Service Learning – RoBoThink (RBT) Day

Tarikh: 19 Mei 2022
Tempat: SMK Kangkar Pulai, Johor Bahru

RoBoThink (RBT) Day merupakan sebuah program yang berbentuk aktiviti berkaitan dengan subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3. Para pelajar juga didedahkan dengan beberapa set demonstrasi kegunaan pneumatik dalam industri. Selain itu, program ini dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran bagi subjek RBT dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Tujuan Program

  1. Menguji kefahaman pelajar mengenai subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
  2. Menarik minat pelajar dengan aktiviti yang interaktif.
  3. Memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan setiap pelajar.

Matlamat Program

Melalui program ini, diharapkan pelajar tingkatan 3 UKM dari SMK Kangkar Pulai, Johor Bharu memperoleh ilmu pengetahuan tambahan mengenai subjek RBT serta pendedahan kepada aplikasi sistem pneumatik dalam industri. Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar supaya lebih meminati subjek RBT dan melihat subjek tersebut sebagai satu subjek yang mampu membantu mereka dalam pekerjaan kelak.

Program ini mempunyai empat stesyen yang perlu para peserta lalui. Maklumat berkenaan stesyen tersebut ialah seperti berikut:

Stesen 1: Sketching

Stesen 1 iaitu Sketching atau lakaran merupakan stesen pertama yang perlu ditunjukkan kepada pelajar. Masa yang diperuntukkan untuk stesen lakaran ini adalah 40 minit dan melibatkan semua pelajar. Aktivi dimulakan dengan demonstrasi lakaran 2 dimensi (2D) oleh saudari Ruzanna dan Rosnah. Pelajar diminta untuk memilih 3 benda yang terdapat dalam bilik seminar kemudian membuat lakaran 2D dalam kertas A4 yang telah disediakan. Lakaran 2D adalah penting sebagai permulaan sebelum melakukan lakaran 3 dimensi (3D).

Setelah selesai membuat lakaran 2D, pelajar didedahkan pula dengan beberapa contoh lakaran 3D seperti lakaran bangunan, kenderaan dan bahagian teknikal seperti enjin, motor dan gear. Kemudian, para pelajar diminta untuk membuat lakaran 3D seperti makanan, pakaian dan kenderaan.

Stesen 2: Modelling

Aktiviti modelling atau membuat model dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi yang pertama adalah pengenalan dan kepentingan menghasilkan model dalam setiap projek yang akan dilakukan. Dalam sesi yang pertama, pelajar didedahkan dengan beberapa aplikasi atau perisian yang digunakan untuk menghasilkan model secara maya sebelum menghasilkan model olokan. Pengetahuan ini dapat membantu pelajar untuk menyiapkan projek mereka dengan lebih teratur.

Sesi kedua pula adalah pembangunan model olokan menggunakan kertas. Pelajar diminta untuk menghasilkan model yang mudah dan cepat memandangkan peruntukan masa hanya 10 minit sahaja bagi sesi tersebut. Demontrasi ditunjukkan oleh saudari Sivarajini dan saudara Hayyun bagi membantu pelajar menghasilkan model olokan dengan baik. Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif bagaimana untuk mengashilkan model olokan menggunakan bahan yang mudah didapati seperti bahan kitar semula dan bahan yang mudah dibentuk seperti kertas.

Stesen 3: Video 3D Printing

Stesen 3 merupakan sebuah stesen yang memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai percetakan 3 dimensi menggunakan peralatan dan mesin. Masa yang diperuntukkan bagi stesen 3 ialah selama 40 minit. Beberapa siri video dimainkan sambil diterangkan oleh saudari Shahirah dan Alia tentang peralatan dan mesin yang digunakan untuk mencetak model 3D. Pencetak 3D dapat membantu pelajar melengkapkan reka bentuk projek mereka dengan kos terendah dan dalam masa yang pendek.

Stesen 4: Robot Figure

Stesen 4 iaitu Robot Figure atau Figura Robot merupakan sebuah stesen yang menggunakan kit pergerakan robot sebagai model kecil yang terdapat di industri. Kit pergerakan robot tersebut menggunakan sistem pneumatik atau angin dan kawalan PLC untuk menggerakkan robot tersebut. Saudara Aiman dan saudari Syafiqah melakukan penerangan dan demonstrasi kepada pelajar bagaimana kit pergerakan robot itu berfungsi. Dalam masa 40 minit, pelajar didedahkan dengan 2 set pergerakan robot yang digunakan dalam industri seperti industri pembuatan kereta dan industri pembuatan makanan. Pelajar juga diberi peluang untuk menghidupkan kit robot tersebut. Pengetahuan dan pendedahan mengenai kegunaan sistem robot serta pneumatik dalam industri dapat membantu pelajar lebih memahami konsep sebenar kegunaan robot dalam industri seterusnya dapat menarik minat pelajar terhadap kejuruteraan.

Sesi perbincangan dan pembentangan kertas kerta kepada Pengetua SMK Kangkar Pulai, Johor Bahru, Tuan Haji Mohd Bakri Bin Mat Diah
Sesi penerangan dan pembelajaran untuk menggunakan kit pneumatik
Taklimat bersama murid SMK Kangkar Pulai
Penerangan Kit Pneumatik kepada murid-murid sekolah
Pembentangan oleh para peserta
Gambar kenangan bersama peserta program dan fasilitator
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.