Kajian Dapati ‘Sugar Gel’ Boleh Bantu Bayi Pramatang, Ramai Samakan Dengan Amalan Tahnik

Fi Kajian

Kandungan gula dalam darah yang rendah dan berbahaya dapat menjejaskan kira-kira satu daripada sepuluh bayi yang lahir terlalu awal (pramatang) dan sekiranya ia tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kemudaratan kekal.

Justeru, penyelidik daripada New Zealand telah mendapati bahawa dos gula yang diberikan sebagai gel (sugar gel), yang disapu ke bahagian dalam pipi bayi merupakan cara yang murah dan berkesan untuk melindungi bayi pramatang daripada cacat otak.

Para penyelidik itu dikatakan telah menguji terapi menggunakan sugar gel tersebut kepada 242 bayi di bawah jagaan mereka dan dikatakan ini merupakan kajian yang pertama dijalankan terhadap bayi. Kajian mereka ini juga telah diterbitkan dalam The Lancet.

Prof Jane Harding dan para penyelidik lain yang bersamanya di Unversiti Auckland menjelaskan bahawa kos rawatan gel Dextrose (pengganti gula) hanyalah lebih £1 (RM5.60) sahaja bagi setiap bayi dan ia lebih mudah untuk diberikan berbanding titisan glukosa.

Namun, dikatakan ramai bayi yang diberikan glukosa intravena (intravenous glucose) kerana kandungan gula dalam darah mereka kekal rendah yang dikenali sebagai hipoglisemia (hypoglycaemia).

Oleh hal yang demikian, kajian yang dijalankan telah menilai sama ada rawatan dengan gel dextrose (sugar gel) tersebut lebih berkesan daripada memberi makanan sahaja untuk merawat hipoglisemia itu.

Neil Marlow, dari Institut Kesihatan Wanita di University College London, berkata walaupun gel dextrose (sugar gel) tidak lagi digunakan, namun penemuan ini telah membuatkan ia dicadangkan untuk digunakan kembali sebagai rawatan.

“Kami kini mempunyai bukti berkualiti tinggi bahawa ia bernilai”, kata Neil.

Manakala, Andy Cole, ketua eksekutif badan amal bayi pramatang Bliss, berkata: “Ini adalah penyelidikan baharu yang sangat menarik dan kami sentiasa mengalu-alukan apa sahaja yang berpotensi untuk meningkatkan hasil untuk bayi yang dilahirkan pramatang atau sakit.”

Rawatan ini juga dikatakan sangat membantu dari segi kos yang efektif serta boleh mengurangkan kemasukan bayi ke unit rawatan rapi yang kini sudah pun berada di tahap kapasiti tinggi.

Beliau berkata lagi, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk membuktikan lagi rawatan menggunakan sugar gel ini kerana buat masa kini, ia hanya menunjukkan manfaat kepada bayi yang dilahirkan dengan kadar gula dalam darah yang rendah sahaja.

Jika dilihat di laman sosial pula, ramai yang menyamakan kajian sugar gel ini dengan amalan sunnah bertahnik kepada bayi yang baru lahir. Hal ini kerana hanya medium manisan yang digunakan sahaja berbeza di mana umat Islam menggunakan kurma manakala kajian ini menggunakan sugar gel. 

Jadi, sekarang kita dah tahu kebaikan amalan bertahnik tu selain daripada sunnah Nabi ia dah dibuktikan secara saintifik lagi! 

Sumber: BBC

Duit Gaji Tak Pernah Cukup? 4 Tips Korang Boleh Cuba Supaya Tak ‘Over Budget’ Setiap Bulan

Bigpay Lm

Masalah kewangan merupakan masalah yang sering dihadapi ramai kerana kegagalan untuk merancang perbelanjaan bulanan dan ada yang masih tidak dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan.

Hari ini, boleh dikatakan kita sering berdepan atau dengar keluhan-keluhan mereka yang terpaksa ‘mengikat’ perut sementara menunggu tarikh gaji akan datang dan selain daripada tekanan ekonomi ada pelbagai lagi perkara yang menyebabkan situasi tersebut berlaku.

