Profil Pensyarah

PROFILE SEORANG PENSYARAH

Hasil nukilan Dr. Radieah Mohd Nor, USM di akaun Facebook beliau



Lebih kurang 25 tahun yang lalu, masih sekolah rendah. Ayah bawa kami sekeluarga berjalan di Stadthuys, Melaka. Kampung saya di Melaka, tapi ayah bawa jalan-jalan pusing Bandar Hilir. Sampai saya di Stadthuys, kami masuk ke dalam sebuah kedai yang terdapat di situ. Saya tak ingat apa yang ibu saya beli. Tapi nasihat nyonya Cina (taukeh kedai kot) kepada saya, “Kalau mak awak cikgu, awak mesti kena jadi lebih tinggi daripada dia”. Ibu saya hanya tersenyum mendengarnya. Saya pula, senyum jelah macam kerang busuk. Tak sangka ‘macam mana boleh jadi pensyarah?’ Dulu duduk kelas hujung-hujung. Takdir Allah. Rahsia yang kita tak tahu.

Bertugas sebagai seorang pensyarah ni seronok sebenarnya. Bekerja di tempat yang penuh dengan sumber inspirasi tidak sahaja kepada lambakan buku, penyelidikan dan inovasi baru tetapi juga ramai master sifu di dalamnya. Secara umumnya pekerja ini sama macam guru. Walaupun sama tugasnya dengan cikgu, tapi bezanya bagi langit dengan bumi.

Antara tugas pensyarah dan perkara yang sama/tak sama dengan guru:

1. Silibus sesuatu subjek dibentuk/digubal sendiri oleh pensyarah. Ia digubal mengikut peredaran semasa. Maksudnya setiap tahun boleh jadi ada perubahan, boleh jadi juga tiada perubahan kepada subjek tersebut. Biasanya akan ada perubahan. Semuanya berpandukan kepada Outcome Based Education (OBE) yang tertera dalam Borang Penawaran Kursus (BPK). OBE dan BPK ini pensyarah tu juga lah yang memerah otak membentuknya. OBE dan BPK ni macam subjek Matematik Tambahan, macam tu lah susah dia. Tapi pensyarah dipaksa untuk dapat cemerlang. Oklah, dah cemerlang pun. Kalau tak macam mana nak mengajar. Nanti kena audit, jenuh nak menjawab.

2. Mengajar subjek yang ada di luar buku teks.Walaupun ada buku teks/rujukan tetapi tugas pensyarah bukan hanya bergantung kepada buku tersebut. Bukan KBAT. Sebab KBAT tu lagi memeningkan kepala pelajar. Saya pun tak mampu nak mengajar KBAT, syabas kepada cikgu. Tugas pensyarah adalah memudahkan perkara yang rumit. Straight to the point. Semakin cepat pelajar faham, bermakna pensyarah tersebut adalah pensyarah yang bagus. Teori yang rumit tetapi mampu dijelaskan dengan mudah. Pensyarah pun ada Buku Pengajaran juga. Tapi tak lah tercatat dalam buku. Bukunya berpandukan BPK tadi.

3. Soalan peperiksaan digubal sendiri oleh pensyarah yang mengajar subjek tersebut. Ia digubal dan di vetting/diperakui/dibahas oleh sekumpulan pensyarah lain. Segala kesilapan seperti ejaan, tatabahasa, ayat yang tidak jelas akan dibahas pada ketika itu. Selepas disemak beberapa kali barulah ia diperakui dan diluluskan untuk menjadi soalan peperiksaan. Pada ketika ini, vetting tidak sahaja kepada soalan peperiksaan akhir tetapi kepada semua tugasan, kuiz, ujian, tutorial dan lain-lain yang menyumbang kepada pemarkahan pelajar. Setiap perkara yang memiliki markah tersebut perlu memiliki sistem pemberian markah khusus untuk setiap perkara tersebut. Misalnya, penggunaan skima jawapan untuk peperiksaan akhir dan rubric untuk kuiz, esei dan laporan. Rubric tersebut pula perlu disediakan khusus untuk kuiz, esei dan laporan memandangkan setiap satunya memiliki soalan yang berbeza. Kemudian masukkan lah markah dalam sistem. Kalau pelajar banyak dapat A atau gagal, semuanya akan ditanya. Prepare lah jawapan siap-siap. Audit pada peringkat universiti dan kementerian juga dijalankan terhadap semua perkara ini supaya memenuhi kehendak BPK.

