Lama kampus sunyi tanpa kehadiran pelajar dek kerana Covid-19. Saya pun dah selesa benar jalan lengang, tiada hiruk pikuk ramai orang dalam UTM haha.
Akhirnya… selepas 2 tahun. Semua pelajar dah boleh kembali ke kampus untuk menjalani sesi P&P. 14-15 Oktober 2020 – Welcome back dear students!
Kali ni KDSE menerima jumlah pelajar yang agak luar biasa ramainya. Lebih kurang 2300 orang mahasiswa dan mahasiswi kanan. Kalau sebelum ni KDSE ramai didiami oleh student post-graduate, namun kali ini sedikit berbeza kerana kebanyakan mahasiswa kanan yang kembali ke kampus dan mendaftar di KDSE adalah pelajar degree, dan lebih unik lagi, walaupun mereka mahasiswa kanan, kebanyakannya mereka ini adalah pertama kali menjejakkan kaki ke UTM setelah sekian semester menjalani kuliah atas talian.
Patut lah meriah bebenor hari pendaftaran. Ramai betul parents pelajar yang datang menemani anak-anak mereka memulakan alam kampus secara fizikal. Sampai jem pintu KDSE.
Gelagat hari pendaftaran pelajar KDSE. Jom layan gambar.
Begitulah suasana pendaftaran pelajar KDSE Semester 1 2022/2023. Meriah sangat.. Selamat belajar adik-adik. Alam kampus lah paling menyeronokkan tau! Young, wild & free… Gituuuu.