Karnival Tunas Tenis: Projek Pembelajaran Servis di SK Kangkar Pulai 2

Well done!! ????

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para pelajar kokurikulum Tenis (UKQS2202 & UKQF2692) kerana berjaya melaksanakan projek pembelajaran servis “Karnival Tunas Tenis” di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2, Kulai, Johor.

Bertemakan “Everyone can Play Tennis”, program ini mensasarkan penglibatan murid tahun 1 yang menetap agak jauh dari akses kemudahan tenis  untuk mengenali dan mempelajari asas sukan tenis.

Program telah bermula pada jam 11.45 tengahari dan tamat pada jam 5.15 petang. Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan sesi petang, Hjh. Sarimah binti Mohmi.

Terima kasih SK Kangkar Pulai 2 ????

Speak Your Mind

*