4. Penyelidikan. Pensyarah perlu menyelidik bagi melahirkan perkembangan baharu dalam dunia akademik. Tugas pensyarah adalah bagi melengkapkan puzzle/lompang ilmu pengetahuan yang wujud dalam bidang kepakaran masing-masing. Ia juga penting sebagai cadangan untuk menyelesaikan masalah yang wujud. Pensyarah perlu mendapat geran penyelidikan sama ada dari dalam universiti, kerajaan, industri atau luar negara. Makin banyak peruntukan, makin bagus lah KPI pensyarah. Geran luar negara dan industri juga beri markah yang tinggi kepada KPI pensyarah. Geran penyelidikan, pensyarah wajib ada. Kalau tak ‘mati’ sebab ia akan memberi implikasi kepada tugas lain seperti penerbitan dan inovasi. Nanti KPI semua tugas jadi 0.

5. Penerbitan. Hasil penyelidikan biasanya akan diterbitkan. Waktu mula-mula jadi pensyarah dulu, saya kerap juga menulis dalam Berita Harian. Saya masih ingat, pak cik saya bawa balik surat khabar tunjuk pada nenek dan sepupu saya. Ada gambar saya dalam akhbar tu, kecil je. Bawa balik akhbar dari Ipoh ke Melaka. Mungkin bangga dengan anak sedara dia ni. Hakikatnya saya tak pernah cerita kepada sesiapapun tentang perkara tersebut. Tapi pak cik baca rupanya. Itulah secebis kenangan manis yang saya ada.Tapi setelah setahun menulis di akhbar, saya berhenti menulis. Penerbitan di akhbar markahnya terlalu sedikit. Nilainya umpama habuk. Penerbitan artikel di jurnal-jurnal yang bertaraf lima bintang lebih dinilai bahkan mereka yang berjaya menerbitkan dalam jurnal tersebut diberikan anugerah. Memang mereka layak diberikan anugerah sebab tersangat payah untuk menerbitkan dalam jurnal tersebut. Disebabkan itu, saya juga menulis dalam jurnal-jurnal yang diinginkan. Ia juga merupakan KPI yang ditetapkan terhadap setiap pensyarah. Mahu tak mahu tumpuan diberikan sepenuhnya untuk menerbitkan artikel dalam jurnal. Kata orang itu adalah periuk nasi seorang pensyarah termasuk juga bermacam hal lain. Artikel yang nak diterima untuk penerbitan ni bukan mudah. Sangaaaaaat payah. Status rejected daripada editor tu memeritkan tapi itu biasa. Diterima dengan pembaikian juga tidak mudah. Sebab nak buat pembetulan rasanya, macam tulis semula je artikel tu. Lebih teruk kalau terpaksa buat kajian semua. Persaingan menerbitkan artikel jurnal ni senget terutamanya untuk bidang pengajian Islam dan sains kemasyarakatan.Jadi penulis bersama juga boleh timbul isu, sebab pensyarah akan dapat markah tinggi bila jadi penulis pertama. Saya banyak menulis sendiri, jadi isu tersebut jarang timbul. Kalau pelajar yang menulis, dia lah yang jadi penulis pertama bukan saya. Saya hanya tambah dan komen sedikit sahaja, tidak adil untuk saya jadi penulis pertama.

6. Inovasi – Hak cipta, paten, cap dagangan dan seangkatan dengannya. Ia juga terhasil daripada penyelidikan. Pensyarah seboleh mungkin perlu ada perkara-perkara tersebut.

