Pada hari Ahad, 3 Jan 2010, aku telah ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) untuk membayar Cukai Pintu. Agak ‘convenient’ kerana jalan tidak sibuk, bayaran tempat letak kereta tidak dikenakan, dan orangpun tidak ramai. Pada hari Ahad, MPJBT membuka kaunter dari 9am hingg 1pm. Sesiapa yang membayar cukai untuk setahun, dihadiahkan sekaki payung!
Pagi tadi, aku ke Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru pula untuk membayar cukai tanah yang mana rumah yang aku bayar cukui pintu itu berada di atasnya. Kalau hendak tengok tanah memang tiada kerana telah dilindungi bangunan! Bayar Cukai Tanah sebanyak RM36, manakala Cukai Pintu sebanyak RM259.
Aku bergerak ke Pejabat Tanah pagi tadi lebih kurang jam 7.20am dan sampai lebih kurang pada pukul 8.09am kerana kesesakan lalulintas di Tampoi. Nombor aku dipanggil sekitar jam 9.05am.
Disamping menunggu giliran, aku membuat pemerhatian di dalam pejabat. Apa yang baiknya ialah semua wargatua diberi nombor yang berlainan dan mereka agak cepat mendapat layanan. Pada mulanya, aku ingat pengawal keselamatan hanya mencari wargatua dari kalangan bangsa Melayu sahaja tetapi tidak, semua wargatua Melayu, Cina, dan India diberi layanan yang sama. Terdapat 2 orang pengawal keselamatan bersenjata yang bertugas memberi nombor kepada pelanggan. Tidak pasti pulak, adakah itu tugas hakiki mereka?
Satu lagi perkara baik yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah ialah mereka membuka kaunter bayaran di pejabat pemaju perumahan terpilih. Yang aku ingat tadi ialah di Pejabat Pemaju Perumahan Taman Setia Tropika, ada 2 lagi tempat yang aku sudah lupa… Kalau tidak silap aku, di pejabat pemaju, Pejabat Tanah membuka kaunter pada hari minggu.
Yang agak kurang baik ialah ialah kaunter yang disediakan adalah agak banyak tetapi yang dibuka operasinya hanya 2 pada awalnya, kemudian ditambah kepada 3. Sepatutnya, mereka membuka kesemua kaunter termasuk juga kaunter pertanyaan. Aku nampak tidak ramai yang bertanya, dan yang bertugas di kaunter pertanyaanpun nampak agak relax. Begitu juga dengan yang bertugas mengoyak nombor dan diberikan kepada pengawal keselamatan untuk diagihkan. Kerjanya boleh diambil alih oleh pengawal keselamatan!
Pejabat Tanah juga menyediakan pembayaran secara internet. Patutlah ‘sms’ aku kepada kawan-kawan menanyakan sesiapa yang ingin mengirim untuk membayar cukai tanah tidak berjawab! Kesemua kawan-kawanku mempunyai ‘internet banking’ dan mereka adalah IT savvy…
Satu lagi yang aku perhatikan ialah, bangsa Cina lebih ramai di Pejabat Tanah berbanding bangsa Melayu dan India, dan mereka membayar cukai lebih dari satu pegangan hakmilik!!! Apa maksudnya? Bumi Johor kepunyaan Cina???