📢 Pengumuman! Ceramah Bersempena Hari Guru 2023 🎉 🗓️Tarikh: 04 Jun 2023 (Ahad) ⏰Masa: 11:00 pagi hingga 12:30 tengah hari 📌Tajuk: Guru Novis: Mendepani Cabaran Menggapai Kecemerlangan 🧑🏫Penceramah: En. Zarul Amir Bin Adnan, SK Seri Kencana, Simpang Renggam 👥Peserta: Pelajar Kursus Profesionalisme Keguruan (SHPP1022) 💻Webex: https://utm.webex.com/meet/roslizam
Apakah tips untuk berjaya dalam temuduga guru? Apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam temuduga? Setelah berjaya mendapat tempat di sekolah, bagaimanakah guru novis itu menangani pelbagai cabaran dengan penuh keyakinan dan seterusnya menjulang kecemerlangan? Ingin mengetahui suka duka menjadi guru novis? Bersama-sama, kita akan menerokai jawapannya!
💯 Mata Merit akan diberikan kepada pelajar yang hadir
Jangan lepaskan peluang keemasan ini… Jumpa anda nanti🥰
Poster ceramah
Posted inUncategorized|Comments Off on Guru Novis: Mendepani Cabaran Menggapai Kecemerlangan
Dear Prof. Dr./ Assoc. Prof. Dr./ Dr./ Mr./ Mrs./ Ms.,
Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik, Johor (PPSMJ) and School of Education, Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSH) are pleased to invite you to participate in the International Innovation Competition in Education (IICE 2023) themed “STEAM Education for an Innovative Society.” This year, IICE 2023 will be held virtually on 26 September 2023.
This competition seeks to provide opportunities for educators and students to showcase their innovations in teaching and learning and to receive access to the most recent developments across all levels of learning. This competition also aims to inspire researchers to keep innovating and modernizing the educational experience for both adults and young students alike. Your participation in showcasing your current innovation in teaching and learning is highly anticipated.
Fees for IICE Exhibition and Competition
RM 150 – Early bird (10 June until 31 July 2023)
RM 180 – Normal fees (1 August until 10 September 2023)
IICE Awards and Prizes
🎖️Top Innovation awards
🎖️Best Presenter awards
🎖️Gold, Bronze, Silver & Consolation awards
Important Dates to Remember
⏰Extended Abstract Submission Deadline: 10 September 2023
⏰ Payment & Registration Deadline: 10 September 2023
All extended abstracts will be published in IICE2023 proceeding with ISBN.
?️Date: 13 December 2022 ⏰Time: 2:00 p.m. – 4:30 p.m. ?Venue: Seminar Room, School of Education (SoE), C15 ?♂️?? Participants: All final year SoE students
program posterSharing session from Stellar Education Staffs Sharing session with Stellar TeachersInterview sessionInterview sessionFood is given at the end of the program
Posted inUncategorized|Comments Off on Be open to embrace the future – Interview session (Career opportunities with Stellar Education Group and Foon Yew Secondary School) – Graduate Employability (GE) Cluster
Tarikh: 30 Mei – 23 Jun 2022 Tempat: SK Pendidikan Khas, Johor Bahru (SKPKJB)
Ringkasan Projek
“C.A.R.E: Capable and Reliable Entrepreneur” ini merupakan program penanaman sawi bagi pelajar pendidikan khas di SekolahKebangsaan Pendidikan Khas Johor. Dengan program ini, pelajar dapat mempelajari cara penanaman sawi yang mana dapat melihatbenih yang telah di tanam itu tumbuh ke alam dewasa dan akhirnya dapat merasai hasil tanaman tersebut adalah salah satu carayang paling mudah dan paling positif untuk menjadikan diri pelajar lebih berdikari dan bertanggungjawab secara peribadi. Justeru itu,penanaman sawi ini memberi manfaat atau faedah kepada proses-proses semulajadi dan persekitaran.
Objektif
Pelajar pendidikan khas dapat menonjolkan bakat dalam bidang berkaitan kemahiran penanaman.
Pelajar pendidikan khas mendapat pendekatan yang lebih menjurus kepada kemahiran hidup supaya mereka lebihberdikari untuk meneruskan kehidupan.
Pelajar pendidikan khas diberi pendedahan berkaitan dengan keusahawanan.
