Kena ‘Cold Storage’ Selama Setahun, Kisah Wanita Ini Harus Kita Jadikan Pengajaran

cold storage

Politik di tempat kerja sering berlaku di dalam masyarakat kita. Semuanya demi mengejar kredit mahupun pujian agar mudah dinaikkan pangkat.

Antara politik kerja yang terjadi adalah seperti keadaan ‘cold storage’. Apakah itu ‘cold storage’. Seorang pengguna Facebook bernama Ir Abdul Rahman Bahasa telah berkongsi perihal terma ini. Jom kita baca.

SETAHUN AKU KENA COLD STORAGE

Kepada yang tak tahu, “Cold Storage” ni term untuk orang yang company “tak nak” tapi tak boleh nak dibuang. Kenapa tak boleh buang? Sebab nanti macam-macam kena jawab dengan Top Management. Ingat senang ke nak justify berhentikan pekerja? Memang susah, lagi-lagi kalau bekerja di MNC.

Cerita cold storage ni pop-up bila aku terserempak dengan kawan lama yang aku namakan O tak lama dulu. O is the only Engineer perempuan di department dia. Dia menceritakan bagaimana pengalaman dia kena cold storage gara-gara dia nak membantu rakan sekerja yang lain. Ikutilah kisah O ni. Moga ia jadi iktibar kepada yang lain.

Aku: Eh O, kau buat apa kat sini?
O: Aku ada meeting dengan supplier untuk bisnes aku.

Aku: Eh, bukan kau kerja dengan MNC X?
O: Lama dah aku berhenti Man dari MNC X.

Aku: Pulak? Dah kenapa kau resign? 2 tahun lepas aku dengar kau dah naik Manager dah. Pangkat ada, bakat ada. Technical power. Rugi lah MNC X tak ada orang macam kau.
O: Panjang nak cerita Man. Tapi, apa aku boleh cakap. Aku hilang semangat bila SETAHUN AKU KENA COLD STORAGE.

Aku: Aduh, dah kenapa pulak nak main simpan dalam peti sejuk ni. Cuba cerita sikit.
O: Kau ada masa ke ni? Orang famous macam kau ni setiap masa itu berharga. Hahaha

Aku: Aduh, ke situ pulak perginya ??‍♂️. Dah, dah, balik ke cerita peti sejuk kau tadi.
O: Ok, ok, cerita dia bermula bila aku nak bersalin anak ke-2 aku. So, aku pun buat preparation nak handover ke Assistant aku. Aku plan semua benda untuk aku cuti 2 bulan. Planning aku detail habis. Aku tak nak Project aku screw up. Semua benda aku brief kat Assistant aku ni.

Aku: Assistant ni PA kau ke?
O: Ada pulak kerja Manager nak pass ke PA. Kau gila ke apa? Hahaha. Assistant Manager lah.

cold storage

Aku: Oooo, cakap kasi terang sikitlah lain kali. Then?
O: Aku pun proceedlah cuti bersalin. Tapi bila aku balik dari cuti bersalin, nak dijadikan cerita. Hari 1st aku masuk kerja. Dah ada progress meeting dengan Top Management. So, aku tak sempat nak prepare apa-apa sebab aku baru je balik dari cuti bersalin kan. So, Assistant aku yang buat presentation. Dalam presentation, pung pang pung panglah Assistant aku cerita pasal progress project. Nampak cantik, aku pun berpuas hati. Maknanya, apa yang aku plan, semua berjalan lancar.?

Aku: Hebat, kan aku dah cakap, kau memang talented. Dah tu mana cerita Cold Storage nya?
O: Nanti dulu. Kau ni potong lah. Aku tak habis cerita lagi.

Aku: Oh Ok, ok. Hahaha ??. Sorry-sorry. Lepas tu, apa jadi?
O: Top management pun tanya dalam meeting. “Good Job, well planned. Who done all this planning?”. Aku senyum jelah kan. Tapi kau tahu apa yang Assistant aku jawab?

Aku: Dia jawab kaulah yang plan.
O: Teeeet, kau silap. Dia jawab “Me Sir”.

Aku: Adus, kes naya ni ?
O: Ha, tau pun kau. Aku tengok semua benda yang dia execute tu, memang dari plan yang aku buat.

Aku: Dah tu? Apa pasal kau tak cakap dalam meeting yang plan tu kau buat?
O: Herm, AKU TAK NAKLAH JATUHKAN AIR MUKA ASSISTANT AKU DEPAN MANAGEMENT. Aku ingat ok jelah kan. Biarlah dia dapat credit. Janji project aku tak screw up. Tapi lepas je dari meeting tu, aku memang rasa lain gila treatment dari management.
Aku: Lain macam mana tu?

O: Boss aku dah tak nominate aku pergi training mana-mana. Aku kena buat kerja admin je macam update project file dalam server. Monitor project yang dah siap tu dah closed ke belum dalam centralized system. Paling tak boleh blah, aku dapat project paling “mencabar” sepanjang career aku. Kau tahu apa?
Aku: Buat project oversea ke?
O: Aku kena organize event Team Building Department aku ???

Aku: Company kau tak ada project ke?
O: Ada, tapi semua tu diberi kepada Assistant aku. Training-training semua Assistant aku dapat. Setahun macam mental torture. Tak ada cabaran langsung dalam kerja. Aku lama-lama jadi bosan. Hilang motivasi. Last-last aku resign. Buka bisnes kecil-kecil dulu. Just nak release sekejap. Alhamdulillah, business aku doing well.

