Pengalaman Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Melaka

Bukit Batu Putih terletak dalam kawasan Taman Eko-Rimba, Tanjung Tuan, Melaka. Kebetulan masa ni aku menghadiri Seminar Graduate Employability (GE) selama 3 hari 2 malam (12/10 – 14/10/2022) di Avillion, Port Dickson. Dah namanya kaki hiking, maka aku cari “best hiking trails in Port Dickson (PD)”.. dan terus terkeluar nama “Bukit Batu Putih”.

Ada 2 jalan untuk sampai ke puncak Bukit Batu putih. Pertama, dari arah pintu pagar Taman Eko-Rimba dan kedua, arah pantai.

Jalan Pertama: Masuk ikut pintu pagar Taman Eko-Rimba. Kemudian akan melalui jalan berturap sedikit mendaki. Masa perjalanan sekitar 15 minit rasa… Yang penting bagi orang macam aku yang kerap naik Gunung Lambak, Kluang, Johor insha Allah tak penat lah.. Peluh skit2 jer…

Pintu pagar Taman Eko-Rimba
Pintu Pagar Taman Eko-Rimba
Jalan mendaki
sedih tengok sampah?
Maklumat yang menarik untuk dibaca….
Rehat sekejap…
Tersergam indah, Rumah Api Tanjung Tuan.. Kisah sejarah rumah api ini akan saya ceritakan pada blog yang akan datang.
Ok tangga ini dekat saja dengan Rumah Api tu… Dan tangga ini lah yang kita perlu gunakan untuk sampai ke Puncak Bukit Batu Putih
Laluan ke Puncak Bukit Batu Putih
Lepas jalan lebih kurang 15 minit dari tangga tu… dah nampak bukit berbabtu yang perlu di daki.
Ok… ini lah yang susah skit… memang betul tinggi dan curam… Tapi ada tali besar… so, jangan risau. Semua boleh panjat
Ok dah sampai… Cantik….

Jalan Kedua : Melalui jalan pantai… Jalan ni berada di bahagian tepi belakang Rumah Api Tanjung Tuan. Agak jauh berbanding jalan pertama (pintu pagar). tapi tak lah jauh sangat. Beza dalam 10 minit mungkin. Ok skrg aku tunjukkan trail ke pantai (boleh naik dan turun di sini)

OK ini aku tgh rehat sebelum nak cuba lalu jalan pantai pula…
Ikut laluan ini utk pergi ke pantai….
11 minit dah sampai pantai… sekejap jer kan…
Rehat jap… ambil angin….
Dah lama rehat… so, nak balik… daki balik semula… tangga tu… nak pergi ke rumah api semula…
Masa daki ni… baru lah mengah… tercungap gak lah… ?
hampir 12 minit untuk smapai semula rumah api
rehat sebentar… tapi perasan tak ade makhluk Allah kecil comel atas tu… ?.. Tak perasan ya? Tgk gambar bawah ni pula…
taraaaa…. terus tak jadi nak rehat lama2… hahahahha
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.