1 hari 1 hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa*
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
_*Dari Abdullah Ibnu Masud RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Lakukanlah haji dan umrah dalam waktu yang berdekatan kerana keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa seperti al kir (bahan yang diguna untuk menghilangkan) kekotoran besi, emas dan perak. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga”*_  (HR Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih
*Pengajaran:*
1.  Ibadah Haji dan umrah yang dilakukan dengan ikhlas akan menjadi penghapus dosa seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan kekotoran pada logam.
2.  Ibadat haji dan umrah dilaksanakan walaupun melibatkan perbelanjaan yang besar namun Rasulullah menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan. Allah akan anugerahkan rezeki dari jalan yang tidak pernah di sangka, kehidupan yang lebih tenteram dan membuatnya makin khusyuk beribadah kepada Allah SWT. 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّة
Dari Abi Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga”(HR Bukhari No: 1650) Status: Hadis Sahih
3.  Haji dan umrah yang dilaksanakan antara keduanya menjadi penghapus dosa (kecuali dosa besar) seperti al-kir (bahan penghilang karat) menghilangkan karat besi.
4.  Mereka yang diterima dan diredhai ibadah hajinya (mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi di sisi Allah melainkan syurga untuknya. 
*Rebut peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.* 
*Moga jemaah haji semua beroleh haji yang mabrur*. 
*Yakinlah apa yang dibelanjakan dari wang ringgit untuk ibadah haji dan umrah akan Allah gantikan dengan yang lebih baik.*
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

  

14hb Ogos  2017

21hb Zulkaedah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Speak Your Mind

*