Aku: Herm, betul tu, bila kita tak ada cabaran dalam pekerjaan. Memang kita akan hilang motivasi. Tapi sebenarnya, cerita kau ni 2 in 1. Kena cold storage plus kena tikam belakang. Sadis ??‍♂️.
O: Alah, malas dah aku nak fikir hal tu. Move on je lah. Oklah Man. Aku nak ke tempat lain ni. Nanti contact-contactlah ya.

Aku : All right O. Good Luck for your business!
O: Thanks Man.

Kami pun berjalan ke haluan masing-masing.

So, kawan-kawan. Cerita O ni mengingatkan kita. Kalau kita nak buat baik tu memang kena berhati-hati. Silap O, masa dalam meeting tu, dia tak speak out untuk pertahan apa yang dia buat demi nak menjaga reputasi orang lain. Last-last effect kepada diri sendiri.

Entry ni juga bukanlah nak kata kita kena elak nak buat baik dengan rakan sekerja. Tapi sebelum apa-apa, think about yourself before you think about others.

Finally, cuba sedaya upaya pertahankan hak anda. By the end of the day, yang kisahkan hidup kita adalah kita sendiri. Bukan orang lain.

Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa

Benarkah Salji Turun Di Arab Saudi Fenomena Alam Luar Biasa?

Salji Arab Saudi Fenomena Luar Biasa

Ketika beberapa negara dunia yang lazim dilanda salji dan ais apabila tibanya musim sejuk, namun situasi yang sama berlaku di tanah Arab pasti akan menjadi bualan masyarakat Malaysia kerana ia dianggap fenomena luar biasa.

Media Arab baru-baru ini melaporkan di barat laut Arab Saudi telah dilanda salji tebal iaitu di bahagian bandar utara-barat Tabuk pada hari tahun baru.

Orang ramai di rantau Tabuk, dekat sempadan Jordan, terkejut apabila melihat padang pasir tandus diselimuti hamparan putih salji pada 1 Januari lalu.

Banjaran Gunung Jabal Al-Lawz di Tabuk kerap kali menyaksikan salji turun apabila suhu menjunam ketika musim sejuk. Bagi penduduk di sana, musim sejuk dianggap musim paling indah di rantau berkenaan kerana jarang dapat melihatnya.

“Setiap tahun, kami menunggu salji turun supaya kami dapat menikmati hidangan kabsa yang dimasak di atas salji oleh ibu saudara kami. Ia sudah menjadi tradisi keluarga ini,” kata Faris Al-Harbi yang merupakan seorang jurutera dan membesar di Tabuk kepada Arab News.

Walaupun bukan yang pertama kali, fenomena ini tetap disebut fenomena yang jarang berlaku di Arab Saudi. Fenomena seperti ini pernah terjadi pada tahun 2016, 2018 dan 2021. Para ahli mengungkapkan kejadian salji ini terjadi akibat ribut yang beredar dari selatan Eropah.

Arab Saudi sememangnya terkenal sebagai negara tandus tetapi suhu antara rantaunya berbeza-beza berikutan kepelbagaian lanskap termasuk kawasan pergunungan, pulau, gurun, gua dan lembah.

Salji Arab Saudi Fenomena Luar Biasa

Salji biasanya turun di kawasan pergunungan di utara Arab Saudi seperti Turaif, Tabuk, Arar, dan Rafha. Memandangkan ia adalah kawasan tanah tinggi, suhu minimum pada musim sejuk boleh mencecah sehingga -10 darjah Celsius.

Malah, beberapa wilayah tersebut akan menjadi destinasi tumpuan orang ramai sama ada dari luar dan dalam untuk tidak melepaskan peluang bermain salji dan menikmati cuaca sejuk.

Dalam perkembangan berkaitan, Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan ramalan ribut petir dan angin kuat dijangka berlaku di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, dan Tabuk manakala lebih banyak salji diramal turun

Sebagai seorang yang beriman, seharusnya setiap kejadian yang berlaku ada hikmah tersendiri yang mengajak kita untuk dijadikan bahan muhasabah diri.

Sumber: The National NewsArab News

Para Malaikat Akan Mengerumuni Mereka Yang Bertadarus Al-Quran, Berikut Hikmah-Hikmah Lain

Tadarus al-Quran

TATKALA Ramadan al-Kareem menjelma, amalan bertadarus al-Quran sering dilazimkan oleh umat Islam. Ia sejajar dengan penurunan kitab suci itu pada bulan yang penuh keberkatan.

Pun demikian, ibadah tersebut sebenarnya boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Sesungguhnya, kalamullah yang agung tersebut diturunkan sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia untuk melayari kehidupan di dunia yang fana ini. Malah, inti pati yang terkandung di dalamnya bersifat kekal sepanjang zaman.

Dalam masyarakat kita, bertadarus dilakukan secara berkumpulan. Setiap anggota kumpulan akan membacanya secara bergilir-gilir. Setiap bait yang dilafazkan akan disemak supaya tiada kesilapan. Kemuncaknya, majlis khatam al-Quran akan diadakan.

Namun, sejak wabak Covid-19 membadai dunia, aktiviti mulia itu dilakukan melalui platform media sosial termasuk dalam aplikasi telefon pintar.