Salah satu yang menjurus kepada keadaan ‘tak cukup duit’ ini adalah gaya hidup yang terlalu mengikut cara perbelanjaan kawan-kawan selain culas dalam beberapa perkara.Pexels Photo 6964083Sumber: Gambar Hiasan

Cuba imbas kembali cara pengurusan kewangan korang, ada atau tidak buat perkara-perkara berikut:

1. Semak penyata bank

Penyata bank merupakan salah satu perkara yang korang boleh semak bagi mengetahui kemana ‘hilangnya’ duit korang setiap bulan. Baik dari pengeluaran mahupun pembelian terus menggunakan kad debit, semuanya akan tercatat di penyata bank.

2. Catat Perbelanjaan Bulanan

Perbelanjaan bulanan juga harus sentiasa dicatat supaya mudah untuk kita buat anggaran tahap ‘kesihatan’ atau baki duit yang masih ada pada kita setiap bulan. Setidaknya, kita boleh buat persediaan sekiranya memerlukan wang untuk tujuan kecemasan.

3. Terlebih Belanja

Pexels Photo

Ramai pakar kewangan menasihatkan supaya menggunakan formula 50/30/20 yang mana duit gaji 50 peratus guit gaji bersih digunakan untuk membayar segala jenis komitmen, 30 peratus lagi untuk perbelanjaan bulanan dan 20 peratus untuk simpanan.

4. Tak ikut bajet bulanan

Bajet bulanan ni sebenarnya ramai yang buat, tapi tak ramai yang mampu ikut seperti yang dirancang. Sudahnya, terguna duit yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan lain atau terguna duit simpanan.

Kalau perasan, perkara yang disebutkan semua berkaitan dengan cara pengurusan
kewangan dan biasanya, bila bersangkutan dengan perbelanjaan bulanan ini, kena disiplin yang tinggi dan komited dengan perbelanjaan yang dah ditetapkan.Bigpay FeaturesSumber: BigPay

Salah satu cara yang mudah, min sarankan untuk guna aplikasi yang berkaitan dengan perbelanjaan, salah satu contoh yang ada adalah BigPay yang ada pelbagai fungsi seperti :

  • ‘Budgeting tool’ yang mudah
  • Boleh kelaskan perbelanjaan mingguan/bulanan ikut kategori
  • Boleh buat pembayaran bil secara terus melalui aplikasi
  • Pembahagian bil
  • Tersedia pelbagai kemudahan seperti pembayaran bil, insurans, pemindahan antarabangsa

dan pelbagai lagi!

https://poll.worldofbuzz.com/embed/poll/1a20ddb2-ad87-4ab3-a2cf-b006e2e2afe0

Bancuh Kopi Guna Gerudi Jadi Tarikan di Indonesia

F2 Kopi Gerudi

Minuman kopi panas sememangnya menjadi pilihan ramai terutamanya ketika musim sejuk atau hujan sebab ia boleh membantu kita untuk memanaskan badan.

Namun, sebuah gerai kopi minuman di Indonesia pula ada keunikannya yang tersendiri apabila penjualnya membancuh air menggunakan alat yang selalu digunakan untuk membuat rumah atau perabot iaitu gerudi!

Kopi Gerudi 3

Sumber: TikTok @kenandgratt

Menurut Suara.com, video cara kopi dibancuh itu pada mulanya dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai kenandgratt pada sekitar Oktober lalu.

Namun, korang jangan risau, sebab sebenarnya sang penjual kopi telah pun mengubahsuai hujung gerudi itu dengan menggantikan bahagian hujungnya dengan sudu. Jadi, dia tak perlu menggunakan tenaga yang terlalu banyak untuk membancuh air yang dipesan pelanggannya. 

Difahamkan, kopi itu dijual di kawasan pergunungan Gunung Bromo, Indonesia.Kopi Gerudi 2

Sumber: TikTok @kenandgratt

Wanita yang mencuba kopi panas itu juga bergurau dalam video dengan mengatakan kopi itu mempunyai aromanya yang tersendiri iaitu aroma besi.

