Mohon Sekarang! Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sessi 20172018

Dibuka selama sebulan, bermula 8 Februari 2017 sehingga 8 Mac 2017.

Biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan. Bagi melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara.

Syarat-syarat permohonan biasiswa seperti berikut:

Kriteria utama:
  1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  2. Prestasi semasa temuduga.
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  6. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  7. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  8. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

 

Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh diperolehi dari pautan ini:

  1. http://sps.utm.my/2017/02/08/biasiswa-yang-di-pertuan-agung-bydpa-sesi-20172018/ atau
  2. http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2601:biasiswa-yang-di-pertuan-agong&catid=517&Itemid=835&lang=ms