7. Penyeliaan pelajar siswazahSelain jadi sistem mento menti kepada pelajar Sarjana Muda dan Diploma (USM tidak ada Diploma) menyelia pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah juga perlu dilakukan. Membaca, menambah baik, memberi pandangan kepada pelajar dan membetulkan kesilapan semasa menyelia antara tugas selaku penyelia. Kalau mereka bergaduasi, naiklah KPI pensyarah tersebut. Saya biasanya akan kejar pelajar supaya dapat viva cepat. Kalau tak nanti pelajar kena bayar setiap semester. Bukan murah. Tapi ada kalanya saya diamkan sahaja. Penat juga. Membaca tesis bukan macam baca novel. Menanda kertas jawapan pun dah memeningkan kepala, apatah lagi menyemak tesis. Perlu semak betul-betul tak boleh lepas tangan. Nanti kesian pelajar waktu viva. Soalan yang ditanya mungkin tak terfikir oleh pelajar malah oleh pensyarah sendiri selaku penyelia. Tapi untuk pensyarah yang telah biasa dengan viva, dia dah dapat rentak soalan apa yang bakal ditanya dan telah ditekankan semasa kajian dan penulis tesis pelajar supaya viva pelajar lancar tidak banyak masalah.

8. Penganjuran programSeminar, persidangan, bengkel, simposium.. entah bermacam nama lagi, semua tu kena dianjurkan. Paling tidak setahun akan ada tiga program. Kalau pensyarah yang bekerja di pusat tanggungjawab yang kecil, dia lah yang urus daripada A sehingga Z. Susun kerusi, meja, tulis surat, jemputan peserta, hampir kesemuanya dia yang urus.

9. Jana pendapatanPernah sekali, saya anjuran program sorang-sorang sebab pada ketika itu masing-masing (15 orang staf je) sedang sibuk. Program bertindih dengan program yang lain. Promosi, makanan, tempah dewan, tulis surat, kerusi meja pun susun sendiri (angkat susun tu dibantu staf) dan lain semua saya buat. Cuma bab design poster dan edarkannya, saya minta staf tolong. Kalau nak design pun saya boleh buat sebenarnya, tapi penat dah. Malas nak fikir, pujuk jugalah staf minta tolong dengan sedikit honorarium. Program tersebut alhamdulillah selesai juga dengan kehadiran 100 lebih peserta, penuh satu dewan dan saya bawa masuk puluhan ribu ringgit ke dalam universiti untuk program selama dua hari tersebut. Nilai tersebut sikit sahaja sebab ada pensyarah bawa masuk duit berjuta. Tapi itulah tugas pensyarah, bawa masuk duit dalam universiti. Jadi kalau sesiapa mengeluh sebab buat kerja sorang-sorang, terbeban dan lain-lain, rasanya pensyarah lagi boleh banyak mengeluh. Sampai seorang Profesor sewaktu talk dia pernah kata “Pensyarah ni kalau mati mereput dalam bilik dia pun, tak de orang tahu”.

10. Khidmat kepada universiti, komuniti dan industriSandang lah sebanyak jawatan yang boleh. Tapi kena bijak, takut nanti dipergunakan pula. Jawatan tu nanti dalam SKT (sasaran kerja tahunan) semua tu akan dikira. Walaupun markah tak banyak berbanding penerbitan dan penyelidikan tapi perlu ada. Lebih bagus kalau dapat terlibat dengan agensi luar. Yang ni penting terutama sekali bila dah naik pangkat. Kalau tak, markah 0 nanti. Khidmat kepada universiti atau komuniti ni contoh ahli jawatankuasa Pantauan Premis Perniagaan Unversiti. Tugasnya macam majlis perbandaran serbu restoran, tengok kebersihan dan lain-lain. Ahli Jawatankuasa Bebas Denggi Universiti dll jawatan. Markah yang tu sikit je sebab peringkat universiti je. Lain lah kalau jadi ahli penasihat majlis fatwa jabatan agama Islam negeri, dilantik pada peringkat kementerian contohnya jadi penilai geran penyelidikan dan sebagainya.