Sehingga kini, video TikTok terbabit telah meraih sehingga 1.9 juta tontonan! Rata-rata netizen juga bergurau dengan mengatakan kopi itu mengandungi zat besi.

Kalau kita dah boleh melancong ke kawasan Gunung Bromo nanti, ada bran tak korang nak try kopi gerudi ni? 

Professor Di Jepun Cipta Prototaip Skrin TV Boleh Dijilat Untuk Rasa Makanan

Page1 9

Semakin hari, teknologi di sekeliling kita semakin maju, menjadikan urusan harian kita sebagai manusia lebih mudah dan teratur. Malah dulu pun pasti ada yang tidak menyangka satu hari nanti kita akan memiliki peranti yang boleh dikawal hanya dengan tolakan jari sahaja.

Baru-baru ini, Reuters melaporkan seorang professor di Jepun berjaya mencipta sebuah prototaip kepada skrin televisyen yang mampu menghasilkan rasa makanan sebenar apabila dijilat. Dengan ini, penonton dapat merasai makanan tersebut seperti di dunia nyata.

Dikenali dengan nama Taste The TV (TTTV), inovasi tersebut menyertakan sebanyak 10 tin perasa berbeza di bahagian atas skrin yang kemudiannya akan disembur campuran tersebut berdasarkan rasa makanan yang dipilih pengguna melaluinya

.8 4

Sumber: Reuters

Campuran perasa itu disemburkan pada lapisan filem yang bersih di atas skrin TV rata tersebut untuk dijilat oleh penontonnya. Lebih menarik, lapisan filem itu boleh diganti untuk memastikan kebersihan dikawal pada tahap yang sepatutnya sewaktu penggunaan.

Menurut Homei Miyashita selaku pencipta kepada inovasi tersebut, ini merupakan jenis teknologi yang diperlukan untuk menggalakkan orang ramai lebih berhubung dengan dunia luar, terutamanya pada era penularan Covid-19 ini.9 5

Sumber: Reuters

Matlamat utamanya adalah untuk membolehkan orang ramai merasai sesuatu seperti makan di restoran di serata dunia walaupun semasa tinggal di rumah”

Professor dari Universiti Meiji itu mengusahakan peranti tersebut bersama pasukan yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Mereka turut menghasilkan beberapa inovasi lain yang melibatkan deria rasa seperti garfu yang menaikkan lagi rasa makanan.

Miyashita turut memaklumkan bahawa dia telah membangunkan peranti itu sejak tahun lepas lagi, dan menganggarkan prototaip bagi versi komersial akan memakan kos sekurang-kurangnya 100,000 Yen (lebih kurang RM3,675) bagi setiap unit.

Antara penggunaan lain peranti ini selain merasai makanan adalah mencuba resepi baru, pembelajaran jarak jauh bagi tukang masak dan membuat kuiz.

Miyashita juga berharap untuk membuat platform di mana rasa kepada makanan dari seluruh dunia boleh dimuat turun dan dinikmati oleh pengguna, seperti muzik.

Makin lama makin advanced teknologi sekarang! Lepas ni jangan pelik lah kalau nampak ada orang yang dah mula jilat TV diorang.

Sumber: Reuters dan YouTube

Barang Elektrik Rosak Sebab Banjir? Mungkin Korang Boleh Try Cara Ini

Collage 47

Antara kerugian terbesar bila banjir berlaku dah tentulah peralatan elektrik yang rosak akibat dinaiki air seperti peti ais dan mesin basuh.

Baru-baru ini, Zakat Selangor melalui Twitter rasmi mereka telah kongsikan cara-cara untuk selamatkan barang elektrik yang rosak ni.

Fhnyopuuyagonsd

Menurut Zakat Selangor, kaedah yang dikongsikan ini telah pun dicuba dan semuanya kembali berfungsi seperti sediakala.

