Bengkel penambahbaikan manual amali dan pelaksanaan makmal pengajaran program sarjana muda sekolah kejuruteraan kimia dan kejuruteraan tenaga telah dijalankan pada 28 – 29 Ogos 2022 di bilik AFLEX, N01 bagi membincangkan mekanisme untuk menyelaraskan pelaksanaan makmal asas mengikut ketetapan “Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC)”. Bengkel ini melibatkan sebahagian pensyarah makmal pengajaran, ketua-ketual makmal pengajaran, dan penolong jurutera makmal. Pelbagai perkara telah disentuh didalam bengkel ini merangkumi perkongsian pelaksanaan makmal open-ended, penyelarasan taklimat keselamatan kursus amali, dan penyediaan rubrik makmal. Gerak kerja dari bengkel ini akan diteruskan lagi dengan satu task-force penyediaan buku panduan bagi makmal pengajaran masing-masing.