Lawatan kali pertama ke sekolah untuk meninjau kawasan yang sesuai untuk projek penanaman sawiLawatan ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor BahruMajlis perasmian program oleh Tuan Guru BesarTapak semaian biji sawiMurid mencampurkan tanah semaian dengan baja yang bersesuaianMurid memantau perkembangan sawi yang mereka tanamKeceraiaan di wajah anak-anak dalam mempelajari teknik penanaman sawi yang betulMajlis penutup dan jualan sawiSihat dan segar sawi yang ditanamAktiviti menjual hasil tanaman kepada para guru dan warga sekolahGuru dan kakitangan sekolah menyokong usaha murni murid dengan membeli hasil tanaman sawiCenderahati daripada pihak sekolah kepada UTM
Posted inUncategorized|Comments Off on C.A.R.E : CAPABLE AND RELIABLE ENTREPRENEUR
Date: 12 June 2022 Venue: Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru, Malaysia
Project Executive Summary
Final year students at vocational colleges will carry out year projects the end of the year to complete their studies. That’s why our group runs a crash course design course thinking to help final year students to plan and develop ideas for their final year projects. This is because it can help students associate final year projects with courses the one they’re taking. Besides, this course also helps the students to describe the project construction process from beginning to end. Finally, this course is an additional information and thinking skills to students because the design thinking course is not in the syllabus vocational college.
Objectives
1. Increase students’ thinking power to develop innovation ideas in develop their Final Year Project (FYP) in the next semester. 2. Guide students to implement the Final Year Project with the logic of the beginning to the end of the project implementation. 3. Improve students’ knowledge in solving problems on a regular basis innovative by using design thinking models.
Posted inUncategorized|Comments Off on Service Learning – Crash Course: Design Thinking
Tarikh: 19 Mei 2022 Tempat: SMK Kangkar Pulai, Johor Bahru
RoBoThink (RBT) Day merupakan sebuah program yang berbentuk aktiviti berkaitan dengan subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3. Para pelajar juga didedahkan dengan beberapa set demonstrasi kegunaan pneumatik dalam industri. Selain itu, program ini dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran bagi subjek RBT dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Tujuan Program
Menguji kefahaman pelajar mengenai subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Menarik minat pelajar dengan aktiviti yang interaktif.
Memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan setiap pelajar.
Matlamat Program
Melalui program ini, diharapkan pelajar tingkatan 3 UKM dari SMK Kangkar Pulai, Johor Bharu memperoleh ilmu pengetahuan tambahan mengenai subjek RBT serta pendedahan kepada aplikasi sistem pneumatik dalam industri. Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar supaya lebih meminati subjek RBT dan melihat subjek tersebut sebagai satu subjek yang mampu membantu mereka dalam pekerjaan kelak.
Program ini mempunyai empat stesyen yang perlu para peserta lalui. Maklumat berkenaan stesyen tersebut ialah seperti berikut:
Stesen 1: Sketching
Stesen 1 iaitu Sketching atau lakaran merupakan stesen pertama yang perlu ditunjukkan kepada pelajar. Masa yang diperuntukkan untuk stesen lakaran ini adalah 40 minit dan melibatkan semua pelajar. Aktivi dimulakan dengan demonstrasi lakaran 2 dimensi (2D) oleh saudari Ruzanna dan Rosnah. Pelajar diminta untuk memilih 3 benda yang terdapat dalam bilik seminar kemudian membuat lakaran 2D dalam kertas A4 yang telah disediakan. Lakaran 2D adalah penting sebagai permulaan sebelum melakukan lakaran 3 dimensi (3D).
Setelah selesai membuat lakaran 2D, pelajar didedahkan pula dengan beberapa contoh lakaran 3D seperti lakaran bangunan, kenderaan dan bahagian teknikal seperti enjin, motor dan gear. Kemudian, para pelajar diminta untuk membuat lakaran 3D seperti makanan, pakaian dan kenderaan.
Stesen 2: Modelling
Aktiviti modelling atau membuat model dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi yang pertama adalah pengenalan dan kepentingan menghasilkan model dalam setiap projek yang akan dilakukan. Dalam sesi yang pertama, pelajar didedahkan dengan beberapa aplikasi atau perisian yang digunakan untuk menghasilkan model secara maya sebelum menghasilkan model olokan. Pengetahuan ini dapat membantu pelajar untuk menyiapkan projek mereka dengan lebih teratur.
Sesi kedua pula adalah pembangunan model olokan menggunakan kertas. Pelajar diminta untuk menghasilkan model yang mudah dan cepat memandangkan peruntukan masa hanya 10 minit sahaja bagi sesi tersebut. Demontrasi ditunjukkan oleh saudari Sivarajini dan saudara Hayyun bagi membantu pelajar menghasilkan model olokan dengan baik. Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif bagaimana untuk mengashilkan model olokan menggunakan bahan yang mudah didapati seperti bahan kitar semula dan bahan yang mudah dibentuk seperti kertas.
