada yang merenung korang.

Telescopefish biasanya ditemui di perairan tropika yang sejuk dan dalam dalam 500-3000m, so nasib baik.

Mata yang kelihatan seperti mutiara, sebenarnya mempunyai kuasa ‘super’, mereka mempunyai keupayaan untuk melihat cas elektrik mangsanya dari jarak yang jauh dan itu sangat berguna apabila hidup dalam kegelapan di bawah sana.

Ia boleh menelan mangsa yang lebih besar daripadanya.

Fairy Chimneys

May be an image of monument and nature

Struktur geomorfologi ini dicipta daripada batuan lembut dari sedimen yang terhakis oleh agen utama iaitu hujan dan angin.

Biasanya ditemui di kawasan seperti padang pasir, kawasan gersang, kawasan iklim kering dan panas dan mempunyai saiz yang sangat berubah-ubah.

Ada beberapa saiz dari beberapa meter hinggalah ketinggian bangunan sepuluh tingkat. Semuanya bergantung kepada mineral dan batuan yang termendap di dalamnya.

Terdapat pelbagai jenis batu dan mineral yang membentuk cerobong ini dan menjadikannya berbeza dalam warna.

Lokasi beberapa Fairy Chimneys

1. Toadstool Trail, Grand Staircase Escalante-National Monument, Utah

2. Cappadocia, Turki

3. Thor’s Hammer Hoodoo, Bryce Canyon National Park, USA

4. Rio Grande, Texas, USA

5. Queens Garden Trail, Bryce Canyon National Park, Utah, USA