Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kokurikulum yang mengambil kursus Tenis (UKQS2202/UKQF2692) atas kejayaan memenangi Emas bagi Program Pembelajaran Servis (kluster Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan) pada Hari Kokurikulum UTM 2019 yang telah berlangsung pada 21 Disember 2019 di Dataran CCSL, UTM.
Kursus Tenis juga dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga (Gangsa) bagi Program Pembelajaran Servis (Keseluruhan).
Program Pembelajaran Servis yang bertemakan “Everyone Can Play Tennis” telah dijalankan di SK Kangkar Pulai 2 pada 12 November 2019. Objektif utama program adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak berusia 7 tahun untuk mempelajari dan menimba pengalaman bermain tenis. Sekolah ini juga dipilih sebagai lokasi program kerana ia berada jauh dari akses untuk kemudahan sukan tenis.
Impak positif susulan pelaksanaan program ini ialah persetujuan dengan pihak sekolah untuk menubuhkan kelab tenis di sekolah tersebut. Justeru, program yang terancang termasuk program pembangunan sukan tenis jangka pendek dan jangka panjang dapat dilaksanakan, termasuk di kawasan yang jauh dari akses kemudahan sukan tenis.
Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar kursus Tenis atas segala usaha, pengorbanan masa dan kerjasama dakam menjayakan Program Pembelajaran Servis dan Hari Kokurikulum UTM 2019. ????
Ikhlas dari saya dan penolong pensyarah (En. Ali Reza Khasim)
Recent Comments