Adopt a Kampung 2018

12 Mac 2018 – Pembelian permainan untuk Fun Learning Toy Library

14 – 15 Mac 2018 – Lawatan tapak dan pembinaan FLTL di Kulai dan Sek Keb LKTP Ayer Hitam Johor.

Program bagi tahun 2018, Adopt a Kampung UTM Razak School bergerak dengan objektif utama untuk membantu membina Fun Learning Toy Library berkonsepkan STEM.

Program pada bulan Mac mendapat kata sepakat dengan tugasan pertama iaitu membeli peralatan permainan berkonsepkan STEM untuk Fun Learning Toy Library di sebuah kedai mainan di pusat bandar Kuala Lumpur.  Pada hari Isnin 12 Mac 2018 bersama beberapa ahli kumpulan Adopt a Kampung iaitu Dr Hamizah, Dr Husna, Dr Yasser, Dr Shamsul, Dr Azlan, Pn Nina, Pn Linda dan En Helmi telah melaksanakan tugas dari pagi hingga petang.

Program Adopt a Kampung ini melibatkan beberapa pihak seperti Women Engineer, NGO dan Nilai University yang diketuai oleh Ms Mah. Beliau turut membantu dalam urusan logistik dan membawa sebahagian barang permainan ke Kulai.

Tanggal 14 Mac 2018, Kumpulan Adopt a Kampung memulakan misi menghantar permainan berkonsepkan STEM ke sekolah tadika yang terletak di Kulai Johor. Perjalanan bermula  tepat jam 8.30 pagi di ketuai oleh Dr Habibah serta beberapa ahli kumpulan Adopt a Kampung iaitu Dr Hamizah, Dr Shamsul, Dr Azlan, Dr Zaki, Puan Linda, Pn Nina dan En Benn.

Pertengahan perjalanan, kami mengambil keputusan untuk rehat sebentar di RnR Seremban. Rombongan Adopt a Kampung telah terserempak dengan Prof Dato’  Ir Dr Zainai Mohamed bersama En Azmi dalam perjalanan beliau ke UTHM. Kami telah bergambar bersama sebelum bertolak semula ke Kulai.

 

Makan tengah hari kami ditaja oleh Adopt a Kampung bertempat di Restoran Asam Pedas Madu Tiga Kulai, suasana yang sangat ceria dan senang bersama kumpulan CSR ini.

 

Sampai di Tadika Kulai pada jam 2.00 petang kami mengagihkan peralatan mainan dengan sambutan yang amat mesra dari tuan rumah. Tugas disempurnakan bersama guru-guru sehingga selesai program pada jam 5.00 ptg. Kami bergerak ke Kluang untuk bermalam dan menikmati makan malam bersama ahli kumpulan Adopt a Kampung.

 

Keesokan hari pada 15 Mac 2018 seperti biasa sarapan ditaja oleh Adopt a Kampung. Restoran Kluang Kopitiam menjadi pilihan ramai memandangkan kami bermalam di Kluang. Selepas sarapan kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Sekolah Kebangsaan LKTP Ayer Hitam yang terletak 20 minit dari Kluang.

Setiba kami di sekolah ini, kumpulan kedua diketuai oleh Dato’ Zainai sampai bersama Dr Roslina dan Dr Hayati. Kami berbincang bersama guru besar Sekolah En Talib Jemu dan guru-guru pra-sekolah sambil membuat lawatan di dua buah pra-sekolah bagi tujuan mengumpulan data. Tugas kami selesai pada jam 2.00 petang dan bersurai.

Guru besar SK LKTP Ayer Hitam  En Talib Jemu

 En Talib Jemu memberi ucapan

Prof. Emeritus Dato’ Ir.Dr Zainal Mohamed memberi ucapan dan penegenalan program

 

 

 

 

 

Selesai semua tugas, kami menuju ke UTHM atas jemputan Dato Zainai dan PM Dr. Lokman. Kami diberi layanan yang amat baik dari pihak Pendaftar UTHM dan P3PP UTHM. Kami tiba semula di UTM sekitar jam 9.00 malam.