Tidak kiralah apa jua pendekatan yang diimplemenkan, misi dan visinya hanya satu iaitu untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT menerusi kalam-NYA, di samping memberatkan timbangan amal masing-masing. Justeru, apakah kelebihan yang bakal diraih dengan bertadarus al-Quran?

Amalan Rasulullah SAW

Sinar Islam Plus mendapatkan pendakwah Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al-Linggi untuk mendapatkan jawapan. Terlebih dulu, ujarnya, perkataan tadarus atau darasa (dalam bahasa Arab) membawa maksud belajar, meneliti, memahami dan mengkaji.

AHMAD LUTFI

Kemudian di hadapan kalimah darasa, ditambah dengan huruf ta. Maka, lafaznya menjadi tadarus yang bererti saling belajar, meneliti, memahami dan mengkaji.

“Tadarus al-Quran pada asasnya bererti membaca kalam ALLAH di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan tersebut daripada kesalahan.

“Amalan itu merupakan salah satu ibadah penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan. Malah, baginda bertadarus bukan dengan sembarangan individu, sebaliknya dengan Malaikat Jibril AS,” katanya.

Ia sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang bermaksud: “Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadan. Jibril AS menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan hingga habis bulan itu dan Rasulullah SAW membacakan al-Quran kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walaupun perbuatan mulia itu menjadi kebiasaan baginda, pendakwah berkenaan menjelaskan, tiada cara yang seragam atau kaedah khusus dalam bertadarus.Tadarus al-Quran

TADARUS al-Quran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di tempat yang sesuai untuk mendekatkan diri kepada YANG MAHA ESA.

Namun, beliau mengesyorkan beberapa langkah yang boleh diikuti. Antaranya dengan membaca al-Quran secara bergilir-gilir dalam satu kumpulan kecil.

“Selain itu, bacalah mengikut tertib surah dan ayat sebagaimana dalam mashaf. Paling penting, semaklah bacaan agar terselamat daripada sebarang kesalahan tajwid dan sebagainya.

“Seperkara lagi, biarlah kita membaca kitab suci itu semata-mata untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, bukannya untuk segera khatam. Sebaik-baiknya juga, hidupkan aktiviti ini bersama dengan keluarga masing-masing di tempat-tempat yang sesuai seperti masjid, surau atau di rumah sendiri,” ujarnya.

Manfaat bertadarus

Sememangnya mereka yang membaca al-Quran akan diselubungi rahmat dan dikelilingi oleh para malaikat. Ahmad Lutfi yang juga Pengerusi Tahfiz Al-Quran As-Syarif memberitahu, pelbagai riwayat yang masyhur yang menyebutnya.

Antaranya daripada Abu Hurairah RA. Perawi hadis itu berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah dari rumah-rumah ALLAH, mereka membaca kitab ALLAH dan saling mengajarkannya di antara mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka sakinah, rahmat menyirami mereka, para malaikat mengerumuni mereka, dan ALLAH SWT menyebut-nyebut mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisinya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Hadis itu, menurut Maulana Zakariyya al-Khandahlawi dalam kitabnya yang berjudul Fadhilah Amal menerangkan tentang keutamaan khusus madrasah-madrasah dan pondok-pondok agama yang memiliki pelbagai kebesaran.

Setiapnya memiliki darjat yang tinggi sehinggakan jika seseorang menghabiskan umur untuk mendapatkan kemuliaan, ia boleh digapai.

Bukan itu sahaja, Ahmad Lutfi menjelaskan, terlalu banyak riwayat yang memerihalkan tentang turunnya sakinah kepada mereka yang mendampingi kalamullah.Tadarus al-Quran

PENTINGNYA berguru ketika membaca al-Quran supaya bacaan kita tadi dapat disemak agar terselamat daripada sebarang kesalahan tajwid dan sebagainya.

“Sebahagian ulama mengatakan bahawa sakinah adalah suatu rahmat khusus. Imam al-Tabarani mendukung pendapat yang mengatakan bahawa sakinah adalah ketenangan hati. Sementelah, sebahagiannya lagi mentafsirkan sebagai kedamaian. Pendapat lain pula menyatakan sakinah sebagai kewibawaan, malaikat dan lain-lain

“Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul-Bari menjelaskan, erti sakinah mencakupi semua yang telah disebutkan tadi, manakala Imam Nawawi menukilkan bahawa sakinah adalah gabungan antara ketenangan, rahmat dan lain-lain yang diturunkan bersama malaikat,” jelasnya.

Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, penceramah itu menceritakan kisah sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Usaid bin Hudhair RA yang banyak dijelaskan dalam kitab-kitab hadis.

Saat bibirnya mengalunkan bait-bait kalam ALLAH, beliau merasakan terdapat segumpal awan yang mendekatinya.
Tatkala ditanyakan kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Itu adalah para malaikat yang datang untuk mendengarkan bacaan al-Quran. Begitu banyak malaikat yang datang sehingga terlihat seperti kumpulan awan.”

Perlu berguru

Mengulas tentang trend bertadarus al-Quran menerusi kemudahan teknologi seperti televisyen, media sosial dan aplikasi dalam telefon pintar, Sinar Islam Plus mendapatkan pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.

