Bukit Batu Putih terletak dalam kawasan Taman Eko-Rimba, Tanjung Tuan, Melaka. Kebetulan masa ni aku menghadiri Seminar Graduate Employability (GE) selama 3 hari 2 malam (12/10 – 14/10/2022) di Avillion, Port Dickson. Dah namanya kaki hiking, maka aku cari “best hiking trails in Port Dickson (PD)”.. dan terus terkeluar nama “Bukit Batu Putih”.
Ada 2 jalan untuk sampai ke puncak Bukit Batu putih. Pertama, dari arah pintu pagar Taman Eko-Rimba dan kedua, arah pantai.
Jalan Pertama: Masuk ikut pintu pagar Taman Eko-Rimba. Kemudian akan melalui jalan berturap sedikit mendaki. Masa perjalanan sekitar 15 minit rasa… Yang penting bagi orang macam aku yang kerap naik Gunung Lambak, Kluang, Johor insha Allah tak penat lah.. Peluh skit2 jer…
Jalan Kedua : Melalui jalan pantai… Jalan ni berada di bahagian tepi belakang Rumah Api Tanjung Tuan. Agak jauh berbanding jalan pertama (pintu pagar). tapi tak lah jauh sangat. Beza dalam 10 minit mungkin. Ok skrg aku tunjukkan trail ke pantai (boleh naik dan turun di sini)