Stesen 3: Video 3D Printing
Stesen 3 merupakan sebuah stesen yang memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai percetakan 3 dimensi menggunakan peralatan dan mesin. Masa yang diperuntukkan bagi stesen 3 ialah selama 40 minit. Beberapa siri video dimainkan sambil diterangkan oleh saudari Shahirah dan Alia tentang peralatan dan mesin yang digunakan untuk mencetak model 3D. Pencetak 3D dapat membantu pelajar melengkapkan reka bentuk projek mereka dengan kos terendah dan dalam masa yang pendek.
Stesen 4: Robot Figure
Stesen 4 iaitu Robot Figure atau Figura Robot merupakan sebuah stesen yang menggunakan kit pergerakan robot sebagai model kecil yang terdapat di industri. Kit pergerakan robot tersebut menggunakan sistem pneumatik atau angin dan kawalan PLC untuk menggerakkan robot tersebut. Saudara Aiman dan saudari Syafiqah melakukan penerangan dan demonstrasi kepada pelajar bagaimana kit pergerakan robot itu berfungsi. Dalam masa 40 minit, pelajar didedahkan dengan 2 set pergerakan robot yang digunakan dalam industri seperti industri pembuatan kereta dan industri pembuatan makanan. Pelajar juga diberi peluang untuk menghidupkan kit robot tersebut. Pengetahuan dan pendedahan mengenai kegunaan sistem robot serta pneumatik dalam industri dapat membantu pelajar lebih memahami konsep sebenar kegunaan robot dalam industri seterusnya dapat menarik minat pelajar terhadap kejuruteraan.
Sesi perbincangan dan pembentangan kertas kerta kepada Pengetua SMK Kangkar Pulai, Johor Bahru, Tuan Haji Mohd Bakri Bin Mat DiahSesi penerangan dan pembelajaran untuk menggunakan kit pneumatikTaklimat bersama murid SMK Kangkar PulaiPenerangan Kit Pneumatik kepada murid-murid sekolahPembentangan oleh para pesertaGambar kenangan bersama peserta program dan fasilitator
Posted inUncategorized|Comments Off on Service Learning – RoBoThink (RBT) Day
Tarikh: 15 Jun 2022 Tempat: SMK Taman Universiti, Johor Bahru
Objektif: 1) Membangkitkan kreativiti dalam aspek pembelajaran. 2) Meningkatkan semangat inovasi dalam kalangan pelajar. 3) Membina kemahiran berfikiran logik, menyelesaikan masalah secara kreatif, mengambil risiko secara bijak dan juga berkomunikasi. 4) Merangsang minda untuk lebih berjaya dan bermotivasi.
Video kenangan Program Gerbang Inovasi – https://www.youtube.com/watch?v=GcsyTCYsuo8
Video kenangan Program Gerbang InovasiAktiviti Imaginary Town yang dilakukan oleh pelajar mengikut kumpulanBimbingan yang diberikan oleh pelajar UTM kepada pelajar Tingkatan 1 SMKTU, JBImaginary Town
Posted inUncategorized|Comments Off on Service Learning – Program Gerbang Inovasi
Pada tahun ini, saya bersama Prof. Madya Dr Zainudin Hassan, Dr. Rustam Bin Mohd Rameli dan Cikgu Jayanthi a/p Marimuthu telah berjaya memperoleh pingat gangsa dalam pertandingan International Research & Innovation Carnival (i-RICH) 2022 yang berlangsung pada 26 hingga 29 September 2022.
Inovasi yang kami hasilkan ialah Service-Learning Reflection Form (SLReF). SLReF merupakan borang dalam bentuk google form yang boleh digunakan bagi memudahkan para pelajar menulis refleksi terhadap service learning yang telah dilaksanakan di sekolah atau institusi pendidikan.
SLReF tersebut ialah seperti berikut: https://forms.gle/BzCigfXaZGFYnBdcA
Sijil Anugerah
Posted inUncategorized|Comments Off on International Research & Innovation Carnival (i-RICH) 2022
KEMUNCAK ialah satu program yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UTM JB, khusus untuk pelajar semester 1 FSSK. Program ini terdiri daripada beberapa siri dengan dikelompokkan pelajar mengikut kepada beberapa kumpulan yang sederhana kecil. Ia bagi memastikan impak maksimum yang dapat dihasilkan daripada penagujran kem ini kepada semua pelajar semester 1.
Kem ini dilaksanakan bagi mendedahkan kepada pelajar baharu tentang kehidupan sebagai pelajar sarjana muda. Selain itu, kem ini juga dapat memupuk semangat persahabatan antara pelajar-pelajar FSSK . Ada antara pelajar-pelajar ini yang kurang mengenali antara satu sama lain. Maka dengan adanya program ini, maka diharapkan para pelajar dapat mengenali antara satu sama lain. Mengeratkan hubungan dan saling bantu-membantu sepanjang pengajian di UTM ini.
