Terima Kasih Semua…

Assalamu’alaikum wrth. wkth. 
Saya mewakili Pengerusi Badan Keluarga FGHT, Pengarah Program Ibadah Qurban, dan AJK BKFGHT yang lain ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam program ibadah qurban yang julung-julung kalinya kita adakan di FGHT. 
Terlampau ramai untuk dicoretkan nama satu per satu, dari jaga lembunya, tukang lapahnya, tukang potong daging dan tulangnya, tukang masaknya, tukang membeli peralatan memasaknya, tukang memotong bawangnya, tukang pembersihannya dan lain-lain lagi… Tidak ketinggalan juga kepada peserta-peserta qurban kerana tanpa mereka kita tidak dapat menumbangkan 2 ekor lembu dan seekor kambing.

Makanan yang dimasak oleh tukang-tukang masak kita memang best! Sehingga menjilat jari…

Semoga objektif program ini untuk merapatkan hubungan sesama staf dan mahasiswa tercapai. Dan yang paling afdal, kita sama-sama mendoakan semoga ibadah qurban kita ini diterima Allah SWT. Masing-masing dari kita mempunyai saham masing-masing di sisi Allah walaupun kita hanya membantu menjayakan program ini.

Saya juga selaku Ketua Biro Kerohanian, BKFGHT ingin memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya dan AJK BKFGHT yang lain sekiranya ada terkasar bahasa dan mengguris hati mana-mana pihak sepanjang program berlangsung pada hari ini.
Kita mendoakan supaya program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan. 
UTM Open Day