Ini 3 Cara Popular Cuci Kuali Berkerak Kembali Kilat Seperti Baru Dibeli

Ini 3 Cara Popular Cuci Kuali Berkerak Kembali Kilat Seperti Baru Dibeli

Ini 3 Cara Popular Cuci Kuali Berkerak Kembali Kilat Seperti Baru Dibeli

Sebagai seorang suri rumah, tidak lengkap sehari tanpa memasak di dapur walaupun hanyalah memasak masakan yang mudah.

Lama-kelamaan, kuali memasak kita akan menjadi berkerak, hitam dan berkarat. Keadaan ini pastinya amat menyukarkan kita untuk mencuci kuali dengan cara biasa.

Pastinya kita juga akan sakit mata apabila melihat keadaan kuali kesayangan kita itu.

Banyak juga petua atau tip yang dikongsikan untuk menghilangkan kesan itu tapi selalunya tip berkenaan tidak begitu menjadi pada kuali kita.

Di sini kami kongsikan cara berkesan dan paling mudah untuk membersihkan kuali berkerak kembali berkilat yang popular di media sosial.

Mungkin salah satu cara ini akan berkesan pada kuali kesayangan anda.

1. Bersihkan kuali cara Sugu Pavithra

Cara Popular Cuci Kuali Berkerak

Siapa saja tidak kenal dengan YouTuber yang pernah hangat seketika sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, Sugu Pavithra?

Selain sering berkongsi resipi masakannya, Pavithra juga terkenal dengan keadaan kuali yang cukup bersih dan berkilat seperti baru dibeli. Ini cara-cara Pavithra mencuci kualinya.

– Pertama sekali, rendam kuali selama 2 jam dengan air panas yang telah dicampurkan dengan perahan 2 biji lemon dan setengah botol baking soda.

– Selepas puas rendam kuali, angkat dan kikis mana-mana bahagian yang sukar ditanggalkan. Gosok dengan berus dawai tanpa air. Kemudian, barulah bilas apabila kerak kuali sudah hilang.

2. Alat bersihkan kotoran degil kuali tak sampai RM2!

Cara Popular Cuci Kuali Berkerak

Bagi yang sering menggunakan pan anti lekat (non-stick pan), pasti perasan bawah pan makin lama makin hitam atau kekuningan disebabkan kesan api.

Hanya menggunakan alat pembersihan yang tidak sampai RM2 ini, sental beberapa kali sahaja terus hilang kesan kotoran itu.

3. Tak perlu sental, guna kapur makan saja

Cara Popular Cuci Kuali Berkerak

Apa yang anda perlukan ialah kapur makan yang mak-mak selalu guna tu. Sapukan kapur di bahagian belakang periuk berkerak.

Kemudian, rendamkan dalam air rebusan. Lagi lama direbus, lagi mudah kerak tertanggal.

Kerak-kerak degil itu boleh anda kikis menggunakan pisau. Tak perlu sental sekuat hati, kerak-kerak itu sudah mudah untuk ditanggalkan.

Terpulang kepada anda untuk menggunakan cara mana satu paling mudah, yang penting kena rajin untuk kuali sentiasa nampak bersih dan berkilat!

Sumber:

Amy Rosina

Hani Mynis

Kila Aurora

Sejarah Sushi: Sebenarnya Sushi Berasal Dari China

sushi

Baru-baru ini kecoh di media sosial, sebuah restoran hidangan makanan Jepun telah menerima tuduhan menyediakan hidangan daripada babi oleh seorang wanita.

Menerusi perkongsian tersebut, kakitangan restoran itu yang memaklumkan bahawa restoran tersebut menghidangkan babi dan tidak membenarkannya bersama keluarga masuk ke restoran itu.

Perkongsian wanita tersebut telah mendapat perhatian netizen dan kini perkongsian tersebut telah dipadamkan. Akan tetapi, perkongsiannya sudah tersebar luar di media sosial.

