Masa begitu cepat berlalu. Tup tap tup tap dah 12 September! Bulan lepas sibuk beramal di bulan Ramadhan (Itupun jika Allah menerima amal kita). Sekarang sibuk beraya pula. Sebulan bulan Syawal beraya di Johor…
Yang bagus beraya sebulan ialah kita dapat menghubungkan sillaturrahim sesama keluarga dan sahabat handai. Yang tak bagusnya ialah kesian dekat badan (perut). Perut terpaksa bekerja extra ‘overtime’ untuk menghadamkan makanan yang dimasukkan.
Dulu perut banyak rehat semasa Ramadhan tetapi sekarang banyak bekerja tak kira masa!
Sekarang lagi sibuk kerana Semester 1 (Sesi 2012/2013) bagi IPTA baru bermula 2 hari lepas.
Tak sempat nak coretkan apa-apa di blog.
Dari 7 hingga 9 September, kita ‘organize’ mukhayyam atau perkhemahan ikhwah Ahli Teras IKRAM. Pada 21 hingga 23 September, kita ‘organize’ mukhayyam atau perkhemahan akhawat Ahli Teras IKRAM pula.
Begitulah kehidupan. Kita sibuk menguruskannya atau sebaliknya kehidupan sibuk menguruskan kita.
Pada saya, baik kita sibuk menguruskannya dari kehidupan menyibukkan kita. Kalau kehidupan menyibukkan kita, kita hilang pedoman dan sentiasa ingin ‘keep up-to-date’ dengan segala kemewahan dan jenama barangan yang selalu bertukar.
Kerana kesibukan juga, saya ‘missed outing fishing’ di Pulau Aur dari 3 hingga 5 September. Nama telah diberi tetapi disebabkan program mukhayyam ikhwah AT belum ‘settle’ maka saya terpaksa menarik diri di saat akhir.
Alhamdulillah, Prof Arshad masih menghargai niat saya untuk turut sama memancing dan beliau telah menghadiahkan beberapa ekor ikan tongkol kepada saya.
Yang akan menyibukkan saya lagi ialah, pada semester ini saya ditawarkan untuk mengajar program ‘SPACE’ setelah puluhan tahun saya dipulaukan dari mengajar. Itupun saya dapat matapelajaran dari Jabatan Geomatik dan bukan dari jabatan saya sendiri, Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.
Apapun, ketidakadilan yang dilakukan terhadap diri saya selama ini, saya berserah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan mereka yang terlibat diberi kemudahan untuk menyatakan asbab dan mempertahankan hujjah mereka di hadapan Rabbul Jalil. Hasbunallahu Wani’malwakil!!!
Pada 25 Oktober nanti, iaitu sehari sebelum Eid-ul-Adha, insyaAllah saya akan menjalani viva untuk pengajian PhD saya. Saya memohon kepada tuan-tuan untuk berdoa kepada saya supaya saya lulus viva nanti dengan jayanya.
Diatas doa tuan-tuan yang tidak saya ketahui itu, saya mengharapkan Allah SWT membalasnya dengan kebaikan yang melimpah ruah, baik di dunia mahupun di akhirat! Amin!!!


