Archives for September 3, 2017

Hikmah #2: Perbezaan

“Jadikan segala perbezaan pendapat , perbezaan kaedah, perbezaan pembawaan bagaikan pelangi, walaupun berbeza warna namun bersatu hingga menjadi indah. Bersifat terbuka lah, kerana barangkali yang buruk pada pandangan kita, belum pasti buruk pada pandangan yang sedang menjalankan takdir. Barangkali yang suci pada pandangan kita, belum pasti terbaik disisiNya. Menari lah dengan takdir Nya. Dihujung sesuatu ada mutiara hikmah menunggu untuk dijumpai”

Hikmah#1: Nafas – Modal Kehidupan

“Nafas adalah modal kehidupan untuk terus dapat menjana keuntungan pada kehidupan yg Abadi. Jangan jadikan keuntungan yang sedikit dan sebentar sebagai fokus utama dalam perniagaan mu, fokuslah kepada yang memberi keuntungan banyak dan kekal tanpa ada kerugian dalam perniagaan mu. Untunglah mereka yang jadikan dirinya, harta, masa, potensi dan apa jua sebagai pelaburan dalam mencapai keuntungan lumayan dan abadi yang dijanjikan Allah swt (syurga)”