Perbelanjaan Pengajian Di Universiti

Tiada siapa yang tak sayang anak! Semua manusia yang waras akan berusaha sedaya upaya untuk membekalkan anak mereka dengan ilmu. Untuk mendapatkan ilmu, sudah pasti kita hantar anak kita ke tadika. Kemudian ke sekolah dan seterusnya ke universiti.

Di peringkat tadika lagi, kita sudah pilih untuk memasukkan anak kita. Tadika yang berunsur apa, silibus yang bagaimana, menggunakan pengantaraan bahasa apa, islamik atau tidak dan bermacam-macam lagi.

11898561_10207472912803932_8781634620735097774_nSeterusnya, di peringkat sekolah pula. Sekolah kerajaan rata-ratanya ‘free’ tetapi kurang pendedahan di bidang agama. Sekolah agama swasta, bayaran yuran yang agak mahal pula. Kalau bilangan anak tak ramai, ok juga. Pertimbangan demi pertimbangan dibuat.

Ada pula yang berfikir bahawa dia dan isteri kurang ilmu agama dan mereka ingin anak mereka mempelajari dan mendalami ilmu agama melebihi dari mereka.

Sesetengahnya pula melihat dari aspek kelebihan bahasa. Kalau anak aku pandai berbahasa cina, ini suatu kelebihan…baik aku hantar anak ke sekolah cina. Tak ada pula saya nampak orang melayu hantar anak ke sekolah tamil. Mungkin masyarakat melayu melihat kelebihan bangsa cina dari aspek perniagaan maka jika anaknya pandai berbahasa cina maka senanglah anaknya berurus niaga.

Melihat kepada kebejatan sosial pada masa kini, ramai ibubapa beralih arah untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama. Ibubapa merasakan mereka sibuk mencari rezeki maka setidak-tidaknya ada sekolah yang bakal membentuk peribadi anak mereka.

11923194_10204631567212996_1818040839346867909_nWalaupun begitu, ramai yang kurang bersetuju untuk kita menaruh harapan kepada sekolah semata-mata untuk mendidik anak kita. Dimana fungsi ibubapa? Cuba baca buku Sheikh Abdullah Naseh Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam…

Dalam dunia hari ini….kita sering mendengar kata-kata, “Duit bukan segala-galanya!” Tetapi kita juga harus menerima hakikat bahawa segala-galanya memerlukan duit.

Hendak menghantar anak ke tadika perlu duit, ke sekolah malah ke universiti tak kurang juga memerlukan perbelanjaan yang besar. Lainlah kalau anak-anak kita memang ‘brilliant’ dan insyaAllah dapat biasiswa.

Oleh yang demikian, amat wajar kita secara berdikit-dikit menyimpan untuk menyara pengajian anak-anak kita. Paling tidak, bukalah akaun tabung haji untuk anak-anak dan simpanlah melalui potong gaji sekurang-kurangnya RM10 sebulan. Kalau ada lebih ambil Takaful Pendidikan untuk anak-anak kita. SSPN-i juga perlu dibuka akaun kerana telah menjadi syarat untuk mendapat kemudahan pinjaman di universiti nanti perlu ada akaun ini.

Apabila akaun-akaun tadi dibuka, cuba elakkan diri kita dari menggunakannya pula. Kalau boleh jangan sesekali disentuh lagi sehinggalah anak kita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej atau universiti.

11401471_859081234129731_1997304494346924629_nTidak dinafikan kehidupan hari ini amat besar belanjanya. Makan, pakai dan keperluan-keperluan lain sungguh begitu mencabar! Pandai-pandailah kita melihat kepada ‘priority’, yang utama didahulukan dan kurang penting dikemudiankan.

Orang selalu juga bercakap tentang keperluan dan kemahuan. Dahulukan keperluan berbanding dengan kemahuan!

Dalam sesetengah hal, apabila kita memohon kemudahan pinjaman untuk pembelajaran dan sebagainya, pihak yang meluluskannya melihat kepada pendapatan kita. Contohnya, jika pendapatan ibubapa kurang dari RM4,000 maka si anak akan mendapat pinjaman yang lebih besar berbanding mereka yang berpendapatan tujuh atau lapan ribu sebulan. Bagi mereka, ibubapa bergaji besar mampu untuk menanggung anak-anak mereka.

Pernahkah kita fikir famili yang bergaji RM4,000 dan mempunyai anak seramai 2 atau 3 orang lebih susah berbanding dengan famili yang mempunyai pendapatan RM8,000 tetapi bilangan anak seramai 9 orang?

11137109_924964317544809_6685392288273268714_nPada saya mengambil kira pendapatan semata-mata tanpa melihat bilangan tanggungan adalah satu skema yang salah dan perlu diperbaiki.

Sebagai rumusan, kita yang sayangkan anak perlu berjimat cermat untuk menabung dari kecil supaya perbelanjaan pendidikan anak-anak kita tidak terhalang. Saya sendiri telah membelanjakan lebih dari RM21,000 untuk menghabiskan pengajian seorang anak di UIAM.

InsyaAllah usaha murni sudah mula berjalan untuk menjadikan institusi pendidikan sebagai satu institusi wakaf yang mana ia akan memberikan pendidikan percuma sepertimana yang dilaksanakan di Universiti Al-Azhar.