BERSEMANGAT DAN FOKUS PSM 2

Assalamualaikum dan selamat kembali ke UTM. Pasti selepas Latihan Industri (LI), semangat dah lain.
Berkobar-kobar semua nak siapkan PSM 2 sem ini.

 

 “Zulhamdi belum LI, tak apa. Kita buat PSM 2 sama-sama, dapat aura sama!”

 

Ada info berkaitan agar dapat membantu kita fokus, berdasarkan kalendar tahun lepas. Kalau ada perubahan pun tak jauh larinya.
Boleh semak tarikh-tarikh penting PSM 2 dan tindakan yang patut dilaksanakan sebelum 12 Februari 2020 (Rabu, 5pm).
Laksana dengan gembira dan bersemangat setelah jelas matlamat. Bila hati kita gembira, hasil sudah semestinya baik.

 

**********************************************************
TARIKH – TARIKH PENTING PSM 2 20192020 SEM 2
**********************************************************
Minggu
Target Pencapaian
Tindakan
06(15 Mac)
40% Sistem/Eksperimen Siap
DEMO 1
11 (19 Apr)
70%  Sistem/Eksperimen Siap
DEMO 2
12 (26 Apr)
Draf Laporan PSM2 & Draf Kertas Kerja URC Siap
SEMAKAN SV
14 (10 Mei)
100% Sistem/Eksperimen, Laporan, Kertas Kerja URC & Slide Siap
SEMAKAN PENILAI
15 (17 Mei)
PSM 2 BENTANG & DEMO
PELAJAR /PENYELIA /PENILAI
TINDAKAN:
Kita telah tahu tarikh-tarikh penting bagi PSM 2. Langkah pertama bagi menaikkan semangat dan menjayakan PSM 2 sem ini, ayuh kita:

 

  1. Bina Blog PSM 2 yang akan dikira sebagai logbook PSM 2. Mohon hantar url dalam grup PSM 2. Info blog yang baik dan menarik bakal dianugerahkan 10/10 markah PSM2.
  1. Muat naik Carta Gantt PSM2. Biar kita jelas daripada awal, apa yang akan kita capai mengikut tempoh yang ada.
  1. Log dan aktiviti PSM 2 setiap minggu bermula hari Ahad setiap minggu. Selama 15 minggu yang mengandungi:
    1. Tujuan/matlamat
    2. Objektif/Aktiviti
    3. Hasil bakal dicapai minggu ini.
    4. Hasil tidak tercapai minggu lepas, tindakan mengatasi.
  1. Sebarang terbitan (post) aktiviti, diari santai, teori dan motivasi berkaitan Kita manusia, bukan robot. Biar gembira dan bermanfaat untuk kita dan yang lain. 
  1. Kemaskini No. 3 perlu dimaklumkan kepada Penyelia menerusi notifikasi emel.
Cukup dulu untuk minggu ini. Bersambung lagi akan datang.

 

 

Puan Rashidah
Rancang dengan baik, kemudian ikut dengan gigih.
Pasti, KEJAYAAN milik kita!