Seronok melihat satu sketsa pendek tentang seorang anak perempuan dengan ayahnya. Filem pendek ini bersumberkan dari MetLife Hong Kong. My Dad’s Story.
Kepada anak ini, ayahnya memang hebat; sweetest, smartest, the most handsome dan lain-lain lagi tetapi he (si ayahnya) lies. Ayahnya ‘menipu’ yang dia ada duit, dia tidak penat, dia ada kerja, dia kenyang dan sebagainya. Hanya semata-mata kerana anaknya.
Ayah ‘menipu’ untuk melihat anaknya bahagia.
Emak lagi dahsyat ‘menipu’… Emak kata emak happy ketika melahirkan kita. Tetapi sebenarnya, emak bertarung setengah mati untuk mengeluarkan kita dari perutnya.
Kepada para suami, lebih-lebih lagi si suami muda, eloklah masuk dalam labor room. Tengok dan merasai sendiri pengalaman bagaimana jerihnya si isteri hendak bersalin. Saya dari 9 orang anak, rasanya lebih separuh saya masuk labor room. Anak pertama dan kedua, tak dapat lihat kerana bersalin di rumah. Tahu sajalah bidan kampung, takkan diberinya kita lihat! Sekarang sudah tiada lagi beranak di rumah. Semuanya di hospital.
Pengalaman saya, susahnya isteri hendak bersalin kadang-kadang apabila dia ‘push’ sehingga sampai terkinchit atau bahasa kasarnya terberak!
Anak-anak tidak tahu dan kita pula tidak mahu menceritakannya. Isteripun mungkin tak sedar perkara ini terjadi…
Kepada para suami, masuklah ke dalam labor room. Pegang tangan isteri dan setidak-tidaknya usaplah dahi isteri… Ia menunjukkan tanda sokongan kita kepada isteri tersayang yang sedang berjuang; antara hidup atau syahid.
Ibu juga menipu anak-anak mengatakan dia dah makan apabila lauk hanya cukup untuk anak-anak makan. Ibu sudah makan. Ibu sudah kenyang. Kita tidak tahu bahawa itu hanya alasan supaya anak-anaknya makan dengan kenyang.
Kalau sakit kepala sikit-sikit atau sakit-sakit badan, ibu masih menguruskan hal ehwal rumahtangga; memasak, membasuh pakaian, melipat kain dan sebagainya. Ibu hanya berhenti bekerja apabila dia terlantar sakit yang teramat sangat. Baru ibu tidak boleh ‘menipu’ lagi!
Itulah hakikat ibubapa… Kita tidak akan merasai keadaan ini apabila tiba masanya kita pula yang menjadi ibubapa.
Selamat menjadi ibubapa mithali…