11. Gaji dan kenaikkan pangkat. Skim gaji pensyarah dia tidak sama macam skim penjawat awam yang lain. Kenaikkan gaji tidak berdasarkan time-based kecuali pensyarah dalam bidang farmasi dan pensyarah doktor perubatan. Tapi beban tugas sama sahaja. Kenaikkan gaji pensyarah lain berdasarkan pencapaian mereka. Sebab itu, segala yang saya ceritakan sebelum ini sangat penting. Bahkan kenaikkan gaji tahunan boleh terhenti sekiranya pencapaian dirasakan tidak memberangsangkan. Pencapaian KPI ini bukan berdasarkan usaha tetapi berdasarkan kuantiti dan kualiti. Berapa banyak artikel jurnal dah terbit? Berapa banyak duit dibawa masuk? Berapa banyak geran penyelidikan? Berapa banyak anugerah? Berapa banyak pelajar telah bergraduasi?Ayah saya pernah tanya tentang profile saya ni. Dia tanya juga macam mana kenaikkan pangkat berlaku. Saya cerita satu persatu. Akhirnya ayah buat kesimpulan “Baik jadi cikgu kalau macam tu. Senang sikit” Opss…. rezeki masing-masing, tak perlu pertikaikan. Ayah saya guru besar dulu. Ibu pula guru penolong kanan hal ehwal murid.Bab berapa banyak yang saya cerita tadi tu, semuanya juga dinilai berdasarkan kualiti untuk setiap perkara. Antarabangsa lebih bagus daripada dalam negara. Jutaan ringgit lebih bagus daripada puluhan ribu ringgit. Penerbitan berangking lebih bagus daripada yang biasa-biasa. Begitulah keadaannya.Sebab itu, kenaikkan pangkat seorang pensyarah tersangatlah payah. Tapi kalau boleh naik pagkat tu, alhamdulillah. Boleh tambah jumlah bayar duit zakat.Tapi menjadi pensyarah di universiti penyelidikan (Research University) tidak sama dengan universiti lain. Rasanya mungkin kurang 20% bebanan mereka, peratus bebanan ni saya teka je.

12. No Clock In/Out.Tahu tak, salah satu sebab utama saya nak jadi pensyarah USM ni sebab boleh masuk office ikut suka hati. Saya dah survey semua universiti waktu tu. Yang boleh datang dan balik bila-bila masa ni USM dan UIA. Hahaha.. yang saya dapat tahu enam tahun lepas lah. Tapi kalau dah kerja berlambak, berani ke nak datang atau balik ikut suka hati? Selain tu, pensyarah di USM tak ada clock in/out, 40 jam seminggu dan lain-lain. Bagi saya tak adil kalau ada clock in/out sebab kerja pensyarah tidak ada batas waktu. Sebab itu, kalau anda perasan ada pensyarah yang hantar e-mel, whassap dan lain-lain di luar waktu pejabat. Sabtu Ahad tu biasa. Bahkan jam 1 atau 3 pagi e-mel dihantar. Datang pejabat Sabtu Ahad pun bukan perkara pelik.Waktu pendamik ni lagi lah. Meeting pun luar waktu pejabat. Nasib baik jarang berlaku. Pendamik ni membuatkan kerja pensyarah berganda daripada biasa. Mengajar Sabtu Ahad pun ada. Jadi tak pelik kalau cuti tahunan banyak berbaki.

13. Cuti – Cuti pensyarah tidak sama macam pelajar atau guru. Cuti pensyarah sama macam penjawat awam yang lain. Waktu mula-mula jadi pensyarah dulu, ibu saya pernah tanya “Kenapa cuti sekejap je?” Tapi sekarang dah faham dah.

14. Pentadbiran – Selain semua tanggungjawab sebelum ini, kerja pentadbiran juga perlu dilaksanakan. Kalau berjawatan seperti dekan, timbalan dekan tu, pengarah, makin banyak lah beban pentadbiran yang dipikul oleh pensyarah tersebut. Rasanya yang tak perlu mengajar naib canselor dan timbalan-timbalan naib canselor je kot. Selain tu, jawatan pentadbiran yang disandang oleh pensyarah di universiti adalah tidak kekal. Jawatan pentadbiran bukan pangkat. Bila dilantik menjawat jawatan sebagai pengarah, timbalan pengarah, dekan, timbalan dekan, hatta naib canselor sekali pun, nanti bila dah tidak dilantik akan kembali kepada tugas hakiki seorang pensyarah sebab jawatan tidak sama dengan pangkat.

