Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku, keluargaku dan seluruh umat muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Tunjukkan kami jalan yang benar dan tetapkan pendirian kami di jalanMu. Berikan kekuatan kepada kami untuk beramal dijalanMu dan sentiasa istiqamah dengan amalan kami. Biarpun amalan kami sedikit tetapi ianya dilaksanakan secara berterusan insyaAllah… Amin, ya Rabbal ‘Alamin.
Kita akan merasa teramat sedih apabila sesuatu ‘accusation’ yang dibuat terhadap kita tanpa memanggil kita untuk mengesahkannya. Sedih dan teramat sedih…
Yang lebih menyedihkan ialah apabila bos kita yang ‘so called islamic’ memanjangkan ‘accusation’ yang dibuat oleh si ‘kaki kelentung’ tanpa usul periksa.
Sepatutnya, apabila mendapat berita dari ‘si pembohong’ maka si bos sepatutnya memanggil kita dan mengesahkannya.
“Betul ke si A cakap engkau punya produk nampak macam celaka aje?”, tanya bos. Itu sepatutnya bos buat! Tapi tidak, bos terus ambil kenyataan ‘si pembohong’ bulat-bulat dan terus dibawa naik ke atas, peringkat yang lebih tinggi.
Susah sangat ke bos nak panggil aku? Aku bukan seperti ‘si pembohong’ yang selalu suka membawa mulut ke sana ke mari. Tiada orang yang tidak diberitahunya tentang kecelaan seseorang apabila dia tidak menyukainya. Rakan-rakan, bos dan pelajar-pelajarnya, semua diceritakannya. Macam la dia ni baik sangat…
Itulah cerita yang dipanjangkan oleh kawan saya. Kesian dia…
Cerita ini insyaAllah akan menjadi peringatan buat diriku. Sekiranya aku memegang sebarang jawatan, aku perlu berlaku adil dan nampak adil kepada orang-orang bawahan.
Samalah kita sebagai ketua keluarga, anak-anak perangai macam-macam… Ada yang suka mengadu, ada yang suka meminta, ada yang tak kisah-maksudnya susah senang he just keeps it to himself, ada yang pandai survive sendiri dan macam-macam lagi. Adakah kita hanya concern kepada yang selalu datang mengadu? Tidakkan? Kita always jaga kebajikan semua anak-anak kita, baik yang rapat mahupun yang agak renggang.
Aku juga berjanji kepada Allah untuk menyiasat sekiranya mendapat apa-apa berita. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak percakapan atau kata, buruh padahnya!
Lagipun Islam mengajar kita untuk memeriksa setiap berita yang kita dapat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujraat; 6)