Anda yakin, insya Allah perkakasan elektrik anda mampu berfungsi kembali.. kami dan cuba ujinya sebentar tadi. Alhamdulillah semua kembali berfungsi, peti sejuk, kipas, dan mesin basuh. Alhamdulillah jimat wang untuk beli baru. Jangan terus dibuang.”

Jadi kalau korang ada barang-barang elektrik yang telah dimasuki air, korang pun boleh cuba ikut cara-cara dekat bawah ni:

1. Bersihkan semua bahagian barang elektrik

2. Jangan terus hidupkan barang elektrik yang masih basah

3. Biarkan barang elektrik kering dahulu terutamanya bahagian elektronik

4. Bersihkan guna penyembur khas (throttle body spray) pada bahagian elektronik.

Fhnyopuucaqqm9H

5. Akhir sekali biarkan barang kering semula sebelum hidupkan.

Cara guna:

1. Peti ais (sembur pada bahagian elektronik sebelah tabung gas)

2. Mesin Basuh (sembur pada sambungan wayar pada motornya dan sekitar kawasan belting motor dan elektronik sebelah atas dan buka terlebih dahulu) elektronik mesin basuh biasanya memang disalut getah dan tak terkesan bila terendam dalam air.

Jadi korang janganlah buang dulu peralatan elektrik tu, guna cara ni dulu okay?

Bahaya! Ini Sebab Korang Tak Patut Cas Telefon Sambil Tidur

F1 Cas Atas Katil

Mungkin ramai di antara kita yang gemar mengecas telefon pintar atau tablet di atas katil sebab kita masih tetap nak scroll Instagram atau Twitter walaupun ia sedang dicas. Namun, tahukah anda aktiviti yang dilihat biasa ini boleh mengakibatkan insiden bahaya di kemudian hari?

Menurut The Sun UK, risiko untuk terjadinya kebakaran jika kita tertidur sambil mengecas telefon atas katil adalah agak tinggi sebab cadar dan tilam merupakan bahan yang mudah terbakar.

Perkara tersebut pada mulanya telah dikongsikan oleh Facebook CPR Kids baru-baru ini sebab ramai kanak-kanak yang dilaporkan mendapat hadiah telefon bimbit sempena perayaan Krismas.

Ini berikutan terjadinya satu kes di mana kebakaran hampir berlaku di Australia apabila individu mengecas telefon pintarnya di atas katil. Dalam FB post tersebut, dapat dilihat ada kesan terbakar pada katil bersama kabel pengecas yang dilihat turut terbakar.

Cas Atas Katil 2

Sumber: Facebook CPR Kids/Firefighters Australia

Namun, tak kira lah orang dewasa atau kanak-kanak, adalah lebih baik jika kita semua cas peranti pintar kita seperti telefon, iPad atau tablet di tempat yang rata yang jauh daripada bahan yang mudah terbakar seperti tilam dan cadar terutamanya jika anda sudah mahu masuk tidur.

Ini kerana, telefon dan alat pengecas boleh panas dengan cepat terutamanya jika dibiarkan terlalu lama. Takut jugak kalau kita tertidur dan tak tutup plug charger sepanjang malam walaupun bateri telefon yang diletakkan atas katil tu dah lama penuh.

 Cas Atas Katil 3

Sumber: Facebook CPR Kids/Firefighters Australia

Untuk lebih selamat lagi, sebaiknya tutup sahaja plug jika kita nak tidur sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku ketika kita sedang berehat. Kalau nak cas jugak, pastikan ia dicas di tempat yang jauh daripada katil.

Selain itu, sentiasa periksa juga kabel atau cords pada charger dan jangan cas smartphone menggunakan kabel yang nampak macam dah nak rosak. Paling penting, elakkan guna sebarang aksesori seperti wayar charger jenis tiruan tau.

Harapnya lepas ni kita semua akan lebih berhati-hati dan peka dengan aktiviti mengecas peranti pintar di rumah terutamanya di atas katil. 