Restoran yang dituduh telah menafikan kenyataan wanita tersebut dimana pihaknya tidak menjual daging babi pada masakan mereka. Malah, tuduhan yang dilemparkan akan disiasat oleh pihak mereka dan tindakan sewajarnya akan diambil.

sushi

Alang-alang perkara ini telah viral di media sosial, mari kita pelajari tentang sejarah bagaimana makanan ini boleh terhasil. Jom baca perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Zunita Ramli berkenaan sushi.Sekarang kecoh sungguh pasal sushi kan.Tapi saya tak nak sentuh pasal isu ni yang tengah viral, cuma mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang yang walaupun Jepun terkenal dengan makanan ini, tapi yang sebenarnya sushi berasal dari China.Dan sushi yang kita makan dekat kedai sekarang dipanggil “sushi moden”. Haa.. Sebab sushi dulu-dulu bukan macam tu tau bentuk dia. Makanan ini dulu-dulu nama dia narezushi.Narezushi ni dibuat dengan mengepal nasi dengan isi ikan yang dicampur dengan garam, dan kepalan ni digulung dalam daun. Campuran garam tu berfungsi untuk menjerukkan ikan tu dan ianya akan disimpan dalam tempoh masa yang lama, boleh sampai berbulan, tahun, bahkan dekad!Boleh ke narezushi disimpan sampai 100 tahun?Boleh, jika disediakan dengan betul dan jika proses penjerukan berlaku dengan sempurna. Cuma kalau dah 100 tahun narezushi tu expect lebih banyak air dari isi ikan itu sendiri lah.Iya lah, dulu-dulu kan tak ada peti ais. Jadi ini adalah cara orang Jepun untuk “preserve” makanan mereka dalam tempoh masa yang lama.Tapi cara makan narezushi ni berbeza la dengan cara kita makan “sushi moden” sekarang sebab narezushi ni hanya isi ikan saja yang dimakan. Nasi tu sebaliknya akan dibuang. Sebab nasi tu sebenarnya hanya dijadikan pemangkin untuk penjerukan ikan bersama garam tu sahaja.“Sushi moden” atau “nigiri” pula dicipta sekitar abad ke-17, iaitu masa Pemerintahan Edo oleh Hanaya Yohei yang dikenali sebagai “father of sushi” di Tokyo.Begitulah.Viral punya pasal, terus belajar sejarah sushi ?Kalau anda nak tahu, orang Jepun juga yang pertama mencipta periuk nasi.

Menurut Saintis, Rupanya Selama Ini Cara Kita Bancuh Teh Salah!

Cara Kita Bancuh Teh Salah

Bagaimana cara anda bancuh teh?

Boleh dikatakan setiap kali makan di kedai tidak kira pagi, petang atau malam, minuman teh yang akan kita pesan.

Tidak dinafikan teh mempunyai khasiat kepada kesihatan kerana kandungan antioksidan dan polifenol di dalamnya dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, penyakit hati, serangan jantung, diabetes sehinggalah kanser.

Menurut kajian, kebanyakan penggemar teh hanya mementingkan rasa dan aroma tatkala menikmati setiap hirupan. Namun, cara membancuh teh yang baik agar mendapatkan khasiatnya secara total kurang dipraktikkan.

Kita diajar kaedah membancuh teh dengan meletakkan uncang teh ke dalam cawan atau teko, tuang air panas, kemudian susu.

Bagaimanapun, saintis mengatakan cara tersebut adalah salah.

Cara Kita Bancuh Teh Salah

Sebaliknya, pakar mengatakan rahsia sebenar membancuh teh yang sempurna adalah dengan menuang susu terlebih dahulu di dalam cawan teh, bukannya meletakkan uncang teh seperti yang selama ini kita buat.

Lebih-labih lagi, jika air yang digunakan adalah air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi.

Menerusi satu kajian yang dilakukan barisan penyelidik profesional, mereka mendapati bahawa air yang mengandungi mineral tinggi berupaya menghentikan sebatian perasa daripada terbentuk dengan betul.

Justeru, apabila menuangkan susu terlebih dahulu, ia memungkinkan proteinnya untuk menurunkan kandungan mineral air sekali gus mengunci rasa tersebut.

Seorang profesor yang turut sama menjalankan kajian terbabit menjelaskan, perisa pada umumnya dihasilkan oleh sebatian yang berbeza dalam teh termasuk tanin khususnya.

Tanin ialah bahan kimia yang larut dalam air, terutamanya dalam teh dan mempengaruhi rasa dan aroma teh.

