Lawatan COSHE UniMAP ke CMU UTM

12 Januari 2022 yang lalu Chemical Management Unit (CMU) terima benchmarking visit dari Centre for the Management System of Occupational Safety, Health and Environment (COSHE), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Sebenarnya ini lawatan kali kedua mereka ke CMU, purposely to learn more on how we manage chemicals in UTM – in terms of purchasing process, storage, handling and scheduled wastes management or we can say on how we apply the ‘From cradle to grave‘ concept in UTM. Lawatan kali pertama kami terima pada tahun 2021, yang mana kami terima pelawat dari UniMAP serentak dengan pelawat dari Universiti Malaya (UM).

Memandangkan ini lawatan kedua, saya ada juga bertanya kepada delegasi pelawat, why choose to visit UTM again? Jawapan En. Norazam, Pengarah COSHE UniMAP – kerana survey mereka pada hampir semua IPTA, hanya UTM yang hampir kepada fungsi utama pemusatan berpusat pengurusan bahan kimia universiti yang mungkin mereka boleh belajar dan bawa balik untuk apply di kampus mereka. MasyaAllah, besar hajat tu datang dari Utara ke Selatan.

Pembentangan tentang pengurusan bahan kimia di UTM

Lawatan kali ini lebih berfokus tentang bagaimana boleh UniMAP bangunkan sebuah pusat pengurusan bahan kimia di kampus mereka, apakah cabaran dan apakah yang telah kami di CMU lakukan untuk overcome cabaran yang ada. Kami berbesar hati untuk berkongsi dan berharap pertemuan ini memberikan banyak manfaat kepada pihak UniMAP dalam merealisasikan matlamat mereka.

Di akhir sesi pertemuan, kami saling bertukar cenderahati tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Merasalah pekasam dari utara buah tangan dari sahabat kami ni. Hehe.

Cenderahati dari delegasi COSHE UniMAP kepada CMU UTM
Cenderamata balas dari pihak UTM
CMU UTM & COSHE UniMAP

InsyaAllah, semoga perkongsian ini dapat membantu pihak UniMAP dan semoga ukhwah yang terjalin ini dapat dikekalkan. Manalah tahu kalau ada rezeki kami ke Perlis nanti, kami roger kawan-kawan kat sana ya! 🙂