Sumber: The Sun UKFacebook CPR Kids

Mimpi, mengapa kita tidak mampu mengingatinya?

Artikel ini merupakan terjemahan dan ringkasan daripada video informasi yang diterbitkan oleh laman sesawang everything explained. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan fakta, mohon maklumkan kepada pihak MajalahSains.com di alamat email editormajalahsains@gmail.com

MIMPI
Sedetik selepas terjaga dari tidur, kita tidak mampu mengingati apa yang berlaku dalam mimpi kita. Kebanyakkan orang sebenarnya tidak dapat mengingati hampir 90 % mengenai mimpi mereka sebaik sahaja terjaga dari tidur.

Mengapa ini terjadi? 
Mengapa kita lupa mengenai mimpi kita?
Apa gunanya bermimpi, sekiranya kita tidak mampu mengingatinya?
Adakah cara agar kita mampu mengingati mimpi?

Bagamaina cara untuk mengingati mimpi?

Kitaran Fasa Tidur


Mimpi biasanya berlaku semasa Fasa Tidur yang dikenali sebagai Pergerakan Mata Pantas (Rapid-Eye Movement) atau REM. REM merupakan Fasa Keempat dan Fasa Akhir Tidur. Semasa dalam tiga fasa sebelum REM, badan kita berada dalam keadaaan relaks dan gelombang otak adalah perlahan. Tetapi semasa Fasa REM, keadaan otak seakan-akan aktif seperti ketika kita sedar. Pada Fasa REM ini juga mata didapati bergerak dengan cepat dalam pelbagai arah dan pernafasan menjadi semakin laju serta tidak teratur. REM boleh berlaku beberapa kali sepanjang malam yang merangkumi hampir 20-25 % daripada kitaran tidur orang dewasa dan hampir 50 % kitaran tidur bayi. Jadi, jika REM dan mimpi yang kita alami semasa itu, adalah sebahagian besar kitaran tidur, mengapa kita masih lagi tidak mampu mengingati mengenainya? Tiada siapa yang boleh menerangkan mengenai perkara ini dengan tepat. Malah, tidak salah jika saya katakan banyak perkara yang kita tidak tahu mengenai tidur. Namun demikian, terdapat juga beberapa teori yang membicarakan mengenai kesukaran untuk mengingati mimpi.

Teori Struktur Mimpi
Kebiasaannya, cara kita mengingati sesuatu perkara ialah secara kronologi atau secara sebab dan akibat. Tetapi mimpi tidak mematuhi cara ini !. Satu ketika, kamu mungkin bermimpi sedang menyediakan sarapan, dalam sejenak kemudian, kamu dapati diri kamu sedang terbang di atas ladang jagung. Kekurangan struktur koheren ini merupakan halangan terbesar sekali untuk mengingati mimpi kerana kronologi mimpi tidak seperti cara yang biasa (kronologi / sebab & akibat) kita gunakan untuk mengingati sesuatu perkara atau peristiwa.

Teori Evolusi
Kecenderungan untuk lupa mengenai mimpi mungkin boleh dikaitkan dengan faktor evolusi. Dari perspektif evolusi, mimpi boleh menjadi tidak berguna apabila dikaitkan dengan pembelajaran dan kelangsungan hidup. Ini kerana kita tidak dapat menerapkan apa yang berlaku dalam mimpi untuk senario kehidupan sebenar. Contohnya, Seorang primitif bermimpi bahawa dia dapat menewaskan haiwan pemangsa jenis karnivor hanya dengan menyanyi kepada haiwan itu. Kemudiannya setelah sedar dari mimpi, orang primitif itu cuba melakukan perkara yang sama dalam kehidupan sebenar, saya yakin orang primitif itu pasti akan sangat menyesal !. Jadi, mungkin kecenderungan untuk lupa mengenai mimpi adalah satu proses evolusi otak manusia untuk menyingkirkan maklumat yang tidak berguna.

