Dekan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Prof. Ir. Dr. Sha’ri Mohd. Yusof berkata, persidangan kali kelapan itu adalah aktiviti tahunan hasil kerjasama antara Fakulti Teknologi dan Informatik Razak dan Pentadbiran Perniagaan Siswazah Universiti Meiji.

“Justeru, persidangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada siswa pasca ijazah membentangkan kajian dalam bidang penyelidikan masing-masing yang dijalankan sama ada di Malaysia atau Jepun berteraskan Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan dan Pentadbiran Perniagaan,” ujarnya.

Turut hadir Penasihat ICEBM 2019, Prof. Dr. Koichi Okada dan Pengerusi ICEBM 2019, Ir. Dr. Shamsul Sarip.