15. Selamat Hari Guru – Tidak pernah ada sambutan pun. Kalau ada sambutan tu sangat ganjil. Jadi tak payahlah sambut, saya pun pelik kalau ada sambutan.

16. Strong support – Kalau tak ada strong support daripada universiti, rasanya pensyarah semua dah cabut lari. Boleh lihat semasa pendamik COVID 19 bagi sistem pengajaran terpaksa diubah 100%, BPK diubah sekelip mata. Tiada peperiksaan akhir (ada yang ada), semuanya diubah kepada kerja kursus. Di awal tahun 2020 lagi pensyarah diarahkan untuk gunakan kaedah e-learning. Alhamdulillah, dengan adanya strong support dengan pelbagai bengkel setiap bulan (tak wajib) jadi perubahan tersebut tidak terlalu mengejutkan buat pensyarah. Lagipun pensyarah dah didedahkan sejak daripada awal lantikan menjadi pensyarah untuk gunakan segala tool/software/apps yang ada, bahkan perubahan Revolusi Perindustrian 4.0 ni terlalu cepat dan tak terkejar.

17. Pakaian Casual. Di USM etika pakaian tidak terlalu ketat. Tak perlu pakai tali leher, baju kurung dan sebagainya. Tapi tidak dilarang untuk memakai pakaian rasmi. Jangan pakai menjolok mata dah lah. Biasanya kalau ada acara rasmi, pakaian akan jadi rasmi. Ikut kesesuaian.

18. Oh ya… hampir terlupa – menghadiri persidangan, seminar dan lain-lain. Di sinilah tempat pensyarah timba ilmu sedikit sebanyak, berkongsi idea dan sebagainya. Di sini juga pensyarah dapat luaskan networking dengan pensyarah seluruh dunia dan juga dengan pihak industri. Perlu pergi persidangan, seminar, bengkel dan seangkatan dengannya. Takut nanti jadi pensyarah katak bawah tempurung.Dah lah.. penat dah cerita. Kalau tak cerita mesti ramai tak tahu pensyarah ni profile mereka macam mana kan?Ada lagi kerja yang tertinggal? Ada lagi rasanya dan istilahnya kadang-kadang berubah mengikut universiti.

Panjang tulisan ni, begitulah juga profilenya. Agak-agak anda lah berapa tebal CV atau resume seorang pensyarah? ?Baca panjang sampai sini ke? Haha.. Tahniah. Daripada semua profile tadi (yang atas tadi tu, bercampur aduk saya tulis), saya simpulkan dibawah;

1. Penyelidikan

2. Penerbitan

3. Pengajaran

4. Penyeliaan pelajar pra siswazah dan siswazah

5. Penjanaan kewangan

6. Perkhidmatan kepada universiti, komuniti atau industri

7. Melahirkan inovasi, hak cipta, paten dan sebagainya

Boleh tak ambil satu je profile ni daripada saya, tolonglah buatkan? Boleh? ? Satu pun dah mencabar, apatah lagi kalau tujuh, semuanya atas bahu seorang pensyarah. Apapun profile pensyarah tadi sama sahaja bagi setiap pangkat pensyarah bermula dengan Pensyarah, Pensyarah Kanan, Profesor Madya atau Profesor. Profesor ni pula ada Profesor C kemudian B dan A. Profil yang sama tetapi kuantitinya berganda. Semakin tinggi pangkat semakin berganda SKT perlu dicapai.

Semoga Allah sentiasa berikan rahmat dan hidayah serta keikhlasan dalam mencari rezeki yang halal. Ameen.

https://www.astroawani.com/video-malaysia/consider-universities-part-2-fair-assessment-academics-1891159?fbclid=IwAR17YgkSvNhAOEOsCnP9XDubYs8TAHO8eN8PmaWSRGexpGn2YahsThoZ1Iw

Leave a Reply

Your email address will not be published.