Semakin banyak mineral yang terdapat di dalam air, semakin sukar bagi sebatian tersebut untuk mengembangkan rasa, mengakibatkan kita merasa secawan teh yang membosankan.

Jelasnya, membancuh teh dengan cara tradisional iaitu dengan mencelup uncang teh dalam air panas sebelum menambahkan susu, mengakibatkan tanin berubah menjadi pepejal sebelum dapat mengembangkan rasa dengan baik.

Namun, jika susu ditambahkan pada awal proses, protein dalam susu itu akan terikat dengan tanin dan mineral lain di dalam air dan kesannya memberi anda rasa menakjubkan.

Boleh cuba cara pakar ini sarankan untuk mengetahui sejauh mana perbezaan rasa teh disebabkan cara bancuhan.

Sumber: Mirror UK

Mana Satu Tepung Pelita, Tako Dan Limas?

Beza Tepung Pelita, Limas, Tako

Perbezaan tepung pelita, tako dan limas.

Menjelangnya bulan Ramadan, telah menjadi tradisi rakyat Malaysia membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.

Antara juadah yang sinonim dijual di bazar Ramadan ialah martabak, roti john, dan pelbagai kuih-muih.

Antara kuih-muih yang amat popular apabila setibanya bulan Ramadan, pastilah kuih tepung pelita.

Jelaslah bahawa amalan membuat serta menjual kuih-muih tradisional masih lagi popular dan hangat di pasaran walaupun bersaing dengan kuih-kuih moden.

Pernahkan anda mahu membeli kuih tepung pelita tetapi apabila dirasa teksturnya tidak sama dan rupanya itu adalah tako atau limas?

Itu bermakna anda keliru kerana hanya mengenal bentuknya sekali pandang tanpa mengetahui nama sebenar kuih tersebut.

Agar tidak lupa dan tersalah anggap selepas ini, ada baiknya kita mengenali lebih lanjut tentang ketiga-tiga kuih ini memandangkan rupanya seakan sama.

Tepung pelita

Beza Tepung Pelita, Limas, Tako
Sumber: mStar

Umum mengetahui, tepung pelita terdiri daripa dua lapisan iaitu bahagian bawah berwarna hijau pandan serta manis. Manakala bahagian atas berwarna putih berlemak kerana santan yang digunakan.

Bahannya diperbuat daripada tepung beras yang diadun dengan santan cair, gula, pati daun pandan dan sedikit kapur. Ia dimasak dalam acuan yang diperbuat daripada daun pisang.

Bagi mengekalkan Tepung Pelita atau sering dikenali kuih sampan sebagai warisan, ia telah diangkat sebagai warisan Kebangsaan 2015 dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Tako

Beza Tepung Pelita, Limas, Tako

Menurut sumber, kuih tako berasal dari selatan Semenanjung. Sama seperti kuih tepung pelita yang mempunyai dua lapisan, tako menggunakan tepung jagung.

Paling ketara, kuih tako dimasak di dalam acuan atau kelongsong daun pandan dan biasanya mempunyai isi di dalamnya seperti sengkuang cina, jagung ataupun nangka.

Limas

Beza Tepung Pelita, Limas, Tako

Limas juga mempunyai rasa lemak manis seperti kuih-kuih di atas dan turut mempunyai dua lapisan.

Secara ringkas, kuih limas merupakan kuih tradisi negeri Perak. Sekali pandang, fizikalnya sama seperti kuih tepung pelita ataupun kuih tako disebabkan adunan kuih tersebut diisi di dalam kelongsong daun.

Namun, yang membezakan kuih limas ialah bahan asasnya daripada tepung gandum dan acuannya sama seperti kuih tepung pelita menggunakan daun pisang.

Kuih limas mempunyai aroma harum daun pisang, manakala rasanya berlemak manis, lembap dan lembut.

Ada kala, peniaga sendiri yang salah menamakan ketiga-tiga jenis kuih tersebut. Jadinya, kita perlu bijak mengenal pasti antara tepung pelita, tako dan limas supaya tidak salah selepas ini.

Sumber: WikipediaSuara PerakJabatan Warisan Negara

5 Resipi Biskut Raya Moden, Pejam Mata Pun Boleh Buat!

Resipi Biskut Raya Simple

Resipi biskut raya moden yang simple dan sedap!

