Bertanya Kepada JPA Sebelum Menghantar Anak Kembali Ke Mesir

Kita sebagai seorang ayah membuat segala langkah yang perlu demi menjaga kebajikan anak untuk mempastikan bahawa anak sampai ke Mesir dengan selamat.

Tidak ada seorang ayah yang sanggup melepaskan begitu saja anaknya ke medan pertempuran.

Pertanyaan dan pertimbangan demi pertimbangan dibuat.

Antara yang saya buat adalah bertanya dalam facebook seperti berikut;
 Wan Ibrisam Fikry

Nak tanya pandangan semua. Tiket balik ke Mesir anak saya ialah pada 13 Ogos. Selamat ke nak lepas dia kembali ke sana?

Bukan itu saja, saya turut mengutuskan e-mail kepada JPA yang mana menaja pengajian anak saya di Mesir dalam jurusan ‘medicine’. Saya menghantar e-mail pada 9 Ogos tetapi mendapat maklumbalas dari JPA HANYA pada 15 Ogos. Mungkin mereka semua bercuti raya! Berikut adalah e-mail saya;

Ke Mesir

 
Tracking ID: Y2U-Z2S-PADP (Nombor Tiket: 20323)
Status tiket: Selesai [Open ticket]
Created on: 09-08-2013 07:40:26
Updated: 15-08-2013 10:01:09
Balasan terakhir: Nurulhuda binti Abdullah (BMI)
Kategori: Latihan/Penajaan/Pinjaman Pelajaran
Balasan: 2
Keutamaan: Tinggi
 

 
Tarikh: 09-08-2013 07:40:26
Nama: Wan Ibrisam Fikry
E-mel: fikry6910 (at) yahoo (dot) com
Printer friendly version
Saluran Aduan:
Klasifikasi:
Kementerian: Pendidikan
Jenis Perhubungan:

Mesej:
Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera.

Anak saya Wan Khairunnisa bt Wan Ibrisam Fikry adalah pemegang biasiswa JPA. Beliau berada di tahun 5 bagi pengajian Ijazah Perubatan di Cairo University.

Beliau akan ke kembali ke Mesir dengan belanja tiket penerbangan sendiri pada 13 Ogos ini bagi meneruskan pengajiannya.

Persoalan saya ialah adakah ia selamat untuk ke sana? Kedua, jika beliau menangguhkan pemergiannya, adakah kerajaan akan membantu menyediakan tiket penerbangan?

Terima kasih.

WAN IBRISAM FIKRY BIN WAN ISMAIL

Tarikh: 09-08-2013 07:42:09
Nama: Wan Ibrisam Fikry
Printer friendly version

Mesej:
Tolong maklum balas segera kerana masa dah agak suntuk. Terima kasih tuan!

Tarikh: 15-08-2013 10:01:09
Nama: Nurulhuda binti Abdullah (BMI)
Printer friendly version

Mesej:
Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana menghantar emel ke Jabatan ini. Untuk makluman, persoalan sama ada ia selamat untuk ke sana boleh merujuk kepada Wisma Putra. Mengenai persoalan kedua boleh merujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab iaitu Cik Nur Hidaya ‘Aini ditalian 03-8885 3491 atau emel hidaya.noor@jpa.gov.my. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Nurulhuda binti Abdullah
nhuda.abdullah@jpa.gov.my
03 8885 3777

Rated as not helpful
 
Saya telah membuat ‘rating’ jawapan JPA di atas sebagai ‘not helpful’ berdasarkan alasan bahawa jawapan yang diberi oleh JPA telah melebihi atau melampaui masa penerbangan anak saya. Apapun jawapan, setepat mana dan sebaik manapun ia tidak berguna lagi…