HASSAN MAHMUD

Pada perspektif agamawan berkenaan, pendekatan itu tidak salah dilakukan sebagai galakan kepada masyarakat untuk mendekatkan diri dengan kitab suci umat Islam.

“Bertadarus pada asalnya adalah membaca al-Quran secara bersemuka dalam kumpulan. Jikalau ada seseorang yang salah (ketika membaca al-Quran), ada individu yang boleh menegurnya.

“Dalam televisyen pula, kita hanya boleh belajar al-Quran, tetapi hanya platform itu bersifat sehala sahaja. Saya secara peribadi berpandangan, untuk peringkat awal ini, tidak salah andai kita mahu menggunakan medium tersebut untuk bertadarus atau mengaji.

“Namun, kalau boleh biarlah cara itu diubah semula kepada yang asal iaitu membaca kalam ALLAH di masjid, surau dan lain-lain,” responsnya.

Ini kerana jelas Hassan Mahmud, bait ayat-ayat suci al-Quran itu sepatutnya dibaca dengan tartil.

Ia sebagaimana disebutkan dalam firman ALLAH SWT menerusi Surah al-Muzammil, ayat 4 yang bermaksud: “…dan bacalah al-Quran dengan tartil.”

“Tartil itu maknanya berguru iaitu berdepan dengan mereka. Begitu juga dengan ayat al-Quran yang berbunyi iqra’ (bacalah) dalam Surah al-’Alaq. Ini bermakna, kita sendiri yang membacanya.

“Jadi jika bertadarus dengan mendengar siaran televisyen yang dibaca oleh individu dalam televisyen tersebut, ia ibarat kita menonton filem. Platform ini sesuai untuk mereka yang baru peringkat mahu belajar al-Quran.

“Sekiranya kita mahu barakah dan hikmahnya, bacalah al-Quran dengan tartil sepertimana yang dianjurkan,” katanya.

Tadarus al-Quran


WALAUPUN sudah pandai membaca al-Quran, namun masih perlu ada murabbi bagi menyemak bacaan kita.

Kepada satu soalan, Hassan Mahmud menjawab: “Seeloknya ketika bertadarus, kena ada murabbi (guru). Nabi Muhammad SAW sendiri pun membaca al-Quran dengan Malaikat Jibril.

“Justeru, begitu pentingnya orang yang mengesahkan bacaan kita, selain untuk membimbing.

“Sekalipun kita pandai membacanya, masih tetap perlu ada murabbi yang akan menyemak bacaan al-Quran yang dialunkan.”

Foto: Bernama, 123rf, Freepik, Unsplash & Pexels

Al-Quran Bukan Hiasan, Sebaliknya Perlu Dibaca Dan Diamalkan

Al-Quran

AL-QURAN sememangnya dikenali sebagai kitab hidayah kerana ia memberi panduan kepada manusia untuk melayari kehidupan di atas muka bumi ini.

Pendakwah Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan menjelaskan, walaupun secara fizikalnya kitabullah itu berbentuk mashaf, tetapi kalam ALLAH itu tetap wajib dimuliakan.

IMAM MUDA HASSAN

“Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan al-Quran itu adalah isi kandungannya. Itulah kitab hidayah yang menjadi mukjizat agung Nabi Muhammad SAW.

“Sebab itulah kita sebagai umat Islam bukan sahaja perlu membacanya, tetapi juga memahami makna yang terkandung di dalam kalam ALLAH itu. Ingatlah kitab suci ini bukanlah hiasan, sekalipun ia boleh dibingkaikan dan digantung di dinding rumah atau di kedai.

“Ingatlah, apabila kita menggantung ayat suci al-Quran, ia bukanlah menjadi (perhiasan) semata-mata. Sebaliknya, ayat tersebut hendaklah kita lihat, baca dan mendalami maknanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Imam Muda Hassan turut memberi peringatan kepada seluruh umat Islam agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran bagi tujuan tertentu.

Umpamanya, menyandar atau menyangkutkan ayat 1,000 dinar di premis perniagaan kerana percaya ia boleh melariskan perusahaan masing-masing.

“Perbuatan itu pada hakikatnya menjebakkan pelakunya kepada perkara yang mensyirikkan ALLAH SWT. Tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan mereka menyembah ayat-ayat itu pula,” tegasnya.

Sebelum menoktahkan bicaranya, beliau menitipkan pesan agar setiap umat Islam berpegang teguh kepada warisan berharga peninggalan Rasulullah SAW iaitu al-Quran dan hadis.Al-Quran

BERPEGANG teguhkan kepada al-Quran dan hadis.

Dalam sebuah Hadis Riwayat Imam Malik, baginda SAW bersabda: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab ALLAH (al-Quran) dan sunah nabi-NYA (sunah Nabi Muhammad SAW).”

“Tambahan pula, kita hidup pada akhir zaman yang penuh dengan ujian, fitnah dan sebagainya. Andai kita berpegang kepada kalam ALLAH dan hadis baginda, nabi sendiri memberi jaminan bahawa kita akan terselamat daripada kesesatan,” katanya.

Foto: Bernama & Pexels

Suami Isteri Ibarat ‘Pakaian’, Jaga Aib Pasangan Masing-Masing

Aib suami isteri

MEDIA sosial begitu ‘berkuasa’ pada era milenial kini. Masakan tidak, medium itu mampu menularkan informasi mahupun pelbagai jenis cerita hanya dalam masa yang singkat.

