Problem-Based Learning | 8 Langkah Untuk Pembelajaran Menggunakan PBL

Problem-based learning (PBL) bukan sesuatu yang baru dalam pengajaran. Telah dipraktikkan sejak 1970. Di UTM pernah diperkenalkan sekitar tahun 2003 oleh CTL.

Menarik memandangkan PBL merupakan student centered learning secara berkumpulan. Manakala, pengajar hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan masalah (problem)/ kes kajian. Tidak lagi mengajar secara traditional. Namun, kejayaan PBL bergantung kepada beberapa faktor yang perlu diambikira dengan teliti.

Mia Mackeen mencadangkan 8 langkah utama bagi merekabentuk PBL untuk dipertimbangkan oleh para tutor, guru dan pensyarah.

PBL, problem-based learning

Kredit image: teachthought

Tempah sekarang! Hutan Rekreasi UTM

Hutan Rekreasi UTM beroperasi kembali mulai 1 Februari 2017 dengan wajah baru yang lebih meriah dan kondusif. Pemandangan tetap indah hijau dan nyaman di kelilingi pokok menghijau dan tasik.

Lawati laman media sosial Facebook Hutan Rekreasi UTM | UTM Ecotourism Campus | atau terus klik | galeri |.

Tempahan untuk aktiviti rekreasi / perkhemahan di Hutan Rekreasi UTM, hubungi dan bincang menerusi:
Ecotourism Campus Unit
Services Division
Office of Asset and Development
Universiti Teknologi Malaysia
81310, UTM Johor

Office: 607-553 0167 / 6012-717 4861 (En. Zaidi Hj. Mohmod-Head of Unit) / 607-553 1216 (General Office) | Fax: 607-5530582

Tempah sekarang!

Mohon Sekarang! Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sessi 20172018

Dibuka selama sebulan, bermula 8 Februari 2017 sehingga 8 Mac 2017.

Biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan. Bagi melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara.

Syarat-syarat permohonan biasiswa seperti berikut:

Kriteria utama:
  1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  2. Prestasi semasa temuduga.
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  6. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  7. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  8. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

 

Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh diperolehi dari pautan ini:

  1. http://sps.utm.my/2017/02/08/biasiswa-yang-di-pertuan-agung-bydpa-sesi-20172018/ atau
  2. http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2601:biasiswa-yang-di-pertuan-agong&catid=517&Itemid=835&lang=ms

 

Meraikan kegigihan pelajar PSM

Ingat semula 8 June 2015. Usai pembentangan PSM, meraikan kegigihan dan usaha Siti dan Zam. Mereka adalah pelajar PSM Penyelidikan pertama di bawah seliaan saya. Bukan mudah sama-sama kami ‘berperang’, apapun telah tamat dengan jayanya. Kini mereka telahpun mendapat tawaran dan sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Penyelidikan. Hebatkan mereka berdua ini!

Kenalpasti ranking jurnal dengan mudah

Ranking jurnal (Q1, Q2, Q3) boleh dikenalpasti menerusi laman web Scimago Journal Ranking. Singkatannya adalah SJR.

Laman web utama SJR >> http://www.scimagojr.com/

sjrmain1
Laman utama SJR

 

Carian jurnal boleh dilakukan dengan memasukkan maklumat jurnal seperti

  • nama jurnal atau
  • ISSN atau
  • nama penerbitan

Contoh: Carian bagi nama jurnal <Computers and Security> atau terus ke menu dan pilih Journal Rankings.

sjrsearche

Hasil carian bagi jurnal Computers and Security. Di kedudukan ke-2 dalam senarai. Klik pada nama jurnal akan memaparkan maklumat lengkap jurnal.

searchresulte

Maklumat lengkap bagi Jurnal Computers & Security. Maklumat jurnal <country>, <subject area>, <subject category> boleh digunakan untuk mencari ranking jurnal pada tab atau menu <journal rankings> . Jika klik pada pautan source, kita akan dibawa ke laman utama jurnal.

jurnaldetailse
Maklumat jurnal

Kotak merah menunjukkan carian berdasarkan maklumat jurnal. Manakala kotak hitam menunjukkan ranking jurnal telah dikenalpasti.

jurnalranke
Ranking jurnal berjaya dikenalpasti.

Bagi Jurnal Computers and Security, ranking adalah Q1.

jurnalwebsitee
Laman utama jurnal

Maklumat bagi SJR yang sama boleh juga dijumpai di laman utama jurnal dan widget yang telah disediakan oleh SJR.

SCImago Journal & Country Rank

Mudah bukan. Selamat menulis dan segera submit & publish kepada jurnal mengikut ranking pilihan.