Webinar: Senaman, Kecergasan & Kesihatan (Slot 1: Senaman, Diet & Kesihatan)

Anda boleh saksikan rakaman webinar Slot 1: Senaman, Diet & Kesihatan pada pautan berikut:

Pautan YouTube: https://youtu.be/tIJhPJ7Knto

#senaman #diet #webinar

Ingin tahu tentang pemakanan dan kesihatan?

Saya kongsikan pautan untuk anda mempelajari serba sedikit tentang pemakanan dan perkaitannya dengan kesihatan dan prestasi sukan.

https://padlet.com/psyahrul/eep445vxpufdt46c

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN

Sepuluh jari disusun, mohon kemaafan atas segala silap & dosa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

Stay Safe, Stay at Home, Study and/or Work from Home

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semoga semua berada dalam keadaan yang baik, selamat dan sihat. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 yang lalu, semua aktiviti pembelajaran di setiap peringkat pendidikan ditangguhkan sehingga masalah pandemik COVID-19 selesai.

Pelaksanaan PKP ini ternyata memberi kesan kepada semua pihak. Dalam konteks pendidikan khususnya di universiti, sesi pembelajaran telah mengalami ‘revolusi’ pendekatan yang drastik. Pembelajaran secara atas talian bukan perkara yang baharu tetapi situasi ketika ini memerlukan semua pihak khususnya pensyarah dan pelajar beradaptasi dan lebih bergantung kepada pendekatan pembelajaran secara atas talian.

Pembelajaran secara atas talian sememangnya memberi ‘nafas baharu’ kepada pendekatan penyampaian kuliah. Ia lebih fleksibel dan boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja, selagi terdapat capaian akses internet yang baik. Tanpa capaian akses internet yang baik, sesi pembelajaran secara atas talian akan terbatas dan mungkin tidak dapat dilaksanakan. Tidak dinafikan bahawa terdapat pengisian pengajaran tertentu khususnya yang melibatkan amali secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan menerusi pembelajaran secara atas talian. Keadaan ini memerlukan pensyarah dan pelajar untuk lebih bijak dan kreatif dalam merancang serta melaksanakan aktiviti yang berkaitan.

Semoga masalah COVID-19 ini akan segera selesai dan kita dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan selamat.

Stay safe, stay at home, study and/or work from home.

-Syahrul-

#fsshteachingstar

Recorded Lectures on YouTube

­Visit my YouTube channel to watch some of the recorded lectures.

Search SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI 

#fsshteachingstar

Majlis Persaraan Dr Hafizah Harun

Selamat bersara Dr Hafizah Harun dan Dr Hamimah. Terima kasih atas segala sumbangan selama berkhidmat di UTM.

Kursus Tenis (UKQS2202/UKQF2692) Johan Program Pembelajaran Servis Kluster Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kokurikulum yang mengambil kursus Tenis (UKQS2202/UKQF2692) atas kejayaan memenangi Emas bagi Program Pembelajaran Servis (kluster Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan) pada Hari Kokurikulum UTM 2019 yang telah berlangsung pada 21 Disember 2019 di Dataran CCSL, UTM.

Kursus Tenis juga dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga (Gangsa) bagi Program Pembelajaran Servis (Keseluruhan).

Program Pembelajaran Servis yang bertemakan “Everyone Can Play Tennis” telah dijalankan di SK Kangkar Pulai 2 pada 12 November 2019. Objektif utama program adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak berusia 7 tahun untuk mempelajari dan menimba pengalaman bermain tenis. Sekolah ini juga dipilih sebagai lokasi program kerana ia berada jauh dari akses untuk kemudahan sukan tenis.

Impak positif susulan pelaksanaan program ini ialah persetujuan dengan pihak sekolah untuk menubuhkan kelab tenis di sekolah tersebut. Justeru, program yang terancang termasuk program pembangunan sukan tenis jangka pendek dan jangka panjang dapat dilaksanakan, termasuk di kawasan yang jauh dari akses kemudahan sukan tenis.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar kursus Tenis atas segala usaha, pengorbanan masa dan kerjasama dakam menjayakan Program Pembelajaran Servis dan Hari Kokurikulum UTM 2019. ????

Ikhlas dari saya dan penolong pensyarah (En. Ali Reza Khasim)

Pelajar Sains Sukan dinobatkan sebagai Atlet Harapan UTM

Tahniah buat Badrul Hisyam Abdul Manap dan Noor Azilah Aziz atas kejayaan masing-masing yang menerima Anugerah Atlet Harapan UTM pada majlis UTM Bronco Awards 2019 yang telah berlangsung pada 30 November 2019 di Sport Hall 1, UTM.

Kedua-dua penerima anugerah merupakan pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan). Noor Azilah kini berada di Manila kerana mewakili negara bagi acara bola jaring pada temasya Sukan Sea 2019. Semoga pulang dengan kejayaan ???

e-Poster Projek Sarjana Muda 1 Sains Sukan

1 Disember 2019 – Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) membentangkan cadangan kajian projek sarjana muda (PSM) di Makmal Penyelidikan Kecergasan Sukan, Sekolah Pendidikan, UTM.

Pembentangan secara e-poster dibentangkan kepada pemsyarah Sains Sukan yang lain dan pelajar diberi input / cadangan bagi membantu pelajar bersedia melaksanakan PSM dengan baik dan teratur.

Selamat melaksakan PSM kepada semua pelajar ??

Staf FSSK Memenangi 2 Emas, 2 Perak, 3 Gangsa bagi acara Olahraga Sukan UTM-BAKES 2019

Pencapaian membanggakan dari staf Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dalam acara Olahraga Sukan Staf UTM-BAKES 2019. Tahniah ????

2?2?3?