Apatah lagi jika ia melibatkan kisah sensasi atau menyayat hati sehingga menjadi topik hangat perbualan ramai.

Demikianlah penangan media sosial yang begitu berpengaruh dalam kehidupan kita pada hari ini.

Meskipun demikian, jika penggunaannya disalahgunakan, platform tersebut boleh mendatangkan dampak yang buruk bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain.

Apalagi andai kisah yang didedahkan itu berkaitan dengan pasangan dan perihal rumah tangga, seolah-olah membuka aib.

Dalam hal itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menegur tentang perbuatan mendedahkan keaiban pasangan.

DR AHMAD SANUSI

Beliau mengakui, perselisihan dalam rumah tangga pasti akan berlaku. Begitupun, ia bukanlah bermaksud kita dibolehkan berlaku tidak baik terhadap pasangan masing-masing.

“Sebaliknya, setiap pasangan hendaklah menjaga hubungan baik sesama mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW mencela pasangan yang mendedahkan keaiban pasangannya.

“Namun, seandainya pasangan telah melakukan kesalahan, dosa dan maksiat, sekiranya ia boleh diselesaikan dengan baik, selesaikan dengan cara yang sedemikian.

“Jikalau tiada solusi yang baik, maka mahkamah adalah tempat penyelesaian terbaik,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pendakwah tersebut mengingatkan bahawa pendedahan berkaitan pasangan di media sosial bukanlah jalannya.

Ketahuilah bahawa ALLAH SWT memberikan perumpamaan dalam al-Quran bahawa pasangan suami isteri itu ibarat pakaian yang saling menutup keaiban dan melindungi sesama mereka, selain memelihara daripada disakiti, terangnya.

Menerusi kalam-NYA itu, ALLAH SWT berfirman: “Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

Dr Ahmad Sanusi kemudian menukilkan pandangan al-Raghib al-Asfahani yang menyatakan, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing.

Kata al-Raghib al-Asfahani lagi: “Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

Melihat ungkapan itu, jelas ahli akademik tersebut, ia adalah sebuah pengajaran penting pada era dunia hari ini yang mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka.Aib suami isteri

JANGANLAH membuka aib pasangan kerana Rasulullah SAW mencela mereka yang berbuat demikian.

Malah dalam sebuah hadis, katanya, Rasulullah SAW mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka.

“Dalam sebuah insiden yang lain, seorang wanita pernah datang dan mendedahkan kepada baginda SAW bahawa dia telah berzina. Rasulullah kemudian meminta wanita tersebut pulang dan memikirkan kembali pendedahan tersebut. Ini kerana ALLAH masih membuka ruang taubat untuk kembali kepada-NYA.

“Namun, seandainya kesalahan tersebut telah sabit, maka selesaikanlah dengan pihak berautoriti seperti mana yang digariskan dalam syariat Islam.

“Janganlah dijadikan budaya bahawa setiap kesalahan atau kesilapan suami atau isteri itu dipamerkan dalam media sosial,” nasihat beliau.

Justeru, berhati-hatilah dengan penggunaan media sosial masing-masing agar tidak menimbulkan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain.

Foto: 123rf

Larangan Istinjak Dengan Tangan Kanan

Untitled design (1)

KETIKA masuk ke dalam tandas, secara automatik kita akan menggunakan kaki kiri dan keluar dari tempat qada hajat itu dengan kaki kanan.

Ya, sememangnya umat Islam diajar berbuat demikian. Begitu juga dalam perihal beristinjak, semuanya dilakukan dengan tangan kiri.

Ketahuilah bahawa terdapat beberapa hadis yang melarang umat Islam menyentuh kemaluan dengan tangan kanan ketika beristinjak, kata pendakwah Azhar Idrus menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

AZHAR IDRUS

Antaranya daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kencing salah seorang daripada kamu, maka janganlah memegang kemaluan dengan tangan kanannya dan janganlah dia beristinjak dengan tangan kanannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga disebut dalam sebuah hadis lain yang turut diriwayatkan oleh Abu qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jangan seorang daripada kamu memegang zakarnya dengan tangan kanan ketika dia sedang kencing dan jangan menyapu ketika istinjak dengan tangan kanannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan nas tersebut, Azhar berkata, jelaslah bahawa kita dilarang memegang kemaluan ketika qada hajat dengan tangan kanan dan tidak menggunakan tangan berkenaan untuk membersihkan qubul serta dubur daripada najis.

“Begitu juga halnya apabila kita menyapu alat sulit tadi dengan alat istinjak lain seperti batu umpamanya dengan tangan kanan.Istinjak

GUNAKAN tangan kiri apabila beristinjak.

“Sesungguhnya larangan menggunakan tangan kanan itu bermaksud perintah menggunakan tangan kiri dalam melakukan semua perkara tersebut,” jelasnya.

Begitupun, penceramah terkenal itu menjelaskan, jumhur fuqaha menyatakan, hukum menggunakan tangan kanan ketika bersuci daripada najis adalah makruh dan bukannya haram.

“Justeru, jika seseorang itu ingin beristinjak dengan menggunakan air, maka tuanglah air tadi dengan tangan kanan, manakala tangan kiri pula digunakan untuk menggosok bahagian qubul mahupun dubur.