Setiap kali menjelang Aidilfitri, biskut atau kuih raya antara hidangan wajib yang mesti ada atas meja untuk tetamu yang berziarah raya.

Seiring dengan peredaran zaman, biskut raya juga mengalami pelbagai inovasi dari segi resepi dan cara pembuatannya. Antara biskut raya popular dibuat semasa musim perayaan ialah tart nanas, almond london, semperit, mazola dan pelbagai lagi.

Ramai yang kata, orang muda zaman sekarang tidak pandai memasak. Kita bukan tidak pandai memasak, cuma tidak sempat menyediakan biskut raya kerana banyak urusan yang perlu disiapkan.

Nak beli biskut raya tunjuk, takut rasanya tidak sedap pula. Tahu tak, ada beberapa jenis biskut raya moden yang simple, sedap dan sangat senang untuk disediakan?

Pejam mata pun boleh!

Jom lihat resipi di bawah.

1. Choco Ball Milo Nestum

Resipi Biskut Raya Simple
Sumber: Rafidah Rizuan

Bahan-bahan:

1 cawan Milo
1 cawan Nestum
1 cawan mentega kacang (cari yang tanpa gula)
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara:

1. Gaul semua bahan hingga sebati dan agak likat agar mudah dibentuk.
2. Kalau agak-agak lembik, boleh tambahan Nestum sedikit demi sedikit.
3. Jika suka, nak tambah kacang tumbuk kasar-kasar pun boleh juga.
4. Bentukkan bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bentukkan guna tangan saja.
5. Kemudian, masukkan ke dalam cawan kertas kecil.
6. Boleh letak hiasan ikut citarasa masing-masing seperti coklat cip.
7. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk untuk dikeraskan.

2. Coklat eclairs

Resipi Biskut Raya Simple

Bahan-bahan:
Biskut Marie
Kacang tanah
Susu pekat manis
Coklat masakan

Cara-cara:
1. Hancurkan biskut
2. Kacang tanah disangai dan dibuang kulit, kisar kering.
3. Masukkan susu pekat.
4. Campurkan semua dan bulatkan doh.
5. Celup coklat masakan yang dicairkan. Kemudian letak dalam paper cup.
6. Simpan dalam peti ais sehingga coklat mengeras.

3. Biskut Almond Nip

Resipi Biskut Raya Simple

Bahan-bahan:

1kg Badam cincang
1kg Coklat masakan

Cara-cara:

1. Panggang kacang badam dalam oven selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 160 darjah. Boleh balik-balikkan badam tu supaya ia dipanggang dengan sekata. Jika tiada oven, boleh sangai atas kuali atau guna air fryer.

2. Cairkan coklat masakan. Kemudian, ambil badam yang telah disangai atau dipanggang tadi dan campurkan ke dalam coklat yang dah dicairkan. Gaul hingga rata.

3. Masukkan adunan tadi dalam paper cup mengikut kuantiti yang sesuai.

4. Masukkan dalam peti ais selama 2-3 minit untuk coklat mengeras.

4. Biskut munchy’s stripe

Resipi Biskut Raya Simple
Sumber: Rahimah Abd Hamid

Bahan-bahan:

Biskut munchys chocolate wafer
Coklat masakan
Coklat masakan putih

Cara-cara:

1. Cairkan coklat. Masukkan sedikit demi sedikit biskut wafer dalam coklat.
2. Masukkan biskut bersalut coklat tadi dalam paper cup.
3. Biarkan sebentar di luar untuk coklat mengeras.
4. Cairkan coklat putih. Kemudian masukkan dalam plastik.
5. Buat corak atas biskut tadi dengan coklat putih.

5. Biskut jejari coklat

Resipi Biskut Raya Simple
Sumber: Huda Tarmizi

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
Coklat masakan
Bread crumbs/ almond nip/ nestum
1 buku roti

Cara-cara:

1. Potongkan roti panjang-panjang. Kemudian, susun rapat-rapat dalam loyang.

2.
 Bakar roti tadi dengan suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 20 minit.

3. Cairkan coklat. Kemudian, masukkan susu cair ke dalam coklat yang dicairkan tadi dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tahap kemanisan ikut cita rasa masing-masing.

