Kursus Ar-Rahnu

Hari pertama Kursus Ar-Rahnu di Aras 11, Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Bilangan peserta tak ramai, hanya 8 orang. Kita berkursus dari 12 hingga 14 September 2023.

Kami 4 orang mewakili Koperasi UTM Berhad (KUTMB).

Hanya tinggal 2 hari lagi iaitu esok dan lusa.

Pada hari ini diceritakan tentang OSHA atau hal-hal keselamatan berkaitan kerja-kerja di Ar-Rahnu, dari aspek pengendalian ujian untuk melihat ketulenan emas dan sebagainya.

Ia merupakan suatu pengalaman baru bagi kita.

Itulah yang dikatakan bahawa proses pembelajaran berlaku dari buaian hingga ke liang lahad.

Kursus Ar-Rahnu di hari kedua.

Banyak dipelajari tentang bagaimana ia dikatakan patuh syariah dan sebagainya.

Pada saya, Ar-Rahnu ini tersangat baik kerana kita menyediakan alternatif kepada pajak gadai konvensional. Kita menyediakan perkhidmatan yang Islamik kepada masyarakat. Kita tidak mahu masyarakat terjebak dengan dosa tanpa pilihan alternatif yang kita sediakan.

Melalui pengalaman Ar-Rahnu kita di Taman Sri Pulai, ia bukan saja menarik pelanggan Islam tetapi ia juga mendapat pelanggan dari mereka yang belum Islam.

Perkhidmatan Islam lebih mendapat sokongan bagi semua golongan masyarakat. Ini adalah kerana produk Islam tidak bertindak zalim dan menyusahkan manusia sejagat. Kita seboleh-bolehnya ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh adil dan saksama.

Saya juga berdoa semoga usaha kita ini diberkati Allah dan diterima sebagai sebahagian dari amal soleh kita insyaAllah.

Alhamdulillah sampai ke hari terakhir Kursus Ar-Rahnu di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Hari terakhir ni yang seronoknya ialah kerana ‘mind set’ kita sudah berada di rumah.

Apabila kita menghadiri kursus ini baru kita dapat ‘appreciate’ kenapa orang bergadai barang kemas untuk mendapatkan wang?

Ada yang bergadai barang emas kerana anak mereka ingin pergi melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Ada yang bergadai barang emas kerana ketiadaan duit untuk kelansungan hidup. Maka rantai atau gelang digadai dahulu supaya mendapat wang untuk membeli beras, ikan dan sebagainya. Apabila padi sudah masak dan dijual, dapatlah mereka menebus kembali barangan yang digadai.

Kehidupan kita tidak sedaif petani, penoreh dan nelayan maka kita tidak dapat menghayati kesusahan mereka.

Mudah-mudahan usaha kita berselari dengan kerajaan madani sekarang yang ingin menoktahkan kemiskinan tegar (hard-core poor) dapat direalisasikan pada tahun 2023 ini insyaAllah.