“Seandainya seseorang tidak dapat menggunakan tangan kiri akibat sakit atau ketiadaan anggota berkenaan, maka tidak mengapa dia melakukannya dengan tangan kanan. Hanya orang yang uzur sahaja diberi kelonggaran,” jelasnya.

Foto: Unsplash & Pexels

Usah Segan Berdoa Minta Suatu Perkara Pada ALLAH

Berdoa

ADAKALANYA bibir begitu mudah menuturkan kata-kata berbentuk doa dalam perkara yang dianggap sebagai remeh-temeh.

“YA ALLAH, teringinnya hendak makan durian. Berilah aku nikmatinya.”

“Kurniakan aku kemampuan hendak beli kereta besar, ya ALLAH. Sesungguhnya ENGKAU MAHA BERKUASA atas segalanya”

Demikianlah monolog kita dalam hati yang kadangkala terbit tanpa disengajakan. Benar, kadangkala kita seolah-olah menyimpan harapan dan impian tanpa sedar berdoa tentangnya.

Kadangkala kita benar-benar memaksudkannya dan meminta semuanya kepada ALLAH.

Pendakwah Muhammad Fahmi Rusli menjelaskan, jangan sesekali kita berasa segan untuk berdoa dan meminta urusan dunia yang spesifik kepada ALLAH SWT tidak kiralah pada waktu-waktu dan tempat mustajab berdoa.

MUHAMMAD FAHMI

“Ia termasuklah hendak minta supaya dapat beli rumah atau mampu memakai Mercedes Benz, Countryman, BMW dan seumpamanya. Berdoa pada ALLAH SWT,” katanya sebagaimana dipetik menerusi ciapannya di Twitter miliknya baru-baru ini.

Menyambung hujah, ujar beliau, menjadi amalan para ulama silam berdoa sehinggakan hendak memakan buah anggur pun, mereka tetap berbuat demikian.

Katanya, Imam al-Laits bin Sa’d menceritakan, beliau pernah melihat seorang lelaki sedang duduk berdoa.

Al-Laits menyatakan bahawa lelaki tersebut mengatakan: “Wahai Tuhan, wahai Tuhan, sehingga terputus nafasnya (tercungap-cungap). Kemudian dia berkata: “Ya Hayyu, Ya Qayyum” (wahai Tuhan YANG MAHA HIDUP, wahai Tuhan YANG MAHA MENGURUS TADBIR), sehingga terputus nafasnya. Kemudian dia berkata: “Ya ALLAH, ya ALLAH”, sehingga terputus nafasnya. Kemudian dia berkata: “Wahai Tuhan YANG MAHA PEMURAH, wahai Tuhan YANG MAHA PENYAYANG”, sehingga terputus nafasnya. Kemudian dia berkata lagi: “Wahai Tuhan YANG MAHA PENYAYANG dari kalangan yang penyayang”, sehingga terputus nafasnya.

Setelah selesai menyebut semua itu, lelaki tersebut kemudia berkata: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku teringin sangat kepada buah anggur, berilah kepadaku untuk aku memakannya. Sesungguhnya dua helai pakaianku juga telah lusuh, berilah pakaian kepadaku.”

Dipendekkan cerita, Al-Laits kemudian berkata: “Aku terus melihat sebuah bekas yang penuh berisi anggur dan dua helai pakaian yang diletakkan di situ.”Berdoa

DOA merupakan senjata bagi orang Mukmin.

Ujar Muhammad Fahmi, kisah itu sebenarnya agak panjang. Namun, fokus utamanya adalah tawassul lelaki berkenaan dengan nama-nama dan sifat ALLAH SWT tersebut terbukti mustajab.

“Walaupun permintaannya nampak pada perkara biasa sahaja, namun para ulama terdahulu sentiasa melazimi ibadah berdoa.

“Lelaki yang dimaksudkan itu sebenarnya ialan Ja’far al-Sadiq iaitu salah seorang ulama keturunan Nabi Muhammad SAW daripada jalur al-Husain bin Ali RA,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan agar kita tidak memandang enteng dengan peranan doa.

Paling tidak pun, sekurang-kurangnya luangkan sedikit masa kita selepas solat untuk berdoa.

Foto: Freepik, Unsplash & Pexels

Masjid Raya Baiturrahman Terus Gagah Menentang Badai

Untitled design (3)

SEPERTI kebanyakan negara Islam lain di seluruh dunia, Indonesia turut memiliki mercu tanda keislamannya yang tersendiri. Teguh berdiri di barat laut Sumatera, Masjid Raya Baiturrahman menjadi syiar agama, budaya dan perjuangan masyarakat Aceh.

Kehebatan masjid ini tidak sekadar menjadi pusat kegiatan keagamaan dan saksi kejayaan Kerajaan Aceh, bahkan juga pernah dijadikan markas pertahanan terhadap serangan para penjajah.

Masjid ini dibina oleh Sultan Iskandar Muda, Raja Aceh sekitar tahun 1612 (1607-1636). Dalam catatan sejarahnya, masjid ini tetap kukuh berdiri meskipun hampir rentung dibakar penjajah Belanda dan dibadai tsunami 2004 yang amat dahsyat.

Masjid Raya Baiturrahman Aceh memiliki keluasan sekitar 4.000 meter persegi dan mampu menampung hampir 13 ribu jemaah pada satu masa.

Pembinaannya mengambil inspirasi senibina Mughal, begitu menyerlah dengan menara dan kubah besar seperti Taj Mahal di India.