Pemangsa mengejar mangsa yang menyesal
Ilustrasi Kawasan Dorsolateral prefrontal cortex pada otak manusia

Secara normal, mimpi yang tidak penting biasanya akan dilupakan, namun terdapat mimpi yang kekal dalam ingatan untuk sepanjang hayat. Kebiasaannya mimpi seperti ini mempunyai kaitan dengan emosi dan kehidupan peribadi seseorang. Misalannya, temujanji romantik, pertemuan penting, ataupun pencapaian peribadi. Berfikir tentang perkara ini boleh mengaktifkan Dorsolateral Prefrontal Cortex atau DLPFC iaitu suatu bahagian pada otak yang dikaitkan dengan Memori Kerja (Working Memory).  Bermimpi sesuatu yang sangat aneh atau signifikan didapati meningkatkan aktiviti di dalam DLPFC dan seterusnya membolehkan kita mengingati mimpi itu. Ini terbukti benar kerana penulis sendiri berjaya mengingati mimpinya sejurus tersedar dari tidur akibat keletihan menyiapkan artikel ini.

Jurnal mimpi

Jurnal mimpi didapati terbukti mampu meningkatkan ingatan mengenai mimpi yang kita alami. Caranya amat mudah, cuma sediakan pen dan kertas di sebelah katil, tuliskan semuanya yang anda mampu ingat dengan segera sejurus terjaga dari tidur. Sudah tentu anda juga boleh lakukan kaedah ini dengan menggunakan telefon pintar, akan tetapi kebarangkalian untuk anda terganggu dari matlamat asal adalah amat tinggi.

Mimpi Indah ya!!!!!

Kredit Foto :

medicalnewstoday
kidspot
sleepjunkies
wikipedia
neurosciencemarketing
luciddreamsociety

Berkonsepkan Makan Dalam ‘Kapal Terbang’, Kafe Di Johor Ini Jadi Tumpuan Ramai

Ketika ini, pasti ramai sudah merindui suasana dalam kapal terbang untuk ke destinasi pilihan anda. Melihat awan biru semestinya membangkitkan selera anda dan semua makanan akan automatik sedap.

Terbaharu, sebuah kafe di Johor Bahru telah mengetengahkan rekaan seperti dalam kapal terbang. Kafe tersebut hadir dengan kerusi-kerusi seperti dalam penerbangan kelas pertama dan juga tingkap yang perlihatkan ‘awan biru’.https://www.facebook.com/v2.3/plugins/video.php?allowfullscreen=true&app_id=249643311490&channel=https%3A%2F%2Fstaticxx.facebook.com%2Fx%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2F%3Fversion%3D46%23cb%3Dfb8ab05641085%26domain%3Dwww.thevocket.com%26is_canvas%3Dfalse%26origin%3Dhttps%253A%252F%252Fwww.thevocket.com%252Ff2fa3803dd57624%26relation%3Dparent.parent&container_width=728&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2F848167195314239%2Fvideos%2F686490225098874&locale=en_US&sdk=joey

109928583_147483556957905_3995302654414235125_n
109943543_147483280291266_2561189454900941738_o

Kafe The Dreamliner Airways ini turut menyajikan pelbagai seleksi jenis makanan dari makanan barat, Jepun, Korea dan juga Malaysia. Kiranya, banyak menu pilihan yang anda boleh cuba di sini.

Malah, pelayan, chef dan juga staff bahagian dapur turut berpakaian uniform seperti krew kabin dan seorang juruterbang. Bukan itu sahaja, sistem pesanan pelanggan juga dibuat ala-ala ‘boarding pass’ sebelum diserahkan kepada pelayan.

photo_2020-12-28_09-40-32
110752085_147483470291247_5258582627266205052_o
115821206_147483490291245_1957980456550731799_n

Jika anda mahu berkunjung ke sini, kafe ini dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 11 malam. Tunggu apa lagi? Jom singgah ke kafe yang berkonsepkan makan dalam kapal terbang ini.