4. Celup roti dalam coklat tadi kemudian salutkan dengan bread crumbs. Boleh ganti dengan almond nip atau nestum.

5. Bakar semula dalam oven dengan suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 20 minit.

6. Sudah sejuk, barulah masuk di dalam bekas biskut raya!

Oh ya, biskut ini semua sehari sebelum raya pun sempat lagi nak buat! Selamat mencuba!

Elak Tertipu, Ini Tip Nak Dapatkan Lemang Elok Dari Pakar

Tip Beli Lemang

Tip beli lemang elok dari pakar.

Acap kali tibanya Ramadan dan Syawal, hidangan lemang pastinya tidak asing sebagai menu santapan istimewa yang selalunya tidak dijual pada hari biasa dan jika ada pun, pengalaman itu berbeza ketika menjamahnya.

Penghujung Ramadan ini ramai sudah mula menempah lemang untuk persiapan juadah apabila tibanya musim perayaan.

Walaupun perayaan tahun ini masih tidak semeriah tahun-tahun sebelum pandemik melanda, juadah lemang tetap menjadi keutamaan masyarakat dengan inisiatif terkini yang mana orang ramai boleh membeli atau menempah lemang secara dalam talian.

Bagi mereka yang diberi peluang membeli lemang di tepi jalan, pasti tidak senang duduk untuk mencari gerai lemang terbaik dan sedap.

Mana tidaknya, ada juga yang setelah dibeli dan apabila dibawa pulang, lemang tersebut telah basi, mentah sehingga tidak boleh dimakan.

Berikut merupakan beberapa tip untuk mengelakkan diri daripada tertipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab menjelang Aidilfitri ini.

Tip Beli Lemang

1. Pilih gerai yang bakar lemang dengan kayu banyak

Kaedah ini menunjukkan lemang tersebut dibakar dan dimasak di situ kerana segelintir penjual akan memasak atau kukus di tempat lain dan hanya meletakkan lemang di gerai seperti baru sahaja dimasak.

2. Cari lemang saiz sederhana

Lemang yang sempurna adalah lemang yang bersaiz sederhana. Jika membeli lemang bersaiz besar akan cenderung untuk tidak masak dan mentah dibahagian tengah. Manakala lemang yang bersaiz kecil pula akan mudah garing dan keras setelah dibakar.

3. Minta penjual belah bahagian bawah lemang

Minta penjual untuk membelah bahagian bawah lemang. Kebiasaannya penjual hanya akan membelah bahagian atas dan ditunjukkan kepada pelanggan. Namun apabila dibawa pulang, lemang tersebut tidak masak sepenuhnya.

4. Jangan beli lemang yang dibakar guna kayu pallet

Abu kayu pallet amat bahaya untuk kesihatan. Lagipun, kayu pallet telah disalut dengan bahan kimia bagi mengelakkan dimakan anai-anai. Jadi apabila dibakar, bahan kimia tersebut akan mudah termasuk di dalam lemang.

5. Pilih lemang bahagian atas kelihatan kering

Lemang yang bahagian atas ‘kepala’ yang sudah kering kerana boleh disimpan lama selama dua hari. Pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang untuk ketahui sama ada lemang tersebut sudah lama atau tidak.

6. Simpan lemang secara upside-down untuk elak basi

Untuk menyimpan lemang selama beberapa hari (dalam 2-3 hari), dinasihatkan meletakkannya secara upside-down atau terbalik. Hal ini kerana minyak yang berada dibahagian atas lemang akan menyebabkan ia mudah basi.

Selamat membeli!

Sumber: Lemang Cukup Tua

Bukan Jenis ‘Makan Dulu, Bayar Kemudian,’ Lelaki Ini Kongsi Budaya Orang Cina Pesan Makanan Laut Di Restoran

0C7E7401-2BA0-4A62-9FE2-A8D0DF05B51F

Bukan jenis ‘makan dulu, bayar kemudian’, lelaki ini kongsi budaya orang Cina pesan makanan laut di restoran.

Biarpun sudah hampir seminggu berlalu, namun kisah seekor ikan siakap yang dijual dengan harga lebih RM1,000 masih hangat diperkatakan di media sosial.

Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.

Menjadi pengajaran untuk semua, di Facebook, seorang lelaki tampil berkongsi cara orang Cina pesan makanan laut di restoran mengikut budaya mereka.

Menerusi Facebook Tai Zee Kin, beliau berkongsi cara orang Cina yang selalunya akan melakukan kiraan bajet sebelum melakukan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

1. Di sudut akuarium di tepi restoran makanan laut, akan adanya nama dan jenis makanan laut yang ada dan harga setiap 100g, 1kg atau sukatan yag sesuai.

2. Di tepi akuarium akan adanya penimbang. Pelanggan boleh meminta peniaga untuk menimbang terlebih dahulu makanan atau meminta peniaga memberikan anggaran berat.

Bukan Jenis ‘Makan Dulu, Bayar Kemudian,’ Lelaki Ini Kongsi Budaya Orang Cina Pesan Makanan Laut Di Restoran
Sumber: Puancda73

3. Sekiranya tiada akuarium, pelanggan akan terus memesan jenis makanan mengikut berat, sekiranya bukan harga tetap. Jika tiada mengikut berat yang ditetapkan, peniaga akan memberikan anggaran berat.

4. Pelanggan akan melakukan kira-kira sebelum bersetuju atau tidak dengan berat yang ditawarkan.

Menurut Zee Kin, tabiat melakukan kira-kira memang sudah terpahat di dalam DNA mereka. Untuk acara makan besar, kiraan bajet akan dibuat, barulah pesanan dan tempahan dilakukan.

Budaya ‘makan dahulu, bayar kemudian’ bagi beliau sangat bahaya kerana ketidakselesaan pada caj terlampau adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, cumanya akan berlaku akibat yang tidak sepadan dengan kehendak atau izin mana-mana pihak.

Tak Sangka Ulam Popular Ini Miliki Rahsia Kehebatan, Dilapor Mampu Atasi Penyakit Nyanyuk

Ulam Raja Penyelesaian Masalah Nyanyuk

Ulam raja mampu atasi penyakit nyanyuk.

Apabila mengkaji cara pemakanan tradisional, pasti kita akan mendapati bahawa budaya makan masyarakat terdahulu sebenarnya sangat seimbang. Rahsianya? Dengan makan ulam sebagai pelengkap hidangan.

Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman.

Dalam masyarakat Malaysia, dementia dikenali sebagai nyanyuk. Penyakit ini mengganggu fungsi otak, dan akan berlaku secara berterusan (progresif).

Ia menyebabkan penurunan fungsi mental sehingga mengganggu aktiviti harian seseorang. Antara fungsi otak yang menerima kesan dalam penyakit dementia ialah kehilangan memori, proses berfikir dan tabiat sosial.

Tiada rawatan untuk memulihkan penyakit ini tetapi rawatan hanya diberikan untuk mengelak ia menjadi lebih teruk.

Penyelidik UKM temui ulam raja mampu atasi masalah nyanyuk

Namun, penemuan terbaharu oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memberi sinar bagi penyelesaian kepada masalah ingatan yang sering terjadi dalam kalangan warga emas.

Menerusi kenyataan UKM di laman Facebook, Dr. You Yee Xing, dari Fakulti Sains Kesihatan menemui bahawa ulam raja yang kaya dengan polifenol dan antioksidan dapat mencegah penyakit nyanyuk.

Kehebatan ulam-ulaman sememangnya sudah diakui ramai. Sebagai contoh ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus didapati mempunyai kesan antioksidan, antidiabetes, antihipertensi, antikeradangan, antimikrob dan antikulat.

Ulam Raja Penyelesaian Masalah Nyanyuk

Dr. You Yee Xing kemudiannya mencipta suplemen berasaskan ulam raja yang berpotensi bertindak sebagai agen pencegahan kecelaruan kognitif dengan menurunkan aras peroksida lipid, meningkatkan aras serum glutation dan mengaktifkan otak.

Suplemen tersebut dikatakan dapat meningkatkan fungsi kognitif global, ingatan kerja, mengurangkan ketegangan dan gangguan emosi dalam kalangan warga emas.

Penemuan ini juga dapat memberi kesan positif pada kesihatan individu dan ekonomi negara serta industri pertanian yang berkaitan dengan ulam raja.

