Kem Mahasiswa Unggul Cemerlang Akhlak (KEMUNCAK) Siri 1 Tahun 2022

KEMUNCAK ialah satu program yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UTM JB, khusus untuk pelajar semester 1 FSSK. Program ini terdiri daripada beberapa siri dengan dikelompokkan pelajar mengikut kepada beberapa kumpulan yang sederhana kecil. Ia bagi memastikan impak maksimum yang dapat dihasilkan daripada penagujran kem ini kepada semua pelajar semester 1.

Kem ini dilaksanakan bagi mendedahkan kepada pelajar baharu tentang kehidupan sebagai pelajar sarjana muda. Selain itu, kem ini juga dapat memupuk semangat persahabatan antara pelajar-pelajar FSSK . Ada antara pelajar-pelajar ini yang kurang mengenali antara satu sama lain. Maka dengan adanya program ini, maka diharapkan para pelajar dapat mengenali antara satu sama lain. Mengeratkan hubungan dan saling bantu-membantu sepanjang pengajian di UTM ini.

Kem ini juga penting bagi menyuburkan akhlak para pelajar dan seterusnya meningkatkan jati diri pelajar. Mereka akan lebih rasa tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti diri, tahu akan peranan sebagai seorang pelajar, ingat akan tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa mereka dan sentiasa meletakkan pembelajaran sebagai keutamaan sepanjang bergelar pelajar.

Maklumat berkenaan program ini adalah seperti berikut:
Tempat: Hutan Rekreasi UTM JB
Tarikh: 25 – 26 November 2022

Bersama pelajar-pelajar Pendidikan (Bahasa Inggeris). dari kiri Izzah, aku, khalif dan izzati aida
Terpancar keceriaan di wajah para pelajar. Aktivi riadah dalam hutan.
teknik menghidupkan api tanpa menggunakan mancis atau seumpama dengannya.
Pengarah Kemuncak, Dr Fahmi Adnan dengan resepi ayam “kenny rogers” nya… ?
Tazkirah selepas solat Isyak oleh Dr. Muhammad Talhah BIn Jima’ain
Perbincangan aktiviti kumpulan
Aktiviti senaman sebelum Jungle Tracking di Hutan Rekreasi UTM
Acara sketsa pendek bertajuk “Adab di mana?”. Dipersembahkan oleh para peserta kem.
Aktiviti night walk di sekitar kawasan perkhemahan
Majlis penutup KEMUNCAK yang turut dihadiri Timbalan Dekan (Akademik), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, Prof. Madya Dr Azlina Kosnin dan Pengerusi Sekolah Pendidikan UTM, Prof. Dr Fatin Aliah Phang Abdullah

Insh Allah kita akan jumpa lagi dalam siri KEMUNCAK kedua yang bakal dijalankan pada Januari 2023. Terima kasih.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.