Hidangkan Keluarga Anda Dengan 4 Resipi Masakan ‘Buttermilk’ Yang Ringkas Dan Enak Ini

Bila cakap pasal hidangan ayam buttermilk saja semua pasti terliur terus! Mana taknya, ayam goreng yang ranggup disaluti dengan kuah yang creamy dan likat, dimakan dengan sepinggan nasi putih panas, uuumph padu betul. Memang sedap!

Tapi tahukah anda sebenarnya ada banyak lagi hidangan buttermilk yang cukup sedap dan unik. Kuah buttermilk ini merupakan satu kuah yang serbaguna dan boleh digunakan untuk membuat pelbagai hidangan ala gourmet di rumah.

Dapatkan kesemua resepi penuh di bawah:

1. Sotong Buttermilk Telur Masin

6327

Bahan-bahan (sotong goreng):

1 biji telur
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
200 gram sotong putih
50 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung

Bahan-bahan (sos buttermilk telur masin):

75 gram mentega (unsalted)
3 ulas bawang putih (dicincang)
10-12 helai daun kari
3 biji cili padi (dicincang)
4 biji kuning telur masin (distim)
1 tin Krimer Sejat CARNATION
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Untuk buat sotong goreng, dalam satu mangkuk, pecahkan telur dan pukul bersama 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya. Masukkan sotong dan gaul sehingga rata.

2. Dalam mangkuk asing, masukkan tepung gandum, tepung jagung, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.

3. Masukkan sotong yang telah dicelup telur tadi ke dalam campuran tepung. Gaul sehingga kesemua sotong disalut dengan tepung.

4. Goreng sotong atas api tinggi sehingga masak dan keperangan. Toskan dan ketepikan.

5. Untuk sos pula, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

6. Masukkan kuning telur masin yang telah distim dan dihancurkan. Gaul sehingga sos berbuih. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.

7. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.

8. Masukkan sotong goreng dan gaul sehingga rata.

Sotong Buttermilk Telur Masin sudah siap, enjoy!!!

2. Burger Ayam Buttermilk

fc77

Bahan-bahan (burger ayam):

1 dada ayam
30 gram tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 biji telur
Garam secukupnya

Bahan-bahan (sos buttermilk):

50 gram mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1/2 sudu kecil tepung gandum
Garam secukupnya

Bahan-bahan (lain-lain):

1 roti burger
Daun salad
Tomato
Mentega (untuk disapu atas roti)

Cara-cara:

1. Pertama sekali, campurkan gandum bersama 1/2 sudu kecil serbuk cili, 1/2 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya.

2. Dalam mangkuk asing, pukul telur bersama 1/2 sudu serbuk cili, 1/2 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya.

3. Menggunakan teknik ‘dry, wet, dry’, salut ayam dengan campuran tepung, celup ayam dalam telur dan gaulkan balik ke dalam campuran tepung. Kemudian goreng atas api sederhana sehingga ayam masak dan garing. Toskan dan ketepikan.

4. Sapu mentega ke atas roti burger yang telah dibelah dua, kemudian goreng atas kuali sehingga garing. Ketepikan.

5. Untuk sos buttermilk pula, cairkan mentega dalam kuali yang panas. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

6. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.

7. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga kuah menjadi likat. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.

8. Untuk buat burger, lapiskan daun salad dan tomato ke atas roti burger, kemudian masukkan ayam goreng yang telah digoreng tadi dan tuangkan sos ke atasnya. Tutup menggunakan roti burger.

Tadaaa! Burger Ayam Buttermilk kini siap~ enjoyyy!

3. Cendawan Goreng Bersos Buttermilk

a959

Bahan-bahan (cendawan goreng):

200 gram cendawan tiram
100 gram tepung gandum
150 ml air
6-8 helai daun kari
3 ulas bawang putih (dicincang)
Serbuk lada putih secukupnya
Garam secukupnya

Bahan-bahan (sos butttermilk):

50 gram mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1/2 sudu kecil tepung gandum
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Untuk buat cendawan goreng, pertama sekali keringkan (pat dry) cendawan tiram menggunakan kitchen towel.

2. Untuk adunan pula, dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, air, bawang putih, serbuk lada putih, daun kari dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.

