* Ibarat mentol terbakar *

Seorang pengarah kanan kerajaan telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan perumahan, di mana dia memiliki sebuah banglo. Dia menganggap dirinya hebat dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun. Walaupun ketika berjalan di taman setiap petang, dia tidak menghiraukan orang lain, malah memandang rendah pada mereka.

Suatu hari, seorang tua yang duduk di sebelahnya memulakan perbualan, dan mereka sering bertemu selepas itu. Setiap kali, perbualan mereka kebanyakannya bagaikan monolog, dan pengarah yang telah bersara itu membincangkan topik kegemarannya, tentang “Tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan jawatan besar dan jawatan tinggi yang saya pegang sebelum bersara; Saya datang ke sini kerana terpaksa bersara mandatori ”; dan seterusnya, dan orang tua yang menemaninya mendengar dengan tenang.

Setelah berhari-hari, berlalu ketika pengarah yang sudah bersara itu mula ingin tahu tentang orang lain, pak tua pendengar yang menemaninya itu membuka mulut dan berkata, “Setelah bersara, kita semua seperti mentol yang sudah terbakar. Tidak kira berapa watt mentol itu, berapa banyak cahaya atau kilauan yang diberikannya, setelah ianya terbakar. “

Dia selanjutnya berkata, “Saya telah tinggal di masyarakat ini selama 5 tahun dan tidak memberitahu siapa pun bahawa saya adalah Ahli Parlimen selama dua penggal. Di sebelah kanan anda, dia bersara sebagai Pengurus Besar di syarikat korporat membuat kereta. Di hujung sana merupakan Mejar Jeneral dalam Tentera Darat. Orang yang duduk di bangku dengan berpakaian putih bersih itu merupakan ketua Bursa Saham sebelum bersara. Dia tak pernah memberitahu kepada sesiapa pun, walaupun kepada saya, tetapi saya tahu. “

“Semua mentol mentol yang terbakar ini sekarang menjadi sama – apa pun wattnya – 0, 10, 40, 60, 100 watt – tiada bezanya sekarang. Tidak kira apa jenis mentol sebelum ianya terbakar – LED, CFL, Halogen, mentol pijar, pendarfluor, atau lampu hiasan. Dan itu juga, kawan, turut terjadi kepada anda. Pada hari anda memahami perkara ini, anda akan mendapat ketenangan dalam masyarakat dan dunia ini. “

“Matahari yang terbit serta matahari terbenam kedua duanya nampak indah dan menikmatkan. Tetapi, pada hakikatnya, matahari terbit lebih penting dan dipuja, bahkan dinanti nanti, sedangkan matahari terbenam tidak diberi penghormatan yang sama. Lebih baik ini anda fahami lebih awal daripada kemudian hari kelak ”.

Pangkat, gelaran dan kuasa kita sekarang tidak kekal. Menyimpan banyak emosi dengan perkara-perkara ini hanya merumitkan hidup kita apabila kita kehilangan semua ini pada suatu hari nanti.

Ingatlah bahawa apabila permainan catur berakhir, raja dan bidak akan kembali dalam kotak yang sama … dan kita semua akan kembali ke tanah yang kita pijak pijak selama ini……

  • Nikmati apa yang anda ada hari ini 😊. Selamat berbahagia di hari yang mendatang ….. *

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3887458531298482&id=100001031199286

Tekanan mental, emosi dan fizikal merupakan pencetus utama pelbagai jenis penyakit

Penyakit yang menyebabkan kematian mengejut seperti serangan jantung dan ‘stroke’.

Berikut merupakan 11 pesanan yang dikongsikan oleh Dr. Hamid Arshat pada 12 Okt. 2017 untuk tangani stress.

  1. Tawakkal.

Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh.

Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangani stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.

  1. Redha.

Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya.

Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya.

Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.

  1. Sabar.

Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah.

Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya.

Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.

  1. Tahan marah.

Apabila memandu kereta, sering berlaku pemandu² lain mencetuskan provokasi, seperti menghempit, bunyikan horn dan lain². Saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.

Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah dikalangan Keluarga dan di tempat kerja.

Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.

  1. Memaaf.

Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Lupakan terus peristiwa tersebut tanpa diungkit.

  1. Tidak dendam.

Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan dendam. Kawal perasaan, jangan membalas.

  1. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang.

Panadol bertindak membuka saluran² darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ² lain akibat stress.

Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut.

Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.

  1. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur², herba dan pokok buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang ‘relaxing’.
  2. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang ‘relaxing’ dan tenang fikiran.
  3. ‘Deep breathing’.

Amalan menarik nafas dengan dalam dan melepaskan nafas perlahan². Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila² masa dan di mana² tempat, bila rasa stress dan tidak selesai.

  1. ‘Simple life’, tanpa berlumba².

Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan ‘brand name’ pada pakaian, kereta, hiasan dan lain². Saya pentingkan ‘substance’ dari rupa bentuk luaran.

Cuba amalkan panduan2 tersebut. Insha’Allah, kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus beribadah dan berkhidmat.

Disalin dan dikongsi dari FB Dr. Hamid Arshat.

PKP & WFH; Kewajipan yang perlu dilaksanakan

Assalamualaikum,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, semua rakyat perlu akur dan menurut perintah tersebut agar mengawal pergerakan masing-masing dimana jua berada. PKP bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 telah pon dilanjutkan kepada 14 April 2020 pada masa catatan ini dituliskan.

StayAtHome
Perdana Menteri telah berkali-kali memohon agar semua rakyat agar duduk sahaja di rumah agar penularan wabak COVID-19 ini dapat diputuskan rantaiannya. Maka adalah diharapkan virus tersebut akan lenyap daripada bumi kita yang tercinta ini. #StayAtHome

WFH: Work From Home
Semasa arahan PKP ini, semua penjawat awam dan swasta diminta bekerja dari rumah (WFH) bagi membendung penularan wabak Covid-19. Ia dapat mengelak daripada berlakunya proses berkumpul (mesyuarat, perbincangan dan sebagainya) iaitu pertemuan ramai pekerja dalam ruang atau kawasan secara beramai-ramai bagi mengelak ‘contact’ yang rapat kerana dikhuatiri terdapat mangsa yang +ve dengan virus maut tersebut. Oleh yang demikian, kaedah WFH adalah yang terbaik untuk kita sama-sama amalkan agar tanggungjawab kita sebagai pekerja dapat diteruskan dan pentadbiran serta perkhidmatan berkaitan dapat terus dilaksanakan walaupun tiada di pejabat secara fizikal.

Cabaran
Terdapat pelbagai cabaran WFH antaranya penggunaan data internet, pengurusan anak-anak, pengurusan kerja di rumah dan sebagainya. Walau apapun cabarannya adalah diharapkan kita semua dapat menghadapinya dengan tenang dan dapat meneruskan tanggungjawab kita sebagai pekerja, ayah, ibu, anak dan sebagainya. Tidak dinafikan, cabaran WFH ini amat tinggi kerana terpaksa melayan kerenah anak-anak (yang telah berkeluarga) kerana kita berada disamping mereka sepanjang PKP ini (+ mereka tidak pergi ke sekolah – belajar online).

Walau apapun cabaran dan dugaan, adalah diharapkan agar kita semua dapat menempuh segala dugaan dan rintangan kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pekerja walaupun WFH disamping mengikut segala arahan daripada pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak maut COVID-19. Diharapkan segala inisiatif yang telah diberikan oleh pihak kerajaan membantu kita semua mengharungi dugaan ini semua.

Sama-sama kita terus berdoa kepada ALLAH agar wabak ini dapat dihindari dan diberikan perlindungan olehNya kepada keluarga kita khasnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Wassalam.


sumber: http://www.moh.gov.my/moh/resources/user_35/7_Langkah_Pencucian_Tangan.jpeg


Sumber: http://www.moh.gov.my/moh/resources/user_35/Infografik_3.jpeg

#StayAtHome
#WFH
#StaySafe
#socialDistancing
#BasuhTanganDenganSabun