Masalah ini timbul apabila kita berada di penghujung semester. Setelah seseorang pensyarah memeriksa kertas ‘final exam’ pelajar-pelajarnya, maka sekarang dia perlu mencampurkan semua markah yang diperolehi sebelum ini seperti markah ujian, markah tugasan, markah ‘presentation’ dan lain-lain dengan markah Peperiksaan Akhir.
Jumlah markah yang didapati akan di’convert’ ke dalam bentuk A, A-, B+ dan sebagainya. Dalam proses ‘conversion’ ini akan berlaku sedikit ‘pertimbangan kemanusiaan’.
Ini adalah kerana setiap gred, ia merupakan satu ‘range’ atau satu julat markah. Contohnya, untuk gred A, markah yang diperlukan ialah di antara markah 80 hingga 84. A- pula adalah di antara 75 hingg 79 dan seterusnya.
Apabila pelajar mendapat 78.5 atau 79 markah maka kita dinasihatkan untuk menaikkan markah tersebut kepada satu tangga yang lebih atas. Inilah yang dikatakan sebagai ‘human factor’. Kalau kita tidak naikkan siap-siap, maka apabila markah ini dibawa ke mesyuarat senat, pihak ‘ahli senat’ akan menasihatkan kita pula untuk menaikkannya ke satu tangga yang lebih atas. Itulah yang dimaklumkan oleh pentadbir fakulti.
Di peringkat fakulti lagi masalah ini cuba diselesaikan. Di dalam mesyuarat markah peringkat fakulti, cuma kadang-kadang ada sesetengah pensyarah mempertikaikan langkah tersebut. Kata mereka, kalau macam itu buat apa ada markah 79, 74, 69, 64, 59, 54, 49 dan sebagainya kalau setiap markah yang jatuh pada nilaian tersebut ‘wajib’ dinaikkan.
Inilah masalah kita kerana melaksanakan gred mengikut ‘range’ markah! Kalau tak dinaikkan kesian, kerana berada di’borderline’. Berbeza dengan apa yang dipraktikkan di UiTM. Setiap markah ada nilaiannya yang tersendiri.
Itulah UTM begitu sayang kepada pelajar-pelajar mereka.
Tetapi jika pensyarah atau staf yang mendapat markah 78.87 dalam e-lppt mereka … tiada siapa yang akan membela mereka. 78.87 adalah 78.87. So, no need to be sad. Nobody will fight for you. Di peringkat fakulti lagi dah dimatikan, jadi jangan berharaplah pihak universiti akan mengambil tahu dan ‘fight for you’.
UTM agak ‘ihsan’ dari segi kebajikan pelajar. Markah yang diberikan di peringkat fakulti akan dipertikaikan oleh pihak atasan tetapi apabila markah yang diberikan oleh fakulti kepada staf maka Universiti tidak akan mempertikaikan lagi… Terima seadanya.
Inilah hakikat kehidupan kita! Kita begitu menjagai ‘stakeholders’ tetapi kurang kesah tentang kebajikan staf kita.
Saya bukan apa… Cuma teringat seperti kata pepatah, “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tapi dia sendiri tidak mampu untuk berjalan betul”!
Selepas ini, mungkin akan bertambah ramai pensyarah-pensyarah yang akan mengekalkan markah mereka sepertimana sedia ada dan tidak akan menaikkan ke satu tapak yang lebih baik walaupun markah pelajar-pelajarnya di’borderline’. Pihak pentadbir fakulti yang mengajarnya begitu…
Speak Your Mind