3. Dalam mangkuk asing, masukkan tepung, serbuk lada putih dan garam. Gaul sehingga sebati.

4. Menggukan teknik ‘dry, wet, dry’, gaulkan cendawan dalam campuran tepung kering. Kemudian, celup cendawan dalam adunan. Akhir sekali, gaul cendawan dalam campuran tepung kering semua. Goreng sehingga ranggup. Toskan dan ketepikan.

5. Untuk sos pula, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

6. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.

7. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga kuah menjadi likat. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.

Cendawan Goreng Bersos Buttermilk sudahpun siap untuk dinikmati!

4. Resepi Popiah Ayam Buttermilk

7277

Bahan-bahan:

400 gram ayam cincang
50 gram + 1 sudu besar mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1 sudu kecil tepung jagung
10-12 helai kulit popiah
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Untuk buat inti, gorengkan ayam cincang bersama mentega. Toskan dan ketepikan.

2. Untuk buat sos, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

3. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.

4. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.

5. Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga kuah menjadi kering dan likat.

6. Untuk buat popiah, letakkan inti ke atas kulit popiah. Kemudian, gulung ketat ketat dan lekatkan bahagian hujung kulit popiah menggunakan air.

7. Goreng sehingga garing atas api panas.

Popiah Ayam Buttermilk ready untuk dinikmati semasa mengopi!

Banyak bukan hidangan lazat yang boleh dihasilkan menggunakan sos buttermilk?

Easy peasy, lemon squeezy! Semuanya sedap dan pasti dapat meningkatkan selera yang tersayang.

Untuk resepi-resepi kali ini, kami menggunakan Krimer Sejat CARNATION yang akan memberikan hidangan buttermilk aroma yang begitu harum dan kuah yang cukup likat dan creamy lemak berkrim sekali!

Krimer Sejat CARNATION memanglah ramuan yang sempurna dalam menambah keenakan masakan dengan aroma yang berbeza dan kelemakan yang sewajarnya semasa penyediaan masakan gourmet yang menyelerakan di rumah.

Gara-Gara Lukis Muka Bermata Sepet Pada Cawan Pelanggan, Starbucks Disaman RM59,000

Umum tahu apabila melawati Starbucks, para barista akan bertanyakan nama anda sebagai pelanggan untuk ditulis pada sebuah cawan. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan para pelanggan berasa lebih gembira seolah lebih dihargai.

Dalam pada itu, siapa sangka sebuah lukisan kecil yang disangka mampu menceriakan pelanggan bertukar menjadi jadi sebuah isu besar. Itulah yang berlaku di sebuah rangkaian Starbucks di Ireland apabila seorang warga Ireland campuran Thai yang dikenali sebagai Suchavadee Foley mendakwa beliau telah dilayan dengan rasis oleh seorang barista.rudeboyfriend

SUMBER: NEXTSHARK

Semuanya disebabkan barista berkenaan melukis sebuah emoji senyum berbanding menulis nama beliau. Berdasarkan lukisan yang dibuat, pelanggan berkenaan merasakan seolah dilayan dengan rasis dan fizikal beliau dikutuk berikutan lukisan emoji muka senyum dengan mata sepet yang dihasilkan.

Isu yang dilihat kecil bagi sesetengah pihak ini nampaknya telah dibawa ke pihak atasan melibatkan Ireland’s Workplace Relations Commission. Berdasarkan keputusan yang dibuat, pihak Starbucks Tallaght telah diminta membayar sebanyak €12,000 (RM58,980) kepada pelanggan berkenaan atas kesalahan yang dibuat.

Difahamkan, barista berkenaan pada mulanya telah bertanyakan nama kepada Suchavadee Foley namun berikutan gagal mengetahui ejaan nama pelanggan berkenaan, barista tersebut memilih untuk melukis sebuah gambar emoji senyum sebagai ganti. Beliau juga turut memaklumkan beliau tidak berniat berlaku rasis terhadap pelanggan berkenaan.