Sumber: Facebook UKM

Jerman Kini Benarkan Laungan Azan Disiarkan Melalui Pembesar Suara Setiap Jumaat

Jerman Kini Benarkan Laungan Azan Disiarkan Melalui Pembesar Suara Setiap Jumaat 1
Sumber: Thilo Schmuelgen

Setelah termeterainya perjanjian antara Kota Cologne dengan masyarakat Islam di sana, 35 buah masjid di Jeman kini dibenarkan untuk menyiarkan laungan azan menerusi pembesar suara pada hari Jumaat.

Kebenaran laungan azan yang diberikan dalam tempoh masa sehingga lima minit antara waktu tengah hari dan jam tiga petang itu merupakan inisiatif yang akan berlangsung selama dua tahun sebelum dinilai semula selepas itu.

Jerman Kini Benarkan Laungan Azan Disiarkan Melalui Pembesar Suara Setiap Jumaat 2
Sumber: Wolfgang Rattay

Dalam perjanjian itu juga dinyatakan bahawa masjid yang ingin menyiarkan azan pada hari Jumaat perlu mematuhi had jumlah pembesa suara mereka dan memaklumkan kepada kejiranan terlebih dahulu.

Dalam satu hantaran di Twitter, Datuk Bandar Cologne, Henriette Reker memaklumkan kebenaran ini adalah tanda hormat beliau kepada kepelbagaian penduduk dihormati dan dihargai, sama seperti kebenaran untuk gereja membunyikan loceng.

Sebelum siap dibina, Masjid Pusat Cologne (Central Cologne Mosque) pernah menjadi kontroversi dan mendapat tentangan daripada sentimen anti-Muslim terutamanya berikutan kemasukan pencari suaka pada 2015-2016.

Namun para penyokong pembinaan masjid ini memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihaknya tidak akan secara rutin menyiarkan azan yang didengari lima kali sehari di negara-negara Muslim lain.

Akhirnya pada tahun 2018, masjid ini siap dibina dan menjadi rumah ibadah yang boleh dikunjungi kira-kira 4.5 juta umat Islam yang tinggal di Jerman, salah satu kumpulan minoriti agama terbesar di sana.

Terdahulu kisah seorang lelaki yang sanggup berenang setiap kali masuknya waktu solat menuju ke masjid menyentuh hati kami.

Hafiz Moinul Islam yang merupakan imam muda di wilayah Sathkira, Bangladesh menceritakan sudah dua minggu beliau berenang untuk ke masjid yang mana laluannya ditenggelami air.

Trend Kecantikan Baru Di China, Bayi Dipakaikan Helmet Supaya Kepala Nampak Lebih Bulat

Trend Baru Di China, Bayi Dipakaikan Helmet Supaya Kepala Nampak Lebih Bulat 3

Percaya bayi dengan kepala bulat lebih cantik, ibu bapa di China menggunakan media sosial untuk menyebar dan membincangkan ‘peralatan ajaib’ untuk membantu dalam membetulkan bentuk bayi mereka.

Mengambil peluang membentuk kepala bayi semasa tulang mereka masih lembut, trend yang dipanggil sebagai Xiaohongshu ini bertujuan untuk mahukan anak mereka tidak menyesal di kemudian hari kerana memiliki kepala yang rata.

Trend Baru Di China, Bayi Dipakaikan Helmet Supaya Kepala Nampak Lebih Bulat 2
Sumber: Yahoo News!

Dalam satu perkongsian, seorang wanita berkongsi pengalamannya ke klinik untuk mendapatkan rawatan ‘pembetulan kepala’ yang dibuat khas.

Namun ada satu netizen yang berkongsi bahawa fungsi alat yang digunakan di klinik boleh didapatkan hasil yang sama dengan menggunakan helmet.

Di platform jualan media sosial sendiri sudah banyak alat ini dijual buat mereka yang mahu mengikut trend berkenaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan di klinik dengan harga sekitar 360 yuan (RM233.63).

Terdahulu, masyarakat China percaya bahawa kepala rata dan dahu besar adalah tanda tuah sehingga ada yang memaksa anak mereka untuk tidur di atas buku atau papan kayu demi mendapatkan kepala yang rata.