Pahala Percuma

Kuliah maghrib diantara waktu maghrib dan isya’ di Masjid Sultan Iskandar (MSI), Bandar Dato Onn (BDO) malam tadi.

Di MSI, boleh dikatakan setiap malam ada Kuliah Maghrib. Begitu juga Kuliah Subuh! Boleh dikatakan setiap hari ada. Cuma kalau ada dikalangan Ustaz yang tidak hadir maka slot tersebut akan digantikan dengan bacaan al-Ma’tsurat.

Jadi kita ni antara hendak dan tidak aje…

Yang penting jangan lupa untuk niat beriktikaf dalam Masjid.

Ada niat ada pahala dan tak ada niat tiada pahala…

Begitulah kehidupan kita, semuanya berasaskan niat. Innamal ‘amaalu binniat!