Ranking jurnal (Q1, Q2, Q3) boleh dikenalpasti menerusi laman web Scimago Journal Ranking. Singkatannya adalah SJR.
Laman web utama SJR >> http://www.scimagojr.com/
Carian jurnal boleh dilakukan dengan memasukkan maklumat jurnal seperti
- nama jurnal atau
- ISSN atau
- nama penerbitan
Contoh: Carian bagi nama jurnal <Computers and Security> atau terus ke menu dan pilih Journal Rankings.
Hasil carian bagi jurnal Computers and Security. Di kedudukan ke-2 dalam senarai. Klik pada nama jurnal akan memaparkan maklumat lengkap jurnal.
Maklumat lengkap bagi Jurnal Computers & Security. Maklumat jurnal <country>, <subject area>, <subject category> boleh digunakan untuk mencari ranking jurnal pada tab atau menu <journal rankings> . Jika klik pada pautan source, kita akan dibawa ke laman utama jurnal.
Kotak merah menunjukkan carian berdasarkan maklumat jurnal. Manakala kotak hitam menunjukkan ranking jurnal telah dikenalpasti.
Bagi Jurnal Computers and Security, ranking adalah Q1.
Maklumat bagi SJR yang sama boleh juga dijumpai di laman utama jurnal dan widget yang telah disediakan oleh SJR.
Mudah bukan. Selamat menulis dan segera submit & publish kepada jurnal mengikut ranking pilihan.