Pada 9 & 10 Mac yang lalu, saya telah menerima jemputan dari pihak Unbox Resources untuk menjadi pembentang dalam Conference on Innovation & Intervention for QS2HE Continous Improvement. Program selama 2 hari ini dilaksanakan secara hybrid – fizikal dan atas talian dari Pulai Spring Resort, Johor.
Terkejut dan segan juga sebenarnya. Tak sangka dapat jemputan ni… Haha. Peserta bukan calang-calang juga, dari serata Malaysia…
Penganjur minta untuk bentangkan tentang pengurusan bahan kimia di UTM memandangkan UTM mempunyai sistem pengurusan bahan kimia yang agak baik dan berpusat.
Selain dari perlu sediakan slide untuk pembentangan, saya juga diminta untuk menulis sekurang-kurangnya 4 m/s kertas kajian untuk dimuatkan di dalam cetakan OSH Continual Improvement (OSH-CI) Buletin bilangan pertama. Dalam tempoh singkat yang diberi, saya cuba buat yang termampu..
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung :
Saya akui banyak kelemahan dan ruang untuk penambahbaikan bagi pembentangan dan penulisan saya. Walaubagaimanapun, setinggi tinggi penghargaan saya buat Unbox Resources kerana sudi memberikan peluang ini kepada saya. Pengalaman yang sangat bermakna dan menyeronokkan. Iya, seronok bila dapat mendengar dan bercampur dengan orang industri. Maklumlah, kita di IPTA ni lain benar culture nya kalau nak dibanding dengan nature kerja industri! hehe.
Sekian dulu,
Assalamualaikum wbt.