Antara keunikan lain yang terdapat di sini ialah pada tiga pintu besarnya yang diperbuat daripada kayu berukir dan  membolehkan cahaya semulajadi  menerobos menerusi setiap liang ukiran pintu.

Masjid yang berlokasi di Jalan Muhammad Jam No.1 Kota Banda Aceh tersebut awalnya hanya memiliki satu kubah. Dalam perluasan masjid pada 1935, dua kubah ditambah yang terletak di kanan-kiri kubah pertama.

Manakala sewaktu perluasan masjid yang dilakukan pada 1991 hingga 1993, jumlah kubahnya ditambah lagi menjadikan tujuh buah kubah.

POSISI STRATEGIK

Sumber sejarah menyebut bahawa Masjid Raya Baiturrahman didirikan pada 1612, semasa Kerajaan Aceh diperintah oleh Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Akan tetapi, ada pula yang meyakini bahawa masjid ini telah dibina lebih awal, iaitu oleh Sultan Alaidin Mahmudsyah pada 1292.

Bangunan asal Masjid Raya Baiturrahman pernah terbakar pada zaman pemerintahan Sultan Nurul Alam (1675-1678). Sebagai gantinya, dibangunkan masjid baharu di lokasi yang sama.

Justeru memiliki kedudukan yang sangat strategik, sebahagian bangunan masjid ini pernah dibakar oleh penjajah Belanda pada 10 April 1873.

Demi memujuk hati rakyat Aceh yang sedang diamuk kemarahan, Gabenor Belanda di Acheh pada waktu itu iaitu Jeneral Van Lansberge memberikan persetujuan untuk membina kembali sebuah masjid besar yang baharu.

Peletakan batu asas pembinaan semula masjid telah dilakukan pada 9 Oktober 1879 oleh Tengku Qadhi Malikul Adil. Manakal keseluruhan pembinaan selesai pada 27 Disember 1881 dan terus dirasmikan ketika itu juga.

Arkitek yang merancang pembinaan semula masjid yang baharu adalah seorang kapten angkatan darat Belanda bernama Gerrit van Bruins. Pada sepanjang proses pembinaan, beliau bekerjasama dengan seorang orientalis, Snouck Hurgronje dan penghulu masjid Bandung.

Sejak dirasmikan, tidak sedikit rakyat Aceh yang menolak untuk beribadah di situ dengan alasan ia dibina oleh Belanda. Sungguh pun begitu, kini Masjid Raya Baiturrahman menjadi kebanggaan rakyat Banda Aceh.

PERNAH DIGEMPUR PELURU, DIBAKAR BELANDA BAHKAN DIHENTAM TSUNAMI, NAMUN MASJID INI TEGUH BERDIRI MERENTASI ZAMAN

PASCA TSUNAMI

Pasca tsunami Aceh 2004, masjid ini kembali diubahsuai kerana mengalami kerosakan yang tidak terlalu parah pada beberapa sudut bangunannya.

Sepanjang sejarahnya, Masjid Raya Baiturrahman pelbagai kegiatan dijalankan di dalamnya dan tidak terbatas untuk kegiatan keagamaan sahaja. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda misalnya, masjid ini digunakan sebagai pusat penyebaran dakwah dan ilmu Islam.

Pelajar yang datang menuntut ilmu di sini  bukan sahaja dari kalangan warga tempatan, bahkan dari Tanah Melayu, Parsi, Arab dan Turki. Pada zaman penjajahan pula, masjid agung ini digunakan sebagai tempat ibadah dan markas pertahanan terhadap serangan musuh. Fungsi tersebut sangat terasa semasa Kerajaan Aceh dipimpin oleh Sultan Alaidin Mahmud Syah (1870-1874).

Ketika terjadi bencana tsunami pula masjid ini dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara bagi masyarakat tempatan.

Hari ini, selain menjadi tumpuan Muslimin menyempurnakan ibadah solat jemaah dan kelas pengajian harian, Masjid Raya Baiturrahman turut menyediakan pelbagai aktiviti keagamaan seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan Isra’ Mi’raj, bahkan turut menjadi salah satu lokasi pelancongan keagamaan yang utama di Aceh.

Kalimah Bukan Arab Terdapat Dalam Al-Quran, Berikut Perinciannya

Kalimah bukan Arab dalam al-Quran

PENURUNAN al-Quran diketahui umum dalam bahasa Arab. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Ia sebagaimana disebutkan dalam ayat 2, Surah Yusuf. ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya KAMI menurunkan kitab suci itu sebagai al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”

Menurut mantan Ketua Jawatankuasa Fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr (1914 – 2006), sebahagian ulama berpandangan, semua perkataan dalam kitab suci umat Islam itu adalah dalam bahasa Arab dan kalimah asing yang terdapat dalam al-Quran pula adalah sebahagian daripada ucapan Arab.

“Ulama lain pula berpendapat, terdapat perkataan bukan Arab dalam al-Quran seperti as-Qistas, tetapi kalimah itu telah menjadi bahasa Arab kerana orang Arab menggunakannya dengan lembut dan mereka telah memasukkannya pada aturan tatabahasa Arab,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal aboutislam.net.

Mengulas lanjut, agamawan itu menjelaskan, orang Arab terdahulu pernah menggunakan perkataan yang bukan berasal dari bahasa mereka kerana terkesan dengan budaya lain.

