Faculty of Computing | 2017 Postgraduate News #2

PG News #2

Starting from Semester I 2016/2017, all postgraduate programs are in FULL TIME mode only. All part time students’ mode of study have been changed to full time mode automatically by CICT and AMD. The maximum semester for Master program is 8 semester and PhD is 16 semester. Hope this information can help the supervisors to advice the affected students accordingly especially regarding the first assessment matter (Master: Sem. 2 & PhD: Sem. 3). – Dr Radziah, PG Academic Manager

Problem-Based Learning | 8 Langkah Untuk Pembelajaran Menggunakan PBL

Problem-based learning (PBL) bukan sesuatu yang baru dalam pengajaran. Telah dipraktikkan sejak 1970. Di UTM pernah diperkenalkan sekitar tahun 2003 oleh CTL.

Menarik memandangkan PBL merupakan student centered learning secara berkumpulan. Manakala, pengajar hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan masalah (problem)/ kes kajian. Tidak lagi mengajar secara traditional. Namun, kejayaan PBL bergantung kepada beberapa faktor yang perlu diambikira dengan teliti.

Mia Mackeen mencadangkan 8 langkah utama bagi merekabentuk PBL untuk dipertimbangkan oleh para tutor, guru dan pensyarah.

PBL, problem-based learning

Kredit image: teachthought

Tempah sekarang! Hutan Rekreasi UTM

Hutan Rekreasi UTM beroperasi kembali mulai 1 Februari 2017 dengan wajah baru yang lebih meriah dan kondusif. Pemandangan tetap indah hijau dan nyaman di kelilingi pokok menghijau dan tasik.

Lawati laman media sosial Facebook Hutan Rekreasi UTM | UTM Ecotourism Campus | atau terus klik | galeri |.

Tempahan untuk aktiviti rekreasi / perkhemahan di Hutan Rekreasi UTM, hubungi dan bincang menerusi:
Ecotourism Campus Unit
Services Division
Office of Asset and Development
Universiti Teknologi Malaysia
81310, UTM Johor

Office: 607-553 0167 / 6012-717 4861 (En. Zaidi Hj. Mohmod-Head of Unit) / 607-553 1216 (General Office) | Fax: 607-5530582

Tempah sekarang!

Mohon Sekarang! Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sessi 20172018

Dibuka selama sebulan, bermula 8 Februari 2017 sehingga 8 Mac 2017.

Biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan. Bagi melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara.

Syarat-syarat permohonan biasiswa seperti berikut:

Kriteria utama:
  1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  2. Prestasi semasa temuduga.
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  6. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  7. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  8. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

 

Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh diperolehi dari pautan ini:

  1. http://sps.utm.my/2017/02/08/biasiswa-yang-di-pertuan-agung-bydpa-sesi-20172018/ atau
  2. http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2601:biasiswa-yang-di-pertuan-agong&catid=517&Itemid=835&lang=ms

 

Meraikan kegigihan pelajar PSM

Ingat semula 8 June 2015. Usai pembentangan PSM, meraikan kegigihan dan usaha Siti dan Zam. Mereka adalah pelajar PSM Penyelidikan pertama di bawah seliaan saya. Bukan mudah sama-sama kami ‘berperang’, apapun telah tamat dengan jayanya. Kini mereka telahpun mendapat tawaran dan sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Penyelidikan. Hebatkan mereka berdua ini!