Kem ini juga penting bagi menyuburkan akhlak para pelajar dan seterusnya meningkatkan jati diri pelajar. Mereka akan lebih rasa tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti diri, tahu akan peranan sebagai seorang pelajar, ingat akan tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa mereka dan sentiasa meletakkan pembelajaran sebagai keutamaan sepanjang bergelar pelajar.
Maklumat berkenaan program ini adalah seperti berikut: Tempat: Hutan Rekreasi UTM JB Tarikh: 25 – 26 November 2022
Bersama pelajar-pelajar Pendidikan (Bahasa Inggeris). dari kiri Izzah, aku, khalif dan izzati aidaTerpancar keceriaan di wajah para pelajar. Aktivi riadah dalam hutan. teknik menghidupkan api tanpa menggunakan mancis atau seumpama dengannya.Pengarah Kemuncak, Dr Fahmi Adnan dengan resepi ayam “kenny rogers” nya… ?Tazkirah selepas solat Isyak oleh Dr. Muhammad Talhah BIn Jima’ainPerbincangan aktiviti kumpulanAktiviti senaman sebelum Jungle Tracking di Hutan Rekreasi UTMAcara sketsa pendek bertajuk “Adab di mana?”. Dipersembahkan oleh para peserta kem. Aktiviti night walk di sekitar kawasan perkhemahanMajlis penutup KEMUNCAK yang turut dihadiri Timbalan Dekan (Akademik), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, Prof. Madya Dr Azlina Kosnin dan Pengerusi Sekolah Pendidikan UTM, Prof. Dr Fatin Aliah Phang Abdullah
Insh Allah kita akan jumpa lagi dalam siri KEMUNCAK kedua yang bakal dijalankan pada Januari 2023. Terima kasih.
Posted inUncategorized|Comments Off on Kem Mahasiswa Unggul Cemerlang Akhlak (KEMUNCAK) Siri 1 Tahun 2022
Bukit Batu Putih terletak dalam kawasan Taman Eko-Rimba, Tanjung Tuan, Melaka. Kebetulan masa ni aku menghadiri Seminar Graduate Employability (GE) selama 3 hari 2 malam (12/10 – 14/10/2022) di Avillion, Port Dickson. Dah namanya kaki hiking, maka aku cari “best hiking trails in Port Dickson (PD)”.. dan terus terkeluar nama “Bukit Batu Putih”.
Ada 2 jalan untuk sampai ke puncak Bukit Batu putih. Pertama, dari arah pintu pagar Taman Eko-Rimba dan kedua, arah pantai.
Jalan Pertama: Masuk ikut pintu pagar Taman Eko-Rimba. Kemudian akan melalui jalan berturap sedikit mendaki. Masa perjalanan sekitar 15 minit rasa… Yang penting bagi orang macam aku yang kerap naik Gunung Lambak, Kluang, Johor insha Allah tak penat lah.. Peluh skit2 jer…
Pintu pagar Taman Eko-RimbaPintu Pagar Taman Eko-RimbaJalan mendakisedih tengok sampah?Maklumat yang menarik untuk dibaca….Rehat sekejap… Tersergam indah, Rumah Api Tanjung Tuan.. Kisah sejarah rumah api ini akan saya ceritakan pada blog yang akan datang.Ok tangga ini dekat saja dengan Rumah Api tu… Dan tangga ini lah yang kita perlu gunakan untuk sampai ke Puncak Bukit Batu PutihLaluan ke Puncak Bukit Batu PutihLepas jalan lebih kurang 15 minit dari tangga tu… dah nampak bukit berbabtu yang perlu di daki. Ok… ini lah yang susah skit… memang betul tinggi dan curam… Tapi ada tali besar… so, jangan risau. Semua boleh panjatOk dah sampai… Cantik….
Jalan Kedua : Melalui jalan pantai… Jalan ni berada di bahagian tepi belakang Rumah Api Tanjung Tuan. Agak jauh berbanding jalan pertama (pintu pagar). tapi tak lah jauh sangat. Beza dalam 10 minit mungkin. Ok skrg aku tunjukkan trail ke pantai (boleh naik dan turun di sini)
OK ini aku tgh rehat sebelum nak cuba lalu jalan pantai pula…Ikut laluan ini utk pergi ke pantai….11 minit dah sampai pantai… sekejap jer kan…Rehat jap… ambil angin….Dah lama rehat… so, nak balik… daki balik semula… tangga tu… nak pergi ke rumah api semula… Masa daki ni… baru lah mengah… tercungap gak lah… ?hampir 12 minit untuk smapai semula rumah apirehat sebentar… tapi perasan tak ade makhluk Allah kecil comel atas tu… ?.. Tak perasan ya? Tgk gambar bawah ni pula…taraaaa…. terus tak jadi nak rehat lama2… hahahahha
Posted inUncategorized|Comments Off on Pengalaman Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Melaka