Majlis Perpisahan ALK Lama

Majlis Perpisahan atau ‘Farewell’ kepada mantan ALK Koperasi UTM Berhad. 2 orang bekas ALK adalah Tn. Hj. Dahari Derani dan En. Jaffrey Samsul Bahrin yang tamat tempoh pada tahun ini.

Majlis ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru.

Kami yang masih memegang jawatan ALK mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka berdua kerana sama-sama berkongsi idea dan pengalaman dalam membawa KUTMB ke mercu jaya sehingga mendapat top 100 di peringkat negara.

Semoga semua usaha kita diberkati dan mendapat pahala dari Allah SWT.