“Sepertimana orang lain, masyarakat Arab juga tidak terlepas daripada situasi tersebut. Mereka menggunakan nama yang asing kepada budaya masing-masing, tetapi kalimah tersebut mudah disepadukan dengan peredaran zaman.

“Malah, mereka menjadikannya sebagai sebahagian daripada perkataan Arab yang disesuaikan dengan tatabahasa bahasa Arab,” katanya.

Meskipun kalam ALLAH SWT itu diturunkan dalam bahasa Arab, namun Sheikh ‘Atiyyah Saqr menjelaskan, terdapat serapan perkataan dari bahasa yang berbeza kerana hubungan rapat antara individu dan kumpulan.

Kalimah bukan Arab dalam al-Quran

AL-QURAN diturunkan dalam bahasa Arab.

“Interaksi sebegini sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan sosial kita.

“Oleh itu, interpolasi perkataan sedemikian mungkin hasil daripada peralihan dari satu bahasa ke bahasa yang lain atau disebabkan fakta bahawa dua bahasa memiliki asal yang sama.

“Justeru itu, selagi perkataan bukan Arab mudah disesuaikan ke dalam bahasa tersebut, ia dianggap sebagai perkataan Arab,” katanya.

Begitu juga halnya dengan al-Quran yang mana jelas beliau, Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan, tidak ada perbezaan di antara empat empat mazhab utama bahawa terdapat perkataan bukan Arab dan nama-nama khas dalam kitabullah seperti Nuh, Lut, Imran dan Jibril.

“Begitupun terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam kalangan ulama sama ada bahasa al-Quran termasuk perkataan asing.

“Antaranya seperti kalimah al-Qistas (Surah al-Isra’, ayat 35) yang berasal dari bahasa Yunani; al-Sijjil (Surah al-Hijr, ayat 74) berasal dari bahasa Parsi; al-Ghasaq (Surah an-Naba, ayat 25) dari bahasa Syria dan al-Kifl (Surah al-Hadis, ayat 28) dari bahasa Habsyah.

“Malah, terdapat segelintir ulama telah menulis buku mengenai topik perbendaharaan kata asing dalam al-Quran. Sebagai contoh, al-Suyuti menyusun sebuah buku kecil dengan senarai 118 ungkapan dalam pelbagai bahasa,” jelasnya.

Foto: Pexels

Jatuh Murtad Jika Ingkar Tunaikan Zakat? Ini Penjelasannya

Ingkar tunaikan zakat

BERCERITA tentang bab zakat, ramai masih menyangka ia hanya melibatkan pembayaran zakat fitrah yang dibayar pada bulan Ramadan semata-mata.

Sedangkan hakikatnya, terdapat zakat lain yang perlu ditunaikan iaitu zakat harta. Ia merangkumi zakat pendapatan, perniagaan, wang simpanan, emas, perak dan banyak lagi.

Sesungguhnya, kewajiban berzakat merupakan satu kefarduan daripada ALLAH SWT yang wajib ditunaikan mengikut syarat-syarat yang digariskan dalam Islam.

Pendakwah Mohd Erfino Johari menegaskan, jumhur ulama bersepakat andai sesiapa mengingkari Rukun Islam keempat itu, hukumnya dikategorikan sebagai kafir dan murtad.

MOHD ERFINO

”Begitupun, bagi orang Islam yang tidak menunaikan zakat, tetapi meyakini dan percaya dengan kewajipan serta kefarduan zakat, maka mereka digolongkan oleh para ulama sebagai kelompok yang fasik.

“Ketahuilah, golongan itu berada di dalam kategori dosa besar. Mohonlah agar diri kita dijauhkankan daripada kumpulan ini. Ini kerana orang yang berdosa besar akan dicampakkan ke dalam api neraka,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video Kapsul Imarah Masjid Selangor bertajuk Zakat Menjauhkan Azab yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini.

Ujar agamawan itu, perihal berkenaan azab bagi mereka yang memungkiri zakat itu ada dinyatakan di dalam al-Quran al-Karim.

Firman ALLAH SWT: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah at-Taubah, ayat 34-35)

Berdasarkan dalil tersebut, ujar Mohd Erfino, bait suci kalam ALLAH yang menjelaskan pernyataan tentang perkhabaran itu sebenarnya berbentuk sindiran pedas dan tajam serta sinikal kepada golongan yang mengingkari zakat.

“Khabar yang dimaksudkan bukanlah berita gembira dan menyeronokkan, tetapi ia adalah azab yang pedih.Ingkar tunaikan zakat

ZAKAT merupakan Rukun Islam keempat yang difardukan ke atas setiap umat Islam.

“ALLAH SWT menyatakan dalam kalam-NYA bahawa kelompok yang tidak menunaikan ibadah fardu berkenaan akan diselar dengan emas dan perak kepunyaannya itu. Harta benda tersebut akan lebur dibakar sebelum diselar pada dahi, bahagian rusuk dan belakang badan mereka,” terangnya.

Justeru, beliau menitipkan pesan agar semua umat Islam tidak melupakan tanggungjawab masing-masing dalam perihal menunaikan zakat.

Ingatlah, zakat merupakan antara hak ALLAH SWT yang tidak boleh digugurkan begitu sahaja.

Foto: Bernamahttps://cdn.vuukle.com/widgets/powerbar.html?